≡ Menu

Rasa Cinta

Print Friendly

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.

Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan

Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,

“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)

Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.

Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.

Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.

Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.

“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.

Konklusi : Pernikahan adalah permulaan cinta

Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!

 

Sumber: http://www.ilmi-islam.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 5 comments… add one }
  • Ain Ainiey December 28, 2011, 12:20 pm

    Jgn jadikan perkahwinan sebagai pusara percintaan …sebaliknya pupuklah ia agar menjadi taman percintaan

  • cinta March 22, 2012, 6:58 pm

    assalammualaikum…

    bg saya kan, skrg susah sgt nak cari lelaki yg nak kawen terus tanpa bercinta dulu…setiap kali ada lelaki yg ajak sy kapel, sy akan suruh mereka pinang saya…lepas tu mcm2 alasan mereka..nak tggu sy habis study lah, tggu sy dpt kejalah…padahal sy x mintak pun hantaran mahal2..cukup lah sekadar majlis akad nikah yg simple…sampai skrg tidak ada lelaki yg nak kawen terus..mesti nak kapel dulu..huhu…saya sedih bila tgk kawan2 dah kawen n dah ada anak…setiap masa sy berdoa semoga Allah mempercepatkan jodoh saya…tapi, nampaknya doa saya belum masanya Allah memakbulkan..mungkinkah sy akan jadi anak dara tua dan hidup bersendirian sehingga akhir hayat..huhu…

    • scha fyka April 17, 2012, 12:24 am

      Allah jadikan setiap hambanya berpasang- pasangan.jangan risau kalau still tak ada orang nak masuk meminang.yang penting kekalkan nawaitu tak nak kapel tu

      • faizah May 28, 2012, 5:53 pm

        saya setuju…anti kena banyakkan bersabar dan solat sunat..
        insyaALLAH ….semuanya akan berhasil…percayalah kpd yang ahad

  • shahrul nizam June 11, 2012, 1:06 am

    hai! nama saya nizam..

    hihiks rasa janggal bila typing.. 🙂 tapi saya setuju jika bercinta atas jalan yang benar.. ye la.. pada saya jika jujur,setia,percaya camana sekalipun jika takde keredhaan Allah takkan kekal juga.. 🙂

    Alhamdulillah, saya kenal dia, dan saya amat beryukur, wlaupun jarak pisahkan kami.. tapi dengan berdoa, mampu kuat kan hati kami berdua untuk bersabar..

    haish tak saba nak tunggu habis belajar.. pada pendapat saya, jika bercinta dengan seseorang bukan hanya di dunia, cinta hingga ke akhirat.. mean, sebagai seorang lelaki/perempuan hendaklah kita sentiasa mengingat antara satu sama lain dan juga ALLAH.. oleh itu, hendaklah kita sentiasa berdoa, melakukan perkara wajib, meninggalkan perkara dilarang, dan sentiasa mengingati-Nya disamping bercinta.. Insyallah.. 🙂
    shahrul nizam recently posted..Kuis2 Cinta ShafinazMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: