≡ Menu

Perkara Haram yang Di anggap Biasa

Print Friendly

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)

Beliau juga bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:

“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.

 

Sumber: http://www.halaqah.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 68 comments… add one }
  • MyIslamic Collection January 5, 2012, 11:06 am

    perkara ni berlaku mungkin sebab kurangnya teguran dan larangan dari generasi2 terdahulu. tak bersalam dengan saudara mara di anggap tak sopan. sedangkan ramai di kalangan saudara mara yang bukan mahram dengan kita. jadi sama2 la kita memberi kesedaran kepada masyarakat zaman ini tentang isu ini supaya terdidik generasi2 akan datang. tq MyIbrah

    • nurr January 5, 2012, 4:13 pm

      sy b’setuju dgn anda krn sy s’diri diajar dr kecil spy b’salam dgn saudara mara x kira lelaki @p’rmpuan.bila dh dewasa dan tau psl hukumnya,sy x b’salam lg dgn saudara lelaki tp ada plk di klgn kluarga yg pelik@x stuju dgn apa yg sy buat.
      selain itu,ada sstgh org b’pndapat salam tu x salah kerana mereka hanya sekadar mahu menunjukkan rasa hormat.padahal perkara tu salah wpun org yg kita salam tu adalah dari kluarga t’dekat spt ipar.

      • eyla May 5, 2012, 5:56 pm

        sya setuju sgt2 . sya pown x salam ngn biras/ipar/bapa saudara (belah bks suami) .. sya taw haram dn halal .. w’laupown dye kata salam hanya tuk hormat pd diorg ..

    • warmcherryhouse January 21, 2012, 4:03 pm

      btul tu…………..

  • ina January 10, 2012, 8:14 pm

    Lg molek kalau dpt disenaraikan siapa yg blh & tidak blh dijabat salamnya terutamanya dikalangan saudara-mara. cam saya mmg x pernah bersalaman dgn ipar duai & biras. Bapa saudara sblh suami pun sy x jabat….alhamdulilallah suami faham..

  • haizah January 11, 2012, 4:43 pm

    dan perkara Haram yang di Halalkan adalah Perbuatan liwat yang mana tiada seorng tokoh agama yang berani menentang LIWAT secara terang-terangan sebab takut tak dapat cari makan…peguam dan Peliwat dah mengaku suka sama suka dan perbuatan Liwat itu berlaku…..itu lebih besar….kenapa asyik lihat yang kecil tak dapat melihat Gajah di depan Mata…..subhanaAllah….

    • lily January 19, 2012, 2:43 pm

      bila mana pulak liwat ni dihalalkan? takde org pun kat malaysia ni menghalalkan liwat

    • Bumi serta isinya February 20, 2012, 12:22 am

      dari perkara kecil, ia menjerumus kepada perkara yang lebih besar…

    • mawar May 5, 2012, 7:37 pm

      Ish pelik sungguh org ckp bab salam tangan yg dianggap remeh dlm msykt.. Tetiba ada plak yg menyelit psl politik. Ase ke masa nk provoke org nk timbulkan amarah org. Xde pun kata halal liwat d mlsia. Ush pertikai mnusia sesat tp elok prtikai naper akidah umt islam mlysia dah jauh tersasae dr landasan agama?? Seks bebas dh lama dibiar itu yg meraja jdnya skrg.

    • Han May 24, 2012, 1:36 pm

      dok subhanallah la sgt…bajet hati tu pnuh dgn iman…bnda xpasti tros percaya bulat2..kronologi mahkamah ari tu xnak bca,..xde pn peguam dye kata “suka sama suka” tu..stakat blog politik jep…klau btol hati igt Allah,kna igt gak psan Allah msa isteri nabi dituduh berzina,Allah sndiri tegur mnusia bila bnda yg xpasti kesahihannya,wajib ditetapkan dalam hati bhawa smua itu dusta…jgn Islam atas nama je syg…..

    • nationalist rakyat June 9, 2012, 6:53 pm

      hang biar betul.kalau hang fitnah hang masuk neraka.bongok punya kaum.

    • aduh sakit... June 13, 2012, 11:56 am

      haizah, ko slalu kena liwat dgn somi ko kot, tu yg ko kata mcm 2…xdak yg ckp liwat 2 halal…ko ni trlalu taksub dgn somi ko lah nie…….

    • an March 29, 2013, 3:48 pm

      dari percaya and sebarkan fitnah liwat tu baik u makan daging saudara u

      • siti December 10, 2013, 8:45 pm

        Haizah…tuu kan kah dia berkata secara Perli kat Org2 tertentu tuu..
        Bukannya dia kata Halal..
        Kena faham Bahasa Sinisnya tuu.
        Sy faham & Setuju kata2 Haizah tu, maksud yg terSirat.. astagfirullah..!
        Bahasa Tinggi…

  • noriza sulaiman January 18, 2012, 10:08 am

    pd usia 57thn ibu mertua sy telah berkahwin lg selepas hampir setahun kematian bapa mertua. Ape hukumnye sy n anak gadis (10thn) berjabat tng dng bapa/datuk tiri. Mohon penjelasan. TQVM

  • senyumm January 19, 2012, 2:14 pm

    err..b’salam dgn pemimpin pun nmpk trend lak skg..wanita2 nmpk teruja nak bersalaman dgn pemimpin negara yg berjantina lelaki

  • orang muda January 21, 2012, 3:15 pm

    Perkara ni terjadi apabila orang ramai keliru mana satu hukum Islam dan mana satu adat Melayu. Adat Melayu suruh salam dengan semua org yg lebih tua. Hukum Islam tak benarkan salam dgn bukan muhrim. Sepatutnya guru2 di sekolah menekankan perkara ini supaya tidak berlaku kekeliruan.

    • insan February 12, 2012, 6:57 pm

      sblm 2 maaf qu pohon andai tersilap kata juga bicara..

      di sekolah ustazah/ustaz ade memberitahu tentg perkara itu..begitu juga di IPT..
      jadi hal ini juga di atas didikan orang tau/ibu bapa..kerna anak-anak lebih rapat dan lebih banyak masa bersama keluarga/ibu bapa,berbanding guru/pendidik..

      sekian, terima kasih

      mohon ampun andai tersilap bicara.

      • nurul May 21, 2012, 12:03 pm

        saya ada saudara pengetua sekolah, dia wanita, amat menyedihkan kerana dia bersalam tanpa mengira muhrim, sedih sy kerana memikrkan dia seorang guru dan pengetua pula tu, sy terbayangkan didikannya pada anak muridnya kerana dia kelihatan cukup membenci saya kerana tidak bersalam dengan suaminya malah dia bersalam dengan anak2 muda darinya usia 20-an sambil berkata “macam anak2 saja” seolah-olah membuat penjelasan kepada saya bukannya satu dosa.

  • kunt0mrenj0ng January 21, 2012, 3:45 pm

    bnda ni ad khilaf an..dlu2 pn syeikh2 azhar kt msir ni bslm je nga pmpuan.sbb bnda ni xdisebut nga jelas dlm quran.kal0 ad hdis2 y driwayat pn xjelas sgt..dlm bntuk kiasan.tp ape pn.dnia skg cm da blh trime hkum bjabat tgn laki puang ni.tp ustz sy kate.hkumny hrus smbut ble dhulur tgn utk bslm laki puang tp jgn kte y hulur tgn 2 dlu

    • nurul May 21, 2012, 12:09 pm

      ustaz itu masih perlu banyak belajar lagi, lihatlah hadis nabi, perkara ini sgt jelas haram bila ada yg menghalalkan xkirala dia bertaraf apa pun, kita sbg manusia yg diberi akal perlulah memilih bukan kerana nafsu atau kebiasaan. sebab itu salah satu syarat menuntut ilmu adalah perlu padanya cerdik, dapat berfikir dgn logik bukannya anggapan. bila sudah beranggapan, apa saja yg datang masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sedangkan anggapan itu masih kekal, sehingga datang satu yg sesuai dengan anggapan, itulah yg diulang-ulang.

    • alia May 30, 2012, 3:45 am

      sy rase menda ni x khilaf..cume ia di’khilaf’kan oleh pihak2 tertentu utk mengelirukan umat islam..cam ajaran ayah pin..hehe:P

      sbnrnya,Islam sgt cukup cantik menjaga maruah uamatnya. kite sendiri leh pikir ngn logik akal jika kulit lelaki n prmpuan bersentuhan apejadi kan?so tepuk dada,tanya iman.. =)

  • tictic January 21, 2012, 7:16 pm

    kalau adik beradik lelaki dan perempuan berjabat tangan?

    • insan kerdil February 22, 2012, 8:31 pm

      adik beradik adalah mahram, so tiada masalah untuk bersalaman.

  • Hamba Allah January 21, 2012, 11:22 pm

    nak tanya sikit kalau contohnya kita seorang pemimpin laki, perlu ke kita berjabat tangan dgn seorang pemimpin wanita yg bukan mahram? sbb kalau x salam, takut dia menganggap kita ini sombong.

    • mujahidah mas May 7, 2012, 9:31 am

      “Andai kita mengharapkan redha@pandangan manusia dgn membelakangkan ALLAH, Kita akan diserahkan Allah kpd mnsia. ..” hadith nabi S.A.W.
      Sbnarnya, dgn izin ALLAH mungkin tindakn kita yg melebihkan syariat Islam drpd duniawi blh membuka ruang kepada pemimpin wanita tersebut mendekati Islam.. Allah Maha Mengetahui…

      • alia May 30, 2012, 3:49 am

        stuju..semoga kite semua diberi petunjuk n hidayah utk sentiasa berada di bawah keREDHAAN ALLAH TA’ALA…bukan mncari redha manusia yg bersifat smentara

  • anas January 26, 2012, 9:58 am

    aku sokongan ape yang dihantarkan di petikan

  • Sedar February 6, 2012, 6:25 pm

    Utk menjaga air muka org yg menghulurkan tangan, tak pa bersalam. Tapi jgn hulur dulu. Adik beradik boleh bersalam.

    • nurul May 21, 2012, 12:41 pm

      salah, yg haram itu jelas dan halal itu juga jelas. halal haram tiada kias2 dan alasan lagi lainla kalau dalam permasalahan lain seperti tanggungjawab, hukuman, kemampuan, ibadat dan sebagainya.
      sebagai muslim yg tidak bersalam dgn bukan muhrim, bagaimana pula air muka kamu? bila berkaitan dgn kepercayaan, bukankah semua orang perlu menghormati?
      pernah lelaki cina bukan muslim hulur tangan utk bersalam dgn saya, saya beritahu tidak boleh, tanpa perlu beri explaination pun, mereka terus minta maaf. tapi kalau saudara seagama, jangan kata nak minta maaf, tensen adala, sepatutnya kita yg tensen.

  • nizal February 10, 2012, 5:26 pm

    betul tu… salam… memberi salam sudah memadai… ini bersalaman tangan dengan orang yg halal baginya berkahwin….. ramai yang beranggapan , adat lebih utama dari hukum agama… marilah kita sebarkan perkara yang ramai memandang remeh… inilah senjata yahudi… mereka memerangkap umat islam dengan perkara perkara kecil … dan akhirnya terjerumus kepada perkara dosa dosa besar…

  • anonymous February 19, 2012, 11:38 pm

    petikan dr pnulis ”meskipun mmakai alas hkum nye ttap haram”…mcm mne plak klu b’slm dgn bpa saudara yg bkn kandung??mksd sye suami kpd mak saudara kandung kte..tq

  • Harry February 19, 2012, 11:47 pm

    Hukum ALLAH yang Paling Benar, tidak usah dibantah lagi, mutlak..

  • aishah February 19, 2012, 11:48 pm

    salam, saya sering melawat ibu saudara saya yang berdekatan dengan kolej. saya dikatakan banyak terhutang budi dengan ibu dan bapa saudara tersebut.Mereka menganggap saya seperti anak sendiri. Tetapi setiap kali mereka menghantar saya pulang ke kolej, saya akan bersalaman dengan kedua2 nya sebagai tanda hormat. harap dapat berikan pendapat dan cadangan supaya saya dapat menunjukkan tanda hormat dan terima kasih.

  • adan February 22, 2012, 8:30 pm

    tgok pemimpin suda..men salam jew..

  • Al-Ashani February 25, 2012, 11:19 am

    Ana ad terdengar dlm ceramah apabila ditanyakn kepada Sheikh Yusof AlQardawi..beliau tegaskan sebenarny tiada hadis soheh yg melarang bersalaman antara lelaki dn wanita.. tetapi beliau turut melontarkan pendapat bahawa adlh lebih baik menjauhi perkara yg subahah oleh itu semoleknya elakkan bersalaman antara lelaki dn wanita..

  • sitiroha February 25, 2012, 1:57 pm

    confuse…

  • ha February 25, 2012, 9:59 pm

    memang ada khilaf dikalangan ulama…tidak di nafikan…ada mazhab menyatakan bahawa ianya tidak salah bersalaman laki2 n pmpuan jika tanpa kehadiran nafsu shahwat..ada mazhab yang mengatakan tidak boleh bersentuhan antara laki2 dan perempuan….namun pendapat yang lebih kuat, menyatakan bahawa tidak boleh bersentuhan antara laki2 dan pmpuan…dan ianya menjadi sunnat muakad jika kita dapat melepaskan atau menyeimbangkan kedua2 khilaf ini iaitu dengan tidak bersentuhan antara laki2 dan pmpuan yang jelas agak sukar dihindari daripada datang nya shahwat..WA…nasihat saya, belajar ilmu mesti berguru….

  • muslimah March 15, 2012, 1:56 pm

    Assalamualaikum. Apa pulak yang dimaksudkan dengan zina kaki?

    • linlin September 19, 2012, 2:28 pm

      Saya rasa zina kaki ni bila wanita pakai perhiasan kaki, contoh gelang kaki yang ada bunyi, contoh loceng, bila berjalan , bunyi & menarik perhatian lelaki.

  • kola April 7, 2012, 12:44 pm

    nak tanye saudara2 sekalian sket ni..sy mushkil tentang bersalaman ni… situasi macam ni… arwah bapa mertua berkahwin dua, apakah hukum sy bersalaman dengan ‘ibu mertua tiri’ sy…dengan ibu mertua mmg halal bersalaman…cuma dengan ‘ibu mertua tiri’ saja yg menimbulkan tanda tanye saya…mohon bantu..

  • aptb April 7, 2012, 12:53 pm

    Assalam… Zina kaki itu adalah dimaksudkan dengn berpergianke satu tmpt dgn niat nk berzina…. Adapun jgk yg guna kaki tuk berzina? Tidak mustahil..renung2 kan lah… Wallahu A’lam… Klu slh sila tegur

  • Azman Musa April 7, 2012, 1:00 pm

    Yg haram dikahwini, di bolehkan bersalam, yg halal di kahwini haram bersalaman..

  • erin April 17, 2012, 10:10 am

    Noriza sulaiman ‘n’ kola : bapa/ibu mertua adalah mahram (blh salam) kita sampai bila2 w/pun suami/isteri kita tlh meninggal dunia/cerai…. jika bapa/ibu mertua kita brkahwin lain (ibu/bapa mertua tiri) haram brsentuhan dan brsalaman… – sumber ustaz azhar idrus wallahua’lam…

  • jamilah May 5, 2012, 5:51 pm

    bila kita cuba mengaplikasikannya ada plak yg mengata…..sungguh menyedihkan…inilah bila hukum Islam sipermainkan…..

  • lol May 5, 2012, 6:01 pm

    hukum berjabat tangan dgn sepupu.. haram.. jd? pa pla hukumnya law berkahwin antara sepupu..?

    • Luqman May 26, 2012, 9:55 pm

      seorg lelaki dengan sepupunya yg lain (perempuan), memang haram bersalaman. pasal itulah boleh kahwin…

  • nani May 5, 2012, 6:02 pm

    Bole saya tahu perlukah dlm islam kita salam cium tangan?

  • -farehah- May 5, 2012, 6:11 pm

    mohon copy yep .. :)
    terima kasih.. :)

  • Afif_Hilmi May 5, 2012, 6:33 pm

    artikel ini membuatku sadar sekarang untuk tidak menatap seorang perempuan karena haram. sebaiknya aku harus segera bertobat (setelah salat maghrib) kepada Allah SWT untuk mengampuni saya karena saya melakukan hal yang salah … Maafkan lah hambamu ini ya Allah … Amin.

  • hidayah May 5, 2012, 10:05 pm

    kalau tidak bersalaman dengan bapa saudara atau saudara mara yang lebih tua yang bukan muhrim nanti dikatakan tidak menghormati…masalah sekarang orang lebih utamakan adat daripada syariat….anak-anak sepatutnya dari kecil telah dididik untuk mengetahui batas-batas pergaulan,…kalau dah besr baru nak ditegur tentang batas2 pergaulan,sudah tak guna…

  • Muzani May 6, 2012, 5:06 pm

    As’kum, Penerangan ini sudah cukup bukti buat isteri saya terutamnya dan keluarga sendiri yang mengikut adat tapi bukan agama. Harap lebih ramai yang boleh dimaklumkan.

  • secret May 6, 2012, 11:50 pm

    assalamualaikum, alangkah bgusnya umat islam pada akhir zaman ini mengingati mati, dgn mengingati mati, kite akn takut dlm melakukn apa jua dosa, insyaAllah,,

  • umeera98 May 10, 2012, 4:32 pm

    Maafkn sya . Boleh tolong beritahu siapa yg boleh berjabat dan siapa yg tak boleh ?

  • tauhusoya May 15, 2012, 11:22 pm

    salam… kalau salam dengan yg bukan mahram cnthnye ayh kwn baik kite yg kite anggp mcm ayh sndiri blh x..??? cz de yg brpendpt “x apa” kerana “kau salam dgn ayh dye x dsertai ngan nafsu”… blh ke..??? tq

    • Hang Setia June 1, 2014, 3:33 pm

      Jika tanpa disertakan dengan nafsu TIADA lah jatuh Haram..,
      Inilah padahnya jika Tiada lagi perlaksanaan serta kajian penghayatan yang halus dalam RUKUN IMAN…,sehingga kalau Islam kena berselibung Likup..,
      Islam tidak lah begitu zalim..,kamu yang menzalimi diri kamu sendiri..,
      Mencemarkan nama Allah, Rasul dan Islam kerna kejahilan kamu ( Umat Akhir Zaman)

  • julia May 21, 2012, 6:37 pm

    assalammualaikum..

    bagaimana dengan anak saudara lelaki sebelah suami saya, adakah mereka mahram buat saya? terima kasih

    • faz May 26, 2012, 9:46 pm

      Bagi para isteri, anak saudara lelaki sebelah suami adalah bukan mahram.

  • Ita Ly May 21, 2012, 11:33 pm

    Anak saya telah dibawa oleh guru sekolahnya ke satu majlis bersama pemimpin tertinggi negara. Dalam program tersebut,mereka berpeluang untuk bertemu dan bersalaman dengan pemimpin ini. Saya bertanya kepada anak saya,” kakak salam tak dengan Datuk….?” Anak saya menjawab,”tak….” Saya tanya lagi,”kenapa tak salam?..(saja nak test)”.. Jawab anak saya,” mana boleh salam..kan bukan muhrim tu..”…
    Alhamdulillah,lega hati saya….

  • shahrol azhar May 24, 2012, 10:46 am

    dalam filem melayu sekarang nie sudah banyak mendedahkan perlakuan ini…cerita syurga cinta antara contaoh satu-satunya filem yg mengajar kpda org islam supaya jngan senang lenang bejabat tangan dngan prempuan..atau bukan muhrim…

  • kissigurami May 24, 2012, 7:41 pm
  • driz May 27, 2012, 1:04 am

    pada zaman ini.. Cukuplah sekadar memberi senyuman dan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat pada yg bukan muhrim..

    • driz May 27, 2012, 1:16 am

      maaf.. Terms yg tepat adalah mahram

      • najah January 10, 2016, 7:32 am

        Ye betol. MAHRAM. Bukan muhrim. Mahram mksdnya haram berkahwin. Muhrim mksdnya, org yg berihram.

  • Shavieq Aideed May 27, 2012, 8:43 am

    Perkara ( yang dianggap kecil pada mulanya) ini di haramkan karena akan menjadikan hal yang besar bila kita sadari …..

  • Al-Ashani June 9, 2012, 3:12 pm

    ari ue g msjd dgr ceramah.. d tny pd ustaz mngenai perihal ni.. ustaz ue jwb berdasarkn dalil diatas beserta komentar syeikh al Qaradawi.. “Tiada ketegasan yg jelas ttg pengharaman menyentuh kulit berlainan jenis.. cuma ia mengatakan bahawa ia tdk digemari rasulullah.. sama lh seperti hadis mengenai Dhob.. Rasulullah tidak memakan Dhob tidak bermakna haram memakan Dhob.. Jadi Sheikh Yusuf Al Qaradawi berpendapat adalah harus brjabat tgn..ttp lebih molek sekiranya tidak dilakukan..” Mohon pencerahan..

    • ai September 4, 2012, 6:06 pm

      Sesungguhnya tiada hadis yang mengharamkan bersalaman, cuma nabi tidak pernah bersalam atau menyentuh sahaja, contohnya “Rasulullah tidak pernah bersolat fardhu secara bersendirian” – adakah haram solat sendiri? Hadith “Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani) -Al-Qaradawi mengulas hadith ini:-

      a) Para Imam Hadith tidak mensabitkan kesahihan hadith ini walaupun ada di kalangan mereka yang mengatakan bahawa para perawinya adalah dipercayai tetapi tidak memadai (bagi Al Qaradawi) untuk menjadikan hadith ini sebagai sahih. Lantaran itu, kita tidak mendapati wujudnya di kalangan sahabat Nabi SAW yang menjadikan hadith ini sebagai sandaran mereka apabila melarang amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi.

      b) Jika hadith itu sahih dan diterima sekalipun di sisi ulama’ tertentu, namun ianya masih tidak dapat meyakinkan Al-Qardawi bahawa hadith tersebut boleh digunakan sebagai dalil haramnya bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Ini disebabkan, perkataan “menyentuh” (dalam bahasa Arab – “Al-Mass”) tidaklah merujuk kepada perbuatan bersentuhan semata-mata tanpa diiringi dengan nafsu sebagaimana yang berlaku dalam kes bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi, tetapi perkataan tersebut digunakan oleh Al-Quran dan hadith merujuk dua makna iaitu hubungan kelamin dan perbuatan bersedapan yang menjadi mukadimah kepada hubungan jenis contohnya; cumbu, peluk, raba, atau “gurau senda” yang seumpamanya.

      Contoh ayat Al-Quran yang menggunakan perkataan “sentuh” dengan makna “hubungan jenis”, ialah Surah Al `Imran: ayat 47:-

      قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاء إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ

      Maksudnya; Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

      7. Contoh satu lagi ialah Surah Al-Baqarah: ayat 237:-

      وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

      Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan

      8. Al-Hakim merekodkan beberapa hadith dalam kitabnya Al-Mustadrak `ala As-Sahihain yang menunjukkan bahawa perkataan “lams” (sentuh) adalah dengan makna perbuatan-perbuatan yang mendahului hubungan jenis (istimta’)dan bukannya semata-mata menyentuh sahaja.

      9. Kerana itu juga, Sheikhul Islam Ibn Taimiyah menganggap sebagai da’if (lemah) pandangan ulama’ yang mentafsirkan perkataan “mulamasah” (sentuhan) di dalam ayat Al-Quran dengan makna semata-mata sentuhan (antara lelaki dan perempuan) tanpa disertai dengan nafsu.

      10. Sebagai kesimpulan, bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram:-

      Pertama, hanya dibenarkan apabila tidak disertai dengan nafsu syahwat atau fitnah. Jika terdapat iringan nafsu syahwat, fitnah atau “keseronokan” maka, bersalaman yang demikian tetap menjadi haram. Tidak terkecuali, bersalaman antara mahram sekalipun, jika terdapat nafsu syahwat atau fitnah, ia juga menjadi haram.

      Kedua, seboleh-bolehnya dihadkan hanya dalam lingkungan kaum keluarga dan orang yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan dengan keluarga kita.

      Ketiga, sebaik-baiknya, bagi orang yang komited dengan agamanya, berusaha untuk mengelak daripada bersalam dengan orang yang berbeza jantinanya (yang bukan mahram) sebagai mencontohi amalan Nabi SAW yang tidak pernah bersalam dengan perempuan bukan mahram. Sepertimana yang disebut dalam hadith-hadith berikut:-

      “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan”
      (Riwayat Ahmad, 6/357; Sahihul Jami’, hadith no. 2509)

      “Sesunggguhnya aku tidak menyentuh tangan perempuan”
      (Riwayat Al-Tabrani dalam Al-Kabir, 24/342)

      Hadith ‘Aisyah r.a. dengan maksudnya:-
      Dan demi Allah! Sungguh tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi baginda membai’ah mereka dengan perkataan sahaja.
      (Riwayat Muslim)

      • zack June 2, 2014, 1:04 pm

        sya nk tnya mcm mana klau sya tdak mngawhwini seorng prmpuan tp sudah berpegang tngan dgnya,tp niat ingin mngahwininya,adkh itu dikira dosa juga?
        mohon pnjelasan…

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: