≡ Menu

Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah

Print Friendly

Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini yang pada kebelakangan ini terlalu banyak digunakan salah pada tempatnya terutamanya di dalam cerita-cerita/drama-drama di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

  • MasyaAllah – Allah Maha Agung
  • Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
  • SubhanAllah – Maha Suci Allah
  • Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah
Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.
Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.

Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”. 
Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 25 comments… add one }
  • radziah October 7, 2011, 3:37 pm

    Assalamualaikum,

    Masyarakat Arab di Saudi menggunakan perkataan masyaAllah di dalam situasi yg merupakan puji-pujian dan ucapan tersebut disusuli dgn ucapan “tabarokAllah”

    • roza October 15, 2011, 5:37 am

      Bila saya tanya pada penduduk Arab tentang sebutan masyaAllah…mereka menjawab …MasyaAllah disebut jika kita melihat dan memuji sesuatu yang indah contohnya…Mata yg cantik..atau seorang yang genius..kita akan memuji dengan sebutan MasyaAllah…dengan sebutan ini kita dapat mengelak dari orang yang dipuji itu hilang keistimewaannya…dari mata yang jahat..atau dari niat yang jahat…

      Saya pernah terbaca tentang Mata yang jahat ini dalam internet…ada artikel yang menjelaskan kan tentang mata yang jahat..

      • zam August 16, 2013, 6:57 pm

        Benar nama melayu kejahatan mata bahasa arab disebut “Ain Al-Haq” atau org melayu eja ” Ainul Haq” dan mmg terdapat hadis nabi menceritakan ttg kaitan masya Allah dlm hal ini. Cari la…

  • Siti October 7, 2011, 4:30 pm

    Assalamualaikum..

    Admin, nampak macam artikel tergantung..”…mengelakkan kita..”

  • Maria October 8, 2011, 4:22 am

    Nice posting and thanks.
    can you please also provide it in English version.

    • roza October 15, 2011, 5:43 am

      We are discussing about when is the correct time to mention MasyaAllah,Astaghfirullah,Innalillah and Na`uzubillah
      For us generally we are not fully understand meaning of words in Al Quran as you Arabs country

      We use to say MasyaAllah when we are facing bad things or situation…because it seem like a culture

      What i understand Saudi people will mention MasyaAllah when there admire something good to prevent from bad eye

      Correct me if i,m wrong

  • MIMI October 11, 2011, 7:20 am

    semoga dapat berkongsi ilmu sesama kita

  • hj. October 11, 2011, 5:13 pm

    assalamualaikum,

    insyaalloh sama2 kita menegur umat islam yng tidak memahaminya.

  • Wikus van de Merwe October 13, 2011, 7:52 am

    Selagi ada penulis skrip dan pengarah yang jahil selagi itu ia akan berleluasa di media massa kita.
    Kita perlu fahamkan mereka dahulu, maka akan lebih mudahlah mereka memahamkan masyarakat.
    Tetapi saya rasa kebanyakan penulis skrip/pengarah tidak peduli pun, iman senipis kulit bawang saja, mengikut nafsu. Pandangan sahaja, ya.

    • roza October 15, 2011, 5:44 am

      Ukur baju di badan sendiri

  • YB Tan October 20, 2011, 2:01 pm

    Saya berpendapat penggunaan masyaallah apabila melihat perkara-perkara maksiat adalah korupsi dari ucapan ma’adzallah yaitu doa Nabi Yusuf ketika di goda Zulaikha yang bermaksud “aku berlindung dengan Allah”, wallahualam.

  • .:hanna radzi:. October 27, 2011, 1:10 pm

    thanks for sharing..sy pun baru faham betul dgn maksud tiap perkataan yg saya tuturkan tu.. 🙂

  • Siti Musalmah November 9, 2011, 3:57 pm

    Sangat berguna kepada semua umat islam terutama di Malaysia dan Indonesia.

  • Siti November 10, 2011, 11:44 am

    thanks for sharing…:)

  • noy November 13, 2011, 12:12 pm

    bnyk membantu..ilmu yang baik…
    terima kasih..

    • farris@moss November 20, 2011, 9:26 am

      Tekankan kesalahan ini dalam pelajaran di sekolah2

  • mai November 29, 2011, 10:46 am

    Assalamualaikum…

    sedikit perkongsian dgn apa yg diajarkn oleh ustaz2 saya …masya Allah bermaksud apa yg terjadi adalah dgn kehendak oleh Allah…jadi perkataan ini boleh juga digunakan ketika mendengar musibah seperti kemalangan,sakit dn sebagainya…dn ia juga boleh digunakan dlm perkara2 kebaikan kerana semua musibah dan kebaikan berlaku dengan kehendak Allah SWT…wallahu a’lam.

    • zam August 16, 2013, 7:04 pm

      Yang diyakini ungkapan masya Allah untuk benda elok shj. Klu tak silap sy mmg ada diajar oleh Nabi kita.

  • nedved May 11, 2012, 5:44 am

    salam kepada penulis..maafkan saya,tetapi menrut apa yang saya tahu ada berbeza sedikit..maksud MasyaAllah,secara bahasa ialah Ma=Apa,Syaa=dikehendaki ,so masyaAllah ialah diterjemah direct bahasa melayu ialah “apa yang dikehendaki Allah” .kalimah ini diucapkan apabila kita terlihat,terbau,terdengar apa2 yang menakjubkan bagi kita..sbg contoh,kita terlihat satu masjid yang sangat indah,lalu kita ucapkan MasyaAllah,kerana kita kembalikan ketakjuban kita kepada makhluk(masjid)itu kepada Allah,kerana Allah yang berkehendakkan supaya masjid itu menjadi cantik..sedangkan “Maha Agung” dlm bahasa arab ialah “Al-Adzim”,jadi Allah Maha Agung ialah Allah Al-Adzim

  • L July 20, 2012, 4:44 pm

    Salam, Saya setuju dengan mai dan nedved..

  • solehin August 1, 2012, 8:37 am

    kebanyakan kereta di arab saudi akan menampal sticker MasyaAllah Tabarakallah..tertarik dgn sikap dieorg..mcm dh jdi trademark kt kete dieorg mesti ade punyer..kebanyakanlah

  • Wan November 18, 2012, 4:03 pm

    Assalamu’alaikum. Sy baru Sahaja terlibat dlm kemalangan. Walaupun kereta yg sy naiki remuk teruk membuatkn org yg melihat menyangka Pemandu mati. Tp Alhamdulillah semua Selamat. Semasa kereta berlanggar saya Ada laungan Allahuakbar. Jadi kereta terus berhenti secara tiba2. Kalu x mungkin kami tersepit Di antara kereta dan rumah. Adakah pengunaan Masha-Allah sesuai dgn kejadian tersebut

  • Siti April 2, 2013, 12:10 pm

    Slps saya diberikan peluang bkerja di Arab Saudi barulah saya kini benar2 mengerti maksud dan bila kiter boleh mnggunakan pkataan tersebut…satu hari ketika saya sedang mberikan ubat kepada pesakit saya, seorg pakcik atau baba, tetiba dia ucapkan Masya Allah…saya jadi terkejut, eh knp plak ngan baba nie tetiba ckp masya Allah kat saya nie, muka saya mcm hantu ker…oh rupa2nya sbb saya wanita muslim…

    • rosierose October 25, 2013, 12:31 pm

      maksudnya digunakan untuk memuji Allah kala terpandang perkara yang elok ya?

  • Lang Choo Meng November 30, 2013, 9:12 am

    Masha Allah di gunakan waktu melihat kehebatan ciptaan Illahi…maksudnya dengan pengakuan keimanan…maka mungkinkah apabila seorang lelaki apabila terlihat paras yang boleh mengoyang keimanannya mengatakan…’Masha Allah hebatnya ciptaan Allah….aku mohon ampunmu Ya Allah dengan penyaksian ini….inikan pulak Engkau’ ….

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: