≡ Menu

Nafkah dan Zakat Isteri yang Sudah Bercerai

Print Friendly

nafkah

Soalan:

Assalamualaikum. Jika sudah bercerai, perlukah si suami membayar zakat fitrah untuk si isteri? Mohon penjelasan.

Jawapan:

Nafkah dan zakat isteri yang dalam ‘iddah

  1. Isteri yang ber‘iddah kerana talak raj‘ie (talak satu atau dua), sama ada dia hamil ataupun tidak, maka wajib baginya seluruh nafkah daripada suaminya, yang berupa sara hidup, makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh ‘iddahnya atau sehingga melahirkan anak dalam kandungannya.

    Oleh yang demikian, zakat fitrah bagi isteri yang ditalak dengan talak raj‘ie yang tidak hamil dan belum tamat tempoh ‘iddahnya sebelum terbenam matahari pada malam ‘eid (hari raya) wajib dikeluarkan oleh suaminya. Jika suami mentalak isterinya setelah terbenam matahari akhir Ramadhan (malam ‘eid), maka suami wajib mengeluarkan fitrah isteri yang ditalak itu.
  2. Isteri yang ber‘iddah kerana talak ba’in (kerana talak tiga atau kerana khulu‘) yang tidak hamil, maka dia tidak menerima nafkah sara hidup dan pakaian dari (bekas) suami. Bagaimanapun isteri tersebut berhak tempat tinggal dan lauk pauk sepanjang tempoh ber‘iddah.

Oleh yang demikian, suami tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri yang ditalak dengan talak ba’in sekalipun tidak hamil. Ini kerana kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang ditalak ba’in telah gugur. Bahkan wajib bagi perempuan tersebut untuk mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya jika dia berkemampuan.

Isteri yang ber‘iddah kerana talak ba’in dan sedang hamil pula, menurut sepakat ulama diberikan nafkah dan tempat tinggal selama dalam tempoh kehamilan sehingga dia melahirkan anak dalam kandungannya dan disyaratkan anak dalam kandungan itu adalah keturunan daripada suami yang menceraikannya.

Oleh yang demikian, suami wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri yang ditalak dengan talak ba’in yang sedang hamil.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan:

Irsyad Hukum,
Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei

Sumber:
USRAH SOLAT (Q&A IBADAT)
Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi’i

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post: