Solat Sunat Nikah

by admin on December 29, 2011

Print Friendly

Soalan:

Assalamualaikum wbt.

Saya mohon penjelasan ustaz mengenai solat sunat nikah – hukumnya, perlaksanaannya dan yang berkaitan.

Terima kasih.

– Wina

Jawapan

Wa’alaykumsalam Warahmatullah.

Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:

“Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.

Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:

Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:

Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:

“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)

Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.

Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.

Wallahualam.

– Ustaz Rashidi Haji Wahab

 

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 11 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: