Mimpi Setelah Solat Istikharah

by admin on November 13, 2011

Soalan:

Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, contohnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh kita. Maksudnya dalam solat tersebut jita memohaon doa pada allah supaya ditunjukkan jodoh kita. Adakah memang itulah taqdir allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah?

 

Jawapan:

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

 

Sumber: http://abuumair1.wordpress.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 41 comments… read them below or add one }

Mohamed Nizam Bin Abdullah January 17, 2012 at 12:24 pm

Assalammualaikum,

Bagaimanakah cara-cara dan niat bersolat sunat Istikharah?

Reply

Farid February 10, 2012 at 10:24 am

Betul, dalam istikharah, jgn sesekali berat pada kehendak kita ataupun bias memilih kehendak kita. Lapangkan fikiran dan serahlah segalanya kepada Allah swt. Sebab dalam keadaan kita berserah itu lah kita sebenarnya dapat memilih apa yg terbaik untuk diri kerana insyaAllah ada petunjuk Allah swt untuk kita. Mimpi bukan penentu pilihan kita… Keputusan istikharah kita itu datang dlm keadaan yang sgt2 halus yg kita sendiri tidak menyedarinya. jangan tunggu mimpi dan mengharapkan keajaiban sebab itu mungkin tipu daya syaitan. Wallahua’lam…

Reply

nur March 17, 2012 at 4:32 pm

macam mana pula bila buat istikharah,menilai sebab musabab,baik buruk saya telah cenderung untuk memilih A..tiba2 pla saya jd goyah apabila keluarga kurang bersetuju dengan pilihan saya…pendirian saya seolah2 tidak tetap..adakah saya ni mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan???

Reply

hamba allah March 23, 2012 at 1:38 am

saya nak bertanya, mak si perempuan telah membuat solat istikharah. Tetapi sebelum bertemu ngan saya lg diasudah sangka buruk terhadap saya. Adakah mimpinye itu perpengaruh terhadap sangkaan buruk terhadap saya? Saya ajak berjumpa tp di tolak. Sedih rasanye hati say bila org menganggap saya yg seorg duda ni jahat sangat.

Reply

sunshine March 23, 2012 at 10:11 pm

mcmn kalo mimpi bturut2 org yg sama,wlupn pd masa sblm tido kta tak pernah pn pikirkn org tsebut?adakah 2 ptanda dia jodoh kta?

Reply

insan teraniaya March 23, 2012 at 10:21 pm

ada pengalaman tentang solat istikharah..buat 7 hari berturut2..insyaallah akan dapat jawapan..tp sebelum buat kena kosongkan fikiran..betul2x..

Reply

insan teraniaya March 23, 2012 at 10:26 pm

dulu bila ex hsbnd curang..sy buat istikharah..alhamdulillah allah beri jawapan padaku..tp hampir 6 bulan istiqomah buat..bulan ramadan..dapat buat sebulan penuh..allah bg peluang padaku tanpa ada ‘cuti’ bulan ramadan tahun tu..syukur..walau diceraikan..sy pasrah..kerana ni takdir Allah..kerana dia bukan lg yg terbaik buatku di dunia dan di akhirat..korbankan perasaan sayang pd suami demi..ketentuan takdir terhadapku..inilah pengalaman istikharah dalam hidup ini

Reply

azie azani April 26, 2012 at 1:59 pm

sy pernah melalui situasi yg sama dgn insan teraniaya…serahkan segalanya pada tuhan masa beristikharah….alhamdullillah itu lebih tenang dari kita meratap apa yg berlaku pd kita…..:-)

Reply

ina March 24, 2012 at 7:35 am

bagaimana pula jika kita mempunyai 2 pilihan,kedua-duanya baik, sudah dikaji n bertanye, kedua-duanye benar benar ikhlas, kita x sampai hati untuk melukakan hati salah seorang,keliru untuk membuat pilihan.

Reply

tawar March 24, 2012 at 11:13 am

Mengapa iannya kerap sangat dikaitkan dengan soal memilih jodoh ?

Reply

Azz April 4, 2012 at 12:01 pm

macammana nak doa supaya dapat jodoh yang baik, suami soleh dan beriman, sedangkan diri tak sebaik mana? Allah dah cakap, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, saya bimbang jika saya doa utk dapat suami soleh, sampai bila2 saya takkan dapat jodoh sebab saya tak solehah. tapi kita disuruh supaya berdoa supaya diberikan suami yang soleh, cari suami soleh dan berusaha ke arah itu. lelaki soleh mana nakkan wanita yang jahil dan tidak solehah?

Reply

aku ke April 26, 2012 at 3:02 pm

kdg2 ad laki yg soleh tp memilih prmpn yg krg baik..
krn bgnya jika dpt membawa is3nya yg dhulunyer jahil kearah kebaikan..alangkah tggi pahalanya tuh..
jd..mmg laki yg baik utk wanita yg baik dan prmpn yg baik utk laki yg baik..
tp bg sye ianya mrujuk kpd baiknya seseorg itu smse dlm alam perkahwinan..
jika sblom kawen dye jahat..tp slps kawin dye btul2 insaf dan menjadi suami yg terbek..
skadar pandangan..:)

Reply

halim June 8, 2012 at 4:29 pm

ramai org menilai jodoh laki@wanita yg baik, utk yg baik sahaja. itulah silap kita. kita hanya menilai dr mata kasar kita. siapa kita untuk menghukum samada lelaki@wanita baik@jahat. semua adalah hak Allah, termasuk juga jodoh. hanya Dia yg maha menentukan dan maha adil.

Reply

jujue May 6, 2012 at 9:12 pm

Assalamualaikum. islam menggalakkan seorang lelaki soleh supaya menikahi seorang perempuan kurang soleh bagi membantu perempuan tersebut dengan membimbing kejalan yang diredhai oleh Allah. perlu diingat bahawa lelaki sebagai nakhoda baitul muslim, maka seelokknya dicari lelaki yang soleh. perempuan yang soleh digalakkan mencari seorang lelaki yang soleh kerana dikhuatiri imannya akan menipis sekiranya imamnya kurang soleh. petua utk dapatkan suami yang soleh dan terbaik adalah mencantikkan iman diri kita sendiri supaya setara dan setanding untuk berdamping menjadi makmum kepada imam yang soleh, InsyaAllah :)

Reply

alin April 8, 2012 at 11:22 am

bgaimana pula jika slpas kte mlakukn solat istikharah kta mndpt dua mmpi tntg llaki trsebut 1mmpi baik dn 1 lg mimpi kurang baik mgenai seseorg itu…adakah itu jge dinmakn 1 ptunjuk??

Reply

Pia Sophia April 19, 2012 at 7:26 pm

Salam…sya tk berapa setuju dgn kata2 Azz di atas tu..Semua wanita hendakkan Suami yg baik dan soleh…Azz…Bkn diri kita nilai sendiri kebaikan atau kejahilan diri…Wanita emang byk kelemahan sbb tu perlukn LELAKI sbg pembimbing…menyebut JAHIL mgkn mksud kurg dr segi agama dan cara menjalani kehidupn…kan?? Azz teruskn BERDOA kerana JODOH itu Allah yg tentukn..Pasang Niat yg betol Insyallah..segalanya akn makbul..(Dulu sya bfikir mcm Azz jg..agp diri tk padan dgn Lelaki yg baik2…tp sya brpegang pd Allah..selama mana saya tk aniaya org dan buat DOSA2 besar…) Alhmdulilah selepas perceraian yg ptama..selepas 8 thn Allah anugerahkn saya Lelaki yg bkn saja Baik malah membimbing sya menjadi muslimah sejati….Teruskn brsangka baik dgn Allah k.

Reply

idda April 21, 2012 at 11:41 pm

Salam. …….Disini saya ada kemuskilan

Bolehkah seorang isteri yg dalam proses bercerai buat solat istiharah antara yg trbaik samada suaminya atau bekas kekasihnya yg mana byk mengajar dari sudut agama? Bekas kekasih dan isteri tadi telah terlanjur dan mereka telah pun sama2 bertaubat dan tidak mengulanginya lagi. Kekasihnya juga yg dahulunya kaki judi dan kaki perempuan skrg ni brstatus duda tetapi punya asas agama yg kuat dan kuarga yg alim.

Adakah berdosa seorang isteri memohon untuk yg terbaik sedangkan belum jatuh talak hanya tidak sebumbung lagi sejak 6bln yg lalu. Suaminya juga tahu situasi isterinya dan sama2 merelakan Skiranya keuar dgn kekasih masing2.

Reply

ownerfirdausi April 26, 2012 at 3:27 pm

just perkongsian..ade beberapa orng ustaz yg sy pnh tnya sblm ni..result istikharah tak semestinya melalui mimpi..contohnya kalau buat tuk jodoh..buat istikharah tuk jodoh..tgk pada hasil hubungan slpas itu..biasanya kalau bukan jodoh kita …dan bkn yg terbaik tuk kita..lambat dgn cepat akan ade sesuatu prkara yg akan menyebabkan hubungan kita dgn pasangan putus slpas buat istikharah…hati akan makin jauh..dan dia makin jauh dr kita..itulah jwpnnya…buat beberapa kali..seminggu atau lebih..insyaallah mmg akan dapat result yg dikehendaki…kalau bkn allah palingkan hati kita..bgtu juga dia..kalau mmg jodoh kita..hubungan akan makin baik…hati makin dekat dan seterusnya hingga ke perkahwinan nt..doa istikharah boleh dicari dlm youtube..doa yg rasulullah baca…itu doa yg terbaik…akan disertai juga dgn gerak hati bersama dgn petanda tersebut…kita boleh merasainya…w’alam…

doa solat istikharah…moga dapat sedikit panduan…http://www.youtube.com/watch?v=bOe3Fmd3MGo&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=AQQ0pz0B6CA

http://www.youtube.com/watch?v=dN8b0RBf4ac&feature=related

Reply

lin May 2, 2012 at 12:30 pm

assalamualaikum..
pe mksd ye bile mak sy melakukan solat istikharah setiap mlm slame 7hr..dan mak sy hnya nmpk org yang telah dtg ke rumah tuk merisik sy..org yang di mksd kn adalh kwn pd mak sy..dye mmg seorg yg mpunyai agama yang baik n bketurunan yg baik2..tp yang pelik ye mak sy x nmpk lngsng muka boyfren sy..pe yg perlu sy lakukan..perlu ke sy terima or yg dtg merisik sy..

Reply

Aisyah May 5, 2012 at 2:18 pm

slm . jika kta telah menunaikan solat sunat istikharah tp kta msih berhubung dgn ex sbg kwan ? bleh atau tdak ?

jika lelaki tdak soleh bleh kah prempuan yg membimbing lelaki tersebut ?? then mereka sama2 membimbing .

Reply

solehah siti sakinah binti yaacob June 5, 2012 at 10:09 pm

assalamualaikum w.b.t…
sy juga m’punyai pngalaman mlakukan istikharah di mana pada waktu tuu sy berada dlm kesulitan utk mengetahui adakah si dia itu merupakan jodoh sy yg sebenar. dlm masa yg same, sy juga dpt melanjutkn pljaran ke IPTA, ini mnyebabkan sy berada dlm kesulitan utk memilih 2 jalan hdup yg akan sy lalui. pada mulanya sy ragu2 dgn istikharah, namun dlm keadaan yg trdesak dan tdk tahu lg bgaimana cara utk selesaikn mslh trsebut, sy di minta oleh si dia utk same2 mlakukan solat istikharah. tp sblum tu sy ada mlakukan solat sunat taubat. pda mlm tu jgk sy didatangi mimpi bhawa si dia tlh brkhwin dgn wanita pilihan keluarganya yg sgt alim dan berpurdah. slpas sedar dr mimpi tuu sy msih tdk mempercayai mimpi itu dan menganggap itu hanyalah mainan tdur. namun setelah beberapa bulan kemudian, saya dpt merasakan bhawa hubungan sy dan si dia smakin renggang seolah2 tiada lg jln penyelasaian. beberapa bln selepas itu juga si dia tlh berkhwin dgn wanita pilihan ibunya dan ciri2 wanita itu same seperti dalam mimpi sy sblm ini iaitu alim dan berpurdah. dan slpas kejadian itu, barulah sy percaya ptunjuk dr solat istikharah itu ada benarnya.wallahua’alam…

Reply

fatnin June 7, 2012 at 9:38 am

dlm apa jua perkara yakinlah AlLLAH adLh sebaik-baik perancang dan pelaksana,teruskan solat,mohon hajat dan diterangkan hati utk memilih sesuatu,:-)

Reply

lisa June 7, 2012 at 10:00 pm

yang paling penting adalah jika kita mahukan jodoh yang baik..kita pun hendaklah kehendaklah kerah itu..hati mesti ikhlas..dan berdoa la banyak2..n da juga lelaki yang soleh mahu berkawan dgn wanita biasa ( bukan bertudung labuh) dan menyunting menjadi isteri..jodoh itu di tangan Allah..

Reply

Mohd Salleh June 7, 2012 at 10:49 pm

Asssalamualaikum,
saya ada soalan yang mana untuk dikongsikan bersama penjelasannya.
1) Adakah seseorang yang sembahyang duduk itu akan kekurangan fadilat rukun solatnya iaitu Qiam.
2) bolehkah saya menjadi imam dalam keadaan saya solat secara duduk.
terima kasih.

Reply

hamba Allah June 12, 2012 at 2:57 pm

Asssalamualaikum,
Saya nak tanya kalau kita takde pilihan dalam sesuatu perkara, apa patut kita lakukan ?
contohnya, saya pelajar lepasan SPM, dan saya tak tahu nak memilih course apa yang patut saya pilih untuk memasuki mana mana university. Boleh sesiapa bantu saya ? terima kasih :)

Reply

mat June 13, 2012 at 11:02 am

dapatkan pandangan ibu agar ibu sdr/i membuat pilihan kursus anda ; walaupun kadang kala kursus yg dipilih oleh ibu mungkin tidak anda minat namun doa dan restu seorang ibu , Insya Allah ada hikmah kelak dalam kerjaya anda

Reply

Intan June 15, 2012 at 9:45 pm

Assalam…saya juga pernah melalui spt mana yg insan teraniaya lalui…saya pernah didatangi di dlm mimpi oleh org yg tk pernah saya temui…sehingga saya benar2 bertemu beliau di alam nyata…Maha Suci Allah…Syukur saya kehadratNYA…saya Redha dgn apa yg sedang saya hadapi kini…Amin..YRA..

Reply

Arifin July 2, 2012 at 3:40 pm

x semestinyer Allah nak bg petunjuk melalui mimpi..jgn kite mengharapkan keajaiban..sebaliknye kte berusahe untuk menentukan sesuatu kte hendak pilih..usahe la dlu then slebihnye serah pd Allah..ibarat kte berdoa mintak kaya then tibe2 duit jatuh sekelepuk atas sjadah..mne ade mcm tu :)

Reply

Lyna July 29, 2012 at 10:11 am

Assalammualaikum , sya tlh m’buat solat trsbut sbyk 2x , 2x tu juga sy mimpi llki yg sma ,
mcm mna tu ? adakh sy memg d tkdirkn bsama dia ? sdgkn sy tdk mnyanginya lgi , hti sy telah d miliki org laen yg sy ykin mmpu mnjga ht sy . Tlg bri sy sdkit mslh untk slsaikn mslh nee :(

Reply

izfa July 29, 2012 at 5:14 pm

assalamuaalaikum..sya pown pernah melalui perkara begini sebagaimana sya menyedari mula meminati seorg hamba allah dimna dulu sya xmnt nya.. dia merupakan senior sya dan pada akhir tahun lps sya mula rasa suka dkat dia dan mula rasa sgt selesa bersama dia kerana dia kuat agama dan suka memberi nasihat tntng agama dan dr siula sya mula mnt dekat dia dan mula rasa ingin bercita dgn dia tapi sya malu ingin menyatakan hasrat hati sya kpd dia..lama kelamaan sya perasaan dia amt sesuai utk sya..dan sya tlh melakukan solat isthikarah sbyk 3 kli berturut2 pd 1/3 mlm..dan sya bermimpi dia slma 3 kli sya melakukan solat isthikarah..bila sya xlakukannya sya x pernah bermimpi..dan hati sya kuat menyatakan dia adalah jodoh sya…dan apabila sya suda mlkukan solat istikhrh sya mula bfikir ada perubahn dlm diri sya dan sya tgok hamba allah ini kian dekat dgn sya..dan syng saya bertmbh dan mula merinduinya…adakah itu ptndanya?????????????????

Reply

nyni August 7, 2012 at 4:03 am

saya takut nk buat solat istikharah , sbb sy tkut x blh nak trima kenyataan.
macam mana ye ?? cuba bagi pendapat ..

Reply

Mat August 8, 2012 at 4:34 pm

Hidup ni sentiasa diuji .. ; tidak semestinya setelah mendapat petunjuk dari solat istikharah, masalah selesai ,

Bila ketika hambanya lupa bahawa mereka sebelum ini pernah melakukan solat istikharah, Allah akan mendatangkan musibah ke atas apa yg pernah mereka meminta sebelum ini ; tujuannya agar hambanya terus menerus melakukan solat berkenaan..

Reply

adibah August 10, 2012 at 1:51 pm

saya mimpi..
(1) mimpi pihak laki datang minang saya..pastu pihak laki cakap bagi sidia masa dulu..
(2) mimpi sidia cakap takot kawin cerai
(3) saya dengan sidia da ok n mesra
apa maksudnya?

Reply

adibah August 10, 2012 at 7:23 pm

saya mimpi
(1) pihak laki datang minang saya dan berkata bagi sidia masa
(2)sidia kata pada saya takot kawin cerai
(3)saya ngn sidia mesra n kami okey
apa maksud nya??

Reply

pwincezna August 16, 2012 at 12:52 pm

salam..saya nak bertanya..sebelum ni, saya pernah melakukan solat sunat istikharah selama 3hari berturut2..saya meminta agar diberi petunjuk bahawa si dia itu betul-betul jodoh saya atau tak..

kerana si dia telah melukakan hati saya dan buat saya kecewa..tapi hati saya tak dapat membenci dia..dan walaupun saya terluka dengan dia sebelum ni, rasa takut untuk kehilangan dia wujud dalam hati saya..dan si dia berjanji akan berubah..sebab tu saya melakukan solat sunat istikharah agar saya diberi petunjuk..

selama tiga hari berturut-turut saya tak ingat langsung apa yang saya mimpi selepas buat solat sunat istikharah tu..tetapi pada malan ketiga saya lakukan solat sunat tu, saya merasakan si dia hadir dalam mimpi saya tapi apabila saya terjaga, saya langsung tak ingat apa yang saya mimpi tapi hati saya kuat mengatakan dia hadir dalam mimpi saya..

dan selepas hari ketiga saya melakukan solat sunat tu juga, saya ada terbaca artikel yang mengatakan petunjuk tak semestinya muncul dalam mimpi mungkin petunjuk dari langit. seperti cuaca..jika cuaca cerah dan tenang, itu petandanya baik dan jika hujan dan ribut, ia bermaksud sebaliknya..

dan memang dalam tiga hari berturut-turu selepas saya melakukan solat sunat istikharah, pada pagi hingga ke petang, cuaca cerah dan tenang tapi sampai senja, hujan dan ribut yang kuat berlaku..tapi selepas senja, cuaca kembali tenang pada malamnya..cuaca tu berlaku tiga hari berturut2 selepas saya beristikharah..dan pada hari seterusnya, saya sudah takut memikirkan kemungkinan jadi saya berhenti melakukan solat sunat istikharah dan cuaca seperti biasa. pada senja pun dah tak ada ribut..

hubungan saya dengan si dia pon semakin baik..dan si dia sudah berubah..dia melayan saya dengan baik..saya gembira tapi ada kadang-kadang saya merasa terluka dan sakit hati bila teringat akan perbuatan dia dulu..apa petandanya?? saya betul-betul keliru..

Reply

Yusri August 16, 2012 at 1:43 pm

assalamualaikum,sy hendak bertanya skit mengenai mimpi yg saya lalui iaitu ketika sy berpuasa sunat rejab..sepjg wktu sy berdoa supaya mndpt psgn dlm hdup..pd suatu mlm ketika sy tdo dlm kdaan berwuduk seseorang itu berkata”nanti ada 3 org yg kau akan jumpa tp kau kena pilih salah satu dr mrk…mimpi tu bg gmbrn 3 perempuan tnpa jelas wajahnya cuma dpt tahu bdnnya n suaranya…adakah mimpi itu benar(petunjuk) atau mainan tidur??

Reply

dina ramli August 26, 2012 at 11:02 pm

Assalamualaikum wbt

Sy ada mengerjakan solat istikharah mengenai soal jodoh selalu sy akan berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku Kau tunjukkan lah siapa jodohku yg sebenarnya, sekiranya dia bukan jodohku kau jauhkan lah dia dari hidupku” dan setiap kali sy berdoa org yg sama akan hubungi sy..dan kalau pun sy tak buat solat istikharah tp sy selalu baca doa yg sama setiap kali solat 5waktu dan perkara yg sama akan berlaku..adakah itu adalah petunjuk Allah atau pun hanya kebetulan?

terima kasih :)

Reply

kim September 18, 2012 at 1:20 pm

alhamdulillah…saya buat istikharah untuk buat pilihan sambung belajar..alhamdulillah, pilihan dari istikharah ini tepat, walaupun kadang2 menyalahkan diri…sebenarnya, bila kita buat istikharah, x semestinya kita akan bermimpi…kadang2, kita akan rasa pilihan kita lebih condong kearah satu bahagian…tapi kita perlu benar2 kosongkan fikiran kita…x bersifat ‘bias’…insyaALLAH akan berhasil..kita jangan ingat bila buat istikharah ni hanya untuk mencari jodoh…

Reply

alemran bin emrah September 18, 2012 at 7:22 pm

aq nak jodoh yang baik2…

Reply

kerul December 29, 2012 at 6:02 pm

jika kt telah mmpi org tu and then org tu pon mmpi kt jgk itu di di nm kan jodh o mainn tido

Reply

rosmawati May 31, 2014 at 4:00 am

Saya hanyalh insan yg lemah dn tidak lengkap dgn ajaran agama sepenuhnya skrg saya ibu tunggal yg buntu utk fikirkn siapa jodoh saya sebenarnya…inginkn seorang suami yg dpt membimbing saya ke jalan Allah..yg ada hanyalh semua inginkn kepuasan dn main2 dlm hubungan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: