Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

by admin on November 10, 2011

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 22 comments… read them below or add one }

Nur Aen December 22, 2011 at 2:07 pm

info yg sangat berguna dan sy dah share kan ke blog saya. Sy juga dah kreditkan blog ni ….tqvm

Reply

Nurliyana June 7, 2012 at 9:42 pm

mohon share d blog saya :) panduan yang baik untuk dikongsi bersama..
Nurliyana recently posted..Janganlah sedih kerana…janganlah…My Profile

Reply

jadira July 4, 2012 at 6:00 pm

TERIMA KASIH… BANYAK MEMBERIKAN MAKLUMAT DAN BIMBINGAN UNTUK MEMPERBAIKI DIRI

Reply

nor September 5, 2012 at 10:05 am

Terimakasih…boleh jadikan pedoman dlm mendidik anak dizaman yg serba mencabar ini…sy nk minta kebenaran utk share yer..

Reply

Zainal September 6, 2012 at 5:09 pm

Artikel yang bagus. Pendidikan cara Rasulullah adalah yang terbaik dan paling berkesan. Perhatikan disini ( http://www.diarimukmin.com/galakan-agar-ibubapa-bermain-bersama-anak-mereka/) bagaimana cara Rasulullah bermain dengan anak-anak.

Reply

wansu September 13, 2012 at 5:21 pm

mohon share d blog saya
tq

Reply

fiza October 14, 2012 at 5:15 pm

Mohon kebenaran share ye.. jazakallahukhoira..

Reply

CikPuan November 4, 2012 at 5:20 pm

Mohon share..nak copy untuk sharing di blog saya

Reply

Marjan January 25, 2013 at 8:09 pm

mohon share….sggt berguna, walaupun sekadar emak sedara…^^

Reply

atiqah July 16, 2013 at 12:39 pm

mohon share..terima kasih atas info berguna ini.. =)

Reply

salinasahidan September 15, 2013 at 8:59 pm

Sangat beguna untk sy mendidik ank

Reply

Deslack November 24, 2013 at 9:10 pm

Memandangkan “Mengikut Islam” digunakan dalam artikel, saya menuntut dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Kalau tak ada, istilah ‘Mengikut Islam’ patut digugurkan daripada artikel ini.

Sabda yang dinisbatkan kepada Rasulullah diatas tiada sumber Hadis, dan daripada matan (kandungannya) nampaknya seperti palsu:

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Reply

radzi November 24, 2013 at 10:39 pm

Mohon share di blog saya ya tuan admin. Moga sama sama mendapat hikmah

Reply

Twin Tulipware January 5, 2014 at 1:30 pm

boleh saya tau kesahihan hadith yang saudara nukilkan … adakah ia hadith maudu’

Reply

muhamad asyraaf low bin abdullah January 5, 2014 at 2:50 pm

Informasi yg berguna n berkesan untuk mendidik anak2 secara islam keseluruhannya n syabas wassalam…

Reply

nurulhusna January 5, 2014 at 4:14 pm

assalamualaikum wbt, boleh beri petikan hadis yang lengkap, kerana ‘geletek’ itu saya kurang pasti. terima kasih. :)

Reply

zuli January 6, 2014 at 12:01 am

Salam. Mohon share info ini.

Reply

Azuri January 6, 2014 at 8:31 am

Panduan mendidik anak

Reply

putri May 14, 2014 at 1:39 pm

tq.. insyallah, kalau ada d berikan rezki, akan kami praktikan..

Reply

goodspeed May 14, 2014 at 11:46 pm

Mohon share ustaz!!
Jadikan pedoman untk diri sy..Amin.

Reply

Norhayati binti Mohd Yunus May 28, 2014 at 1:50 pm

Mohon share info ini. Terima kasih Ustaz…

Reply

orang muslim June 11, 2014 at 11:32 am

ini artikel oranmg muslim bukan sie, kok kayaknya misionaris

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: