≡ Menu

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan

Print Friendly

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

Sumber: http://www.tranungkite.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 57 comments… add one }
  • bayangan bulan October 27, 2011, 11:50 am

    dari setiap turutan peristiwa blh tak sertakan sumber alquran atau hadith?

  • Mariam October 27, 2011, 12:20 pm

    Jadinya, kita sekarang berada di peringkat yang mane satu? Adakah masih di dalam peringkat kejatuhan Khalifah?

  • awg1031 October 27, 2011, 1:23 pm

    sources for this research please…thanks
    or just email them to me..

    • Zul October 27, 2011, 7:59 pm

      prnah dgr dr salah 1 pengajian kitab2 yg menerangkn peristiwa akhir zaman..

  • zaini mohamad October 27, 2011, 3:14 pm

    aslkm..minta dapatkan rujukan dari kitab..

  • Azam aziz October 27, 2011, 6:29 pm

    Asalamualaikum, sama ngan Zaini Mohamad, minta dapatkan rujukan kitab… terima kasih.

  • Azhar Khan October 28, 2011, 3:56 pm

    Maaf, minta ada apa2 sumber lain yg membuktikan penceritaan setiap langkah…. kalau boleh,,,

  • Asri November 2, 2011, 2:45 pm

    Moga umat Islam lebih banyak membaca Al-Quran dan Hadith yang sahih lagi muktabar agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur Israilliyat yang banyak berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam apabila menyentuh hal berkaitan kiamat.Ingatlah saudara2 seagamaku akan yang pertama turun kepada Muhammad SAW.Marilah membaca untuk kita menambah pengetahuan tentang agama kita sendiri.Sorry to say that Nabi Isa a.s takkan turun ke bumi untuk menyelamatkan kita umat Islam.Hanya pengikut Kristian yang beriman akan hal yang sedemikian dan akidah kita sebagai muslim amat berbeza dengan mereka.Bacalah dengan nama tuhanmu….insyaallah..

    • Faiz November 23, 2011, 12:24 pm

      @asri Asri tolong beri bukti tentang dakwaan anda bahawa Nabi Isa a.s takkan turun ke bumi untuk menyelamatkan kita umat Islam? Tolong bagi tahu dari mana source yang anda dapat ini? Adakah dakwaan anda ini ada disebutkan dalam Al-Quran atau hadis? Adakah kenyataan anda adalah fakta atau fiksion (rekaan) semata-mata. Please explain…

    • mai March 16, 2012, 4:38 pm

      cube bace buku Muhammad Alexander “Armageddon 2012”. mungkin dpt memberi penjelasan. btw, Nabi Isa akan diturunkan ke bumi sekali lagi utk melawan dajjal, ya’jud ma’jud.terima kasih

    • hairil June 7, 2012, 9:08 pm

      penah dgr juga bhawa nabi isa a.s akan turun ke bumi.. kerna selama ne,spt yg kita tau,nabi isa a.s tak mati d salib.. tp d agkt kn oleh Allah.. jd,nabi isa a.s akan turun skali lg ke bumi,mnjlnkn hdup spt nabi2 sebelum ne,n wafat. bdasarkn bbrapa article yg sya bca,sume pun mnyatakn pkara yg sama.. ‘pendapat’ kmu tu sya tak penah jumpa lg.. so,sgt meragukn.. klu bleh,kta b’khilaf..

    • hamba Allah November 4, 2012, 2:05 pm

      JGn ckp tnpe dalil dan hadis bro.
      Nabi Isa mmg akan turun di akhir zaman, tapi bukan sebagai nabi…

      ” Sekumpulan dari umatku akan tetap berperang dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat sehingga turunlah Isa bin Maryam. Maka, berkatalah pemimpin mereka (Al-Mahdi), ‘Kemarilah dan imamilah solat kami.’ Ia menjawab, ‘Tidak. Sesungguhnya, sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat ini (umat Islam).” (HR Muslim dan Ahmad)

  • d'owl December 4, 2011, 5:29 pm

    Assalamualaikum….
    Boleh tolong perjelaskan sedikit berkenaan
    “6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb (Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir) Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik”…

    Siapa yang di maksudkan munafik?… ayat ini agak mengelirukan…. adakah semua golongan di atas adalah Munafik?

  • YB Tan December 4, 2011, 8:27 pm

    Saya biasa terdengar perkara2 ini didalam sebuah hadis yang agak panjang. Boleh sertakan hadis tersebut? Jazakallah khairan

  • mmm December 5, 2011, 3:31 am

    imam mahdi mana?

    • abu abu December 14, 2011, 11:23 am

      ye betol.
      di mana pula ketibaan IMAM MAHADI ???
      tu part paling penting.

      • Penjawab Soalan July 11, 2012, 10:04 pm

        tidak , PART yang paling penting adalah perkataaan di bawah sekali di dalam artikel di atas….. “DIMANAKAH KITA” ?

  • noor January 28, 2012, 4:11 pm

    Boleh sertakan source dari hadith,ayat alquran? Boleh email saya

  • adiratna safi January 28, 2012, 4:22 pm

    sesungguhnya hidup ini adalah pertempuran di antara ilmu yang baik & tidak baik..1.nurul yakin 2.ilmu yakin 3.ainul yakin 4.haqqul yakin..

    • seekers March 19, 2012, 10:38 pm

      nurul yakin??sy tahu mengenai yang 2,3,4 di atas sahaja…tlong jelaskan sedikit…terima kasih.

  • izwan January 28, 2012, 4:54 pm

    di padang masyhar

  • Raja Kamal January 29, 2012, 4:11 pm

    Salam..
    dalam himpunan sahih 6 (alBukhari, Muslim, Malik Muwatta, Tarmizi, Abu Dawud dan Riyadh Soleh) ade menceritakan bnda ini secara berasingan, mknyanya jika dibaca kesemua dan dikumpul maka jadilah kronoligi cerita macam penulis nih cakap. Untuk senang antum leh baca Kitab Bahrul Mazi, or dgr ceramah trus. dalam tuh ade tajuk; kedatangan Nabi Isa. tp saya agak confuse, bilakah munculnya Imam Mahdi, selepas yakjud makkjud atau Dajjal?? dalam kitab Bahrul Mazi sebut muncul Imam Mahdi kemudian Dajjal n Nabi Isa, barulah JakjudMakjud. Betolkan ana jika salah..

    • nad August 26, 2013, 7:26 pm

      kalau tak silap imam mahdi akan memerintah kerajaan islam selama 7-9 tahun.. zaman khalifah akan kembali. itu hadith sahih. jadi bahagian ini…. wallahualam.
      Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
      9.1 – Rezeki melimpah ruah
      9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
      9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
      9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

  • anndri kavifa February 15, 2012, 1:32 pm

    afwan,, itu tolong dilengkapi refrensi nya >>

  • zet March 16, 2012, 4:36 pm

    bukankah bukti kemunculan iman mahadi yang dinyatakan pada point 8.2 dan 10.2. betulkan kalau saya salah. Sebab imam mahadi akan memerintah manusia dalam tempoh 7 tahun.

  • ija... March 16, 2012, 4:39 pm

    As’salam…
    so kita skrg pada tahap bala bencana kan…

  • Zaid March 16, 2012, 9:50 pm

    Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
    7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang.

    Syiah !!!!! Bukan Yahudi.

    • TheFisabilillah3 May 4, 2012, 11:23 am

      dalam peperangan Armageddon syiah juga sekutu yahudi ada di terangkan dalam hadis daif huraian sahabat r.a dari lisan kata-kata rasulullah saw dan rasulullah saw tidak pernah kepalsuan hadis di reka cipta oleh sahabat baginda saw, ada sesetengah arab akan menjadi pasukan tentera syaitan dajal laknaktuallah, sudah terjelas beberapa ulama arab saudi telah mendedahkan iran pengkianat arab sebenar penaklukkan afganistan dan iraq dan kenapa juga sekeliling negara arab di israel tidak pernah tembak sebutir pun wilayah mereka selama ini menjadi hairan umat islam beberapa seketika, beberapa tahun lalu mereka mengadakan perang dingin di adakan hisbullah dan israel sebenarnya propaganda itu untuk membunuh rakyat sunnah wal jamaah di dalam lebanon, israel dan syiah laknatullah adalah sekutu paling rapat di tanah arab mereka jugalah puak pengkianat menjatuhkan kalifah-kalifah perang dunia 1

  • aqil March 17, 2012, 2:45 am

    baru je semalam dgr Ustaz menceritakan tentang peristiwa akhir zaman… memang sama seperti apa yg dipaparkan ini… sewaktu peperangan nanti ada pohon/batu yang blh bercakap agar org mukmin membunuh yahudi apabila mereka bersembunyi di sebalik pohon/batu tersebut.. hanya satu pohon saja yg tidak bercakap iaitu pohon kokot (lebih kurang la bunyi) yg membantu yahudi..sebab itu lah di negara i$rael mereka telah giat menanam pohon tersebut.. lihat la bagaimana mereka lebih bersedia dan mendalami ilmu ini dari kite sendiri… fikir2kan la… Wallahualam…

  • areal darwin March 21, 2012, 10:51 pm

    ya allah jika kami ada salah ampun kan lah kami..

  • Afiq April 9, 2012, 12:15 am

    sila sertakan sumber-sumber ilmiah yang sahih dalam urutan peristiwa ini. dakwah, dakwah juga, tapi perlulah berhemah dengan ilmu.

  • fariez April 9, 2012, 12:47 am

    tiada satu pun manusia dalam muka bumi ini termasuklah nabi muhammad saw mengetahui bila kiamat akan berlaku mahupun urutan seperti di atas. jangan lah lemahkan akidah kita dengan percaya pada artikel2 dan fakta walhal dalam filem sekalipun yang menceritakan tentang hari kiamat. itu semua antara permainan yahudi untuk menyesatkan umat islam. waallahualam.

    • TheFisabilillah3 May 4, 2012, 4:27 am

      sebelum nak tembak seseorang tanya diri dahulu pernah baca pelbagai hadis? di atas bukan artikel, saudara admin blog telah ambil dari beberapa pendekatan hadis sohih dan daif walhal hadis daif adalah perkara ghaib di ambil dari sahabat rasulullah merekalah yang rapat lisan dengan rasulullah dengan huraian berikut, khatam dahulu baru boleh tembak :)

  • shabri April 9, 2012, 1:17 am

    salam. Imam mahadi akan muncul di kaabah. Imam mahdi jugalah yang akan memimpin peperangan menentang ya’juj dan ma’juj. Wallahuallam.

  • TheFisabilillah3 May 4, 2012, 12:13 am

    semua hadis rasulullah saw di atas sohih dan daif yang telah di huraian pendekatan singkat dengan dengan daya interlectual tersendiri tetapi perlu lengkap walaupun huraian pendek, alhamdulillah teruskan peningkatan ilmu al-quran dan hadis rasulullah saw :)

  • Mohammad Rafi May 11, 2012, 7:21 pm

    Tak perlu risau bila nak kiamat atau bila nak jadi bala bencana, Kalau hari kiamat jadi esok pun, tak boleh nak buat apa dah.

    Yang penting dan yang paling2 utama sekarang dan masa ini ialah carilah jalan bagaimana untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. pencipta sekalian alam. Bukan takat kenal nama saja, tapi kenal zahir dan batin kita terhadap ALLAH.

    Itulah tujuan ilmu dan guru. Guru yang mursyid. Pelajarilah ilmu yang telah dibahagikan oleh ulama2 terdahulu kepada 3 cabang utama.

    1. Feqah
    2. Tauhid
    3. Tasawwuf

    Dan amalkan ilmu2 ini kepada 3 asas pokok utama.

    1. Syariat
    2. Haqiqat
    3. Tariqat

    Inshaallah, dengan keberkatan dan rahmat dari ALLAH s.w.t. dapat kita mencapai makrifat yang sebenar.

    Wallahualam.

    Amin.

  • Zulkiflee May 23, 2012, 1:10 pm

    Saya setuju dengan Mohammad Rafi. Tidak ada yang mengetahui bila kiamat akan berlaku dan kita berada dalam fasa apa sekarang ini?

  • wanZ May 23, 2012, 2:38 pm

    buat yg disuruh…tgglkan laranganye…itu lebih baik

  • Shoki May 23, 2012, 10:45 pm

    Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup,

    dan diangkatlah bumi dan gunung-ganang, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.

    Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,

    dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.

    Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.

    Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).

    (Surah Al Haaqqah : Ayat 13-18)

  • putra June 8, 2012, 4:26 pm

    Salam kpda smua,jgn lah btengkar akn hal ini,jgn d pes0alkn tntng Rasia2 ALLAH.ssunguh nya ALLAH S.W.T lbeh mgertahui.turunnya nabi isa a.s adalh benar.trunnya imam mhadi adalh bnar.jgn lah di pesoalkn lg.kalu ada yg trsilap kamu mta lah keampunan dri sang pecipta kita..tlupakah kmu dlam surah AL Annam?ada trtlis d dlm Al Quran.ada yg terleka ada yg trsilap,mohon lah keampunan.trunnya nabi isa dn imam mahadi adalh bnar.jgn trslah tfsir tkot dri brada dlam golongan orng2 yg sesat.ssguhnya ALLAh S.W.T lbeh mgertahui stiap apa yg dia ciptakn..

  • aminah June 9, 2012, 2:42 am

    assalamualaikum,sy stuju dgn komen mohamad rafi :)
    mmg penting kita mempelajari ilmu2 tersebut

    • ali December 19, 2013, 12:51 am

      ada org kata nabi esa as turun kebumi dari lapisan petala bumi tmpat tinggal baginda guna mother ufo yg besarnya 1000 stadium..betul ke

  • aisyah June 16, 2012, 1:10 am

    salam.apa yg putra cakap tuh pon betul jgk.jgnla berselisih faham tntg kebenarannya.malah menerima sambil menyelidikilah dulu..jgn menolak kuat. ALLAH sgt mengasihi umat islam sebab itu menyedarkan kita betapa dekatnya kiamat itu supaya kita blh buat persediaan. kalau tiada ‘penyataan’ itu mungkin umat islam akan menangis bila akn berakhirnya kekejaman pd umat islam (palestin).ssgguhnya ALLAH maha adil.pengakhiran ‘dajjal’ tetap ada.wallahua’alam..

  • jannah June 16, 2012, 6:03 pm

    menyerikan sekali..bertaubat la kita selagi pintu taubat terbuka buat kita..
    jannah recently posted..Untuk Lelaki..huh!!-jangan Ucap!My Profile

  • L June 18, 2012, 4:13 pm

    bukankah telah datang padamu pembawa pesan? Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi sentiasa memberikan peringatan dan tanda2 bagi orang yang mahu berfikir. Beruntunglah bagi orang2 yang mahu mengambil pelajaran, insaf dan kembali bertaubat kepada Nya. Sesungguhnya kegembiraan Allah kepada orang yang kembali bertaubat padaNya melebihi kegembiraan seorang yang menjumpai semula unta nya yang hilang. Wallahualam..

  • dy rahman June 19, 2012, 11:43 am

    Ilmu berguna~

  • mat June 19, 2012, 12:53 pm

    Baca suratkhabar … mengetahui perkara semalam
    Baca Kitab & buku ..mendapat ilmu yg membina yg diketengahkan oleh pakar dlm bidang masing – masing
    Baca blog ..

  • matalangit June 21, 2012, 4:50 pm

    salam semua saudara se aqidah ku jgn lh kte brtngkr dgn hal remeh ini,muhasabah lah diri..ttp sukacitanye ingin sy cdngkn baca lh buku ARMAGEDON 2012–bencana akhir zaman..

  • bad July 10, 2012, 11:15 am

    laen la ngn tranungkite.. yg paling ketara orang israhan iran tuw.. semue tolong cr sumber yg betul2.. cam ade perubahan demi perubahan.. lgpun xde pum yg mgaku buat artikel niw.. bhaye2..

  • pohon September 6, 2012, 5:51 pm

    Dajjal akan keluar dari kota isfahan bersama pengikut-pengikutnya..tidak seorang pun mengenali Dajjal pada ketika itu kecuali orang2 yang beriman serta berilmu..dan Dajjal mengaku bahawa dialah Nabi Isa yang telah turun ke bumi(padahal dia hanya menyamar),maka bertambah ramailah orang mengikutinya…mungkin semua sudah maklum akan rupa Dajjal,tetapi tidak semua yang dapat melihat wajah sebenar Dajjal kerana keluarnya dari Dajjal di atas muka bumi di dalam bentuk manusia yang cukup sifatnya serta alim dalam agamanya(Islam)..hanya orang2 yang beriman sahaja yang mampu mengenali Dajjal..dari itu marilah kita amalkan Surah Al-Kahfi setiap Jumaat supaya kita terhindar dari fitnah Dajjal..Wallahu’alam..

  • nur shahkina November 1, 2012, 1:31 pm

    AS-KUM…BETUL KATA USTAZ…………………………..

  • mohamad fajar November 4, 2012, 1:20 pm

    assalamualaikum…
    s’sgguh’y tlah t’tulis dlm Al-Quran ;
    Al-Qamar (Bulan) :ayat 49 -“Sesungguh’y Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”
    Ar-Rahman(Yang Maha Pemurah): ayat 1-“(Tuhan) Yang Maha Pemurah”,2-“Yang telah mengajarkan Al-Quran”,3-“Dia menciptakan manusia”
    Al-‘Imran(Keluarga ‘Imran): ayat 19-“Sesungguhnya agama (yang diredhai)di sisi Allah hanyalah Islam.Tiada berselisih orang2 yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat2 Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya…

  • mohamad fajar November 4, 2012, 1:31 pm

    mungkin kah Dajjal telah lahir ke dunia tanpa kita sedar…
    Dajjal:-
    = mahkluk bermata satu {bukankah org2 yg m’mandang Al-Quran & apa yg terkndung di dalamnya dgn sebelah mata sahaja}

    *mengikut apa yg saya faham..

  • syarifa November 4, 2012, 4:54 pm

    jadikan apa yang ada di dalam dada sebagai jawaban atas pertanyaan kita,darimana dasar (kitab) yang menulis tentang wacana tersebut.

  • mohdshahrizan December 9, 2012, 9:35 pm

    minta izin share di facebook..

  • ali December 21, 2013, 4:53 pm

    memang betul kata kamu..dajal sudah pun barada di dunia spt sabda rasul saw..hanya tunggu masa dilepaskan dari arah lokasinya timur madinah..doa ku “ya ALLAH..aku brlindung dgn mu dari dajal setan iblis dan baka baka keturunan arab jahiliah pengamal sembah batu karut yg berada dimalaysia brketurunan melayu..yg musuhimu dan rasulmu sejak dimadinah,.amin “

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: