Lelaki Bergelang Tangan

by admin on February 17, 2012

Oleh: Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 54 comments… read them below or add one }

faris February 17, 2012 at 8:58 pm

jam tangan?

Reply

Rozif Rasid April 7, 2012 at 4:54 pm

jam lain adalah keperluan, bknnya hiasan. tp jgn memakai jam tgn yg bersalut emas kerana walaupun bukan solid gold pn tp hukumnya tetap haram jugak.

Reply

Naim M Azmi February 17, 2012 at 9:05 pm

Apa pula hukumnya untuk pesakit kanser seperti saya untuk memakai gelang?
Gelang tersebut mempunyai infomasi untuk para doktor identifikasikan ubat yang perlu disuntik ke dalam tubuh saya.
Saya diberitahu doktor saya untuk memliliki gelang itu kerana jika badan saya dalam keadaan stress seperti demam panas atau kemalangan, saya perlu disuntik dengan ubat hormon untuk mengatasi stress tersebut kerana hormon saya tidak berfungsi lagi kerana kanser tersebut.

Reply

MuseKlate March 2, 2012 at 5:07 pm

saya rasa boleh diketegorikan sebagai gelang penanda pesakit.. yg pasti jika sudah sembuh nnt tanggalkanlah gelang tu.. :)

Reply

FatehahZ March 7, 2012 at 3:00 pm

Assalamualaikum.
Saudara Naim, izinkan saya untuk mencadangkan saudara mencuba Jus Monavie untuk berusaha merawat penyakit yang saudara alami.
Bolehlah layari https://www.facebook.com/duitsihatmonavie atau http://www.mviebuilder.com/fatehahz untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih ^^,

Reply

Amirul March 7, 2012 at 5:15 pm

Tidak haram kerana gelang itu adalah gelang pesakit yang mana ia digunakan untuk tujuan pengenalpastian. Ia sama seperti gelang yang dipakaikan pada pesakit-pesakit di hospital dan juga pada peserta-peserta jemah haji.

Yang diharamkan adalah untuk tujuan perhiasan dan tujuan sebagai tangkal atau pengubat.

Reply

Dr Karim March 10, 2012 at 11:30 pm

Sekiranya terbukti secara saintifik gelang tersebut mampu untuk menyembuhkan penyakit, menurut Islam ianya diharuskan. .

Reply

Abdul Jamal July 1, 2012 at 5:21 pm

Assalamualaikum Dr Karim.. Yg dpt menyembuhkan hanya ALLAH SWT.. kite hanya berusaha utk mencegahnya.. Tiada Yg dpt Menyembuhkan kecuali ALLAH SWT..

Reply

Rozif Rasid April 7, 2012 at 4:55 pm

gelang tersebut adalah keperluan, dan bukannya sebagai hiasan lagi dah. hukumnya ialah harus.

Reply

red rose February 17, 2012 at 9:15 pm

bagaimana dengan pemakaian jam tangan oleh lelaki?..kategori gelang juga ke?

Reply

noah March 8, 2012 at 12:18 pm

jam tu jam lah..gelang tu gelang,
ada tak urg ckp ” gelang kau jam berapa sekarang?”
kena tau beza jam dgn gelang. sbb gelang tu diharamkan untuk lelaki.tapi jam x.

Reply

anak muda September 19, 2012 at 10:08 pm

apabila jam dipakai pd pergelangan tangan maka jam tersebut di kire sebagai “gelang”
x boleh diterima kalau “jam tangan” itu sebagai keperluan..
handpohne kan ada jam..?

Reply

mawar berduri January 28, 2013 at 8:20 pm

yg ni pon sekor bengap…dh bgtau yg jam tu jam…ape lak nak babitkn dgn gelang lak…boleh lak ckp hdphone ade jam..abis 2 org yg xde hdphone 2 mcm mane…nak bwk jam dinding letak dlm bju…wakakaka…..!

Reply

ijam February 17, 2012 at 10:10 pm

kalau pakai jam tangan bagaimana? jam tangan lebih kurang mcm gelang jugak. siap ade emas lagi?

Reply

apai April 17, 2012 at 12:29 am

jam tangan emas haramm la..

Reply

shukry February 17, 2012 at 11:49 pm

bagaimana pula dengan jam?tidakkah ia menyerupai gelang tangan?

Reply

pengawal February 22, 2012 at 3:28 pm

xyah pakai jam tangan la kot..hp kan ada jam.tgk kat hp jela..hehehe..selesai ragu2 jam tmasuk kategori gelang ke bkn..

Reply

Kyrul February 18, 2012 at 9:57 pm

Bnyk dosa ak wt

Reply

nadia February 22, 2012 at 3:50 pm

mcm ne lak y lelaki pakai gelang perak?xda nyata gelang perak dlm slh satu y dhramkn?
apa hukumnye?

Reply

MuseKlate March 2, 2012 at 5:11 pm

lelaki haram pakai gelang sebab memakai gelang menyerupai perempuan.. gelang perak ialah salah satu dr gelang logam.. terpasuklah juga gelang besi, aluminium dn sbgainya..

Reply

anak muda September 19, 2012 at 10:12 pm

cincin perak blh kot

Reply

MuseKlate March 2, 2012 at 5:03 pm

rasanya x salah kalau hndk dpakai jam tangan, sbb tujuan pggunaan jam tangan lebih kepada untuk mengetahui waktu semasa. mnggu waktu solat dn sbgainy.. pernah terbaca d mana2(tak pasti sumbernya) tp bgtulah d beritahunya. Wallahu’alam..

Reply

fadzli March 3, 2012 at 11:27 am

jika anda sebut jam tangan maka ia bukan gelang.yg disebut adalah gelang.jika jam tsebut tkandung emas maka jelas haram bg lelaki.klu dlm kes sakit naim diatas adalah harus

Reply

pujirianto March 3, 2012 at 11:46 am

tnya untuk jam tangan bagaimana ?
syukron

Reply

Shafiee March 3, 2012 at 10:23 pm

huuu, Ya Allah, bnyk dosa aku ehh..bodonye aku niee…tak surf awl2..

Reply

Pencak tribuana March 7, 2012 at 11:28 am

baru cadang nak beli.. cancel terus.. Alhamdulillah.. thanks for the info….

Reply

nizam March 8, 2012 at 12:25 am

macam mana pula gelang yang tabung haji bagi untuk dipakai ditanah suci
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
*kalau haram tetap haram kan…. jangan celarukan hukum…

Reply

Dvd March 8, 2012 at 11:06 am

kalau di mekah tu mmg harus untuk pakai gelang tu..sebagai tanda pengenalan jemaah dari malaysia, bukan nak halalkan yang haram.sama jugak macam kes rantai yang ada tag untuk askar.untuk pengenalan diri.untuk jamtangan tu,nama pon jam,jadi harus lah sebab nak tahu tentang masa,tapi kalau ada emas,terang2 dah haram sebab lelaki haram untuk pakai emas.suasa pon tak boleh sebab ada campuran emas.hukum2 nie simple aje, jangan serabutkan fikiran ok..chill.

Reply

nur cahaya March 10, 2012 at 10:06 pm

Saudara Nizam, gelang besi Tabung Haji diharuskan pakai untuk keselamatan jemaah haji bagi memudahkan pengecaman pengenalan diri jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan atau pun jemaah haji yang sesat. Gelang itu tetap haram dipakai di Malaysia mengikut hukum seperti yang ditetapkan dan ada kemungkinan boleh menimbulkan perasaan riak dikalangan orang yang memakainya. Pada pendapat saya, tiada isu yang timbul yang mencelarukan hukum seperti yang dikatakan saudara. Wallahu’alam.

Reply

sidi March 13, 2012 at 9:57 pm

sdd kat mekah ape tujuan gelang tu?
kat malaysia nk bt pe je gelang tu..

Reply

Min March 10, 2012 at 11:44 pm

http://www.youtube.com/watch?v=vbKI9zlUnTw&feature=results_video&playnext=1&list=PL0E8CFBB6246AE3AE

pada yang yang tanya jam tangan tu… bleh tengok kat link diatas.. trima kasih

Reply

wak dogol March 11, 2012 at 8:25 am

Artikel yang terburu-buru dan kurang saringan akal yang matang. Hanya melahirkan lebih banyak polemik negatif dari membangunkan umat yang sudah sedia keciciran.

Entah bila para “ilmuan” islam akan kembali terjaga dan menyumbang kepada peradaban hingga sekali lagi layak digelar ilmuan panutan dunia.

Wallahualam..

Reply

rahmar March 11, 2012 at 11:33 am

Kenapa sy pernah baca dlm akhbar hukumnya harus jika untuk perubatan?

Reply

nak tau March 13, 2012 at 3:31 am

Perak cmne? Tau la gelang, tapi tak di nyatakan…

Reply

sidi March 13, 2012 at 9:54 pm

terima kasih atas nasihat teruskan usaha anda..
semoga di berkati oleh allah SWT
amin…

Reply

nurulfarahj March 14, 2012 at 12:34 am

bismillahirrahmanirrahim.

dikatakan disini pemakaian gelang itu sendiri menyerupai perhiasan perempuan.
so,xkira la perak ke or lain2 and for perubatan kee.it wont do.
wallahualam.
kalo saya xbetol,mohon perbetulkan.
syukran.

Reply

Hamba Allah March 28, 2012 at 10:25 pm

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya ramai Umat Islam masa kini begitu jahil mengenai hukum hakam agama. Dan ada diantaranya mengerti tapi dibutakan hati atas alasan mengikut peredaran semasa dan tak kurang juga yang mengatakan hukum agama tidak lagi relevan untuk masa kini serta berbagai lagi alasan yang hanya diterima pakai oleh golongan2 jahil lagi mungkar. Nauzubillahhiminzalikh.. Maafkan saya kerana menegur. Sebagai umat Islam kita seharusnya peka dgn segala muslihat pihak kafir laknatullah yg sentiasa mempunyai keinginan dan agenda utk menjatuhkan umat Islam seluruh dunia. Kita sentiasa dihidangkan dgn perbagai bentuk meterial yg menjanjikan kebaikan dan kemudahan dari pihak kafir walhal disebaliknya ada agenda yg tanpa kita sedar mampu memecahkan benteng Akidah serta keimanan kita. Maka sedarlah Umat Muhammad, sesungguhnya Syaitan sentiasa mencari ruang dan Kafir mencari peluang. Fikirkan.. Jgn hanya kerana citarasa, Iman digadai Agama terjual.

Wallahualam..

Yang baik jadikan pegangan, yang buruk elok diperbetulkan..

Reply

mohd nasrullah ahmad March 31, 2012 at 7:38 pm

salam.. saya ada dgr sblm ni pasal cucu Nabi yg pakai gelang perak.. bila nabi dapat tau, nabi bukak dan tukarkan dengan gelang dari tulang.. sebab apa Nabi x terus larang tp just tukarkan? bole sesapa kompemkan?

Reply

sani March 31, 2012 at 8:26 pm

assalamualaikum….
nak tanya….
adakah jam jg diketegorikan sebagai gelang jg…????

Reply

Shah April 1, 2012 at 4:36 pm

X silap aku hadis tu mcm dipusingkan… Lelaki tu memakai tangkal benbentuk gelang tembaga dan rasullullah melarang. Cuba cek balik. Betul ke tidak.

Reply

Rozif Rasid April 7, 2012 at 4:59 pm

untuk pengetahuan semua, jam yg diperbuat/bersalut emas adalah haram kerana emas itu menjadi perhiasan kepada jam tersebut. gelang kecuali untuk perubatan, pengenalan di Makkah adalah haram secara khusus. Kalau jam tak boleh pakai, Tuan Guru Nik Aziz pun tak pakai jam…hahaha!!

Reply

zai April 17, 2012 at 4:55 pm

mcm mn pulak dgn gelang yg pakai kat theme park/ water world tu?

Reply

roslinda idris April 21, 2012 at 11:01 am

Kalau jam rasanya boleh. Ustaz pun pakai jam. Tapi tak yah lah nk sibuk pakai yg emas. Dh tau haram!

Reply

Taufiq April 21, 2012 at 12:01 pm

Salam ‘alaikh semua…
sebenarnya isu nih ada bnyk pendapat..terpulang kpd individu tu mcm mana nak menilai…
saya sendiri pernah mendengar kuliah drpd beberapa orang ilmuwan islam yg agak famous sama ada dari malaysia dan indon…kalo dari malaysia, ustaz riduan tee abdullah pernah bercakap x salah bg lelaki nak pakai gelang asalkan bukan daripada emas.
berkaitan hadis yg dinyatakan, berlaku pertikaian antara para ulama’…antaranya sebab apa nabi muhammad menyuruh lelaki itu menanggalkan gelang tersebut…ada pendapat yg menyatakan, nabi bukan marah sbb lelaki tu pakai gelang, tapi nabi marah sbb takut si pemakai tuh menganggap gelang tu ada kuasa utk kebaikan kesihatan…maka, secara tak langsung, nabi khuatir si pemakai akan beranggapan gelang tuh jadi mcm tangkal yg mana pemakaian tangkal itu mmg jelas haram di sisi Islam..tapi, kalo dh terbukti secara saintifik yg gelang kita pakai tu mmg berupaya merawat penyakit (dgn izin Allah sbg asbab), maka ia diharuskan dlm Islam..cuma, pesan beberapa org ulama’, bagi mengelakkan fitnah sebaiknya gelang yg kita pakai tu ditanggalkan ketika hendak menunaikan solat terutamanya ketika solat berjemaah…
berkaitan hadis tuh juga, ada yg menyatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh perawi yang diragui matan dan sikapnya…
wallahua’lam…

Reply

Butterfly May 13, 2012 at 4:45 pm

Mohon share :)

Reply

Deddy Sukaryadi May 21, 2012 at 11:56 am

Larangan memakai gelang untuk kaum pria tidak ada didalam Al-Quran, jadi siapa bilang itu haram bagi kaum pria memakai gelang. Saya sangat patuh dengan perintah Allah yg tertulis didalam Quran saja, tidak yang lain. Mau pake gelang emas, perak atau apa saja, tunjukkan mana ayatnya didalam Quran, yg mengatakan haram atau tidak boleh.

Reply

Raja Shaharin August 3, 2012 at 11:19 am

Salam Sdr Deddy Sukaryadi;

Selain Al-Quran sumber rujukan utama dan wajib dipatuhi adalah dari hadis yang sahih.

Sekian.

Reply

hariz September 4, 2012 at 2:44 pm

sebab itu kena nilai hadis pada hukum Al quran, kalau hadis itu x bersandar pada hukum Al quran maka itu kemungkinan hadis palsu.

namun di atas bagi saya bukan hadis palsu, kerana berdasarkan ayatnya ia lebih kepada larangan syirik pada Allah dan dalam Al quran memang ada melarang kita syirik. cuba pada perspektif sudut perhiasan..bagaimana pemakaian perhiasan boleh menjadi syirik atas alasan percaya ia boleh menyembuhkan penyakit tanpa alasan kukuh

Reply

Sir July 1, 2012 at 1:36 pm

Kalau pakai jam bentuk macam gelang getah cth nya:Boleh Tak??
http://www.mudah.my/Silicone+Sports+Watch-15909896.htm

Reply

YangHairan July 9, 2012 at 8:35 am

Dalam hadis berkenaan adakah nabi s.a.w. menegah memakai gelang tangan atau memakai tembaga?? Harus kita ingat yang nabi s.a.w. pengetahuan dan pandangannya adalah amat jauh.

Jika larangannya adalah atas gelang tangan, maka tidak ada alasan yang boleh diberi untuk menghalalkan gelang tangan walau sakit mental atau mati sekali pun (spt emas). Sekiranya larangannya menghalang memakai tembaga di badan, itu masuk akal kerana tembaga menganggu perjalanan tenaga manusia.

Ustaz2 yang ramai kat sini, tolong jelaskan.

Reply

hata August 6, 2012 at 8:37 am

tak pernah jumpapun hadis dalam teks ni….in fact….i never trust internet information

Reply

emut August 6, 2012 at 10:28 am

Assalamualaikum semua…
Agama Islam itu adalah agama yang Indah dan sempurna dan tidak menyusahakan dan Agama yang Logik akal. Ada pun dalam kandungan hadis ini adalah melarang memakai gelang yg tidak mendatang kan faedah atau mempercayai gelang tu ada kuasa yang boleh menyembuhkan tanpa ada ilmiah tentang kandungan yang terdapat dalam tembaga tersebut boleh mengubati atau sebaliknya. Apa yang Nabi Muhammad S.A.W larang di sini adalah MEMPERCAYAI SESUATU BENDA ITU ADA KUASA sehingga akan megakibatkan seseorang itu sirik kepada Allah. Jelas “Benda itu tidak mendatangkan apa-apa(tiadak dapat menyembuhkan ) dan apa yang baginda dapati pemuda tersebut sebenarnya ada kepercayaan terhadap gelang itu sehingga akan menyebabkannya sesat. Kesimpulannya jangan la menggunakan sesuatu benda itu jika sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa atau mempercayai benda itu adanya kuasa yang halus dan dapat menolong si pemakainya. Apa yg kita perlu tahu bahawa sesuatu benda itu telah dikaji dan didapati mempunyai kandungan kimia2 atau vitamin2 yang diperlukan oleh tubuh badan kita jadi pengatahuan ilmiah adalah sangat penting kepada orang-orang Islam masa kini. Bukankah Islam itu sempurna, Indah dan logik biarlah akal dan fikiran kita berasaskan kesempurnaan keindaha dan kelogikan didalam Agama Islam.

wallahua’lam…

Reply

ikhsan September 4, 2012 at 1:31 pm

Astagfirullah,,, sungguh bxak dosa anee,,,, terima kasih bxak ats infox,,,,!! sngat penting ni,,, setuju klo jam diharamkn bgi laki2 kan ad hp,,!!

Reply

hariz September 4, 2012 at 2:31 pm

salam…
saya rasa hadis tersebut tidak boleh menjadi hadis kukuh untuk mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki. kerana rasulullah saw melihat sipemakai dan bertanya TUJUAN pemakaian gelang tersebut dahulu..jika benar Rasulullah saw mahu mengatakan haram memakai gelang maka dia akan berkata “tanggalkan gelang tersebut kerana haram bagi lelaki memakai gelang” tanpa bertanya kenapa dia memakai, malah rasulullah saw sendiri menyatakan bahawa gelang itu tidak membawa manafaat seperti yang didakwa lelaki.

ini bermakna pengharaman dalam hadis merujuk kepada pemakaian gelang atas alasan kepercayaan pada sesuatu yang tidak ada sandaran. malah mempercayai gelang boleh memberikan kesihatan boleh dianggap syirik. hal ini juga sama jika pemakaian cincin dengan mempercayainya memberi khasiat atau sesuatu pada si pemakai.

nabi menyuruhnya menanggalkan kerana kelak bimbang, lelaki itu mati dalam keadaan masih percaya gelang itu memberi kesihatan pada pemakai. seumpama mati dalam keadaan syirik pada Allah.

Pemakaian gelang bagi lelaki mestilah gelang bercirikan maskulin dan bukan gelang feminin dan juga ianya bukan diperbuat dari emas. dan tujuan pemakaian adalah kerana atas keperluan atas urusan atau sebagai hiasan semata.hal ini sama dengan pemakaian cincin bagi lelaki.

walaubagaimanapun, pemakaian perhiasan sama ada lelaki atau perempuan bagi saya sebaiknya jangan keterlaluan atau berlebihan kalau boleh tak pakai langsung lagi bagus kerana boleh menimbulkan rasa riak dan angkuh dalam diri dengan hiasan pada badan. (kadang kala pakai jam berjenama dan selalu menunjuk2 jamnya pun boleh jatuh dosa keatas pemakai)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: