≡ Menu

Imam Sujud Tiga Kali Sebelum Memberi Salam

Print Friendly

sujud

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Sewaktu rakaat terakhir, imam telah sujud sebanyak tiga kali dan duduk antara dua sujud dua kali seterusnya memberi salam tanpa sujud sahwi. Apa status solat imam dan makmum.

Jawapan:

Peranan Makmum Apabila Imam Terlupa Rukun Sembahyang

Apabila imam terlupa melakukan perbuatan rukun sembahyang, maka sunat bagi makmum lelaki mengingati imam dengan bertasbih seperti katanya: atau seumpamanya dengan suara yang jahr (nyaring). Bagi makmum perempuan, disunatkan menepuk tangannya dengan menepuk permukaan tapak tangan kanan dengan belakang tapak tangan kiri atau sebaliknya.

Menurut ulama Syafi‘eyah, jangan menepuk tangan dengan kedua-dua batin tapak tangan (bertepuk tangan), jika dilakukan demikian dengan niat bermain-main, maka batal sembahyangnya.

Jika imam teringat ada rukun yang tertinggal setelah makmum mengingatinya. Maka hendaklah imam itu melakukan rukun tersebut. Akan tetapi jika imam itu yakin pada dirinya tidak menambah atau mengurangi rukun sembahyang, maka hendaklah dia beramal dengan keyakinan dirinya tanpa mengikut teguran makmumnya walaupun bilangan makmum itu ramai.

Ini disebabkan imam itu yakin pada dirinya tidak ada rukun yang tertinggal setelah makmum mengingatinya. Apabila imam meninggalkan dengan sengaja atau lupa untuk melakukan perbuatan rukun sembahyang seperti imam lupa sujud kemudian dia terus berdiri dan tidak kembali kepada yang terlupa itu (sujud), maka tidak boleh makmum itu mengikuti imamnya, akan tetapi hendaklah makmum berniat mufaraqah (berpisah daripada mengikuti imam) dan makmum menyempurnakan sembahyangnya itu dengan sembahyang seorang diri.

Ini disebabkan jika makmum yakin pada diri imam ada rukun yang tertinggal setelah imam di ingatkan.

Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: