≡ Menu

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Print Friendly

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

 

Sumber: http://www.zaidimokhtar.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 22 comments… add one }
  • rasyidah February 12, 2012, 8:59 pm

    Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.

    bagaimana dengan perempuan yang menutup kepala?

    • ally February 16, 2012, 2:11 pm

      walaupun menutup kepala tetapi masih dapat merasakan getarannya

    • naufalz March 3, 2012, 4:37 pm

      afwan, sepertinya memang perlu dijelaskan lbh detail / beberapa bagian tulisan ini perlu dikaji ulang, bukankah wanita harus menutupi rambutnya dgn hijab ? & sujud pada saat sholat rambut jg harus tertutup ?

  • Zarifah February 14, 2012, 1:57 pm

    sya bangga menjadi umat islam

  • umair February 15, 2012, 10:43 am

    Untuk menulis sesuatu yang bersifat saintifik perlu disertakan rujukan mengenai kajian yg berkisar tentang perkara diatas.Untuk kita yang beragama islam sudah pasti kita percaya,tapi untuk yang bukan,mereka akan pertikaikan jika tiada rujukan saintifik.jadi artikel ini hanya akan berkisar dikalangan orang2 islam sahaja tanpa dapat mempengaruhi orang bukan islam.sekadar pandangan.

  • Farah February 16, 2012, 10:12 pm

    mohon copy

  • Nizam February 20, 2012, 4:41 pm

    Love ISLAM forever! 🙂

  • ibn shafiee March 1, 2012, 12:54 pm

    Jadilah seorang yang professional. Dalam setiap tulisan yang menyangkut fakta sertakan faktanya. Kalau tidak ia hanya merupakan cerita dongen moden.

    • ibn aziz March 2, 2012, 11:47 am

      agreed!

  • fatin March 2, 2012, 3:31 am

    menarik, tp jika ad bukti saintifik lg baik , krana lebih menguatkn lg fakta-fakta dan menolak pertikaian, ya, mungkin sstgh manusia esp.non-muslim susah nk prcaya ..” ala mereka org islam mesti nk ckp bnda y baik-baik je, mana bukti??” seperti y dikatakn umair..akn tetapi segala perkara y telah ditetapk Allah dlm hidup seorg muslim sememangnya itulah satu-satunya jln hidup y trbaik utk ditempuhi. sgt besar manfaat y kita akn peroleh jika kita patuh segala peraturn y Allah tetapkn…Allah y mncipta sgala makhluk, maka Dia lah yang paling mengetahui apa jalan hidup y trbaik utk sgala makhlukNya , walaupun fikiran kita y sgt cetek ni slalu menyangkal ‘knapa msti begini? knapa msti begitu?’ sbb itu kita kna byk bfikir n brusaha mlihat dgn mata hati , agar kita tidak kehilgn arah

  • sharil abu March 2, 2012, 8:45 am

    Amat menarik,saya orang Islam,saya boleh menerima separuh sahaja…mesti nak ADA fakta Dan rujukan…Kecuali beiman pada Allah sahaja tak perlu dalil.hanya Buah fikiran saya yang jahil.

  • IZZUL FARHAN March 5, 2012, 10:06 pm

    MEKAH IALAH TEMPAT YANG SUCI DAN MULIA BERBANDING MEANARA KUALA LUMPUR

  • azmi April 16, 2012, 9:52 am

    mohon share

  • stabkana April 24, 2012, 1:50 pm

    Semuanye dgn kuasa Allah jua. Ada jugak org yg pegi mengerjakan umrah/haji di Mekkah yg sakit, yg tak nak beribadah sewaktu di sana pun ada, yg buat macam2 perangai pun ada. Org tempatan di Mekkah pun sakit juga, yg meniaga ambil untung berlipat kali ganda pun ada. Sesungguhnye tidak dapat dinafikan bahawa Masidil Haram/ Kaabah adalah satu tempat yg sngat unik yg tak dapat nak diiucapkan dgn kata2 keunikannye. Semuanye dgn kehendak Allah jua.

  • emi April 24, 2012, 4:59 pm

    rindunya nak berada disana sekali lagi..mudah2an Allah jemput kita kesana sebagai hambaNya…

  • Wan June 27, 2012, 8:13 am

    kan salah satu rukun iman adalah beriman kepada perkara ghaib..yg non muslim kaji al quran lebih dr muslim, yg kat atas ne komen, dah katam ke al quran…jgn bimbang, ini ibarat provokasikepada non muslim, mereka akan rsa x puashati , dan kaji kebenarannya..menda betul, bila tbukti, mereka akan tertarik pada islam dan memeluknya.

  • Wan June 27, 2012, 8:14 am

    yang yoga tu terang2 dah fatwa haram, tp muslim nk buat gak…takde pulak nk kecoh2….
    pelik…

  • Dzulkarman Sandri Priyatna June 27, 2012, 10:18 am

    Islam Is The Best, Tanks For Allah….

  • noraine September 25, 2012, 11:43 pm

    ya… allah jadikan aku tetamu di tempat yg mulia ini,,,,, amin…….

  • Ibrahiem affallay December 10, 2012, 2:32 pm

    kotak hitam yg suci…
    penuh fenomena….smua ats kbesaran ALLAH

  • zainab December 20, 2012, 8:49 am

    Alhamdulillah…syukran kerana sudi berkongsi ilmu.kalau disertakan dengan kajian saintifik lagi bagus tapi x mengapa teruskan dengan uslub nta/nti dalam berdakwah.semoga Allah merahmati nti/nta.wAllahu a’lam..

  • Fudjie February 16, 2013, 10:45 am

    Saya skarag jdi lbih mgerti,btapa mulianya agma yg q percya selama ini.
    Sem0ga sya selalu ada pda lindunganmu ya allah.
    Allahu akbar

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: