Kebaikan Cuka

by admin on October 1, 2011

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud:

“Setiap penyakit ada ubatnya”

Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi.

 

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
4. melancarkan pergerakan usus
5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
7. menurunkan tahap kolesterol
8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
9. membakar kalori dgn cepati
10. membuang toksin
11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
16. melancarkan pengeluaran susu ibu
17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
18. memperbaiki fungsi limpa
19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

 

Kaedah Pemakanan
KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?
Khasiat kurma terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:

Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 19 comments… read them below or add one }

isya October 1, 2011 at 10:47 am

mane nk beli khal ni? cmne nk buatnya?

Reply

Thcoxea October 25, 2011 at 11:25 am

beli jus kurma genius itu pun ok juga, di supermarket pun ada jual apple vinegar.

Reply

Ingin tahu October 9, 2011 at 5:53 pm

Alkohol kan haram?

Reply

anne_lynn November 18, 2011 at 10:18 am

alcohol is indeed haraam. vinegar, on the other hand is not. you need to understand the difference between alcohol and vinegar. Alcohol which is a product of yeast fermentation can be further converted to vinegar using bacteria.

Reply

ashraf October 12, 2011 at 2:04 pm

cuka apa yang d maksudkan ya ??

Reply

fiza October 19, 2011 at 1:50 pm

Mana nak beli khal ni?

Reply

ismail February 9, 2012 at 2:14 pm

ade dijual..harga dlm rm25.00. ismail.hashim71@gmail.com

Reply

Thcoxea October 25, 2011 at 11:23 am

salam….
saya sgt setuju dengan article diaatas kerana saya telah mengamalkan sejak beberapa tahun lalau selepas mendengar nasihat dari kakak saya,

ketika itu tujuan saya mengambil vinegar adalah untuk menguruskan badan dan diet, tapi tak disangka banyak manfaat saya peroleh darinya diantaranya buah pinggang saya dahulu sakit akibat kencingh kotor sudah mulai sembuh kerana saya adalah seorang pengidap migran dan mengambil terlalu banyak panadol dan ubat tahan sakit. Alhamdullilah sehingga sekarang saya masih mengamalkannyer….

dan selain itu saya mengunakan apple vinegar untuk masakan bagi mengantikan bahan alcohol seperti wine untuk western recipe. rasanya mmg sedap. :)

Reply

awaz November 10, 2011 at 9:41 am

salam.. saudari Thcoxea.. saya budak baru belajar

nak tanya, guna cuka biasa ke @ apple vinegar je? minum terus ke tanpa campuran apa²? berapa sukatan sekali minum? minum berapa kali setiap hari?

Reply

arie March 8, 2012 at 2:34 pm

nk beli khal ni.. cari jer kat kedai2 halal hup @ kat kedai product muslim

Reply

arie March 8, 2012 at 2:39 pm

ada jual kat kedai halal hub..

Reply

mabong April 23, 2012 at 10:50 am

semua yg dikatakan “hadis” mengenai cuka ni adalah palsu (maudhu’)
muslim 2052 tuu hadis tentang benda lain, Ibn majah 3318 tuu terang2 dlm kitab tersebut dtulis maudhu(palsu)
nak meniaga meniaga lahhh tapi jgn memfitnah rasulullah.

salam.

Reply

Jd Lancelot May 22, 2012 at 10:18 pm

mabong. Apa kandungan muslim 2052 ?

Reply

KAMAL June 25, 2012 at 2:51 pm

buku syamail muhammadiyah karya imam tirmizi kata hadis ini sahih daripada syaditina aishah

Reply

bingung July 19, 2013 at 3:54 am

sy rasa apa yang ditulus dlm artikel ini adalah jujur dari penulisnya. cuma mabong yg komen nampak mcm org berilmu tinggi dlm agama, tahu sahih dan maudhunya. yg dikesalkan cara mabong cuba memperbetulkan sesuatu yg di anggap tidak betul tu – nampak mcm kurang berilmu, lebih tepat kurang ajar. kl nak tunjuk terror dlm agama, berhemahlah, jgn cepat menuding telunjuk org salah. mabong mungkin ada ilmu agama, tapi tak beri manfaat pd org lain, lebih byk nak tunjuk heba sendiri, nak tunjuk pandai, elok masuk pondok gi belajar cara bersopan santun dgn manusia, jgn belajar dgn tok guru yg kuran budi bahasa. sorry yah mabong, org lain pun tau nk berbahasa mabok mcm anda…

Reply

نورهان June 19, 2012 at 11:13 am

boleh dapatkan pelbagai jenis khall di kedai AZ-ZAIN SHAH ALAM dan USJ

Reply

leemnor June 28, 2012 at 1:21 am

Salam Sdr/i ..

Saya pengamal setia khal kurma ( isteri amalkan khal delima ) dan saya dah dapat banyak sangat faedah dari sudut kesihatan. Dah lama saya nk cari orang mcm Mabong pasal dia ada berhujah pasal hadis nai berkenaan khal nie… Saya +ve kerana terfikir memang akan ada golongan yg akan salahfaham akan hadis sahih. Tambah plak jika hadis palsu (direka2) sah2 lar mencari kemurkaan Allah.
Hubungi saya 013-9788849 @ 017-9388849 ( Fadzli )

Reply

Ajax August 1, 2012 at 10:32 pm

Khal dari kurma boleh dapat dari kedai2 pak arab sekitar KL….sy dah amalkan …cara saya ambil 1 atau 2 sudu besar + 1 sudu minyak zaitun + 1 sudu teh madu…..memang best…sape nak tau di mana nak dapat ….Khal kurma dan minyak habatus sauda boleh hubungi saya: faiz.nor@gmail.com

Reply

ajako August 9, 2012 at 6:47 pm

nak tanya, adakah terdapat kesan sampingan sekiranya cuka epal atau kurma yg dimakan bersama madu lebah ketika haid? Ada laman web yg menyatakan ianya akan mendtgkan kesan buruk kerana cuka akan memotong peredaran haid normal. Pohon pandangan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: