≡ Menu

Kesalahan Membaca Al-Fatihah

Print Friendly

Saya terjumpa artikel ini dalam koleksi email saya. Sangat berguna untuk kita umat islam di mana solat adalah tiang agama.

PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 49 comments… add one }
  • zaki October 13, 2011, 5:33 am

    assalamualaikum
    tuan, minta maaf jika masuk tak diizin..
    memang lah al-fatihah perlu betul2 belajar bacanya dan bersungguh2. saya baca depan tok guru lima tahun masih ditegur lagi..tak per ah..saya nak belajar..saya nak perbetulkan bacaan saya..
    ..kalau boleh kita kena baca..biar betul..tajwidnya..tepat sifat dan makhrajnya.. tuan..
    b)malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)..
    ..ttg perkara ini tidak menjadi kesalahan..kerana ada qiraat yang baca begitu cth. nya..bacaan imam nafi’..walaupun kita tidak tahu..taka apa tidak menjadi kesalahan…wallah hua’alam..

    • Irfan November 21, 2011, 4:04 pm

      b) betul la sb itu bermaksud Malik-Raja sgl Raja-..satu atau dua harkat pun boleh ..itu juga yg ana belajar

    • sha December 17, 2011, 3:49 pm

      mmg btol ttapi,,,,,,kalo kiter nk bce qiraat mngikut imam2 tertentu kiter per selaras an dalm semua ayt..

    • eizu March 14, 2012, 1:34 pm

      utk komen (b) tu mmg betol tidak menjadi kesalahan…

  • Helmi October 13, 2011, 5:44 am

    Subhanallah…br sy tau…Trima Kasih Admin….mohon share yee…

  • Eversoris October 13, 2011, 6:50 am

    Allah pencipta manusia, hence engineer manusia. y would He menjadikan Fatihah, bacaan utama ummat Manusia ketika solat dalam keadaan yang ‘amat menyusahkan’? salah sikit baca,maka dah jadi nama Syaitan?

    rujukan website dibawah, there is NO SUCH nama2 Syaitan seperti in your list. http://darussyifabota.blogspot.com/2010/01/nama-nama-syaitan-dan-tugas-tugasnya.html

    Wallahu’alam

    • anas October 21, 2011, 12:43 pm

      salam ,
      hmm .. Allah tak menjadikan sesuatu yang susah buat org Islam , cuma kita je yg rasa susah .. cuba biasakan ,
      tentang nama syaitan2 tu .. ia bukanlah merujuk kepada nama syaitan sangat but macam menyekutukan Allah jika tersilap baca dan akan mengubah maksudnya cth : iyyaka na’budu waiyyakanasta’in (kepada engkau[ALLAH] kami sembah dan kepada engkau kami sembah) ..
      kalau kita baca iya(tanpa sabdu ) ia akan mengubah maksud ayat kerana iya itu maksudnya MATAHARI .. cth: iyaka na’budu waiyakanasta’in (kepada matahari kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan)

      • anas October 21, 2011, 12:45 pm

        sori silap
        salam ,
        hmm .. Allah tak menjadikan sesuatu yang susah buat org Islam , cuma kita je yg rasa susah .. cuba biasakan ,
        tentang nama syaitan2 tu .. ia bukanlah merujuk kepada nama syaitan sangat but macam menyekutukan Allah jika tersilap baca dan akan mengubah maksudnya cth : iyyaka na’budu waiyyakanasta’in (kepada engkau[ALLAH] kami sembah dan kepada engkau kami MINTA PERTOLONGAN
        kalau kita baca iya(tanpa sabdu ) ia akan mengubah maksud ayat kerana iya itu maksudnya MATAHARI .. cth: iyaka na’budu waiyakanasta’in (kepada matahari kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan)

    • Anonymous February 20, 2012, 12:12 pm

      salam minta maaf saudara/saudari… nama2 syaitan yg saudara/saudari lihat dlm blog tersebut hanya beberapa sahaja. cuba saudara/saudari baca blik ayat slps nama terakhir… “Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini.” kan ade ANTARA tu, juga ditulis YANG DAPAT DICATATKAN DISINI… makne nye bkn semua. ade lg nama2 laen sprti wathiin, a’awan, haffaf, dan lakhuus. satu lg, jgn sesekali slhkan Dia, Dia tidak lgsug membuat alFatihah mahupun bacaan laen menyusahkan tp kita yg salah kerana tidak menuntut ilmunya sepenuh jiwa…

      harap maaf klu ade yg slh… klu slh harap betulkan sama2 kita belajar… sy hanya berasa terpggil utk mereply, tkot2 ade yg diluar ter slh aggp. :)

  • anggi October 15, 2011, 7:02 am

    maaf sebelumnya….. minta penjelasannya,,,,, se pengetahuan saya di bahasa arab kan cma ada fathah dhammah dan kasrah….. jadi rha rhi rhu,,,,, pa bnar ada ro???? bkannya rha,

    • charaf October 19, 2011, 3:53 am

      orang indonesia ke ? kalau di malaysia memang rha tu dieja ro kadang2 .sama je sebutannya . bunyi yang sama . xperlu risau :)

    • may March 23, 2012, 11:01 am

      itu kerana ra’ berbaris diatas jd bacaan mesti ditebalkan..

  • shamsul October 17, 2011, 4:49 am

    renungan

  • nur huda comel October 19, 2011, 10:13 am

    Im sorry I just couldnt control myself

  • koma October 23, 2011, 7:09 pm

    “SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti”
    rasanye xde masalah brenti pd ‘alaihim… ke mcm mne?

    • taufik ismail November 22, 2011, 7:55 am

      klau diikutkan sifat huruf mim yg bertemu wau…kita kene tukar makhraj huruf mim ke wau dgn brhenti seketika..xlama…sebab makhraj huruf mim(tutup) mnakala makhraj huruf wau (bukak)..ade perbezaan tu..cuba hayati bcaan imam2 arab…mreka akn brhenti sketika utk tukar makhraj huruf 2 ini

    • sha December 17, 2011, 3:51 pm

      bley tp kne kne mle di ALLAZI NAAN’AM

  • Pencinta Ilahi October 31, 2011, 10:42 am

    Quote: [7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti]

    Rasanya tiada masalah untuk berhenti di ‘alaihim yang pertama. Sesetengah Imam Mu’tabar di Makkah pun berhenti di situ. ‘alaihim yang kedua memang tidak dibenarkan berhenti. Berhenti di yang pertama tu memberi peluang untuk orang-orang yang pendek nafasnya. Dan sememangnya Imam di Makkah tidak pendek nafasnya. Wallahua’lam. =)

  • Irfan November 21, 2011, 4:15 pm

    …nak kongsi lagi..

    1. kedua2 ‘Iyya’ kena baca bersabdu dan dua harkat
    2. ‘Ihdinash’ hendaklah baca ‘ih’ kat dlm sb ha besar
    3. ghairil…hendaklah dibaca terus hingga walatdhollin….dilarang henti
    4. Amin dibaca Aminnnnn panjang …min yg panjang
    5. harkat setiap penghujung hendaklah sama panjang 4-6 harkat
    6. sebutan ‘..him..’ hendaklah tutup mulut sekejap je bukan dengung

    wallahualam…

    • Irfan November 21, 2011, 4:27 pm

      ..kalau nak diikutkan sebutan ‘dal’ itu tak tepat , kena sebut ‘dhal’ maka sebutan bunyi alhamdulillah jadi ‘alhamdhulillah’…bukannya ‘du’ sebab bunyi dal ialah ‘dhal’. kalau ‘dal’ dah mcm bunyi kacang dal … kan ?

      Smg kita sama2 menghayatinya …correct me if im wrong…wallahualam

  • Illa Low November 30, 2011, 9:55 am

    Assalamualaikum

    pertanyaan: dalam bacaan Al-fatihah pd ayat terakhir walaupun sembahyang seorang diri mesti baca 7 harakat, pd ayat iaitu ayat walatdho(7harakat) lli Amiin.. betul ke?

    • Xavi 06 December 5, 2011, 2:52 pm

      ya mmg kena baca 7 harkat. x bleh dbaca 2 harkat. :)

      • zul August 28, 2013, 4:01 am

        6 harkat, bkn 7

  • kim loy December 16, 2011, 6:14 pm

    xsah solat klu xfhm al fatihah tu ape cte nye…

    • sukesuke March 3, 2012, 6:18 pm

      maksud die kalau salah bace make solat tu tak sah..bkan kalau tak faham maksud surah tu..

  • Mashaq December 18, 2011, 12:30 am

    Sejahtera ke atas kamu sekalian…

    Untuk membincangkan mahupun untuk didebatkan, pandangan peribadi saya, di sini adalah bukan tempatnya. Perlulah mencari guru yang betul. Saya cadangkan tuan-tuan sekalian boleh menuntut ilmu tentang bacaan Al-Quran bersama guru saya Ustaz Abu Bakar di Masjid Bukit Aman. Beliau akan mengajar kelas baru pada 05/01/2012 selepas solat maghrib. Kelas ini akan berlangsung setiap hari Khamis dan Jumaat setiap minggu. Dengan izin Allah, kemusykilan tentang bacaan Al-Quran akan terungkai. boleh layari blog masjid di http://masjidpdrm.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

  • DoaDoaPilihan December 29, 2011, 1:22 am

    banyak ye yg kita perlu perbetulkan…

  • mazlina ahmad December 30, 2011, 12:33 am

    salam diberi.mohon izin pinta diberi sebagai pedoman kemudian hari.

  • abyelsyam January 3, 2012, 10:47 pm

    ada nas @ dalil yg demikian..?
    jgan hanya edarkan cerita tanpa rujukan yg pasti..kelak diri anda hanyalah kebinasaan..

  • nanad January 4, 2012, 6:25 pm

    adakah ustaz Abu Bakar tu bekas imam masjid negara? Dia dah beransur sihat ke?

    terima kasih utk entry ni… apa pun, yang paling penting bacaan al-fatihah mmg perlu diperbetulkan… sbb ianya rukun solat… ilmu tidak terbatas.. belajar selagi mampu.. saya ni pun dah masuk umur 26 tahun masih lagi belajar mengaji dan masih lagi ditegur oleh ustazah bab tajwid… yang penting, setiap hari kita pasang niat utk perbetulkan dan improve… :)

    • Hamizad February 13, 2012, 10:15 am

      assalamu’alaikum.
      Pembetulan… Ustaz Abu Bakar… Bekas bilal masjid negara..
      Alhamdulillah ustaz dah mengajar..

  • Reduan Salleh January 11, 2012, 3:43 pm

    Asalamualaikum.

    Saya kira, kesalahan membaca fatihah di dalam artikel ini adalah khusus kepada imam imam saja oleh kerana bacaannya yang dinyaringkan pada rakaat dan solat solat tertentu.

    Ada dua bahagian kesalahan tersebut yakni kesalahan nyata(Jali) dan kesalahan tidak nyata(Khafi).

    Kesalahan Khafi yang dapat dikesan oleh makmumnya yang ahli tajwid saja maka, hukumnya boleh dimaafkan (sah solat jemaah itu).
    Namun kesalahan Jali yang merupakan kesalahan kecil yang kalau dapan dikesan oleh bukan ahli tajwid maka, solat jemaah yang diterajui oleh Imam terbabit adalah hukumnya batal.
    Allahualam.

  • rocky de vibratore January 16, 2012, 5:29 pm

    aku pun musykil jenis imam yang suka sambung2 ayat. Bukan ke dalam hadis Rasulullah sebut 7 ayat, 7 ayat? takkan kerana Rasul seorg ummi dlm bab bahasa pun Baginda tak ‘arif? Jenis imam suka sambung2 ni dari 7 ayat jadi 3 @ 4 ayat je. aku tak paham sebab aku tak ngaji ugama. tolong jelaskan sapa2 yg ada pandangan & nas.

  • nurul January 26, 2012, 2:43 pm

    hm. pada mulanya tadi saya expect artikel ni orang dapat ambil secara positif tapi ada yg meragukan nye pula. ni kan sebagai peringatan dan panduan buat kita semua, dah baik kena betulkan camne nak baca secara betul tu. tengok kat al-quran and check cemane cara bacaannya melalui tanda baris pada huruf. dan memang wajar kalau kita salah bacaan, maknanya boleh jadi salah. sama juga kalau buat karangan ape..kalau salah imbuhan, salah penggunaan ayat maka akan terpesong dari maknanya yg sebenar. contoh, ‘mana garisan saya yg awak pinjam tadi?’ …sepatutnya ‘mana pembaris saya yg awak pinjam tadi?’ garisan dan pembaris tu tak sama tau. sekadar contoh je. renungkanlah, dan perbaikilah bacaan mulai hari ini. maaf andai terkasar bahasa. C:

  • umatakhirzaman February 7, 2012, 1:57 pm

    Assalamualaikum wbt,

    Izinkan saya berkongsi pendapat. Dalam ibadat yang penting adalah istiqamah dan ilmu.Terima kasih krn sharing ilmu itu. Jika pendapat berunsur fakta minta nyatakan sumber rujukan, untuk mengelakkan menjadi keliru. Banyak orang muda kini bila ditanya kenapa tidak baca Al-Quran, mereka menjawab tidak pandai baca Al-Quran. Rata-rata kita sudahpun belajar mengenal huruf Al-Quran sewaktu sekolah. Kerana tiada Istiqamah dalam ibadat maka syaitan pun menjadikan kita lupa dan lidah pun menjadi keras dan kaku apabila membaca Al-Quran. Berilah semangat kepada golongan ini, apabila mereka membaca Al-quran maka Allah memberikan 2 pahala iaitu pahala belajar dan pahala bersusah membaca Al-Quran. Dan adalah menjadi matlamat untuk membaca Al-quran dengan baik dan sempurna kerana bacaan Al-Quran yang sempurna, malaikat bersama-sama membacanya. Oleh kerana orang melayu itu bukan orang arab maka memahami Al-Quran adalah menjadi kewajipan yang perlu diusahakan. Wauallahualam.

  • awe February 10, 2012, 12:31 pm

    Assalamualaikum, dan maaf kerana “tumpang” menyampuk dalam permasalahan ini.
    Islam itu mudah dan memudahkan, janganlah kita yang menyusahkan. Rasulullah meninggalkan 2 perkara kepada kita untuk menjadi rujukan, iaituAl Quran dan sunnahnya. baca semula al fatihah, rasa salah, rujuk al quran, x puas hati, cari guru @ ustaz @ ulama’. perbetulkan dengan mereka. habis cita.

    • Hamizad February 13, 2012, 9:23 am

      Assalamu’alaikum. Salam semua. Nak masuk campur sikit. Harap suka yer. Betul Islam tu mudah dan memudahkan. Tapi kena ingat. jangan ambil mudah. Dah dibincang lebih seribu tahun.. Tapi masih ambil jalan mudah dengan alasan ahli munafik – jangan kita menyusahkan yang mudah. Macam mana nak mudah, kalau suka ambil mudah.
      Memperbetulkan bacaan al-Quran adalah perintah Allah. Tak susah pun. Mudah saja.
      Di Masjid Negara, Masjid Bukit Aman, Masjid Shah Alam dan masjid-masjid lain ada kelas tajwid al-Quran. Ustaz yang mengajar semua bertauliah untuk mengajar al-Quran.
      Kalau suka belajar sila datang ke kelas tajwid ustaz abu bakar di Masid Bukit Aman (saudara Mashaq pada December 18, 2011 at 12:30 am pun ada bagi tau). Kalau nak datang dengar dan tengok2 dulu pun boleh. Bagi je salam kat ustaz, bg tau nak tumpang dengar.
      Kelas Ustaz Abu Bakar di Masjid Bukit Aman…
      Hari Sabtu dan Isnin lepas Maghrib…. dah sampai juzuk 21 (Dah dekat dua tahun, lama tak?)
      Hari Khamis dan Jumaat lepas Maghrib… kelas baru, baru belajar mengeja.
      Hari Isnin dan Rabu lepas Asar… kelas ni dah setahun lebih. (Kurang sesuai kalau yang bekerja dan rumah agak jauh).
      Wassalam.

  • miti March 1, 2012, 9:33 pm

    Subhanallah….bacaan Al-Fatihah yg betul bacaan n tajwidnya serta memahami maksud ayat tersebut membuatkan solat kt khusyuk n menginsafkan…smoga kt sm2 berusaha membetulkan bacaan kt…

  • yaya March 3, 2012, 6:20 pm

    salam..berkenaan dengan “malikiyau middin” tu..setahu saye tu qiraat nafi’..tak salah nak bace..tapi kene bace the whole surah..

  • habar March 11, 2012, 11:26 am

    Rumusan yang dijelaskan sangat baik. Untuk memudahkan ialah dengan berguru dengan guru yang mursyid. Fatehah wajib dibaca dengan betul, jika imam fatehah bagi solat subuh maghrib dan isyak hendaklah dibaca nyaring. Bersendirian wajib didengari oleh telinga sendiri.

    Fatehah hendaklah dimulakan dengan bacaan basmalah dan hukumnya tidak sah jika tidak dibaca Basmalah. Tentang ayat Walaudho…..linn itu hendaklah dibaca mad lazim kalimi muthoqqol pada dho,,,,,,,,ll iaitu dipanjangkan dhol dan masukkan huruf lam.

    Dan liin itu boleh dibaca sehingga 6 harkat dan itu namanya mad aridh lissukun iaitu dibaca panjang pada akhir ayat disebabkan ada huruf mad iaitu huruf ya’ sebelum diwaqofkan.

    wallaahu a’lam

  • faiz March 17, 2012, 11:17 pm

    belajar dan belajar lagi adalah orang yg berilmu yg suka memperbaiki diri

  • wari March 19, 2012, 11:54 am

    Alhamdullillah..,bertambah lagi ilmu yang bermanfaat.
    walaupun hanya sekedar..permulaan Bismillah…terima
    kasih Admin. semoga sekurang2nya dapat di rujuk &
    di tuntas olih kita2 yang memerlukan ilmu dalam erti kata
    Mari Belajar .Terimakasih.

  • Arif Maulana March 26, 2012, 10:41 pm

    Assallamuallaikum.
    Im’Arif. From Indonesien. I Want To Ask To This Page. i use Indonesian Language Or Malay Language.
    Okkay, I Have An Question, Please Answer My This Question :)
    * Apa balasan untuk orang yang salah membaca surah Al-fatihah?*
    * What is accepted to other people’s if false to reading to Surah Al-fatihah?*
    Thanks’. sorry!!!, If My speak English Are Bad
    Wassallamuallaikum.

  • Mohamad Lud March 28, 2012, 10:19 am

    Assalam.Selain Fatihah,sebutan syahadah semasa tahiyat akhir perlu juga disebut dengan baetu.Mana satu yang betul;Muhammad Rasulullah@muhammadan Rasulullah@Muhammadar Rasulullah.Kalau diperhatikan dalam tulisan,bacaannya macam Muhammadar Rasulullah.Kalau dengan azan pun,bermacam-macam sebutan boleh didengar.Mohon penjelasan.Wassalam

  • nizam April 5, 2012, 12:36 am

    Assalamualaikum

    Pertama, adalah kewajiban setiap muslim mempelajari bacaan al Fatihah yg betul dan tepat. Namun, terdapat segelintir manusia ada kelemahan seperti pelat, tebal lidah, gagap dsb. Janganlah terlalu keras dalam menyatakan silap bacaan al Fatihah terus jadi nama syaitan.

    Kedua, daripada sumber mana muncul nama-nama syaitan ni? Mohon dinyatakan sumber yg jelas, ini kerana ramai sgt cerita pelbagai nama syaitan tapi bila ditanya daripada mana, selalu alasannya dia dengar ada orang cakap. Persoalan agama mesti ada sumber yg jelas dan bertanggungjawab.

    Ini pendapat saya yg kurang ilmu dan ingin kan ilmu. Wallahu’alam

  • CintaIslam May 12, 2012, 6:40 am

    Salam semua,

    Tuan puan boleh lihat cara membaca Al Fatihah dengan betul melalui video youtube oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Alor Star melalui link dibawah. Ini salah satu kaedah menambah ilmu. Cara terbaik adalah bertalaqi dengan guru.

    http://www.youtube.com/watch?v=mw8sxpaRv_o

    Moga kita semua diberkati dan dirahmati Allah kerana berterusan menuntut ilmu Nya. InsyaAllah.

    Terima kasih.

  • Muhammad Isnan July 20, 2012, 11:31 pm

    Terima kasih atas pelajaran ini. Semoga Allah Ta’ala membalas kebaikan saudara semuanya. Wasalamualikum wr. wb. Salam damai dari seorang muslim Indonesia.

  • Ustaz Kastara October 31, 2012, 10:24 am

    Semasa solat terawih, imam-imam suka menyambung bacaan ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah. Nabi SAW membaca ayat demi ayat. Namun begitu, ada juga cara waqaf lain iaitu yang dinamakan waqaf tiga dan waqaf empat.

    Cara waqaf tiga:
    Sambung bacaan daripada ayat 1-4. Kemudian baca dan berhenti pada ayat 5. Kemudian sambung baca sehingga ayat 7. Kenapa ayat 5 tak disambung dengan ayat 6? Ustaz telah merujuk pada banyak kitab, dan didapati pada ayat itu sudah terdapat waqaf sempurna, jadi tak perlu di sambung lagi.

    Cara waqaf empat:
    Baca dan berhenti pada ayat 1. Kemudian sambung seperti waqaf tiga.

    Pada ayat terakhir surah Al-Fatihah, ada dua pendapat – waqaf hasan yang bermaksud boleh berhenti pada ‘..’alaihim’, tetapi lebih baik disambung kerana maknanya belum sempurna. Kedua waqaf jaiz – harus berhenti. Kedua-dua pendapat boleh diguna pakai. Jika mengikut imam Shafie, digalakkan menyambung dengan satu nafas sahaja.

    Berbanggalah dengan Al-Quran yang diturunkan kepada kita. Telah banyak kandungannya yang dapat dibuktikan oleh ahli sains. Cubalah cari guru untuk mengajar Al-Quran. Habis satu guru, cari pula guru yang lain. Setiap guru pasti ada kelebihan yang tersendiri.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: