≡ Menu

Jangan Tidur Lepas Subuh

Print Friendly

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

 

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 33 comments… add one }
  • deeja neysa December 23, 2011, 11:23 pm

    insya Allah..

  • SiBajuKurung December 30, 2011, 12:53 am

    sama2 la kita perbaiki diri…

  • kerja shif malam January 29, 2012, 8:37 am

    so.. sebenarnya tiada larangan tidur selepas solat subuh.

    • unknown February 3, 2012, 9:49 am

      sebenarnya tak digalakkan utk tidur selepas waktu subuh kerana akan menutupi lubang2 rezeki kita…sepatutnya selepas subuh kita bangun utk pergi kerja atau pun membuat sesuatu yg berfaedah spt membaca al-quran & sbgainya.sbb itu ramai dari kita yg terlepas pandang bnda kecik mcm ni sbb mereka fikir tidur lps subuh tak akan mempengaruhi apa2 dlm kehidupan..tetapi sbnrnya byk kesan yg tidak baik..sebaik2nya bagi yg kerja shif mlm,tggu la sehingga masuk waktu dhuha atau dlm pukul 8 lebih baru tidur..sesuatu yg dilarang tu msti ada sebab musabab nye..wallahuallam

      • Abe Am May 26, 2012, 6:26 pm

        bismillah…

        kepada saya, saya pernah terbaca beberapa buku yang menceritakan perihal tidur selepas subuh, ianya dibolehkan, cuma kalau ikut pandangan sesetengah ulama, ianya menjadi tidak seberapa sejahtera untuk pembentukan ‘sikap’ kita, seolah menandakan kita ini ada sikap pemalas..

        tapi untuk bab tidur selepas subuh, tiada garis panduan dari dalil al-Quran mahupun hadis yang melarang, yang mengatakan haram tidur selepas subuh.
        sebab perbincangan ini masuk dengan sejahtera dengan suasana Malaysia.

        tapi.
        bila kita bawa pandangan ini ke Europe seperti negara sedang saya belajar sekarang, pandangan makruh tidur selepas subuh menjadi satu keadaan yang tidak membumi dengan realiti hidup.
        sebab?
        sebab pada musim panas, yang bermula seawal bulan Mac hingga penghujung september, waktu Subuh masuk pada pukul 2.30 pagi.
        matahari terbit seawal jam 4 pagi.
        isyak pada pukul 11.00 malam.

        sekadar pencerahan saya, untuk kita meluaskan lagi skop pemikiran kita dalam memberi hujah dan dalil..
        insyaALLAH, Allah tahu yang terbaik.

  • sabariah osman February 1, 2012, 5:03 pm

    insyaallah,,marilah kita sama2 amalkan,,…terutama anak2 ku.

  • deen February 3, 2012, 10:06 am

    bantulah hambaMU ini,.YA ALLAH…

  • echo February 4, 2012, 12:57 pm

    InsyaALLAH..bnyak kegiatan yg bs qt lakukan semisal mengaji ato menyiapkan keperluan untuk hari itu..

  • azizi February 7, 2012, 11:24 pm

    mampukah menahan rasa mengantuk jika semalaman bertugas malam.

    bantulah hambaMU ini ya Allah

  • mahadzir February 13, 2012, 8:03 am

    sbb tu NAbi tdk melarang….walaupun tdk baik umatnya utk tido smula lps subuh n bgn dgn rasa lesu….NAbi tau bgaimana tjd umatnya nanti …..kerja shift……xpe la tido….dh kehendak akhir zaman. Kena kja mlm….

  • yazid February 16, 2012, 10:23 am

    insyaallah, nasihat yang berguna, alhamdulillah, pedoman kpd diri ini

  • kay February 17, 2012, 6:59 pm

    insya’allah akan ikuti nasihat ini.

  • hazwan March 9, 2012, 10:08 am

    as salam..iznkn sye copy yerr…

  • sya March 17, 2012, 2:08 pm

    kalau org yang kerja shift mcm mana…mcm saya keje shift smpi jam 12mlm..2pagi..lepas subuh sya tido la..tap bukan hari2 la..tiap kali shift malam ja

    • adi figo June 20, 2012, 9:13 am

      Setuju dengan mahadzir, kehendak akir zaman skrg, kerja shif mlm/pg..
      “pernah terdengar Siang hari untuk mencari rezeki, malam pula untuk berehat bersama isteri/suami/anak2”..

  • hamba ALLAH March 17, 2012, 4:28 pm

    moga2 kita x trgolong dri org yg tahu tapi x mengamalkannya….
    AMINNN….

  • Khairul Ikhwan March 18, 2012, 10:31 am

    mohon copy ye…

  • tawar March 21, 2012, 12:40 pm

    Tak semua manusia mencari rezeki dengan cara yang sama ;tetapi telah ditetapkan rezeki mereka oleh Allah

    seorang penoreh getah selepas subuh dan sarapan pagi terus ke kebun getah ; seorang kerani juga begitu ; hampir selepas setiap subuh mereka gigih mencari rezeki ;

    susu getah yg keluar dari pokok telah ditetapkan oleh Allah ; gaji kerani juga telah ditetapkan oleh Allah ;

    taukeh getah mendapat untung berlipat ganda ; bos kerani mendapat faedah kenaikan pangkat dan gaji

    Hamba Allah yg masih muda ditetapkan oleh Allah dengan pendapatan yg sungguh lumyan ketika membuat perniagaan internet di waktu malam

  • jf fatimah March 22, 2012, 1:30 pm

    Antara zikir untuk menghilangkan rasa mengantuk ialah
    “Laa ilaha illallahu subhaanal hayyil qayyuum”
    (tiada tuhan melainkan Allah, Maha Suci Allah yang Hidup dan Berdiri dengan sendirinya).
    Bagi mengatasi masalah mengantuk, terutama mereka yang bekerja lewat malam, ambil wudu’ dan amalkan zikir ini sebanyak 14 kali. InsyaAllah, ia akan memberi kekuatan untuk melawan rasa mengantuk dan letih,. Selamat beramal! =)

  • Dewi March 22, 2012, 3:57 pm

    Alhamdulilah atas nasihatnya sahabat, luar biasa sangat menggugah!

  • dewi malam April 1, 2012, 11:36 pm

    Laa ilaha illallahu subhaanal hayyil qayyuum”

  • noreen June 13, 2012, 9:02 am

    seronok bangun pagi tau,hirup udara pagi..best sesangat.lps aktiviti subuh x yah senam kt luar pun x pa sbb kt dlm umah da byk aktiviti.lg 1,sapa2 bangun subuh dan teruskan bt aktiviti umah otak dia cerdas dan cergas.he he!sape ajar?anak2 kt umah….terbaik!

  • Ash July 3, 2012, 2:55 pm

    Kat London skrg nie isyak 11.30 mlm dan subuh 2.30 pagi +-+. Lepas subuh kena sambung balik tido sampai 7 atau 8 pagi.

  • maher July 8, 2012, 3:44 pm

    mohon cara supaya nak mudah tuk jalankan…

  • khawarizmi August 7, 2012, 10:57 am

    Salam bro,
    Saya kat luar negara. Subuh masuk kul 3am. Camne eh? Kalo x tido blk, mmg konfem ngantuk n tertido kat ofis. Lama tu nk berjaga from 3am. Masuk ofis 9am
    -_-

  • Iqbal December 25, 2012, 7:14 am

    Mohon copy… :)

  • Saudara Islam January 13, 2013, 8:41 am

    Asslamu’alaikum wbt, Saya minta izin share :)

  • din February 13, 2013, 10:53 pm

    Salam,

    Adakah ada hadis sohih bukhari berkenaan dilarang tidur selepas subuh?
    atau ini cuma nasihat orang-orang tua dahulu supaya anak-anak membantu mereka bekerja di sawah dan kebun?

  • Hamba Allah April 14, 2013, 12:30 am

    isha Allah! :)
    sama2 la kita.huhuh…
    kalau boleh solatlah Dhuha jugak, utk murahkn rezeki. Cuba hayati maksud doa solat dhuha, pnuh dgn mohon keberkatan dan dmurahkn rezeki.
    WAKE UP JUST BEFORE THE NIGHT END! hehe…
    moga sama2 mendapat kredhaan ALLAH!

  • jannah September 9, 2013, 6:58 pm

    as salam, mohop copy ^-^

  • azis September 12, 2013, 2:59 pm

    mohon izin share

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: