Salahkah Lewatkan Solat Untuk Bekerja?

by admin on June 12, 2012

Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!

Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!

“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”

Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??

“ ALLAH !! ”

Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)

Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat! Tapi dengan satu syarat!

“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!

Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”

Allah sudah janji..

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solat,
(23:1-2)

Anda faham bukan??
Maka..
JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….

“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

Terima kasih atas soalan itu..
Jawapan saya mudah,

“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka DUNIA.
Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”

Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.
Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)

Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!

Rehat sepuas-puasnya!

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..

Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti. (2:2000)

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka.” (2:201)

Pelajar juga adalah pekerja.

Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.

Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..

anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??

Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??

Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..
Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??

Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,
Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??

Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

 

Sumber: http://mati-pasti.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 22 comments… read them below or add one }

Muhammad Faizuddin Bin Mohd Zawawe June 12, 2012 at 3:56 pm

terima kasih di atas peringatan yang sungguh berguna itu..

Reply

nik shamsul June 12, 2012 at 4:02 pm

tapi mcm mna pula kalau jadual sekolah balik pukul 2.30 pm macam mana dengan solat zohor padahal waktu zohor pukul 1.15 pm

Reply

Hariz February 4, 2013 at 12:27 pm

salam..
aku baru nak tanya, lebih2 lagi kelas saya semua kelas hujung2….nak juga selamba tinggalkan kelas tapi kalau saya tinggalkan kelas saya plak x amanah dengan tanggunjawab dan terpaksa pikul padah jika berlaku kemalangan keatas pelajar.

Reply

mat June 13, 2012 at 10:46 am

..benar rezeki Allah yang tentukan.Berusahalah dan bekerja keraslah tetapi jika rezeki masih setakat kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang,akuilah itulah ketetapan Allah

Reply

Hawa June 13, 2012 at 11:31 am

terima kasih atas info yg sngt berguna

Reply

NURUL June 15, 2012 at 11:22 am

mcm mna pula dgn kami yg student nurse ? pabila masuk waktu . kami xdpt tunaikan solat krana kena jaga pesakit .?

Reply

miss June 18, 2012 at 2:20 am

slm….
maaf jika sy ingin bertanya sbg seorang student……
bagaimana sekiranya sy ada kelas dari pkul 9 – 5 dan tiada rehat lgsg…
apakah hukum sy melewatkan sOlat kerana tidak pasti untuk mencuri masa pergi sOlat….
sy selalu terfikirkannya…..
mohon jawapan dari pihak tuan…=)

Reply

nurulaswani June 20, 2012 at 8:34 am

Dear, mesti ada waktu utk makan antara jam 9-5 tu kan? :) kalau kita blh luangkan masa, bersusah payah utk pergi mkan, kenapa pula tidak utk meluangkan masa pergi solat? saya kira paling kurang waktu makan tengahari diberi selama 1 jam. takkan 1 jam tu hanya utk makan semata-mata. mesti cari dan curi waktu utk solat.

Reply

Abdul Fatah November 25, 2013 at 6:27 pm

sekadar berkongsi, maaf jika ade yang tersilap.. mungkin boleh rakam kuliah guna henfon.. banyak kali saya guna cara ini terutama bila ade kelas pukul 4-6 petang. AlHamDuLiLLaH, graduate dengan ijazah kelas pertama. kata nabi dalam hadis sahih riwawat Tirmizi : jaga ALLaH, ALLaH jaga kamu……….

Reply

L June 18, 2012 at 8:27 am

Islam itu indah, solat diawal waktu dan berjemaah adalah dituntut melainkan kerana keuzuran atau mudarat. Bersungguh-sungguh lah dalam mendirikan solat kerana manusia dan jin adalah dijadikan semata2 untuk beribadat kepada Allah, dan ibadat pertama yang akan ditanya oleh Allah ialah solat. Jika sempurna solat barulah akan dilihat pada ibadah2 yang lain. Kerana itu ia digelar tiang agama.Wallahua’lam

Reply

Muhamad sahlan June 19, 2012 at 11:52 am

Terima kasih

Reply

princezz Nur June 28, 2012 at 9:22 pm

ya Allah..lindungi aku serta kaum kerabat semuslim dgn ku…di Dunia dan di Akhirat….bantu lah kami dlam memelihara iman kami….amiinn…

Reply

acik July 1, 2012 at 8:47 pm

sy btl2 jge slt sy…mcm mne kalau nak solat tibe2 bos marah bti bt keje kerana nk solat atas alasan ambil ms syarikat n boleh merugikan syarikat?ade skali 2 sy dimarah sbb nk slt asar..bukan nak mngata tp bos sy seagama dgn kita..tlg saya sbb bos sy terlalu mementingkan keje..

Reply

Norazlan July 11, 2012 at 12:26 pm

Kebanyakkan peraturan dunia di buat oleh org org kafir yg tak solat….org org islam yg bertanggungjawap pulak buta agama….semua peraturan main ikut saja tak pernah nak fikir pasal waktu waktu solat ….tak faham betapa pentingnya solat…tak rasa gentar pun kalau meninggalkan solat…pekara solat jadi remeh temeh …budaya ini lah yg menjadi anutan kebanyakan org org islam di malaysia…….bila nak berubah??? kita kita memang tak mampu nak mengubah ketetapan dungu nie….pandai pandai lah kita nak selamatkan diri dari api neraka….takut manusia celaka lah kita…takut Allah berbahagia lah didunia dan akhirat.

Reply

hamba ALLAH July 12, 2012 at 8:07 am

sebenarnya kita sbagai seorang muslim yang diperintahkan ALLAH untuk jadi khalifah di bumi ney perlu bangkit dan tetapkan peraturan baru , ta ekot sgt peraturan yang ditetpkan org kafir . macam cuti hari jumaat utk perbykkan ibdah , waktu solat zhor dan asar memg diberi rehat utk solat meskipun 30minit . pernah na keje dulu , tny cmne waktu solat . die kata ” awak rehat lahh na dekat2 asar , then awak solat zhor , msok asar , solat ” . ta dpt lahh na solat awal waktu kalau cm tu . last2 smpi skrg ta keje kalau cuti sem . its just my opinion :)

Reply

madcho August 2, 2012 at 11:37 am

Persoalan tentang solat..Bleh tgk kat sini
http://www.zaharuddin.net/fiqh-ibadah/190-tangguh-solat.html

Reply

Robotic August 6, 2012 at 7:10 pm

Kalau membawa kapalterbang kena berhenti untuk bersembahyang ye???????? Kamu bukan tuhan jadi keputusan di tanganya. Apa kamu ingat satu dunia kerja di office ke?? Senang kamu berkata. Berkerja adalah ibadah juga.tiada dalam alquran mengata tingalkan solat sewaktu kerja. Kita niat mesti ada. Yang penting jangan tingalkan solat.

Reply

Dzul August 29, 2012 at 1:19 pm

“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

itulah yang dinamakan ISTIDRAJ. Kelebihan/ pemebrian nikmat oleh Allah SWT kpd hambanya yang Dia tidak redai.
Contoh: FIRAUN. Diberikan kesihatan sepanjang hayat.

WaAllahu a’lam ^_^

Reply

charlym December 5, 2012 at 8:52 pm

insaallah..

Reply

Amat February 5, 2013 at 2:54 pm

Mintk jelaskan mngapa Allah SWT mmperuntukkan suatu jangka waktu utk solat misalnya wktu asar sekitar jam 4.30 ke 7pm dan apakh pula hukumnya mencuri waktu bkrja utk menunaikan solat. Harap jwpn tuan brdasarkn ilmiah dn rujukn, bukn pandangan semata2.

Reply

Abdul Fatah November 25, 2013 at 6:33 pm

kalau betul nak solat, bagi yang bekerja boleh bincang dengan majikan. cakap dengan majikan nak keluar solat 15-20 minit. lepas tu lewatkan sedikit waktu pulang sbg ganti kpd masa yg kita guna untuk solat. waALLaHuaLam.

Reply

NOREHAN SAAD November 25, 2013 at 1:49 pm

ilmu yg sangat bermanfaat untuk kita semua.Apabila telah masuk waktu solat segeralah mengerjakan kewajipan kita pada yang Kuasa….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: