≡ Menu

Melihat Allah Di Syurga Pada Hari Kiamat

Print Friendly

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W,

“Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril,

“Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”

Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.

Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah,

“Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata,

“Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.

Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.

Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang,

“Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”.

Allah lalu berfirman,

“Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda,

“Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

 

Sumber: http://www.syahirul.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 32 comments… add one }
  • hamba Allah April 4, 2012, 1:30 pm

    Berderau bulu roma baca.
    Apalah sangat nikmat didunia jika dibandingkan dgn apa yg Allah bagi nanti.
    Apalah sangat susah didunia jika dibandingkan dgn apa yg Allah bagi nanti.
    InsyaAllah.

  • rozman April 4, 2012, 3:25 pm

    Gementar jiwa…

  • haidi assyeikh April 4, 2012, 11:16 pm

    Subhanallah walhamdulillah walaailaaha illallah wallahu akbar!wahai saudara2ku..pertingkatkan lah amalan kita di dunia yg sementara ini utk bertemu dgn Rabb
    yg menciptakan kita dan seisi alam ini.Amiin..

  • ashikin April 5, 2012, 9:18 am

    yelah. meremang bulu roma. kenapalah masih nak kejar dunia lagi …

  • sarah April 5, 2012, 9:43 pm

    like like like like like like like

  • hafifi April 10, 2012, 5:16 pm

    allahhuakbar!!!
    bergoyang+berdebar jantung ni dr asal dsebabkan rasa yg amat2 lain stelah bace artikel ini..
    risau nye saya jika amalan ini xditerima oleh Allah s.w.t..

  • Roslan Hashim April 12, 2012, 11:30 am

    Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar

  • basiir April 13, 2012, 9:53 pm

    SubhanAllah…
    Allahuakbar..
    Indah sungguh nikmatMu di Syurga…
    berikan larh hambamu nie dan keluarga ku nie dapat masuk ke syurga..
    terima larh amalan harian ku inie Ya Allah…sesungguhnya hambamu yg lemah ini
    banyak dosa denganMU..Ampunie larh Ya ku ..Ya Allah..
    Berilarh aq..menatap wajahMu ini…Ampuni larh hambamu ini jika lalai terhadapmu Ya Allah..sesunguhnya hambamu ini lemah..Ya Allah ..
    Ampunie larh hambamu ini jika selalu melupakanMU Ya Allah..Jgn larh masukkan hambamu yg lemah ini ke Neraka Mu Ya Allah..Ampunie larh segala Dosa hambamu ini Ya Allah..sesungguhnya hambamu ini hanya larh insan yg lemah..Ampunie larhku jika berdosa dengan kedua ibubapa ku Ya Allah..
    2 admin this blog..thank 4 share this 4 me…Smoga Allah menyayangi mu…i like this mesagge… :)))))

  • Azah Bedu April 14, 2012, 12:30 pm

    Allahu Akbar ! Meremang bulu roma membaca rencana ini. Bayangkanlah, gunung yg gagah, keras dan tinggi pn boleh hancur lebur apabila Allah menampakkan diriNya Yang Amat Mulia, inikan kita manusia.

    Tertanya2 diri ini, adakah aku diizinkan olehNya untuk berada di syurgaNya, apatah lagi melihatNya ? Maha Suci Zat Engkau Ya Allah, semoga Engkau memasukkan aku ke dalam salah seorang penghuni syurgaMu..

  • Ahmad April 16, 2012, 5:46 pm

    Begitu detail kisahnya. Maaf bertanya, tiada niat mempertikai. Adakah semuanya 100% sahih dari terjemahan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sahih tanpa penambahan? Mohon dikongsi sumber asal artikel utk pembacaan bab-bab yg lain, jika ada. Terima kasih. Jazakallah.

  • sofi zami April 20, 2012, 10:24 am

    Subhanallah..

  • Al-Faizul April 21, 2012, 8:58 pm

    “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

    Bergenang air mata mambaca firman Allah ini,
    lihat betapa rendah diri Allah kepada umatnya.

  • Wan Hanafizal April 22, 2012, 12:31 am

    kisah yg mengetuk pintu hati utk bertaubat,
    mengetuk pintu akal utk sentiasa mengingati yg Maha Esa.

    Semoga kami digolongan yg berilmu dan beramal hendaknya. Amin.

    (mohon izin utk dikongsi)

  • Hamidah Haron May 3, 2012, 8:40 pm

    AllahuAkhbar… AllahuAkhbar….AllahuAkhbar

  • fila May 9, 2012, 4:03 pm

    subhanallah…Allahuakbar…ternganga nganga mulut membaca artikel nie…

  • ciah May 12, 2012, 5:28 pm

    air ma+a meni+is mbaca ar+ikal ini..kerdil rasanya diri ini..layakkah msk ke syrga sdngkan diri kdng2 khilaf n alpa..namn rasa gemen+ar bila memikirkn neraka yg lbh dasya+..namn sgla nikma+ dnia hnyalah semen+ara,yg kekal hanyalah di sana..

  • Ibnu Rahman May 25, 2012, 10:06 am

    Seram sejuk badan aku membaca entry ini. Rasa diri ini amat kerdil sekali. Wahai Allah, janganlah engkau jadikan aku hamba yang engkar kepadaMu. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Amin

  • fiqry June 7, 2012, 11:43 pm

    allah hu akbar…
    betapa hebatnya kekuasaan allah…
    terlalu bnyk dosa yg aku lakukn..
    berzina,meminum arak dan melakukn kejahatan sudah mnjadi biase buat aku..
    sesungguhnya belum terlambat utk ak bertaubat…

  • AZURA QAYYIM July 5, 2012, 1:30 pm

    YA ALLAH BEGITU AGUNGNYA NIKMATMU UNTUK HAMBA2MU YA ALLAH….

  • Bani Ismail July 7, 2012, 2:25 pm

    Subhanallah ….

  • Yusry August 11, 2012, 2:16 pm

    Taatilah Perintah Allah S.W.T Dan RasulNya.Perkara Taat Perintah adalah modal atau jaminan untuk kita mendapatkan balasan serta nikmat syurga,namun manusia yang bersifat lemah amat sukar untuk menjadi manusia yang Taat.wallahualam.

  • Yusry August 11, 2012, 2:29 pm

    Terima kasih kepada pihak admin ,teruskan perjuangan memberi ilmu pengetahuan tentang Islam itu selamat dan indah ,sehingga manusia di dunia ini di alam fana ini sedar Dan insaf.saya amat menghargai setiap usaha yang di lakukan ,semoga Niat murni pihak admin hanya Allah sahaja yang membalasnya.

  • mr1 August 27, 2012, 11:42 pm

    subhanallah…menangis ak mmbaca nya…

  • najahnisa September 16, 2012, 3:09 am

    MGE ALLAH MEMIMPIN KTE SUME KE ARH ITU….TERUSKN PERJUANGN TO ALLLL MUSLIMS…

  • raja hazman September 26, 2012, 5:14 am

    allah maha sega-galanya

  • jaiwa November 12, 2012, 6:31 pm

    ya allah,brila ptunjuk kpd hamba skluarga untuk beriman kpd Mu…

  • Zahraa February 14, 2013, 9:52 pm

    Ya allah… bergetar jiwa dan raga baca artikel ni.. Sungguh, tingkatkanlah imanku ya allah untuk mencapai redha Mu…

  • nik November 4, 2015, 7:04 pm

    Allah tidak menyerupai makhluk ciptaan Nya..tidak bertempat tidak berjasad..adalah hadis sahih? bkn niat nk menghalang dakwah…suara itu ciptaan Allah…jd btentangan dengan sifat Nya…Rasulullah pun hanya mmpu nak melihat Allah yg dilitupi 70 lapis tirai NUR…

  • Dk November 4, 2015, 10:09 pm

    Ya Allah berilah kekuatan kepada ku , kedua ibubapa ku , suamiku, anak-anak ku, seluruh keluargaku dan seluruh umat Mu ini keteguhan iman sentiasa mendapat rahmat Mu yaAllah dan masuk kesyurga Mu yaAllah.. Besarnya nikmatMu yaAllah.. Aamiin..

  • ferry arbond January 10, 2016, 4:01 am

    Subhanallah

  • ijat January 10, 2016, 9:42 am

    adakah aku layak untuk melihat wajah Mu itu dengan amalan yg aku buat sekarang…sungguh aku rsa terlalu rindu yg teramat sangat untuk melihat wajah Mu..

  • jumatiah Ho January 13, 2016, 2:00 pm

    subhanallah… menitis air mata… Ya Allah semoga orang tua ku adalah hamba Mu yang tergolong dalam Syurga Firdaus Mu …aaamiiin Ya Allah..

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: