Tiga Tanda Kiamat yang Harus Difikirkan

by admin on February 16, 2012

Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:

  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba

Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”

Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.

Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).

“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)

Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.

Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.

“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)

Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.

Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.

Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s

“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)

Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.

 

Sumber: http://www.tranungkite.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 51 comments… read them below or add one }

Hashim bin Mohamed February 18, 2012 at 6:56 am

Jazakumullahukhoir !

Reply

Nauratul Wardah February 18, 2012 at 11:24 pm

Buat pengajaran untuk semua.

Reply

herry February 21, 2012 at 1:57 pm

subhanallah benar kiamat sudah dekat msh banyak ciri yg kurang.tetapi itu suatu info yg sangat penting bagi umat islam.

Reply

rim February 22, 2012 at 6:48 pm

hadith itu benar. menjadi tugas manusia mencegah sebahgian kemungkaran tersebut dengan keupayaan yang ada. dengan kuasa,dengan perkataan, dan dengan hati. bencana alam terpakasalah diterima.

Reply

Evi fiat handayani March 2, 2012 at 8:38 am

Ya ALLAH ……menangis sy membacanya….lindungilah kami ya ALLAH,masukkanlah kami ke dlm golongn orang2 mukmin…

Reply

Qoharudin mahdi May 2, 2012 at 4:06 pm

Ya Allah lindungilah hambamu ini dan orang-orang yang hmba sayangi agar terhindar dari gangguan Dajjal,dan brikan kkuatan kpd hmbamu ini untuk mlwan kemungkaran Dajjal di hari nanti,AMIN……….,

Reply

Subadi Purboyuwono March 23, 2012 at 2:50 pm

Ya Allah masukanlah hambamu ini kedalam golongan orang-orang yg bertaqwa

Reply

Abe Yo April 22, 2012 at 1:00 pm

Tak sabar lak nk berperang

Reply

zaidahomar June 5, 2012 at 8:17 pm

subhanallah…trmlh amln ku slma in yaAllah…aku sngt tkt…smga smpai brlku kiamat nti hmba mu ini msh bersjd pd MU….amin…

Reply

muhammad alkazim June 5, 2012 at 8:33 pm

mari tgakkn hkum allah.takbir!

Reply

CIK Wisebizz June 5, 2012 at 9:04 pm

Apa yg perlu KITA LAKUKAN SEKARANG NI adalah “MELLINDUNGI KELUARGA KITA DARIPADA FITNAH DAJJAL & SIHIR-SIHIR IBLIS dalam bentuk siaran televisyen dan juga melalui internet.

AMALKAN .. SURAH AL KAHFI 10 Ayat Terawal & 10 Ayat Terakhir.. SEPERTI YG DI SURUH OLEH JUNJUNGAN Nabi Muhammad SAW kepada Kita UMAT AKHIR ZAMAN.

Reply

CIK Wisebizz June 5, 2012 at 9:13 pm

ABE YO… Nak jadi TENTERA IMAM MAHADI nii.. banyak tapisannya.. JANGAN NAK BERANGAN ler NAK P BERPERANG DG BAGINDA… Jika ILMU FISABILLILLAH hanya sekelumit…. UTK jadi “tukang baiki kasut” kumpulan Tentera Imam Mahadi pun BELUM TENTU BOLEH Lulus @ pun Tak utk join. DAPAT MELINDUNGI DIRI n KELUARGA dr DI PERDAYA oleh Dajjal pun DAH KIRA RAHMAT BESAR.

Reply

Oxer June 6, 2012 at 1:26 am

Biarpun benar, menegur dengan berhikmah adalah jauh lebih baik. Memerli dan mengejek hanya mendatangkan amarah, dan ianya adalah bunga api hasutan syaitan. Bersabar itu perlu…

Reply

Nurl Moon June 13, 2012 at 9:15 am

subhanallah sungguh beruntungla sesiapa yang mati syahid…

Reply

tercari-cari June 13, 2012 at 9:48 am

persoalannya siapakah kunci kpd imam mahdi atau dlm erti kata lain org yg menyediakan tapak utk menyambut kedatangannya??

Reply

Rizal June 13, 2012 at 2:18 pm

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.

Reply

Shoki June 13, 2012 at 7:31 pm

Dan peranglah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

(Surah Al Baqarah : Ayat 193)

Reply

Shoki June 13, 2012 at 7:45 pm

Apabila kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka : “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah”. Nabi mereka menjawab : “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang”. Mereka menjawab : “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dari anak-anak kami?”. Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang sahaja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zalim.

(Surah Al Baqarah : Ayat 246)

Reply

khalifah July 2, 2012 at 11:06 am

Assalamualaikum . kita berharaplah pada ALLAH SWT agar dia jadikan kita semua pgikut imam mahdi. kita sedaya upaya perbetulkan ibadat kita dan yg paling penting pgang ahli sunnah waljamaah al quran dan sunnah.. insyaallah kita berjaya masuk syurga ALLAH SWT walaupun bukan dtahun kita zahirnya imam mahdi.

wallahualam

Reply

ZAM July 2, 2012 at 12:53 pm

iktibar untuk semua, bersegeralah melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T dengan ikhlas.

Reply

Feroz Nick Mondo July 2, 2012 at 4:04 pm

hampir menangis membacanya……

Reply

MUJADIDAZAMAN July 10, 2012 at 8:16 pm

kita asyik fikir ttg kiamat,imam mahadi dll. yang sudah pasti tapi kita tidak fikir kpd mereka yang telah atau akan mati tanpa iman.. kesian mereka.. oleh itu tolong bantu saya, tolong pujuk rayu pada mereka yang none muslim yang tuan jumpa di ruang maya(email,FB,tweeter dll) walaupun hanya sepotong ayat, mudah mudahan ada yang dapat hidayah..amin SAMA SAMA KITA GEGARKAN HATI MEREKA DGN LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADARASULULLAH.

Reply

L July 11, 2012 at 10:56 am

Siapa yang Allah telah beri hidayah tiada siapa yang boleh sesatkan, dan siapa yang Allah telah sesatkan tiada siapa yang boleh beri hidayah.. Ramai lagi muslim yang fasik,kufur, munafik, lalai dan leka yang belum kembali ke jalan Allah, mereka Islam dan setiap orang Islam itu bersaudara. Tanggung jawab yang lebih utama ialah menyelamatkan saudara kita yang tersesat.. Oleh itu mari kita ajak dan pujuk diri sendiri, keluarga, sahabat, jiran tetangga dan masyarakat Islam amnya untuk mengamalkan ajaran Islam sesuai dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah.. Jika semua orang faham dan amal Islam yang sebenar barulah hikmah dakwah melalui ahlak yang terpuji akan terpancar kepada yang none muslim. Zikir dan fikir. InsyAllah.

Reply

wahyu July 13, 2012 at 11:53 pm

ya allah…ampuni hambamu ini kalau hambamu bnyk dosa

Reply

Nurul July 21, 2012 at 3:37 pm

ya allah…. semoga umat mu ini tidak tunduk dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan laknatullah. semoga umat islam dilindungi oleh mu dari kejahatan manusia itu sendiri.amin

Reply

m.saputra July 21, 2012 at 4:24 pm

khidupan adlh kta yg jlni, tp kmatian hnya allah yg tau.jd mri kta semua umat islam brbuat kbaikan kpada sesama mkluk d mka bumi ini.d blik khidupan psti kmatian.jd jgn prnah brharap mnusia akn trhindar drinya.jd sblm gliran kmatin mnghampiri kita,bnyak2lah bebuat baik kpada sesama.

Reply

jessica jimenez July 26, 2012 at 11:51 am

ALLAHHU AKHBAR…

Reply

maspuya nelyani July 26, 2012 at 12:07 pm

subhanallah maha suci allah dg segala firman nya…
untuk saudara” ku yg seiman marilah kita perbaiki diri dengan banyak beribadah dan beramal sholeh….

Reply

norazzilah July 26, 2012 at 12:53 pm

Ya Allah… semoga kami semua dapatlah menjadi pengikut Imam Mahdi andai dia muncul ketika kami masih ada lagi.. Ya Allah Kau bangkitkanlah kami umat Muhammad SAW ini dibelakang baginda Rasulullah SAW,, dibawah panji2 LAILAHAILLALLAH…(maaf jika salah ejaannya)…amin Ya Robba ‘alamin..

Reply

soniya ahmed August 9, 2012 at 9:21 am

Tanda terakhir untuk datangnya hari kiamat adalah …
dimana matahari terbit di sebelah barat dan terbenam di sebelah timur , di waktu itu pula pintu untuk bertaubat ter tutup .
selama belum ada tanda itu , kita tidak dapat mengtakan pasti kapan datangnya hari kiamat . Allahu Aa’lam .

Reply

Hamba Allah August 21, 2012 at 12:28 pm

Subbanallah..
Marilah kita dekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jauhi larangan Nya dan Jalankan perintah Nya . . .

Reply

stdaya September 7, 2012 at 10:51 am

Sadar dan waspadalah wahai kita umat manusia hari terakhir telah dekat!.

Reply

FARA SOFFYA September 7, 2012 at 4:14 pm

SUBHANALLAH………..dunia akhr zmn.umt islm bakal mghadapi 1 bntuk dugaan ujian yg amt menakut kan.ya ALLAH.bg slrh umat islm d dunia bersatu haty mndalami ilmu mu agr diri mrke terselamat dr bahana kiamat kelak.AMIN..

Reply

Atceit September 8, 2012 at 1:08 pm

tngok tue tman2 kiamat kcil sdah ad brlaku skrg dn tdi . . Kiamat bsar allahhu-alam lh…

Reply

yasmin September 21, 2012 at 1:01 pm

subhanallah
mmng tanda” kiamat sdh ada n nyata
mg kita tergolong org yg beriman unk hadapi hri kiamat
allahuakbar

Reply

peter parker September 21, 2012 at 2:10 pm

Ya Rabb, andai saja aku berada pada masa2 itu. Pastinya akan sangat bahagia berada dalam barisan Imam al Mahdi, berperang membela agamaMu . Menunaikan shalat subuh bersama NabiMu . Menyaksikan bagaimana yang mulia Isa al Masih turun, menyaksikan Dajjal dan pasukannya dihancurkan. Subhanallah,

Reply

Fachry akbarrizky lystanto November 3, 2012 at 8:16 pm

Astagfirullah,,,,,

Reply

mohammad November 22, 2012 at 9:32 am

assalamualaikum tuan2…

adakah mahdi akan berperang seperti cara kita berperang? adakah dia akan turun dari langit seperti turun menggunakan kapal angkasa? menurut riwayat, ia akan mematahkan salib di muka bumi ini? berapa banyak salib nak di patahkan? tuan, islam tidak pernah bertentangan dengan hukum alam. mahdi sudah turun, dan beliau pun sudah kembali ke rahmatullah. bukalah minda tuan2,, kini jemaah nya mengelilingi dunia mematahkan salib dengan menggunakan pena. satu contoh paling ketara untuk kita adalah di negara SWISS, tidak pernah ada ajaran islam yg sampai ke negara tersebut, tapi kini lihat lah, masjid dibina di tengah bandar, berhadapan dengan gereja. walaupun halangan demi halangan menimpa, namun masjid itu siap dibina. itulah kegagahan tentera mahdi.

ps: tuan2,, saya cuma ingin berkongsi maklumat sahaja. semoga allah membuka hati kita.

Reply

farouk November 22, 2012 at 10:07 am

sabda rasululah “perang yang paling besar adalah perangi hawa nafsu sendiri”.
dah terang lagi bersuluh. jihad terbentang didepan mata. tidak perlu curahkan air ditempayang takala terdengar guruh dilangit. sucikan nafsu yang kotor,hijrah dari amarah dan lawamah,inyakallah dapat bersatu dengan barisan imam al mahdi.
ada cara,teknik dan strategi juga utk perangi hawa nafsu nie, mencarilah jalan yang satu itu,berusaha,berdoa dan bertawakal,insyakallah akan dipermudahkanNya

Reply

serbatahu December 8, 2012 at 10:26 pm

tpi masih ade tnde kiamat kecil yang blum muncul..iaitu….<<<KEBANGKITAN ISLAM..
~islam akn bangkit di dunia *agama yang terkuat*,dn dalm mse beberapa tahun ..,islam akun JATUH semula……..

Reply

syakira December 15, 2012 at 11:07 am

wah banyak nya nak baca

Reply

syakira December 15, 2012 at 11:08 am

wah banyak nya penat mulut baca

Reply

Swt December 15, 2012 at 11:10 am

Seknario yg luar biasa.subhanAllah…

Reply

rafdy adillah December 15, 2012 at 12:44 pm

SUBHANALLAH WABIHAMDI SUBHANALLAH A’DZIM.SUNGGUH ini membuat kita merinding akan kebesaran ALLAH SWT tiada yg perlu kita takut kan selagi kita berjalan di jln ALLAH SWT dan mengikuti sunah nabi MUHAMMAD SAW walau harus mati pun sekalian semua nya akan terasa indah.bg kita umat islam mari kita selalu menjaga iman kita dan melawan hawa nafsu yg selalu menggoda dimana2.ini lah bukti perjuangan kita melawan syetan laknatullah…..amin

Reply

saraf kejepit February 25, 2013 at 4:38 pm

apakah itu semua benar akan terjadi..

Reply

jasa seo February 25, 2013 at 4:45 pm

subhanallah kekuasaan allah itu sangat besar ya

Reply

nazali zainal March 27, 2013 at 1:13 pm

Kenapa saudara mohammad mengatakan mahdi sudah turun dan sudah pon kembali kerahmatullah?..israel masih bermaharajalela di baitulmaqdis…
Amerika masih lagi kuasa veto dunia…patut la internet salah 1 sumber fitnah

P/s: jangan jadi seperti yahudi memesongkan akidah orang islam dalam diam…..

Reply

nazali zainal March 27, 2013 at 11:14 pm

Mmm

Reply

pengobatan saraf kejepit April 27, 2013 at 4:50 am

subhanallah , banyak amal baik untuk bekal kita agar kembali di sebaik baiknya tempat..

Reply

rajahantu November 12, 2013 at 9:08 pm

rom = amerika? dalam keadaan amerika diikat dengan israel?

Reply

HAMBA ALLAH December 9, 2013 at 12:17 pm

BERPEGANGLAH TEGUHLAH AHLUL SUNNAH WAL JAMA’AH SEBENAR, JANGAN ADA BIDA’AH2X JIKA ULAMA JUMHUR TELAH PUN BERSEPAKAT, HORMATI ULAMA MUKHTABAR PARA TABI’IN DAN TABIUT TABI’IN, JANGAN BERPEGANG ATAU BERHAFAMAN SELAIN DARI ASWJ, JANGAN DENGARI ULAMA MODERN YANG SUKA MENCELA AMAL IBADAH ULAMA TERDAHULU YANG MEREKA INI JAUH SEKALI DARIPADA SYUBAHAH BAIK DOSA-DOSA KECIL MAHU PUN BESAR DARIPADA ULAMA MODERN, SEMOGA KAMU MEMOHON ALLAH SWT LINDUNGI KAMU DARIPADA KESESATAN 73 GOLONGAN, ASSALAMUALAIKUM

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: