Hukum ‘Ringtone’ Bacaan Al-Quran

by admin on February 7, 2012

Soalan:

Asalamualaikum,
Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit dengan bacaan surah Al Quran?

 

Jawapan:

Wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

Sekian, wassalam.

 

Sumber: http://www.al-ahkam.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 17 comments… read them below or add one }

aliff February 7, 2012 at 2:11 pm

bagaimana dengan bacaan zikir yg digunakan sbg ringtone?

Reply

celaru February 19, 2012 at 2:55 pm

salam

zikir juga ayat suci (sama mcm ayat quran n azan), x perlu buat ringtone

Reply

hamba Allah February 7, 2012 at 2:16 pm

saya bersetuju sama sekali bahawa ayat al-quran diharamkan dijadikan sebagai ‘caller ringtone’ atas alasan-alasan tersebut di atas. wallahu ‘alam

Reply

azie February 7, 2012 at 2:17 pm

Salam,
Mengambil dari perenggan diatas:
“….Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Saya ada menyimpan ayat2 al-Quran seperti Yasin dan memuat turun Al-Quran application di dalam phone saya. Bagaimana hukumnya menyimpan ayat2 al-quran ini apabila phone tersebut dibawa ke dalam toilet?

Terima kasih.

Reply

celaru February 19, 2012 at 2:52 pm

salam,

apps ayat quran, gambar ayat quran jika bawa handphone dlm toilet sila turn off apps/tutup ayat quran tersebut. kalo buka dianggap mcm bawa quran (haram) kalo turn off x dianggap bawa quran (jwpn oleh ustaz azhar)

Reply

hana February 7, 2012 at 2:23 pm

saya ada soalan ingin diajukan.apa hukum jika kita memuat turun terjemahan atau alquran di dalam telefon bimbit.

Reply

nur February 7, 2012 at 3:50 pm

assalamualaikum…saya nk bertanya, apakah hukum menyimpan ayat-ayat al-Quran dalam hanphone, sedangkan seringkali kita terbawa masuk handphone tersbut ke dalam tandas apabila kita berada di tempat awam? terima kasih…

Reply

shahrul kamal May 24, 2012 at 8:36 am

sila dengar you tube dari ceramah ustaz idrus pasti anda akan ketemui jawapanya

Reply

zam jj15 February 10, 2012 at 10:50 am

salam,,,apa hukum nya bila ayat2 suci Al-quran dijadikan penghias muka depan handphone?

Reply

celaru February 19, 2012 at 3:04 pm

turn off kalo masuk toilet..

Reply

munir February 12, 2012 at 6:05 pm

a’salam,apa hukumnya ayat2 suci al-quran penggera kat telefon? macam AL-FATIHAH???

Reply

celaru February 19, 2012 at 3:02 pm

salam

dah diterangkan sebab pengharaman kat atas tu.. penggera kalo off ayat jadi sekerat2..

Reply

Mansur March 17, 2012 at 12:16 pm

Kalau masuk dlm t0ilet.tutup hset..jgn biarkn scrin terpapar ayt al quran..wallahualam

Reply

Danny March 20, 2012 at 10:06 pm

salam…

saya menggunakan penggera zikir pagi dan penggera tu hanya digunakan setiap pagi?
saya menggunakannya sebab saya rasa pagi2 dah boleh mengingatkan saya pada Allah dan berzikir bersama penggera tersebut.
apa hukumnya?

Reply

oongkomariyah April 7, 2013 at 10:16 pm

kadang ketika kita sedang asyik mendengarkan ayat alquran dari handphone belum sampai habis bacaan yg kita dengar ,,tiba tiba ada sesuatu yg kegiatan mendadak hingga kita langsung mematikan ayat yg kita dengar tersebut tanpa mendengarnya sampai habis .. itukan sama aja dgn hukum ringstone hp ,,,yg didengar tidak sampai habis … bagaimana ya hukumnya ??????? tapi kadang kalau buat nada dering sambung menggunakan nada ayat ayat alquran ,sewaktu kita telpon dan kita mendengarkannya maka si penelpon akan tersentuh hatinya bahkan bisa menangis mendengar suara ayat alquran tsb ,,jadi ada hikmahnya juga ….

Reply

aini September 11, 2013 at 2:21 pm

assalammualaikum…. soalan sya…sya bt pnggera utk wktu solat..tiap kali msuk wktu akn brbnyi azan….sbb kwsan sya tnggl skar nk dgr azan dri msjid…blh ke?pastu kdg2 time azan tu sya mngkin di tndas awam…bila brbnyi apa ptt sya bt…brhntikan alarm tu ke biar je…

Reply

Nubli Bakan September 11, 2013 at 5:36 pm

Saya setuju sekali dengan pengharaman yang bacaan alquran di jadikan nada dering
dan berpuas hati dengan penjelasan para ulama yang tidak membenarkan fatuah tersebut
di halalkan…amin

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: