Wanita Pertama Masuk ke Syurga

by admin on December 14, 2011

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

“Ya dengan Hasan dan Husain ”

“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

“Di ladang” Jawab Muti’ah

“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.

“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.

“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.

“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?

Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Wallahu a’lam

 

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 41 comments… read them below or add one }

LensaHp December 14, 2011 at 10:53 am

Dari sudut lain, berapa ramai muslimah yang bernasib baik dapat suami sebaik suami Muti’ah. Cuba bayangkan kalau suami Mutiah tu jenis kaki nombor ekor dan mabuk…

Reply

Humaira December 14, 2011 at 10:00 pm

salam…izinkan saya berkongsi. kalau tidak silap saya, sesudah fatimah pulang dia menemui baginda s.w.t. dan baginda memberitahu fatimah bahawa mut’iah adalah orang yg bertanggungjwb membawa kenderaan yg membawa fatimah masuk ke syurga. sebab itulah mut’iah masuk syurga dahulu:-). maafkan saya kalau saya tersilap, sila betulkan.

Reply

saya June 15, 2012 at 8:55 pm

yup, penah baca gak…dia y membawa unta y ditunggang oleh fatimah, so die lah y masuk dulu sbb die y tarik unta tu :)

Reply

Hamba Allah SWT December 21, 2012 at 10:09 am

Mohon membetulkan.. baginda SAW, bukannya baginda s.w.t

Reply

saya December 17, 2011 at 6:40 pm

yelah..jika suami seorg mabuk atau penagih dadah..seorang isteri yg baik pun…ada juga
tahap kesabarannya….

Reply

misha December 17, 2011 at 8:35 pm

tepat.andai suami adalah sprti suami mutaah alhamdulillah.jika tdak..
mcmmana??

Reply

br88 February 21, 2012 at 11:13 am

Lelaki yg baik utk perempuan yg baik..
Jodoh dan riwayat hidup kita telah ditentukan semenjk usia kita 4 bln dlm kandungan..
Percaya @ x tanya iman awak sndri

Reply

hamdan March 30, 2012 at 5:13 pm

kenapa cakap camtu. isteri firaun tu Asiah hidup dengan suami yang zalim masih leh taat kepada suami. sebab taat kepada suami adalah perintah dari Allah. setiap perintah Allah kena dijalani dengan baik. jgn sampai taat suami melebihi taat kepada Allah.

Reply

mohamadeffazuan December 21, 2012 at 10:13 am

Bersetuju dgn saudara Hamdan, walau sejahat mana pun suami anda, anda harus taat selagi apa yg disuruh tidak bercanggah dgn perintah Allah SWT.

Reply

sarah December 17, 2011 at 6:49 pm

btl3

Reply

cf December 19, 2011 at 12:13 pm

Istri yang sholihah InsaAlloh suaminya soleh…………
kalau istri sayang suami InsyaAlloh suaminya sayang pula sama istri
ada sebab ada akibat…..

Reply

pelangi yg indah December 20, 2011 at 8:29 pm

muti’ah baik sebab tu dapat suami baik.. sebab tu, untuk dapat suami soleh, kena solehah kan diri tu dulu..

renung2 kan dan selamat beramal.. =)

Reply

ikhwan December 21, 2011 at 1:35 am

minta pastikan betul2 adakah hadis ini kategori sahih atau palsu……InsyaAllah………………hasil carian saya hadis ini dalam kategori palsu betulkan jika saya salah maaf…………

Reply

antara dua darjat January 4, 2012 at 1:22 pm

Salam sahabat ku Ikhwan… maafkn saya mencelah sedikit komen saudara, apakah utk melaksanakan sesuatu perkara, sesuatu amalan yg ternyata baik itu semestinya perlu merujuk pada keaslian sesebuah hadis..? sedang ilmu yg disampaikan ini merupakan suatu perkara yg mengajak menusia menuju kearah kebaikan dan bukan kearah kemungkaran.

Bagi saya, sesebuah hadis itu perlu kita pertikaikan kesohihannya apabila ia membabitkan hukum hakam dan aqidah umat. Apa yg saya nampak, artikel ini boleh membangkitkan semangat keimanan umat utk berhijrah/berubah kearah yg lebih baik dari sebelumnya, menjadi suami/isteri yg soleh dan solehah.

Harap maaf jika komen ini menyinggung saudara. sila perbetulkan jika saya silap. Wallahua’lam…

Reply

HAmbaALLAH May 19, 2012 at 6:58 pm

maaf saudara tidak pernahkah saudara mendengar hadis sahih ini

”Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka”

oleh itu berhati hatilah apabila menilai sesuatu hadis kerana berdusta keatas rasulullah tempatnya adalah keneraka. tidaklah hukuman keneraka jika mudaratnya berdusta keatas nabi itu tidak besar. dan kisah yg diceritakan ini ternyata adalah hadis palsu dan tidak diiktiraf. bagaimana layak kita menceritakan sesuatu yg bukan dari rasulullah SAW.

mungkin saudara/i suka untuk mendengar kisah ini, tapi x pada semua org. saya ketika pertama sekali mendengar kisah ini telah mempersoalkan tindakan tuhan yg meletakkan wanita seperti ini pada taraf sedemikian rupa. tanpa alasan yg benar membawa rotan untuk dipukul, Sepertinya agama ini adalah zalim kerana wanita hendaklah dilayan sebegitu untuk mendapat keutamaan ke syurga. Jika saya berasa begitu maka tidak mustahil bagi wanita lain…dan bayangkanlah rupa2 kisah ini adalah kisah palsu yang direka . akibat sebuah hadis palsu ini maka ada manusia yg mempersoalkan keadilan tuhan…maka layaklah para perekanya masuk keneraka.. – HAMBA ALLAH-

Reply

azie December 27, 2011 at 1:44 pm

alangkah bertuah nye wanita seumpama itu. moga diri ini mnjdi sbhgian daripada golongan ini..amin

Reply

rahma December 27, 2011 at 7:16 pm

betapa hebatnya beliau sebagai seorang wanita. masih adakah wanita seperti ini sekarang di dunia ini? adakah mereka sentiasa mendengar cakap suami dan membuatnya dengan kerelaan hati? mampukah anda berbuat seperti ini?

Reply

Anis January 10, 2012 at 8:50 pm

Assalamualaikum,

tidak kira sama ada suami itu baik, soleh ataupun jahat macam mana sekalipun, itu semua jodoh ditentukan oleh Allah, hukum yang pasti, isteri wajib taati suami selagi tidak bertentangan dengan syariat…nak contoh, lihatlah pada Asiah, isteri Firaun, sejahat-jahat manusia yang mengaku dirinya Tuhan, Asiah tetap taat pada suaminya walaupun Firaun tu jahat selagi tidak menyalahi agama…kalau suami tak begitu soleh, isteri boleh mendoakan agar suaminya berubah..wallahua’lam bissawab

Reply

Akhi January 21, 2012 at 2:55 pm

To Ikhwan,
memang hadis ini tidak shohih v akan lbih bijaksana jika kita mengambil hikmahx n meninggalkan keraguan d dalamx, d antara hikmahx adlah wanita hrus patuh pada suami dn d antra keraguanx adlh apa benar Rasulullah telah menjamin muti’ah jdi wanita yg prtama msuk syurga sementara pengorbanan dn bhakti dri Istri Beliau Siti Khadijah jauh lebih besar lagi. V terlepas dri itu sudah pasti mksud dri hadis itu adalah agar menjadi kan mutiah sebagai teladan bagi para wanita Islam

Reply

lynn January 21, 2012 at 8:13 pm

aku selalu berharap agar suatu hari nanti aku ingin menjadi seperti mutiah yang amat
taat dan berbakti pada suaminya….

Reply

Mahfud Khairul Azzam January 21, 2012 at 8:25 pm

SUBHANALLAH mudah2an kelurgaku bisa meniru sifat muti’ah yang mulia tsb……amin 3x

Reply

hannan fuadi January 24, 2012 at 9:53 pm

Assalamu ‘alaikom semua,
….dipenghujung cerita setelah diadukan fatimah kepada ayahdanya ..besabdalah ayahdanya bahawa Muti’ah itu adalah penarik haiwan tunggangan Fatimah …penariknya mestilah masuk dahulu ke dalam syurga…pun begitu moral cerita adalah sangat tinggi, sama-samalah kita berusaha utk mengejar syurga Allah ini.

Reply

erienn naa February 14, 2012 at 9:40 pm

sesungguhnya telah lama sy mncari cerita ini. sblm ini sy pnh dgr melalui ceramah kalo x slp ustz ct nurbahyah di pahang fm tp sy terlupa namanye..sama sebijik citer di atas..berharap untuk memjadi seperti muti’ah juga… bsma ambil iktibar citer di atas..

Reply

nase February 16, 2012 at 11:38 pm

emmm ini cerita ka hadith?kalau hadith boleh tak sapa2 yg tahu beri sanat dan perawinya sekali.saja nak tahu status hadith ni itu saja..terima kasih

Reply

hamba Allah February 20, 2012 at 10:58 am

Assalamualaikum.. saye ingin menambah sedikit dr cerita ini yang saye dengar dr ustaz saya..

Saydatina Fatimh datang semula ke rumah tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan sewajarnya dan mereka memulakan perbualan. Tiada apa yang menarik perhatian Saydatina Fatimah tentang perempuan itu. Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera mempresiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman. Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis.

Wanita itu langsung tidak menghiraukan Saydatina Fatimah, seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya kepada wanita dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.”

Lantas Saydatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan kepadanya.” jawab wanita itu. Saydatina Fatimah bertanya lagi : “Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”

Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan kepada maksudnya.” Saydatina Fatimah mendengar penjelasan dari wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri : “Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana”

Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau berkata : “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saydatina Fatimah . Faham dengan perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata : “Anakanda, janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kerendaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk terlebih dahulu.” Mendengar penjelasan itu barulah Saydatina Fatimah tersenyum kembali.

Reply

Azmi February 21, 2012 at 8:25 am

salam,saya nak tau sanad bagi kisah ini. saya pernah dengar ini kisah yang diada2kan.

Reply

Andy February 21, 2012 at 8:26 am

Untungnya klu dpat isteri camtu..
Tapi aku kenalah jadi suami solehah terlebih dahulu.
InshaAllah..
Tolong doakan aku jadi orang yang soleh…
Please….

Reply

ibnor895 February 21, 2012 at 8:42 am

…dalam al-Quran ada menyatakan janji Allah bahawa lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik,begitu sebaliknya….sejauh mana baiknya diri seseorang hanya empunya diri yang tahu dan Allah yang dapat mengukurnya….. berusahalah,moga Allah memberkati usaha kita yang baik itu….

Reply

pa jan February 21, 2012 at 8:56 am

salam buat semua. saye sokong dng knyataan anis. sbgai seorang suami, saye mmg bkn yg tbaek. tp doa n sokongan dr isteri lah yg pling saye hrpkan. krn wanita lah yg blh mnaikkan n mjatuhkan seseorang lelaki. klu suami ade tabiat buruk isterilah yg spatutnye mendoakan kebaikan utk suami. bgitulah sbaliknye. insya allah, allah akan membantu orang yg slalu minta padanye. smoge kita sama dpt mjadi yg tbaek… amin. wasalam. :-)

Reply

ajieompong February 23, 2012 at 10:04 am

Karena itu saya menikah…Subhanallah

Reply

hidayah March 14, 2012 at 3:50 pm

Muti’ah msuk syurga dahulu kerana dia akan menarik kuda tunggangan Fatimah Az-zahrah ke dlm syurga… sambungan dr hadis, tp maaf, saya sudah lupa perawinya

Reply

iwan santoso April 2, 2012 at 12:43 am

subhanallah..wallahu alam..

Reply

dzulkhairi April 25, 2012 at 1:45 pm

saya tidak mahu isteri mcm ni

Reply

pembenci hadis palsu May 31, 2012 at 10:57 am

Saya mohon sgt page myibrah untuk pastikan sesebuah hadis itu sahih sebelum post, jgn amik cerita panglipur lara dan senang2 sandarkan kpd Nabi…takot ancaman neraka itu jatuh keatas seluruh warga website ini…mohon perhatian, sbb sudah bnyak pihak buat teguran, langsubg x ambil peduli….

Reply

Dzul June 15, 2012 at 8:59 pm

Kalau mutiah yg pertama mask syurga, bagaimana pula jutaan jutaan wanita sebelumnya? Saya kurang prrcaya dengan hadis ini.

Reply

aisyah June 16, 2012 at 1:32 am

betul la, pembenci hadis palsu.kisah ini ada dalam buku solusi. kalau anda ada langgannya.

Reply

iqbal mokhtar December 17, 2012 at 12:31 pm

maafkan saya..apakah tiada hadis sahih yg lain utk djadikan pengajaran dan teladan?? ”Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka”
selain itu, dari dimensi yg lain atrau dari pandangan agama lain, kisah ini hanya menunjukkan wanita islam itu sgt lemah dan bodoh.. lihat contoh hasan tidak dibenarkan masuk walaupun hanya seorang kanak2 dan fatimah perlu datang keesokan hari.. ridiculous.. berpeganglah pada hadis yg sahih semoga anda tidak tergolong dlm hadis yg saya attach diatas.. sekian

Reply

amy December 21, 2012 at 1:08 pm

Subahanallah….indahnya…:-)

Reply

jimi December 22, 2012 at 1:28 am

Riwayat ini palsu setaraf riwayat israilliyat…..cerita ini didedahkan dalam satu khutbah jumaat……banyak kecacatan dalam riwayat ini.

Reply

imah January 6, 2014 at 9:21 am

dah berpuluh kali dengar ni, tapi takda satu yg dapat menyatakan siapa perawinya, saya ragui kesahihannya.
mutiah dlm ‘cerita’ diatas kedengarannya seperti wanita bodoh yg tak reti berfikir atau melulu. apakah kalau masakan tak sedap offer supaya suami rotan? mengapa tidak bertanya saja apa kekurangan masakan, supaya lain kali boleh masak lebih sedap lagi. Ni ajar suami suruh dera isteri, so ganjarannya dapat masuk syurga cepat. gitu ke? Siti Fatimah adalah wanita yg bijak, tiada hadis yg menceritakan dia berbuat benda2 sebegini. Kasih-sayang isteri pada suami adalah pengorbanannya yg tak tak berbelah bagi, seperti yg dibuat siti fatimah.
mohon admin nilai kisah ini. dikhuatiri dicipta untuk memuaskan nafsu lelaki yg mahukan wanita menjadi hamba yg bodoh. Martabat wanita amat tinggi dalam islam, dan saling menghormati antara suami isteri adalah kunci kerukunan rumahtangga. Isteri yg bijak tentu tak mahu dikasari, suami yg bijak tentu tak mahu mengasari isteri. Bukankah mereka bernikah untuk berkasih-sayang.

Reply

Jaf May 17, 2014 at 3:52 pm

Assalamualaikum, Sahih ke cerita yang di atlas ini. Boleh kasi panduan dimana saya boleh rujuk perawitnya….. Wasalam

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: