Kejinya Setitis Arak

by admin on October 20, 2011

Kenapalah manusia zaman sekarang gemar sangat minum air kencing syaitan ni. Tidak kira orang Islam atau agama lain, kebanyakan agama-agama selain Islam juga melarang penganutnya meminum arak. Sebagai contohnya agama Kristian. Tertulis dalam Bible:

“Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu.”(Ephesians, 5:8)

Ini sebagai bukti bahawa agama lain juga melarang penganutnya meminum arak.

Ramai diantara kita yang beragama Islam tanpa segan silu meminum arak dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan arak sedangkan betapa besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w. telah melaknat sepuluh golongan manusia yang terlibat dengannya.

Anas r.a. berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya.” (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316)

Apabila diteliti sepuluh golongan manusia yang tersenarai dalam hadis di atas, satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu setiap orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknat Baginda S.A.W.

Setiap sen yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan dengan arak, pasti menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan akhlak dan institusi keluarga.

Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T sekiranya tiada pihak yang cuba memeranginya.

Peminum arak sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara berbahaya, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal, lantas dia akan bertindak di luar kawalan akal.

Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah difitnah oleh seorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.

Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk kedalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu.

Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata: “Aku memberimu tiga pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu.”

Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pililhan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ialah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.

Akhirnya ia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu. Kisah diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam kitab al-Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.

Kisah ini menunjukkan bahawa betapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan, tetapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Arak adalah ibu segala maksiat.” (Riwayat al-Nasa’i no. 5666)

Amatlah benar pengharaman arak dalam ajaran Islam. Walaupun arak telah sebati dan menjadi minuman kegemaran masyarakat arak, Rasulullah S.A.W tidak pernah teragak-agak untuk menguatkuasakan pengharamannya.

Baginda mungkin berdepan dengan risiko dibenci oleh masyarakat arab dan juga risiko berkurangnya pendapatan negara Madinah daripada cukai arak, tetapi keutamaan diberikan demi mencari keredhaan Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya. Wawasan Baginda bukan sekadar berjaya di dunia, tetapi kemenangan hakiki adalah dengan mendapat syurga Allah S.W.T di akhirat kelak.

{ 13 comments… read them below or add one }

Affuan October 20, 2011 at 4:59 am

Masyarakat arak? Or masyarakat ‘Arab’?

Reply

miera October 29, 2011 at 6:11 pm

bermaksud kalau setitis yg da minum sampai ke akhir hayat kita dilaknati oleh rasulullah saw??seandainya dia bertaubat masih dilaknati oleh rasulullah saw??

Reply

bancik November 1, 2011 at 7:15 pm

kal0 mcm ddah..

Reply

ariff November 20, 2011 at 6:22 pm

ALLAH itu maha pengampun,dosa setinggi manapun ALLAH tetap akan mengampuni hambanya dengan syarat bertaubat dan tidak akan mengulangi dosa itu lg… :)

Reply

nem May 11, 2012 at 3:24 pm

klu da bertaubat dgn taubat nasuha, in shaa Allah kite x kan dilaknati Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadith qudsi, Rasulullah S.A.W telah menyampaikan bhw redha Allah mendahului kemurkaan Allah, hadith ni saya bace dalam majalah solusi. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Reply

muhammad irfan March 26, 2012 at 9:59 pm

pada waktu itu saya berumur 13 th
ketika ada seorang pemuda yang menanyakan ” dimana rumah penjual arak itu dek ?”
saya mengatakan “disitu mas ”
apakah saya berdosa ??????

Reply

nurul afida May 10, 2012 at 11:45 am

suami saya peminum arak,ya allah..ada duit yang sikit pun abis dengan minuman.tlglah bantu.saya selalu bergaduh pasal arak ni dengan dia…pintu rezeki kami sentiasa tertutup…semoga allah tunjukkan jalan,amin

Reply

Syed Muslim May 11, 2012 at 3:42 pm

assalamualaikum Saudari nurul afida,

berapa lama dah benda ni melarut?

Reply

ibnu muhamad May 12, 2012 at 10:36 am

Assalamualaikum kak… sedih dgr luahan akak nie… mnta Allah bantu akak.. dan insyaAllah kami yg baca kisah akak hanya boleh membantu degan doa kami je kak… moga akak lebih sabar jgn putus asa n sentiasa memohon dariNya agar kite, semua saudara2 kita dan terutama kpada suami akak utk memberikan jalan dan kuatkan iman agar kite sentiasa di jalan yg diredhaiNya.. insyaAllah.. moga akak akan sentiasa sabar n yg paling penting adalah utk tidak sesekali berputus asa sbb Allah sentiasa ada jalan dan jawapan utk segala kemusykilan, dan Allah sentiasa ada utk kita hambaNya biarpun kita sentiasa melanggar perintahnya.. Allah beri kita ujian kerana Dia rindu utk dgr puji-pujian, zikir kpadaNya.. maka cari lah Dia kak.. moga akak akan lebih kuat n tabah utk terima segala ujianNya… insyaAllah…

Reply

apple May 12, 2012 at 10:37 pm

nur afida, sentiasalah berdoa pd Allah mg dia meninggalkan tabiat buruk itu, insya Allah, mg hati die terbuka utk hidayah Allah,Amin

Reply

aidil June 6, 2012 at 5:44 pm

salam ,jangan putus asa berdoa agar dia bertaubat

Reply

balqis June 18, 2012 at 2:36 pm

nurul afida, berdoa lah agar suami anda dibukakan hatinya… sabar, allah ada sentiasa dengan hambanya….

Reply

acai September 30, 2013 at 9:08 am

aslmuaikum…pdah:smuh…….tulong:bari:jawpan..ya…kmi:adh:6orng:adik…baradik:say:carita.kan:abang..say.dah:kawin:kak:say:pulak.dh:kawin…tinggal:lah:…..4orang.ni:..kak:say1…..diyh:..ni…..dh:bahgaluming..dngan.dusah:yang.truk:..nah:toh:diyh:….mkai:tatuk:…dan:…minum:arak?????:bgih:..lah:say:……nasiyt:…….supahya:…say…..bolih..nasiyt..kan…dih…..asalamualikum?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: