≡ Menu

Jasad Firaun

Print Friendly

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 59 comments… add one }
  • mohan mustofa April 17, 2012, 5:20 am

    Subhanallah… .. .

  • zainalhazmi April 17, 2012, 8:54 am

    takbir : Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! 🙂

  • junita April 17, 2012, 10:35 am

    Laa ila haillAllah..SubhanAllah..Allah Hu akbar….

  • Siti Shahariah April 17, 2012, 4:04 pm

    Subhanallah, betapa besarnya kuasa Allah swt. Bersesuaian dgn ayat dari Surah Yasin “Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia”. Sangat applicable ayat ini tatkala Laut merah terbelah dan menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya dan juga tatkala Allah membuka hati Dr Bucaille untuk memeluk Islam

    Allahuakbar!

    • sofi zami April 20, 2012, 11:01 am

      Allahuakbar

  • susiana April 17, 2012, 11:24 pm

    Subhanallah..Ya Allah ya Dzalzalali walikram.

  • Maryanto April 20, 2012, 4:53 am

    Subhanalloh…

  • Rizal April 20, 2012, 11:37 am

    Saya membuat kajian sendiri mengenai Dr Bucaille ini. SubhanaAllah…dan dia telah menghasilkan 2 Buku di sini… http://www.amazon.com/The-Bible-Quran-Science-Scripture/dp/8171512410 .

  • Hayati April 20, 2012, 2:27 pm

    Subhanallah….Maha Suci Allah yang menjadikan sekelian alam.

  • andriwiranataabipa@yahoo.co.id April 21, 2012, 11:34 am

    Allah hu akbar…Allah lah pemilik smua yang ada di dunia ini..
    dan tidak ada 1 hal apa pun yang terjadi tanpa kehendak-Nya…
    I Cinta Allah Selamanya

  • roslinda idris April 22, 2012, 11:59 pm

    Allah maha besar!

  • dedi iskandar April 23, 2012, 10:06 pm

    Subhanallah…menambah keyakinan kita, islam adalah agama di sisi allah..
    semoga.. islam agama yang menjadi pencerah bagi agama-agama yang lain.
    amin..

  • adlin April 24, 2012, 2:15 pm

    waulahhuallam. . .

  • ayyash April 25, 2012, 8:35 pm

    ALHAMDULILLAH..

  • Shaifulsaar April 25, 2012, 8:40 pm

    Mudah2an akan ramai lg yang akan ikut jejak beliau.
    Allahuakbar!

  • bani April 25, 2012, 9:54 pm

    kitab injil, taurat, zabur&alquran adalah benar.bible adalah dusta..!

  • Rachmadani Sirait May 4, 2012, 10:29 pm

    SUBHANALLAH 🙂 Maha Suci Allah 🙂 Allahu Akbar :))

  • alam pertiwi May 9, 2012, 10:34 am

    subhanallaloh

  • Bumi serta isinya May 9, 2012, 10:40 am

    jazakallah

  • resky May 9, 2012, 10:40 am

    Allahu ‘ akbar…

  • mastura bachik May 9, 2012, 10:54 am

    Al Quran relevand dgn semua zaman.

  • RIMI HERAWATI May 9, 2012, 10:54 am

    Subhanalloh , semoga beliau lebih banyak lagi membuktikan kebenaran cerita-cerita dalam Al Quran …agar orang2 yang ragu akan kebenarannya menjadi sadar dan beriman….Amien.

  • junaedi May 9, 2012, 10:57 am

    kun fayakun…jika ALLAH SWT berkendak JADI maka JADILAH..subhanallah..allahu akbar…

  • nurul ulung May 9, 2012, 11:09 am

    subhanalloh..

  • Alvia Nur Azizah May 9, 2012, 12:05 pm

    Subhanallah.. 🙂
    Sungguh kebenaran milik Allah SWT

  • ashraf iskandar May 9, 2012, 12:34 pm

    Allahu akbar!.hebat Allah……..

  • ahmad May 9, 2012, 12:38 pm

    syabas kerana kufur kpd allah..

  • sahri rio May 9, 2012, 1:34 pm

    subhanallah

  • Afif_Hilmi May 9, 2012, 3:16 pm

    Subhanallah … Al-Qur’an memang petunjuk arah yang benar kepada Allah SWT … Insyaallah .. SELURUH WARGA PERANCIS masuk islam setelah mendengar kabar ini .. AMIN.

  • affendi May 9, 2012, 3:30 pm

    allahuakbar ,subhanallah Allah Maha Besar ,Maha mengetahui,sesunguhnya Al quran dan Hadis adalah mukjizat yg diberikan kpd kekasihnyaNabi Muhammad saw.Ini adalah satu petunjuk kpd manusia bahawanya kita harus yakin dan beramal diatas wasiat yg ditinggalkan olih Nabi Muhammad saw.Cuba kita renungkan zaman Nabi Musa a.s yg dikejar olih tentera Firaun serta Firaun sendiri mengejarnya dgn bongkak dan sombong nyahingga kelautan Merah lalu tengelam.Berapa ribu tahun lamanya dia tengelam dlm laut tetapi Allah maha kuasa ,manusia zaman ini menjumpainya. Utk apa sebenarnya jasad FIRAUN DIKELUARKAN DARI PERUT LAUT.Jika ikut akal kita yg pendek mana ada jasad yg bolih sempurna sprti jasad FIRAUN ,kira kira dah hancur dimakan ikan atau sebagainya.Didalam Alquran semua dinyatakan sejak zaman Nabi Muhammad saw.Renung renungkan lah wahai hambaku. Ada banyak lagi akan timbul tunggu sajelah.Selawat dan salam kpd junjugan Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda dan keluarga baginda Amin.

  • arrif May 9, 2012, 3:49 pm

    hebatnye al-quran..

  • alyza May 9, 2012, 5:08 pm

    Allahuakbar!

  • Daliya May 10, 2012, 4:16 pm

    Subhanallah..Allah Hu Akbar

  • amin May 11, 2012, 1:34 pm

    allahu akbar

  • linda May 26, 2012, 9:16 pm

    Maha Suci ALLAH.

  • DewiCakep May 26, 2012, 10:29 pm

    Subhanallah, sesungguhnya banyak sekali tanda 2x kebesaran Allah bagi orang yang berpikir.. namun mengapa masih banyak orang-orang kafir yang selalu menyangkalnya, naudzubillah 🙁

  • khaleed June 6, 2012, 10:46 am

    Beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati Dr Maurice Bucalle bukanlah seorang Islam…bagaimanapun beliau adalah seoerang kristian yang amat mengagumi kandungan Al Quran..wallahu’alam sumber http://www.answering-islam.org/Campbell/bucaille.html

  • Harun Din June 6, 2012, 11:06 am

    الله اكبر

  • helpis June 6, 2012, 2:00 pm

    الله اكبر

  • hanimaryam juriah June 8, 2012, 10:10 pm

    Perhatikan keadaan tangan si Firaun itu terkapai-kapai seperti cuba untuk naik ke permukaan air sehingga ia keras dalam keadaan begitu..Sewaktu saya memasuki muzium Tahrir di egypt untuk melihat si Firaun ini saya tidak berhenti membaca ayat kursi dan ayat rukyah sebab kesan SIHIR masih kuat terasa…sememangnya di sinilah manusia mula belajar ilmu sihir..

  • Syafikah Md Shah June 28, 2012, 4:12 pm

    Wujudnya Ramses 11… dpt membuktikan kebenaran al-Quran.. alhamdulillah~

  • aisyah July 2, 2012, 7:09 pm

    eeeeeeeeeei panjang nye tgn . tu la ngaku diri tu tuhan lg
    !!!

  • HELMI July 12, 2012, 7:17 pm

    Laa ila haillAllah..SubhanAllah..Allah Hu akbar….

  • nora July 19, 2012, 3:57 pm

    ALLAH maha besar

  • zuraidah July 26, 2012, 3:20 pm

    Subhanallah…

  • sony torture July 27, 2012, 10:59 pm

    Allahuakbar

  • kiki July 28, 2012, 9:03 am

    Untuk khalid – Website answeringislam.org tu kan website yahudi yang pura2 nak ‘jelaskan’ tentang Islam.

    Tak boleh pakai tu

  • Cara Membuat Website September 2, 2012, 5:13 pm

    Subhanallaahh… !!

  • Azul Jumaza September 2, 2012, 6:29 pm

    SubhanAllah, Allahuakbar!!! Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

  • guestd September 11, 2012, 10:39 pm

    Subhanalllah …. Allah The Great

  • reza September 13, 2012, 11:27 am

    Allahu Akbar..!!! Allah memperlihatkan mayat fir’aun sebagai bukti untuk pembelajaran
    bagi umat manusia. Itulah hukuman bagi orang yang mengaku sebagai Tuhan….

  • iman aisyah September 13, 2012, 11:42 am

    astagfirullahal azim.maha suci allah pentadbir alam ini..jazakumulah khairan kathira..

  • Zam Musa November 16, 2012, 1:48 pm

    Semoga bertambah keimanan dan takwa kita semua kepada Allah saw..

  • wel December 26, 2012, 3:17 pm

    allah memiliki apa yg kita ketahui dan apa jua yg kita tdk ketahui.. tiada seorg pun yg tergelincir dari hidayanya
    bila dia pecaya al-Qur’an itu diturunkan pada nabi muhammad s.a.w utk ummatnya. dan jadi panduan sepanjang zaman.

  • ASIAH March 2, 2013, 1:46 pm

    ALLAH MAHA BESAR

  • Abdul Malik Ayob April 2, 2013, 11:09 pm

    Saya telah membaca buku tulisan Dr Maurice Bucaille dan kebanyakan dari maklumat di dalam tulisan ini adalah betul.
    Namun demikian, adakah benar perkara ini berlaku pada tahun 1975? Jika diteliti, Presiden Perancis pada ketika itu bukanlah Francois Miterrand kerana beliau hanya menjadi Presiden Perancis pada tahun 1981. Terdapat beberapa kesimpulan di sini, samada kejadian ini tidak berlaku pada tahun 1975, atau kejadian ini berlaku pada ketika org lain menjadi Presiden Perancis atau perkara ini tidak berlaku langsung.

  • dwi beatles paray August 20, 2013, 8:58 pm

    allahu akbar

  • apandi December 13, 2015, 10:38 pm

    Sesungguh nya tidak ª∂a keraguan sama kitab suci al-Qur’an

  • Mohd Noor B Mohd Yunos December 22, 2015, 7:30 pm

    Allahuakbar x3

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: