โ‰ก Menu

Mencuba Pakaian Syurga

Print Friendly

Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.

Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

“Eh, Minah ni, pakai jubah pula.”

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

“Eh, Aishah, Kenapa labuh sangat?”.

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

“Erm, memang saya suka jenis yang macam ini.”

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.

Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.

Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.

Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?

Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.

Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur :31)

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba “berhijrah” ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!

Sabda Nabi Junjungan

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Bersabda Rasululah saw:

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing.” (H.R Muslim)

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas .a. bekata, Rasulullah saw. bersabda:

“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.” (H.R Tirmizi)

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Rasulullah saw. bersabda :

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.

 

Sumber: http://www.ukhwah.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 48 comments… add one }
  • anip. December 22, 2011, 11:43 am

    Err,

    mnusia sekarang…

  • MalAbd December 22, 2011, 12:12 pm

    lebih molek jika anda katakan tulisan anda ini juga untuk diri anda sendiri.. disitu boleh nampak kerendahan diri. apapun, terima kasih kerana mengingatkan kami. insyaAllah diri ini akan terus bermujahadah dgn bersungguh-sungguh ke jalan Allah.. semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang sedikit (golongan ke syurga)..

    • s September 3, 2012, 11:34 am

      x kan nak tinggi diri plak…. kau ni pon ….

  • x December 22, 2011, 12:36 pm

    kpd yg terasa amat janggal utk berjubah,cukuplah sekadar berbaju kurung dan bertudung yg sesuai dulu…

    • ^_^ December 22, 2011, 1:42 pm

      sy slh sowg yg ingin brubh…sy akn cbe tuk prbaiki baik pakaian n juga akhlak sy…insyaAllah.doakn sy:))

      • Kak Zu January 8, 2016, 3:24 pm

        Aminnn… InshaAllah…
        Semoga apa yg ingin anda lakukan akan dipermudahkan oleh Allah SWT

    • w_ February 11, 2012, 9:38 am

      like2:)

  • Amina December 22, 2011, 2:38 pm

    kadang2 tak semestinya dengan berjubah atau berbaju kurung sahaja untuk menutup aurat, fesyen lain yang mengikut syariat isalm pun boleh dipakai. Wallahualam ๐Ÿ™‚

  • vivi December 22, 2011, 9:37 pm

    InsyaAllah…..

  • Naaimah December 23, 2011, 6:26 am

    Syukran atas peringatan, dulu pun sy rasa janggal dgn jubah. Rasanya cukup la baju kurung dengan tudung tapi sekarang merasakan senang dan selesa. Penggerakan pun bebas dari pakai seluar labuh dan baju lengan panjang. Kalau baju tu ketat di lengan atau singkat dah kira menunjuk aurat jugak kan. Jubah sekeping jer labuh dan menutupi semua. Bila nak sidai selepas cuci pun senang, economy lagi.Saya suka artikal ini – Ikhlas dari saya syukran dan syabbas ๐Ÿ™‚

  • Nur December 23, 2011, 5:00 pm

    sya jga prnah melalui situasi yg sma ketika mengunjungi pusat2 membeli belah.betapa mudah remaja skrg trpengaruh dgn fesyen dan ada pula yg mnjadi mangsa fesyen tnpa mrk sndiri sedari.bagaimanapun,pilihan msih ada buat gadis muslimah di luar sna yg ingin tampil dgn fesyen terkini tanpa perlu mengabaikan tuntutan agama cuma perlu bijak dlm membuat pilihan.mohon dikuatkan iman di dlm diri sya dan anda smua supaya terus berada di jlan yg diredhainya..~

  • Ms December 23, 2011, 9:05 pm

    Subhanallah…banyak yang saya da lupa dlm menjalankan tanggungjawab sbgai islam..

  • fiona December 28, 2011, 5:22 pm

    dulu waktu saya memakai pakaian seksi, org melihat saya bangga. tapi bila dah ber’hijrah ni dan menutup aurat dan sudah bersuami, beranak pinak..bila saya lihat perempuan spt yg saya pernah berpakaian satu tika dulu, rasa “jahilnya aku”, rasa mcm nak marah budak perempuan tu n malu dgn suami saya. geram pun ada sebab nak nak lagi kalau waitress pakai seksi..menyendeng2 ngan suami kita…barulah tahu perasaan seorang isteri sebenarnya. Alhamdulilah Allah beri petunjukNya. smg Allah menerima taubat hamba2 yg beriman…

    • esha June 19, 2012, 10:24 pm

      tahniah ๐Ÿ™‚

  • Jay January 3, 2012, 12:24 pm

    Salam, dulu saya pernah pakai jubah ke Pavillion. Seorang chinese lady menegur saya, she said; nice clothes, very beautiful.. ๐Ÿ™‚

  • music advocacy January 4, 2012, 10:40 am

    tgk pemimpin kita pun dh cukup.. faham2 la..

  • Nadhirah January 4, 2012, 1:13 pm

    Syukran jazilan atas peringatan saudari…
    Kadang2 manusia leka dengan kehidupan dunia….
    Memang kita bebas memakai apa sahaja tapi biarlah ianya menutup aurat…
    ada sesetengah manusia yang tanya kpd sy” awk pkai jubah n tdung labuh,stokin bagai,x pnas ke?” sng je sy jwb…”biarlah panas kt dunia…sbb xnk tanggung pnas kt akhirat…azab Allah tu lg pnas dgn adenye api neraka…” mereka pn terdiam dgr pnjelasan dr sy…
    Maka,kite sbg umat Islam…perlu saling mengingati dan berdakwah…tegurlah slagi mampu….klau dah tgur,tpi kna marah,kna hina,istighfarlah…moga kite thindar dari keburukan…sy pn pnah mnegur seorang prempuan melayu yang pkai seksi x mnutup aurat..”dik,kite ni org islam…muka n tpak tgn je x aurat…yg lain smua aurat…”die jwb”ala…nt sy dah bertaubat n insaf,sy pkaila tutup aurat…sebok watpe?bknnye sy nk mati lagi….muda lagi..enjoy la dlu…”sy jwb..”kite x thu kite ni mati bile…klau mase adik ckp ni Allah tarik nyawa adik mcmane?adik nk mnyesal pn x gne…dh masuk kubur,kna hisab je dgn amalan kite kt dunia ni…”die trus snyap n pergi…mungkinkah die malu?atau mnyampah dgn tazkirah sy?tapi xpe…sy tahu,sy pn bknnye baik sgt…sbb tu sy kna ada bimbingan dari org lain jgk…tapi sbg muslim@muslimah…x slh kite bg tgurn atau pringatan kt org lain…bahkan klau ade org yg kite nmpak truk,tpi nk tgur kite,kite kna trime…sbb kite jgnlah pndg pd org yg mnegur tpi pndglah pd kata2 yg disampaikn…
    Islam itu indah ….jgnlah kite mencontengnye mnjd x indah…baik sy mahupun kwn2 smua…same2 lah kite bhijrah…fhm ape mknenye aurat,Islam,n ape mknenye muslim….same2 kite blajar n mengajar…sy tgur utk dri sy sndri dan jg smua insan2 yang brada kt muka bumi ni…sy pnah bimbing seorang cina,masuk Islam…die hnye dgr keindahan Islam…die trus brubah…n sy bimbing seseorang dr x memakai tudung,x solat,x mngaji brubh utk mnjd seorang muslim yg sbnar…n sy pnah mnceritakan psl Islam kt seorang yng beragama Kristian n Yahudi…sekarang die sudah brubah…jd..smua org mampu utk mnjadi da’ie…(pendakwah)..tgurlah kwn2 kite yg tsasar jauh…kdg2 rmai yg nk brubh tp x thu caranye…dan xde bimbingan org lain..tgur ni biarlah berhemah…biar org pndg Islam ni agama mulia n tinggi darjatnye…sy nasihat ni trutama utk dri sy sndri n kwn2 skalian…kite smua saudara …saling mnegur adlh baik…maaflah klau ade kate2 sy mnyinggung prasaan sesiapa atau ade yg trasa hati….yg baik tu dtg dari ALLAH yang maha ESA….yang buruk tu dtg dr klemahan dri sy sndri…ana mutaassif jiddan…salam’alaik…^_^

  • atin January 21, 2012, 11:47 pm

    syukran untuk info tu..amat berguna kpd saya dan umat islam yg lain..:)

  • c.i February 7, 2012, 7:07 pm

    mmg betul ape yg penulis kate.bila kita berubah nk jd baik,org pndang kite semacam.sy sedang lalui situasi ni.dugaan ntuk sy sb kawan2 ckp sy mcm2.cuma mampu berdoa smoga Allah tetapkan hati sy.amin..

  • ayatul husna February 8, 2012, 9:34 pm

    INSYA ALLAH……

  • w_ February 11, 2012, 9:40 am

    insyaAllah….like2

  • wanita bertudung hitam February 14, 2012, 4:29 pm

    saya suka pakai jubah, walaupon sebenarnya taklah sealim mana..walaupon kawan2 suka soal kenapa asyik pakai jubah,saya tanya balik salah ke? ada pape yg tak kena? cuma sebagai seseorang yg suka bawak moto berbanding kereta (angan2 nak bwk superbike nnt) , pakai jubah ni susah sket.. baju kurung sy kurang minat, dan sekarang musim pakai dress, dress yg tak ketat dan cardigan, “in” jugak tu dan sopan..sirius!

  • Ilias February 14, 2012, 4:39 pm

    Alhamdulillah,syukran,barakallah,semasa saya mula2 memakai jubah,serban & bercelak,ramai yg memandang sinis, mengejek.Tapi saya tetap dgn mengikut sunnah Nabi,alhamdulillah,sampai sekarang saya cuba mengikut sunnah2 Rasulullah.

  • liz February 14, 2012, 4:59 pm

    hmmm…
    lama dh sy perhatikan…bkn remaja sahaja…especially yg badan gempal2…
    subhanallah pakaian ala2 nk menampakkan segala lemak yg ada je…

    sedikit teguran utk penulis :- sekadar teguran, tdk bermaksud apa2
    penggunaan perkataan ‘Masyaallah’ sesuai utk sesuatu yg cantik, indah dan baik bkn sesuatu perkara yg menakutkan atau menjelikkan atau seumpanya

  • maizatun February 14, 2012, 5:12 pm

    semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah…

  • mohd yusni md yunus February 14, 2012, 6:18 pm

    muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH. Apa yang disampaikan melalui AL Quran dan As Sunnah itu adalah yang terbaik untuk Dunia dan Akhirat. Namun masih ada yang INGKAR dan TIDAK TAHU, 2 perkara yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi SAW itu adalah yang berharga kesempurnaannya. KENAPA DAN MENGAPA MEREKA JADI BEGITU.. HINGGA SYAITAN MENGHIASKAN PERBUATAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN.. BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENYELAMATKAN SAUDARA SEISLAM KITA ITU..

  • Ysyuhada February 14, 2012, 6:49 pm

    itulah realiti manusia di akhir zaman…semoga kita semua sentiasa muhasabah diri untuk menjadi manusia yg lebih baik….bkn untuk bermegah2 tapi untuk mendapat tempat yg baik diakhirat kelak…Amin

  • ADJI PRANOTO February 14, 2012, 7:57 pm

    Salam hormat dan salut dari Indonesia… Alhamdulillah dan terimakasih atas sharing nya.

  • aziah March 2, 2012, 6:31 am

    assalamualaikum..saya mempunyai kemusykilan..saya ada menjual pakaian muslimah dan jubah labuh adalah produk utama saya..namun,hati yang jahil ini bagai tersentak apabila ada seorang pelanggan yang mengunjungi butik saya mengatakan ..labuh betul jubah kat sini..tak tahu ke wanita yang memakai ,jubah yg labuh umpama menyemarakkan api neraka..masyaallah..saya ingin meminta pendapat pandangan yang arif tentang perkara ini memandang, Ya Allah,sangat cetek ilmu hambamu ini..diharapkan ada yang dapat memberikan pendapat agar niat saya yang ingin melihat wanita muslimah berpakaian mengikut syariat agama tidak dipesongkan atau terpesong..wallahualam..

    • Faizman June 5, 2012, 2:05 pm

      teruskanlah usaha saudari kerana ia sebaliknya berlaku. wanita yg dedah sana sini dan tidak pakai labuh ( tidak tutup aurat ) tidak dapat mencium bau surga sedangkan surga itu indah tidak pernah difikir atau digambarkan oleh manusia.
      bahagianya manusia yg diberi petunjuk Allah s.w.t selamanya

    • CAROL BLUE December 13, 2012, 4:10 pm

      yg tak boleh pakai jubah labuh sampai meleret ke lantai adalah lelaki..bukannya perempuan.. wallahualam..

  • tawar March 21, 2012, 12:08 pm

    Saya akan rasa lebih terkejut jika mendapati berduyun duyun orang melayu bersiar – siar di Petaling Street atau remaja melayu bertepuk sorak di perkarangan masjid.

    Ramai yg berjubah dan berserban di masjid nampak keseragamannya, mengikuti sunnah Rasullullah SAW malangnya tiada pula keseragaman solat ,dalam mengikut cara Rasullullah SAW bersolat

    Jangan jadi sesetengah bangsa cina yg mempertikaikan hak istimewa orang melayu,walaupun bijak, kaya dan berpendidikan tinggi sekali pun, ini tidak bermakna mereka menafikan hak berkenaan.Begitu juga, sebagai seorang islam, menutup aurat adalah wajib, jangan pertikaikan hukum Allah

    Kalau wanita yang bijak & cantik , kalau bertudung pun, mesti nak cakap dalam Bahasa Inggeris,..Walaupun ugama islam tidak melarang sama sekali penggunaan bahasa apa sekali pun, namun pengalaman dan sejarah membuktikan pertuturan dalam bahasa inggeris mengaitkan budaya hidup masyarakat tersebut,Maka golongan ini akan terikut ikut dengan cara penampilan tersebut; kita lihat bertudung tetapi mempunyai boyfriend, menghadiri hiburan dan seumpamanya .. Hanya Allah yg mengetahui

  • nur_nas April 1, 2012, 11:52 am

    assalamualaikum..thankz tok info ny..tringin jgk nk brubah bpkaian mnutup aurat..wlpon btudung tp still pkai ketat2..berazam tok brubah tp owg kta prubhan xbule d lakukan scra drastik nanti xkekal..keliru sgt ngan statement 2..btoi ka..?adakah slah kalo kita brubah bmula dr skit2..sblom troz mnutup sumanya..??atau prubhan xsptotnya d tgguhkan..??

    • mira April 3, 2012, 9:15 am

      waalaikumsalam. nur_nas, alhamdulillah, Allah campakkan nur dalam hati awak utk menutup aurat secara menyeluruh. dan salah satu fitrah manusia memang tend to ke arah Islam (kebaikan) . =) perubahan sama ada cepat ataupun lambat depends on kehendak atau kekuatan manusia tu sendiri. ada yang x mampu ubah terus jadi dia lakukan secara peringkat2, ada yg mampu jadi dia berubah terus 180% overnight. Ada satu kisah, pelajar overseas yg x bertudung , pakai ketat n singkat, tiba2 dia tersedar utk berubah, dia terus nak pakai pakaian menutup aurat. tapi sebab xde langsung pakaian yg menutup aurat di closet dia, dia sanggup pakai bubble jacket(jaket yg boleh thn sejuk waktu winter) semasa summer(summer selalunya mmg panas mcm Malaysia n boleh jadi lebih panas lg2 cuaca yg kering.). even kalau summer di US pakai tshirt lengan panjang pun dah berpeluh2.so boleh bayangkanlah mcm mana dia menahan kepanasan tu kerana keazaman dia nak berubah. n boleh bayangkan lah pandangan org bila lihat dia pergi kuliah pakai bubble jacket sedangkan minah2 saleh semuanya terdedah2 sana sini. subhanallah ๐Ÿ™‚ semoga cerita ni boleh menjadi pembakar semangat buat nur_nas inshallah ๐Ÿ™‚

    • Faizman June 5, 2012, 2:06 pm

      orang fisiq saja yg berkata demikian

  • ndjsk April 2, 2012, 9:08 pm

    I’m a new hijabi and as a new hijabi, i gotta say, the malays in malaysia are kinda *sorry to say this* close-minded. i mean, the author already stated above, whenever we(malays) see any women wearing jubah in a mall, we’d be like ”entah apa la that person. tunjuk alim and stuff”. but believe me, jubah is the easiest thing that i could grab from my closet. it covers your(women’s) aurat. im not that good when it comes to islam nor the person who would wear jubah when i go out but i will try to improvise myself. insyaallah. btw, thanks for writing the article. am glad that there’s someone who thinks the same way like i do ๐Ÿ™‚

    • cikgu January 9, 2016, 8:14 pm

      Off topic jap, are u a malay? N r u a true english speaker? I think u better write ur comment in malay,ur english is a bit off,specially the usage of the word “improvise”.. Anyway,kita kan melayu..sekian

  • serinna April 2, 2012, 10:53 pm

    salam,
    sblm ini sy tergolong dlm golongan yg berpakaian tapi bertelanjang.Tetapi sy tidak pernah berputus asa utk jadi yg lebih baik di sisi Allah s.w.t.Sehingga lah tiba suatu masa ini hati sy terbuka utk menutup aurat dgn cara yg sepatut nya dan sy terus memakai niqab hngga lah ke hari ini.Sy bersyukur dgn hidayah yg tlh Allah berikan pd sy.Ini juga krn teman sy yg sntiasa memberi semangat dan nasihat utk sy terus berjuang ke jln Allah s.w.t.Sy bersyukur krn dikurniakn Allah utk miliki seorg teman yg sgt mengambil berat ttg diri sy.Terima kasih krn menulis article yg sgt bermanfaat ini.Saya doakan semoga semua umat islam umat Nabi Muhammad s.a.w baik lelaki ataupun perempuan mendapat petunjuk dan hidayah agar kita semua mndapat tempat di sisi Allah s.w.t.
    Amin…..
    (hanya sekadar brkongsi pengalaman.selamat beramal kpd kita semua)

  • Noor Asni Kosmin April 3, 2012, 8:52 am

    As Salam semua dan khusus untuk sis Aziah. Sepanjang yang sy tahu mengenai jubah yang labuh menyemarakkan api neraka itu khusus untuk kaum lelaki sahaja. Isbal (ุงูŽู’ู„ุงูุณู’ุจูŽุงู„ู) bermaksud: โ€œMelabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehingga diseret.

    Terdapat banyak hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh, ramai dikalangan mereka mengharamkan lelaki beriman dari mengisbalkan pakaiannya sama ada semasa bersolat atau di luar solat. Antaranya sabda Rasulullah sallallahu โ€˜alahi wa-sallam:

    ุงูŽู„ุงูุณู’ุจูŽุงู„ู ููู‰ ุงู’ู„ุงูุฒูŽุงุฑู ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽู…ููŠู’ุตู ูˆูŽุงู„ู’ุนูู…ูŽุงู…ูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฌูŽุฑู‘ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุฎููŠูŽู„ุงูŽุกูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู†ู’ุธูุฑู ุงู„ู„ู‡ู ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู

    โ€œIsbal kebiasaannya berlaku pada kain, baju dan serban. Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (berisbal) sedikit sahaja kerana kesombongan, Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamatโ€.

    Rujukan:
    (1) H/R Abu Daud. 4/353-354. No. 4094.
    (2) An-Nasaii. Sunan. 8/208.
    (3) Ibn Majah. 2/1184. No. 3576

    Tetapi tidak untuk kaum wanita, mereka wajib memakai kain, seluar atau jubah yang labuh menutupi betis dan buku lali. Wallahuallam… Tolong betulkan ulasan saya kalau ada yang salah.

  • azizah bt yusoff April 7, 2012, 5:04 pm

    Assalam..betul apa yang dikatakan oleh Noor Asni Kosmin..adik Aziah..pakaian wanita mestilah menutup seluruh badan dan kaki..samada labuh atau pakai stokin..yang tak boleh labuh ialah pakaian atau jubah lelaki..pelanggan adik itu yang kurang arif..saya pernah mendengar dari ceramah seorang ustaz..harap dengan kenyataan dari kami ini dapat menyelesaikan masalah kekeliruan adik Aziah..wallahu’alam..

  • ummu April 30, 2012, 8:53 pm

    betol tu. sy pernah ditegur kerana melabuhkan tudung sy.
    diorang ckp sy tak pandai berfesyen, mcm org tua.
    tergamam sebentar kerana kawan sanggup cakap mcm tu.

  • aziah May 11, 2012, 9:12 am

    ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH DI ATAS ULASAN SAHABAT-SAHABAT..

  • rezal June 5, 2012, 1:05 pm

    Yang menjadi masalahnya tentang pemakain jubah moden ni banyak yang ketat menampakkan bahagian badan yang tak sepatutnya..nak pakai jubah pakailah yang labuh besar dan warna gelap..ni tak pakai jubah tapi MasyaAllah lagi seksi dari yang tak pakai jubah..so bijaklah berpakaian dan menutup aurat sesempurna yang boleh

  • Mira Lee June 5, 2012, 1:42 pm

    Bagus coretan anda.. memang betul remaja sekarang memang terikut dengan fesyen.. kadang2 saya sebagai remaja juga begitu.. rasa ingin mengikut trend terkini yang pakaiannya begitu menonjolkan kita sebagai remaja.. namun saya berfikir dengan waras agar saya agar tidak terikut2 dengan dunia.. alhamdulillah, saya bukannya seorang yang baik dan masih lagi dalam percubaan untuk menutup aurat saya.. semoga ALLAH permudahkan..

  • imah June 6, 2012, 11:31 am

    Saya juga selalu ditegur tak pandai bergaya..tp saya tahu apa saya pakai..memang tujuan hanya menutup aurat..bukan untuk kelihatan menarik perhatian sesiapa di luar sana.Jubah atau abaya yang selalu kita lihat wanita arab kadangkala ada juga yang terbelah..kalau terselak..abislah..sekarang sudah banyak pilihan pakaian yang labuh untuk wanita…tp kena tgk jugak kalo over perhiasannya atau warna2 yang boleh menarik pandangan..tinggalkan…b4 saya kahwin saya selalu berjubah dan bertudung labuh…selepas berkahwin dan mendapat anak saya hanya kenakan tshirt labuh muslimah dan seluar slack tp masih bertudung labuh dengan izin suami..tp dalam hati terasa mahu kembali berjubah kerana walaupun bertshirt labuh masih menjadi tarikan sedangkan pakaian saya cuma warna2 kusam..

  • eja July 26, 2012, 3:10 pm

    sy cuba tok berubah tp ape yg sy tgok bju2 yg mnutup aurat lebh mahal dari baju yg casual sekarang nie…bg owg yg kurang berkemampuan ape blh meraka buat..duit pow cukup2 mkn je…ape lg nk beli baju..

  • Kak Zu January 8, 2016, 4:05 pm

    Alhamdulillah…terimakasih atas coretan yg sangat bemanafaat… Kak Zu bersyukur dgn hidayah dr Allah SWT… Juga sokongan dr suami dan anak2… Menjadikan kak zu seorg isteri & ibu yg lebih islamik… Terimakasih Allah…

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: