Terbukanya Empangan Yakjuj & Makjuj

by admin on February 14, 2012

Oleh: Syeikh Muhammad Zainul Asri Hj Ramli

Dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid ke-8, pengarangnya Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi menurunkan hadis berikut; daripada Zainab binti Jahash, beliau berkata:

“Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan bgainda mengucapklan,  ‘tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.’”

Keterangan:

  1. Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada kaum manusia juga, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak di ketahui hakikat tempat persembunyian mereka. Al-Quran menjelaskan kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnain. Ulama menyatakan bahawa Raja Iskandar Zulkarnain itu seorang waliyullah.
  2. Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan di dapati bahawa mereka itu perlbagai rupa; ada yang besar dan bertelinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dari tempat itu dan membina tembok yang di perbuat daripada tembaga dan besi serta batu-bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok itu sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang itu namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk membolehkan mereka keluar. Dengan penuh kerakusan, mereka memakan apa saja di muka bumi ini apabila meraka keluar.
  3. Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh di kalangan mereka. Orang-orang soleh itu nanti turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela membuatkan doa orang-orang soleh tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.

 

Sumber: Majalah Q&A, Bilangan 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 15 comments… read them below or add one }

Zarifah February 14, 2012 at 1:43 pm

Takut

Reply

zarina February 15, 2012 at 1:27 pm

Ya Allah,jauhilah kami daripada kejahatan yakjuj dan makjuj.

Reply

Razif February 17, 2012 at 10:22 am

subhanallah

Reply

Siti Hajar February 17, 2012 at 6:21 pm

Ya Allah, jauhkan kami , anak anak kami dan saudara saudara kami dari kaum jahat ini. Amin

Reply

Nor'aini Jalaludin March 7, 2012 at 10:21 pm

Lindungilah kami dan anak cucu keturunan kami dr bala yg sgt ngeri ini, Amin

Reply

alfian razali March 18, 2012 at 7:34 pm

Ya Allah Ya Rahman lindungi kami sekeluarga dr kebinasaan

Reply

Pejuang Allah March 18, 2012 at 9:09 pm

Janji Allah pasti akan tiba dan saat yang tidak dapat dielakkan oleh manusia.

Reply

ameerullah March 18, 2012 at 9:15 pm

ya allah..sesungguhnye aq berlindung di bwh mu…amin..

Reply

zul March 18, 2012 at 10:26 pm

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai zulkarnain. Katakanlah: “aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tenteng perihalnya”. (al-kahfi:83)
Sesungguhnya kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlakukannya. (al-kahfi:84)
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). (al-kahfi:85)
Sehinggalah apabila sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “wahai zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. (al-kahfi:86)
Ia berkata: “adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya: kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (al-kahfi:87)
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”. (al-kahfi:88)
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. (al-kahfi:89)
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. (al-kahfi:90)
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. (al-kahfi:91)
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. (al-kahfi:92)
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hamper-hampir mereka tidak memahami perkataan. (al-kahfi:93)
Mereka berkata: “wahai zulkarnain, sesungguhnya kaum yakjuj dan makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina tembok diantara kami dengan mereka?”. (al-kahfi:94)
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku kan bina diantara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (al-kahfi:95)
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutuplapnagn antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. (al-kahfi:96)
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (al-kahfi:97)
(setelah itu) berkatalah zulkarnain: “ini ialah suatu rahmat dari tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (al-kahfi:98)
Dan kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang mahsyar. (al-kahfi:99)

Reply

alin ahza June 27, 2012 at 5:20 pm

jauhkanlah kami daripada kejahatan yakjuj dan makjuj ya Allah sesungguhnya kami hanyalah insan-Mu yang lemah lagi hina

Reply

hanie sopia July 7, 2012 at 3:45 pm

YA ALLAH s.w.t ,Engkau la yg maha megetahui dr segala ciptaan mu mahupun sesuatu Kejadian itu….

Reply

sany August 22, 2012 at 8:05 pm

1. masa bila lak tembok tu de campur batu bata skali..?

2. Dalam surah Al-Hadid:25 -Allah menyatakan terdapat kekuatan luar biasa pada besi dan bermanfaat pada manusia.. Sebab kan ini, sudah pastinya yakjuj makjuj terpaksa mengambil tempoh yg panjang sebelum dapat menebuknya di zaman rasulullah sbb tembok itu di bina pun bukannya sebesar pintu rumah kita.

3. Ada yg berpendapat tembok ini `GHAIB` tapi cuba refer dlam Quran apa yg Allah terangkan pd kita pasal besi.. —sume ayat2 tu jelas menunjukan yg BESI ITU BUKAN GHAIB! tak caya? ambil sekeping mild steel plate dan ketuk kat kepala anda dan perhatikan kesan kebenjolan di kepala tu… Kalu de SHEIKH BESAR cakap ghaib jgak, cuba campakan kepingan plat besi (lagi besar, lagi bagus -tala tang kepala) kat dia dan cuba tgk, dia elak ke tak? jadi, adakah tembok besi DzulQarnain yg menutupi lapangan/laluan antara 2 gunung itu ghaib..? ^^

4. “Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali” (21:95)
“hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya`juj dan Ma`juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.” (21:96)

“Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan bgainda mengucapklan, ’tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.’”

- cuba bandingkan apakah signifikasinya hubungan antara Al-Quran & Al-Hadis ni dgn zaman yg kita sekarang..?
1. PENDUDUK NEGERI yg Allah taala HARAMkan dpt pulang bila keluarnya J&M.
2. Kecelakaan bg ORG ARAB bila keluarnya J&M.

-fikir2kan… ^^

Reply

1DBtu October 22, 2012 at 9:37 pm

Sdra Sany, mmg betul apa yg sdra katakan, jika difikirkan secara logik akal manusia dan sdra mmg bijak berkata-2x. Bg saya, baik jgn dipertikai ayat-2x yg dtg utk mperingati kita semua akan kejadian itu pasti akan berlaku. Sebaliknya, buat lah persiapan sebelum ianya terjadi, itu adalah lebih penting sekarang.

p/s: Jika sdra pernah ke alam ghaib, akan sdra ketahui bahawa bukan sahaja besi terdapat di alam itu, tetapi ada bmcm2x lg dan mungkin yg anda pernah bjumpa di alam nyata. Nasihat saya, tlg jgn sesekali mperlekehkan tokoh agama krn mereka lebih tinggi ilmu dr kita semua. Sama-2x lah kita btaubat kpd Allah.

Reply

oongkomariyah January 27, 2013 at 10:41 pm

ya ALLAH ,,kami berlindung dari YAKJUJ dan MAKJUJ ,,aamiin

Reply

Norsiah March 12, 2013 at 11:32 am

Ya Allah lindungilah kami hamba mu yg kerdil ini dari segala bencana.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: