≡ Menu

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga

Print Friendly

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 63 comments… add one }
  • Abbie October 2, 2011, 4:04 am

    Subhanallah…

  • umie October 2, 2011, 1:12 pm

    untung nya jadi wanita solehah…. lebih untung jadi isteri solehah

  • sylvie binti sajuti October 2, 2011, 4:32 pm

    Alhamdulillah All praises to Allah.

  • ain October 3, 2011, 6:06 am

    sangat menyenangkan!!!

  • ninie samat October 3, 2011, 6:23 am

    mashAllah.. semoga kami tergolong wanita dan isteri yg solehah..

  • della delilah October 10, 2011, 5:27 am

    bahagianya jd seorang wanita.. hehe subhanallah

  • Ainuddi October 10, 2011, 10:55 am

    Salam,

    Boleh sy tau reference bagi item 1 sampai 26 di atas? Ada mana2 hadis yg dijadikan sandaran?

  • faizatulhana October 15, 2011, 3:02 pm

    ya ALLAH,sungguh mulia wanita d sisi islam…

  • ririe October 16, 2011, 5:36 am

    SUBHANALLAH YA ALLAH bimbing aq dan tuntun aq k jalan yg engkau ridhai……….amien

  • Islam October 21, 2011, 6:03 pm

    Bagi item 23:Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap)…Soalannya wajib ke kita kne pakai purdah?

    • balqis November 28, 2011, 8:22 pm

      tidak wajib tetapi digalakkan untuk memakai purdah..

    • Amin December 18, 2011, 6:54 pm

      Jawapannya.. Tak wajib pakai purdah, hanya cukup menutup aurat TAPI harus betul2 faham dan tahu macam mana menutup auratmenurut syariat Islam. CUMA sebagaimana kenyataan di atas, maka tiadalah “Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap)”

    • asiah January 2, 2012, 5:27 pm

      tidak wajib.. ia akan jd wajib jika perempuan itu tidak memakai purdah lalu terjadi fitnah. maka diwajibkan keatas wanita itu memakai purah. wallahualam.. 🙂

    • pa jan February 13, 2012, 2:15 pm

      pkai purdah xpasti la wajib ke tak. tp menutup aurat dng spurna tu wajib.

  • hazrah October 23, 2011, 9:58 am

    sangat menakjubkan senang untk di ambil tahu

  • eyma November 9, 2011, 9:58 am

    mohon share d blog yea.. 🙂

  • chayankayoe November 15, 2011, 7:02 pm

    Subhannallah………. Allahuakbar, smoga hambamu ini termasuk golongan wanita sholehah jg istri yg sholehah. Hadirkan kebersamaan q dgn lelaki pilihanMu ya Allah. Amiin…..

  • wanita November 16, 2011, 11:39 am

    ganjaran sebegitu hebat harap dapat buat suami2 faham betapa sukarnya untuk seorang wanita menghadapi banyak perkara terutama sekali jika suami memandang pengorbanan isteri remeh, hanya Allah yg Maha Mengetahui memahami. Harap ganjaran yg hebat itu dapat buat suami faham kerana xmudah untuk kudrat wanita. saya amik contoh no.2, dua rakaat solat wanita hamil, ganjaran dari Allah memang tersangat hebat, xlayak rasanya diri ini tp harap dari ganjaran sehebat itu dapat buat suami faham kesukaran wanita hamil ketika solat, kalau gentleman tanyalah isteri dan dengar dgn prihatin tanpa rasa sombong tidak mahu menerima hakikat besarnya pengorbanan isteri.

  • lelaki November 19, 2011, 9:57 am

    Subhanallah! Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

    Memang Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga…. dan Mudah juga Wanita Mendapat Dosa dan Neraka….. renung-renungkanlah kehidupan seharian kita!
    InshaAllah.

  • Nuwairah November 23, 2011, 3:58 pm

    Assalamualaikum,minta izin copy artikel ni ya.

  • balqis November 28, 2011, 8:23 pm

    purdah tu tidak wajib untuk dipakai tetapi digalakkan untuk memakainya…

  • sulaiman ramli November 30, 2011, 8:34 pm

    mohon share d blog yea.. 🙂

  • Tanpa Nama November 30, 2011, 8:45 pm

    Bahagianya lelaki memiliki kedua duanya..

  • aisy November 30, 2011, 8:55 pm

    ada gambar makhluknya…

  • joejoe mulyana November 30, 2011, 9:27 pm

    Berbahagialah kaum hawa…begitu mudahnya kalian tuk mendapatkan pahala dan ampunan dosa menuju syurga,..Allah maha pengampun dan penyayang…

  • mirazaini December 25, 2011, 4:45 pm

    alhamdulillah

  • balkis December 29, 2011, 12:00 pm

    ”Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap)”

    afwan mengganggu. ana cuma nak perbetulkan. kalau x salah ana, kenyataan di atas ni sebenarnya ada hadis, tapi hadis palsu. ana ada terbaca di blog seorang muslimah.(isteri seorang ustaz yang rasanya dikenali umum) katanya, kalau kita nak kenal hadis tu sohih atau palsu, tengok dan fikir dalam2 hadis tu. benda yang kita buat, kecik je, tapi ganjarannya besar sangat. mcm kenyataan di atas. wallah’alam.

  • Balqis January 2, 2012, 7:57 pm

    Alhamdulillah =)

  • linda.kidek@hotmail.com January 10, 2012, 4:51 pm

    Ya Allah moga kami tergolong di dlm golongan2 yg terpuji itu….maka bantulah kami…buka kn lah jln bagi kmi utk tujuan itu Ya Allah…Amin…

  • Emie January 10, 2012, 9:11 pm

    sekadar bertanya kepada siapa seorang isteri bercerita duka yang dirasa kalau suami tak nak mahu mendengar?

    • reds February 23, 2012, 10:03 am

      kepadaNya Yang Maha Mendengar

  • zul January 11, 2012, 5:42 pm

    maaf..saya cuma inginkan kesahihan mengenai landasan syarak bagi wanita bekerja yang mengenai
    ‘keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

    Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
    Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
    Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
    Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
    Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
    Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
    Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.’..

    boleh berikan saya sumber rujukan untuk batas syarak ni x..?…saya cuma nak lagi yakin..terimakasih..

  • akmal January 17, 2012, 12:49 pm

    Ya Allah kau kurniakan aq istri yg soleha…AMIN..Sngat bermnat istri yg memakai pudrah n bertdung lbuh…..umpama bidadari,mansi bila dipndang…

  • aminah January 23, 2012, 5:54 pm

    subhanallah…

  • hanisah hasnan January 26, 2012, 12:48 pm

    ble baca cm nk kawin cpt lak.. hhehe
    bangga nyer jdi seorang wanita…
    tapi seorang wanita juga lah paling mudah msok neraka… tak silap sy la….

    nk share ea….

  • suecomey February 3, 2012, 11:27 am

    salam..mintak izin utk share ye:) tq

  • Liza February 5, 2012, 10:51 pm

    Bersyukur jadi wanita… Mohon copy artikel ini ya?

  • Chenytha Miera Damieya February 8, 2012, 10:58 pm

    betapa bersyukur nya aku d jd kn sebagai seorang wanita……ku bersyukur pdmu ya Allah….

  • Nurul Izzati February 24, 2012, 11:19 pm

    akanku usaha untuk menjadi wanita yg solehah dan diredhai oleh Allah s.w.t.

  • khairry March 1, 2012, 2:39 pm

    suka2….amin…

  • hamba Allah March 10, 2012, 2:07 am

    salam…nbr 26 tu pd pendapat sy adalah “mahram” bukan “muhrim”…

    “Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya”

    http://www.youtube.com/watch?v=lMyOS1bemwc

  • Aini Hussin March 19, 2012, 3:04 pm

    Terima kasih Ya ALLAH..Saya bersyukur kerana menjadikan saya sebagai seorang WANITA..ALHAMDULILLAH..

  • Junaidah March 23, 2012, 9:41 am

    Walau apa pun pekerjaan yg di lakukan oleh seorg hamba yg bergelar anak,isteri atau suami,lakukan lah dgn Ikhlas semata2 kerna Allah bukan kerna inginkan ganjaran2Nya. Mohon Rahmat dan KeRedhaan Allah. Semoga hidup kita didunia mahu pun di akhirat diberkatiNya.InsyAllah

  • Az March 23, 2012, 11:59 am

    apa pula peranan suami? kalau suami malas bekerja hrp makan duit isteri yg berkerja dan suami tidak bertanggungjwb terhadap keluarga macamana? Kena taat juga ke? Pls reply.

  • ummizayda March 23, 2012, 12:02 pm

    mohon share di blog ye..:)

  • norhayati March 23, 2012, 1:46 pm

    Subhanallah!!!!
    Aq bersyukur pada mu ya ALLAH..
    Kerna menjadi kn aq seorang wanita…

  • Bunga March 23, 2012, 9:51 pm

    Alhamdullah Allah jadikan diri ini seorang wanita/isteri dan ibu. Wanita juga punya hati, perasaan dan emosi. Namun insan yg bernama lelaki/suami jarang untuk memahaminya, menghargainya atau untuk mengambil kisah. Kerana ganjaran yang Allah berikanlah seorang wanita/isteri itu taat dan sabar dengan mu..

  • lilly March 25, 2012, 10:00 pm

    Adakah seorg wanita itu dikategorikan aniaya diri atau bersubahat dgn suami sekiranya suami tidak amalkan agama Islam sewajarnya? Contoh: tidak menjaga solat. What if, isteri itu tahu suaminya melakukan maksiat, spt berzina dan tidak solat tetapi masih hidup bersama2 suami tersebut n terus memaafkan? Bukan sebagai ibu, wanita tersebut juga perlu memerlihara kebajikan anak2 supaya tidak mencontohi bapa mrk? Mana lebih penting, wanita sebagai isteri atau ibu?

  • Aneng Abdul Rasyid April 3, 2012, 9:27 pm

    Bersyukurlah kita sebagai wanita yang diberi kemudahan untuk masuk syuga

  • qodieyrul kadieyr April 4, 2012, 8:36 am

    masyahAllah………..bugssss yer law soma wanita islam d muka bumi ini menjadi solehah alang kah afdal yer kn………..kerna wajah setiap wanita i2 hanya lah untuk suaminya yg soleh & halal….insyahALLAH….

  • hamba Allah April 4, 2012, 12:44 pm

    mudah! tetapi neraka dihuni oleh ramai wanita!!!!

  • ratna indriani April 5, 2012, 10:45 am

    subhanalloh….. …. ternyata wanita tidak harus kerja keras mencari uang. kita kembalikan lagi tujuan hidup yag sebenarnya. Ridho Allah itulah tujuan hidup. Suami adalah jalannya… love u my husban

  • Tawar April 26, 2012, 2:06 pm

    Seorang isteri akan dilaknati oleh malaikat sehingga subuh sekiranya menolak pelwaan suaminya untuk bersama ; apa kah kesan laknat itu ?

  • sahri rio May 20, 2012, 1:07 pm

    mudah mudahan aku di beberi jodoh istri solihah amin

  • Seruny Syng Dia June 5, 2012, 3:14 pm

    sy sementara hamil 6 bulan skrng, semoga sy menjadi istri dan ibu yang baik… amin

  • Yoedha Syapoetra June 5, 2012, 11:41 pm

    Itulah kelebihan di antara kekurangan wanita yang di berikan oleh Allah, maka patutlah bersyukur karenanya….

  • haneesa June 6, 2012, 3:29 pm

    sangat suka membacanya..mohon share ya….

  • rrockyroy August 8, 2012, 11:49 am

    Ijin share ya.

  • dee October 4, 2012, 8:57 am

    Subhannallah..

  • maslinda sorang jer October 18, 2012, 1:43 pm

    semua nyer berpudah tapi kita x tau lagi apa dalam hati diorang tukan

  • cahaya ... September 30, 2013, 12:14 am

    assalam..

    sumber rujukan dari ???

    need to know it . tenkiu 🙂

  • cahaya ... September 30, 2013, 12:29 am

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/08/23/kelebihan-wanita-mengandung/

    ada menyatakn beberapa item diatas adalah dr hadis palsu .

    wallahua’lam .

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: