Syafaat Rasulullah S.A.W

by admin on November 30, 2011

ADA dakwaan sesetengah orang bahawa meminta syafaat atau istighozah (memohon pertolongan) daripada nabi SAW hanya dibolehkan ketika baginda hidup maka kita menjawab: Sesungguhnya beristighozah dan bertawassul; jika keharusannya dikaitkan dengan hidupnya pihak yang diminta pertolongan, maka ketahuilah, bahawa para nabi dan hamba-hamba Allah yang diredai itu tetap hidup di alam kubur mereka.

Jika tiada dalil lain untuk membenarkan keharusan bertawassul dan beristighozah dengan Rasulullah SAW setelah wafat, kecuali dengan menggunakan qias atau analogi terhadap tawassul dan istighozah dengan Baginda SAW ketika masih hidup, maka itupun sudah cukup, kerana kita meyakini bahawa Rasulullah SAW tetap hidup di alam barzakh.

Baginda SAW selalu memerhatikan umatnya. Dengan izin Allah SWT, nabi SAW menguruskan keadaan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan. Selawat yang mereka ucapkan diperlihatkan kepada baginda SAW. Salam yang mereka berikan juga sampai kepada baginda SAW, meskipun mereka sangat ramai.

Orang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang keadaan roh dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Terutamanya terhadap roh yang mempunyai kedudukan yang tinggi, iaitu roh para rasul dan nabi, hatinya akan terbuka untuk mempercayai dan mengimani perihal kehidupan para roh.

Lebih-lebih lagi, terhadap induk segala roh, dan cahaya yang menyinari segala cahaya, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Jika memohon syafaat, istighozah atau bertawassul dengan Rasulullah SAW itu dinilai sebagai syirik dan kufur sebagaimana yang disangkakan, adalah tidak wajar ia diharuskan pada satu keadaan sahaja, semasa hayat Baginda SAW tidak pada keadaan yang lain. Sebabnya, perbuatan syirik itu menjadi kemurkaan Allah dalam semua keadaan.

Dakwaan bahawa orang yang sudah mati tidak mampu melakukan apa-apa, adalah dakwaan yang batil. Jika dakwaan tersebut didasarkan kepada kepercayaan mereka bahawa mayat itu menjadi tanah, jelas itu merupakan suatu kebodohan dan kejahilan. Mereka jahil tentang hadis-hadis yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Bahkan, mereka juga jahil tentang firman Allah SWT yang menegaskan bahawa roh-roh itu tetap hidup dan kekal setelah terpisah daripada jasad. Mereka juga jahil tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang pernah menyeru mayat yang ada di dalam kubur ketika Perang Badar.

Rasulullah SAW juga pernah mengucapkan salam kepada ahli kubur, dan menyeru mereka dengan sabdanya:

“Semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kalian, wahai penghuni perkampungan (kubur) ini!”

Dalil yang lain adalah tentang azab dan nikmat kubur bagi penghuni kubur, nas-nas yang menceritakan tentang roh-roh yang selalu datang dan pergi kepada roh-roh yang lain. Banyak lagi dalil yang ditetapkan oleh Islam dan diakui oleh para ilmuwan, dulu dan kini.

Bagaimanapun, kami membataskan perbicaraan hanya mengikut soalan berikut: Apakah mereka percaya atau tidak bahawa orang yang mati syahid itu hidup di sisi Tuhannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Quran?

Jika mereka tidak mempercayainya, kami tidak berminat berbincang dengan mereka, kerana mereka telah membohongi al-Quran yang mengatakan:

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang yang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Jika mereka mempercayainya, maka kami katakan pula kepada mereka: Sesungguhnya para nabi dan kebanyakan orang soleh lain; yang tidak mati syahid; seperti sesetengah para sahabat besar r.a, adalah lebih mulia daripada orang-orang yang mati syahid tanpa diragui lagi.

Jika jelas diakui bahawa para syuhada itu hidup di dalam kuburnya, maka menetapkan bahawa hidupnya orang yang lebih mulia daripada golongan syuhada adalah lebih patut dan lebih layak. Lebih-lebih lagi, hidupnya para nabi itu disebut secara jelas dalam hadis-hadis sahih.

Jika telah thabit kehidupan yang khusus dan istimewa selepas mati bagi golongan yang mulia ini, maka apakah lagi penghalang menurut pandangan akal yang menyekat daripada beristighozah dan meminta pertolongan kepada Allah melalui roh mereka ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 14 comments… read them below or add one }

anthomassardi November 30, 2011 at 12:17 pm

Maaf, Ustad. Barangkali yang hidup itu bukan ruhnya, melainkan jiwanya. Sebagaimana firma-Nya: “Allah memegang jiwa orang ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati pada waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir,” (QS az-Zumar [39]: 42).

Dan: “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam surga-Ku,” (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Reply

mohd khir ahmad November 30, 2011 at 2:29 pm

ya benar,….syafaat Muhammad SAW wajib diperolehi dari yang masih hidup dan ketika kita masih hidup didunia,….kalo dah mati ,..habis tiada urusan lagi,…..carilah syafaat dari orang2 mengenali Muhammad SAW,….cara dan ilmunya dari orang yang mengamalkan ilmu 2x syahadah atau awalludin makrifatullah,….ameen

Reply

Maram November 30, 2011 at 10:20 pm

Beberapa perkara pokok ingin saya utarakan:
1) Semua Nabi2 adalah dari kalangan manusia. Mereka hidup dan mati sebagai manusia itu mati. Wasiat terakhir dah di sampaikan! Jasad terpisah dari roh. Dah berada di alam barzah.
2) sunnah Nabi Saw melarang minta tolong dari org mati. Satu bidaah besar! Al Fatehah jelaskan “hanya kepada Engkau( Allah swt) kami sembah dan hanya kpd Engkau kami minta pertolongan”
3) adakah sahabat2, Tabii’ & Tabiin, para Salafussaleh memohon pertolongan dari Nabi Saw satelah dia wafat?? Jika tidak, sudah jelas bahawa perkara itu tidak di anjurkan,& tidak berdalil sahih. Dalil dhaif munkin banyak? Tak perlulah lagi ulama2 bahaskan lagi. Wallaahhuallam.

Reply

Maram December 1, 2011 at 11:51 am

Satu issue saja : adakah para sahabat dan para salafussaleh pernah minta tolong dgn Rasullulah saw salepas dia wafat?? Jika ada dan perbuatan nya sahih, maka betul lah hujah saudara. Jika tidak, hujah sdra penulis lemah sekali. Wallahualam.

Reply

Maram December 1, 2011 at 12:09 pm

Salam Sdra Penulis, Surah AlFatehah yg kita baca minima 17 kali sehari. Dan kita ucapkan .. “hanya kpd Engkau (Allah) kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan”. Tidak kah ini cukup jelas yg kita di suruh Allah Swt hanya minta pertolongan dari Nya?? Saya rasa dgn ini, kita tak perlu dalil2 lain lagi. Wallahualam.

Reply

Maryjane December 10, 2011 at 12:38 pm

Semoga dengan syafaat kekasih-Nya Allah SWT melimpahi kurnia rahmat akan hamba2-Nya..

Reply

Buzzlair Voufincci December 10, 2011 at 1:53 pm

Wahai Saudara, sudah jelas bahawa roh sang mati tidak lagi boleh kembali ke dunia. Konsep saudara pakai ni telah diguna pakai ramai pengamal yang jahil dimana ad golongan yang masih mempercayai kehidupan roh wali. Pergi ke kubur si wali dan meminta pertolongan si wali dan macam macam lagi. Roh si wali kembali kepada keluarga bagi melihat dan menjaga dan bermacam lagi. Ini jugak hasil pinjaman konsep Buddha iaitu, perayaan hantu bagi golongan mereka. Adakah saudara pengamal ilmu hakikat?

Reply

Husaini Aris January 1, 2012 at 4:02 pm

Salam pada saudara sekalian….

pada pendapat saya seperti yg saudara maram hujahkan adalah benar…sudah terbukti didalam surah al-fatehah “hanya kpd Engkau (Allah) kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan”. ianya sgt jelas..hanya kepada allah s.w.t kita minta pertolongan…dan juga pada saudara Buzzlair Voufincci mmg sya akui mmg ada segelintir masyarakat kita meminta pertolongan dari makam wali2 perkara ini berlaku pada saya sendiri bagi sya ianya tidak patut sudah tentu syirik…walau apapun niatnya utk kebaikan meminta pertolongan selain dr allah swt adalah salah…wallahualam…

Reply

Umat Akhir Zaman April 22, 2012 at 9:17 pm

Bismillahirrahmanirrahim….
bukakanlah mindamu wahai saudara-saudara ku sekalian….
aku memohon kepadaNya yang maha kuasa keberkatan dalam kita bermusyawarah…
peringatan ku kepada saudara-saudara sekalian..
janganlah kita terperangkap dalam perangkap halus dalam masa kita mengejar ilmu Allah..

Jagalah adab-adabmu dalam bermusyawarah..

kerana ingatlah “ilmu yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita adalah seperti setitik air daripada seluruh air yang ada di muka bumi ini… mungkin sahaja kita tidak mengetahui apa yang saudara penulis ketahui tambahan pula ilmu mengenai alam roh adalah terlalu sedikit. Jika terdapat perselisihan mengenainya adalah wajib untuk kita menyerahkannya kembali kepada empunya (Allah Taala)

“Saya rasa dgn ini, kita tak perlu dalil2 lain lagi. Wallahualam.” petikan ucapan daripada saudara Maram…… anda telah menutup pintu ilmu kepada dirimu…

adakah saudara-saudara sekalian tahu cara-cara penyampaian agama yang suci ini oleh Nabi-Nabi kita terutama Nabi Besar kita Muhammad S.A.W? Perhatikan alam sekelilingmu menggunakan akalmu!!!…. belajarlah daripada alam… dan ini masih digunapakai untuk zaman moden kita… kerana agama kita adalah universal melangkaui masa dan tempat….

Adalah agama kita ini penuh dengan tatasusila… dimulai dengan niat, ucapan lidah seterusnya perbuatan… ingin sekali saya bertanya kepada saudara-saudara sekalian dari segi manakah kesalahan-kesalahan saudara-saudara kita yang lain berdoa di kubur orang-orang soleh ini? dari segi niatnya kah? ucapannya kah? atau perbuatannya?

pernahkah saudara-saudara sekalian mendengar pos ekspres di dalam zaman moden ini? dan apakah perkaitannya dengan berdoa di kubur orang-orang yang soleh ini? tanyakan kepada yang lebih arif mengenainya… saya TIDAK menyarankan berdoa dikuburan orang yang soleh ini dengan harapan bantuan daripada ahli kubur tersebut melainkan bantuan Allah Taala jua…

Pernahkah saudara-saudara sekalian mendengar tempat-tempat yang mujarab untuk kita memanjatkan doa? tanyakan kepada yang lebih arif mengenainya…

pesanan buat saudara Husaini Aris… janganlah terburu berbicara “menaip dalam konteks sekarang ini” kerana huruf perkataan “Allah” perlu dimulai dengan huruf besar sebagai tanda nama khas, memulainya dengan huruf kecil saudara dengan tidak sengaja telah menyamakan tuhan kita yang maha kuasa dengan benda dan binatang… apakah pandangan orang-orang bukan Islam dalam konteks ini? maka berhati-hatilah…

Reply

Al Ghuraba' June 25, 2012 at 10:36 am

Assalam alaikum w.b.t, Bismillahirrahmanirrahim. “Balligh A’nni walau ayah” – Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi.
Buat saudara penulis dan saudara seislamku sekalian, Firman Allah dalam surah Al Isra’ (17) ayat ke 36, mafhumnya ” dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesunggunya pendengara, penglihatan dan hati , semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”.

Mengulas tentang syafaat Rasulullah terhadap ummatnya yang diutarakan oleh saudara penulis, perlu diperjelaskan secara teliti dan perinci dengan dalil aqli dan naqli, iaitu Sunnah (hadith) dan Al Qur’an. Merujuk pada ayat Qur’an di atas Allah menyeru kita supaya kita janganlah menuruti sesuatu perkara tanpa ilmu yg mencukupi serta yg boleh jelas dan diterima aqal sihat. Rasulullah S.A.W sentiasa mengajarkan kepada ummatnya untuk sentiasa meminta scara terus (direct) kepada Allah S.W.T tanpa perlu melalui perantara sesiapa, ini dapat dibuktikan dengan dalil surah Al Baqarah (2) ayat ke 186, mafhumnya : “dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu tentang AKU, maka(jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat, AKU mengabulkan doa, orang2 yang berdoa, apabila ia berdoa kepada- KU. maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah) KU dan hendaklah mereka beriman kepada KU, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.

Dalam ayat ini Allah memberitahu bahwa apa saja yang kita minta pasti akan diberikan tetapi syaratnya hendaklah kita patuh pada Seruan dan Larangan Allah, dan selalu pula yakin percaya dan pasrah pada yang Maha Pencipta supaya nantinya kita selalu berada dalam kebenaran dan tidak disesatkan ketika dalam kebenaran oleh syaitan dan kerabatnya, seperkara lagi masa untuk memakbulkan pula tergantung secara Total kepada Allah A.W.J. Rasulullah S.A.W menambah lagi dalam hadithnya “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedeqah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]. Dalam hadith ini sudah jelas menyangkal bahawa Rasulullah S.A.W tidak lagi memberikan syafaat sesudah wafatnya sekalipun baginda hidup (dalam konteks kehidupan yang lain) di sisi Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah Al Isra (17) ayat ke 85 Mafhumnya “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”. Rasulullah S.A.W sendiri tidak banyak pengetahuan yang diberikan tentang Ruh dan jarang sekali membahaskan tentang Ruh atas sandaran ayat ini. Rasulullah S.A.W juga manusia biasa seperti kita sebagaimana Firman Allah dalam Surah al Furqan (25) ayat ke 20, mafhumnya: “Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.” melalui ayat ini sahaja Allah sudah memberitahu Rasul itu juga manusia biasa sebagaimana kita, cuma dia manusia yang dipilih dan diberikan tugas untuk menyampaikan kalimah Tauhid dan wahyu Allah, tidak seperti kita yang dari lahir mungkin sampai mati cuma beribadat atas apa yg diajarkan dan dibekalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. As Sunnah dan apa yang sengaja dikekalkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan kita iaitu Al Qur’an.
Dalam berhujjah pula janganlah kita sewenang2nya mengatakan orang lain itu Jahil tentang hadith yg disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, sedang kita sendiri berhujjah berdasarkan dalil aqli semata2 tanpa mengutarakan bukti yang jelas yang benar2 menyokong hujjah kita. Selain itu dalam meminta bantuan pula, Allah juga menjelaskan perkara pokok tentang meminta bantuan dan beribadat mestilah hanya kepada Allah SAHAJA dan bukan kepada makhluk, ini dijelaskan oleh surah Al Fatihah (1) ayat yang ke 5, mafhumnya “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon PERTOLONGAN.”

Maksud yang lebih halus dan dalam lagi ialah, kita sebagai manusia wajib menyembah hanya Allah sahaja dan bukan yang lain selain dari Allah. Perkara ini ada penjelasan yang terperinci lagi melalui bab Aqidah, kemudian pula manusia mestilah meminta dan mengharap pertolongan daripada Allah sahaja, kerana kalau difikir dengan aqal sihat, Muhammad Ibnu Abdullah itu kan Allah jualah yang menciptanya, dan sekiranya Rasulullah itu mampu memberi syafaat sesudah wafatnya mengapa tidak sahaja dimintanya agar Islam semua Ummat akhir zaman ini? Lebih mudah kan? Bukan begitukah saudara penulis? Allah juga berfirman tentang perkara ini melaui surah Al baqarah (2) ayat 153, mafhumnya “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Maka kenapa mesti meminta kepada Rasulullah sedang Allah berfirman menyuruh kita hanya bergantung 100% kepada – Nya? Bukankah Allahlah yang maha berkuasa atas segala sesuatu? Sila teliti ya, saudara penulis dan sila amalkan.

Buat membalas komentar saudara umat akhir zaman pula fahamkanlah apa yang dihujahkan oleh saudara yang lain, dan jangan membangunkan persoalan yang tidak berpenghujung dengan jawapan, andai mampu dijelaskan maka perjelaskanlah. Cuma soalan saya kepada anta @ sesiapa jua yg membaca komen saya ini, apakah tujuan sebenar orang2 yang berdoa di kubur orang2 soleh itu? Dan kepada siapakah doa itu ditujukan? Apakah niatnya? Maka setelah tahu secara jelas asbabnya, niatnya dan kepada siapa tujunya doa tadi barulah kita boleh mengutarakan jawapan serta dalil yang menerangkan tentang salah atau benarnya perbuatan mereka itu. Seperkara lagi tidak ada pos expres dalam berdoa dan tidak pula pos laju maupun pos biasa dalam berdoa, semuanya terus didengar oleh Allah S.W.T yang Maha Mendengar dan di terima – Nya, kan Allah Maha Mendengar dan Maha Menerima doa? cuma TETAP tergantung 100% kepada Allah untuk memakbulkannya pada masa yang telah Allah aturkan kesesuaiannya doa tadi dimakbulkan.

Perkara kedua, apakah kaitannya syafaat nabi dengan tempat2 yang mustajab apabila berdoa? Apakah doa kita di tempat yang dikatakan mustajab itu mendatangkan suatu keistimewaan @ nilai tambah kepada doa kita tadi? Semuanya adalah andaian kita belaka berdasarkan kepada pengalaman beberapa ramai orang yang terus termakbul doa @ permintaannya, apakah kita yang berdoa bukan di tempat yang mustajab ini maka doa kita itu biasa2 saja? Kalau begitu hujah kamu, apa maksud kamu Allah itu pakai doube standard ya?Astaghfirullah. Firman Allah dalam surah Al Anam (6) ayat ke 116, mafhumnya “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” Sedangkan dalam ayat yang saya utarakan di atas dan surah Al Baqarah(2) ayat 186 dan 153 dan maupun ayat mana2 dalam Al Quran juga tidak menjelaskan tentang tempat yang mustajab tetapi semuanya bergantung kepada kehendak Allah untuk memakbulkan sepantas kilat maupun memakbulkan doa itu 25 tahun akan datang. Sebagai contoh seorang anak berumur 5 tahun berdoa mau memiliki dan memandu keretanya sendiri, tidak mungkin akan dimakbulkan sepantas kilat tetapi dimakbulkan 25 tahun sesudah itu bila semua kelengkapan seperti lesen memandu dan wang untuk memiliki kenderaan telah ada. Contoh lain pula kita sedang sakit kepala yang amat sangat dan berdoa agar dapat kesembuhan lalu Allah memakbulkan doa tadi secara cepat dengan memberikan kita rasa mengantuk langsung tidur dan sakit kepala tidak lagi ada. Bayangkanlah. Namun begitu memang ada disebutkan oleh Rasulullah tentang tempat dan waktu yang mustajab untuk berdoa yang ini pula boleh dibincangkan dalam bab doa, tempat dan waktu yang mustajab untuk berdoa.

Maka dalam mengutarakan hujjah yang bernas dan jitu biarlah dengan hemah dan bijaksana, janganlah pula mengeluarkna kata – kata yang tidak elok didengar, peradaban dan tutur kata melambangkan peribadi pengkomentar dan tidak pula saya mengandaikan yang saya ini bijak, kerana hanya Allah jualah yang Maha Bijaksana. Apa jua yang saya utarakan hanyalah untuk mengingatkan diri saya sendiri betapa kerdilnya saya sebagai hamba Allah yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mengingatkan diri saya agar berpesan dengan hikmah dan sabar walaupun orang lain tidak menyukainya. Berlapang dadalah kita dengan sedar kepada hakikat bahawa Ilmu Allah itu luas dan ilmu yang kita perolehi pula adalah ibarat kita mencelup tangan ke dalam air laut dan mengangkatnya keluar, yang tertinggal di jari sesudah yg lain menitik kembali ke laut itulah ilmu yang kita dapat jika dibanding dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Maafkanlah kekasaran bahasa saya, kerana saya juga masih dalam proses belajar memperbaiki diri. Sebagai tambahan, untuk membincangkan tentang persoalan syafaat, tawassul dan istighothah ini perlu dijelaskan melalui Tajuk Aqidah agar lebih faham. InsyaAllah. Ilal Liqa’ ma’assalamah. Wallahu A’lam.

Reply

Abdullah February 10, 2013 at 10:03 am

Assalamualaikum smua saudaraku. Soal tawassul ni memang memisahkan kalian kpd dua pihak dgn iktikad berbeza. Jgnlah sampai kita saling mnuduh sesat, jdkan muzakarah ini sbuah forum yg mberikan faedah bersama.

Allah sgt mesra dgn kita, Dia mbahasakan diri Kau-aku dgn kita. Jika tak bertawasul dgn nama2 org alim n karamah pun masih boleh dimakbulkan. Yg bertawasul itu tujuannya utk mnambah berkat doa agar lbh mudah diperkenan jika disandarkan pd karamah atau sakti amalan sseorg tokoh.

Jadi tawasul itu jika benar ia disunat atau diharuskan ia bukanlah wajib. Sbg seorg yg biasa2, sy ambil lgkah tidak brtawasul utk brbicara dgn Allah. Jika saya rugi sbb melepaskan kelebihan doa dgn tawasul, x apalah, sy takut berlebihan sdgkan sy melihat dua pihak menegak hujah yg saling nekad.

Ia sbenarnya hak individu utk menilai dgn akal n sandaran ilmunya sblm mbuat kptsn utk memilih mana satu iktikad ikutan. Ia terpulang kpd apa yg kita yakin, jgn berhenti mengkaji munkin di depan ada petunjuk yg mana lbh sahih.

Doalah direct pd Allah di saat dilema begini. Itu yg saya buat ketika mohon ditunjukkan mana satu benar antara kristian n Islam. Saya brhenti lama menyebut Isa, bgitu juga Muhammad, akhirnya Allah masukkan Islam dlm saya sblm sy mngucap syahadah mnjd Muslim. Amalan tawasul itu amalan biasa n lumrah dlm agama kristian n kewajipan bg pengikut syiah. Di Malaysia kumpulan2 silat amat meninggikan guru n sesetengahnya wali (sy trmasuk yg pernah bai’at dgn salah satu yg mghalalkan tawasul pd wali-wali dgn penegasan) – ironinya sampai skrg sy msh org yg dilema n playsafe.

Wallahualam bisawab. Maafkan saya jika ada yg terganggu.

Saya sampai skrg tak mngatakan tawasul boleh atau tidak, saya cuma mnyaran kalian ambil langkah selamat. Di samping kurang brbalah2 dlm majlis ilmu.

Reply

Saya Yang Konfius March 12, 2013 at 11:06 pm

Assalamualaikum semua…Mungkin sya x reti nk bahas berkenaan bab2 agama ni. Masa baca entri ni, sya x npk ape2 yg silap ttg artikel ni. Tp, bila bca komen2 pembaca, mai tetiba kat dalam fikiran. Bukankah Syafaat Rasulullah s.a.w itu adalah satu kebenaran yg nyata yg telah dijelaskan dlm pelbagai hadis? Itu tak dinafikan sama sekali. Semua org Islam pun tahu. Syafaat Rasulullah s.a.w ialah keistimewaan yg dianugerahkan Allah s.w.t kpd Baginda untuk umatnya di Padang Mashyar kelak. Saya ulang. PADANG MAHSYAR. Pada saat manusia semua dibangkitkan semula setelah hari kiamat..Yang kita smua fikir jauh sgt smpai mengaitkn dgn alam roh dan alam kubur ni kenapa? Mengaitkan yang hidup dgn yg mati? Nabi Muhammad s.a.w tak pernah pun ajar kita minta pertolongan kepada Allah s.w.t melalui perantaraan roh-roh apatah lagi meminta Syafaat roh Baginda untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia. Syafaat Rasulullah s.a.w itu diulang sekali lagi. DI PADANG MAHSYAR KELAK! Bukan syafat masa hidup di dunia. Masa kat dunia memang la tak salah berdoa pada Allah s.w.t supaya kita termasuk golongan yg mendapat syafaat Rasulullah s.a.w DI PADANG MAHSYAR KELAK. Dan Allah s.w.t pun sgt sayang kpd org yg BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W . Sesungguhnya Baginda masih boleh menjawab salam tersebut meskipun berada di alam roh. Saya rasa tajuk artikel ni mcm x kena langsung. Ingatkan nak cite pasal Syafaat Rasulullah s.a.w kpd umatnya di Padang Mahsyar kelak. Alih-alih bercerita pulak ttg alam roh dan tawassul. Maaf wahai Penulis. Tajuk artikel dgn isi kandungannya tak berapa kena…Artikel ni agak mengelirukan. Ini nak berbicara ttg syafaat Rasulullah s.a.w di PADANG MASYAR ke….? atau nak berbicara ttg alam roh…? Konfius (2x)

Reply

Saya Yang Konfius March 12, 2013 at 11:24 pm

Masing2 ada ilmu berckp ttg tawassaul dan alam roh. Tapi, tajuk simple Syafaat Rasulullah s.a.w pun anda semua boleh jadi konfius. Nabi Muhammad s.a.w kan dah ajar kita supaya mengikuti segala ajaran Al-Quran dan Sunnah serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w. InsyaAllah..akan termasuklah kita ke dalam golongan yg mendapat syafaat Baginda s.a.w di akhirat kelak. Tak payah lah nak konfiuskan fikiran mengaitakn dgn alam roh dan tawassul bagai. Itu masuk topik lain dah…

Reply

Abu zidnie March 21, 2013 at 1:07 am

Masya Allah ..

Penulis yang bijak hendaknya dapat mengambil manfaat dari coment-coment yang telah di posting, bukalah mata hati dan akal fikiran dengan segenap keiklasan atas ilmu Allah S.W.T .Tinggalkan yang rujukan-rujukan yang lemah, hindari pemahaman -pemahaman yang akan menggelincirkan kita ke jurang kesesatan yang pmengatas namakan kecintaan terhadap Rosul Allah.
Anda tentu lebih berpengalaman dalam menilai tingkat kedalaman ilmu seseorang , yang mana yang berhujjah diatas ilmu dan siapayang mengikuti hawa nafsunya.
kepada saudara Al Ghuraba’ terima kasih atas penjelasan dan pencerahanya. semoga kita bisa tetap saling menasehati dalam kebaikan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: