Kiamat: Rahsia Allah

by admin on February 29, 2012

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

  1. Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
  2. Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.
  3. Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan
  4. Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

  1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi
  2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954
  3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.
  4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

 

Sumber: http://www.halaqah.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 11 comments… read them below or add one }

hanim March 9, 2012 at 9:20 pm

bila tiba nya hari kiamat.. semua planet2 akan b’langgar.. tiada siapa akan terselamat dari tiba waktu nya itu.. tiada lagi hidupan di alam semesta ini..

Reply

sunan March 10, 2012 at 10:21 am

setiap hari dah kiamat tak payah kamu tunggu lagi! sebab itu ramalan yg diramal mereka tidak tepat sebab salah tafsir dan salah anggap mengenai kiamat.mati manusia adalah kiamat! manusia itu alam kecil disegi zahir tetapi adalah alam besar disegi batin.percuma saja kamu tunggu kiamat tafsir2 yg salah itu.sebab nabi SAW ditanya:”Bila kah kiamat?” jawab Nabi SAW:”Saya sendiri kiamat”.fahamilah…tiada lagi kiamat yg anda nak tunggu2 lagi.kematian kamu adalah kiamat kecil,dan kematian yg ramai2(tsunami) adalah kiamat besar.sebab itu apa yg mereka ini ramalkan tentang kiamat meleset sebab salah tafsir tentang kiamat.

Reply

black September 21, 2012 at 3:38 pm

aku rasa ko yang tak tahu erti kiamat…… kalau inilah tafsiran mu tentang kiamat, ternyata ko silap dan salah….. nabi tak jawab pun ” saya sendiri kiamat”…. nabi jawab saya sendiri tak tahu… cuma dia kata kiamat akan terjadi pada hari jumaat….

Reply

azuryn April 11, 2012 at 10:10 pm

menakutkn…smoga Allah melindungi kta smua…amin

Reply

qanaahboy April 24, 2012 at 10:04 am

persediaan utk menempuh kiamat itu patut diberi perhatian yg lebih. Adakah iman & amal soleh kita akan diterima Allah?

Reply

Afif_Hilmi May 20, 2012 at 6:46 pm

memang benar hanya Allah SWT yang mengetahui kapan dan dimana hari kiamat akan terjadi … sesungguhnya dialah yang Maha mengetahui segalanya

Reply

Khamil May 23, 2012 at 2:20 am

kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana yang melihat kiamat berlaku adalah orang bukan Islam

Reply

L June 5, 2012 at 12:42 pm

Nabi SAW telah memberikan gambaran tentang tanda2 kecil dan besar akan kedatangannya kiamat. Dan Nabi SAW juga mengatakan mati itu kiamat bagi setiap orang. Didalam alQuran pula menceritakan perihal orang yang ditanya berapa lamakah dia hidup didunia, dia mengatakan tidak sampai sehari. Manakala Imam Al Ghazali pula berpesan bahawa yang paling dekat dengan kita ialah mati. Ahli sufi pula mengatakan bahawa sesungguhnya kita sudah berada dialam akhirat sedang melihat semula apa yang sedang kita kerjakan didunia. Pesanan buat diri saya sendiri dan yang sedang membaca jangan melengahkan taubat dan perbanyakkanlah amal soleh. Ya Allah Kau pimpin lah aku ke jalan yang Kau redhoi, amin.

Reply

Tarzana June 14, 2012 at 12:50 am

Adakah ramalan 21 December 2012 itu benar? Sejak kebelakangan ini banyak siaran history di astro mengenai apa yang akan berlaku 2012 nanti…

Reply

razo July 24, 2012 at 10:40 am

jgn percaya dgn ramalan2 org2 barat ni..sbb kt boleh tpesong.
kan tuhan dah bgth tanda2 kiamat besar akan blaku dulu.. tk kn la 2012 kiamat..fikir berpandukan akal fikiran yg waras..rujuk al quran ..

Reply

soniya ahmed August 9, 2012 at 9:06 am

Sesunggguhnya Hanya Allah lah yang tahu kapan terjadinya hari akhir (kiamat)
kita sebagai manusia hanya bisa menerima kehendaknya , dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi diri kita dari segala apa yang di larang Allah.
semoga Amal saleh dan ibadah kita di terima di sisi Allah SWT , ameen ya Rob aalamin.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: