Hukum ‘Perfume’ Beralkohol

by admin on March 30, 2012

Soalan:

Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat?

 

Jawapan:

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (‘rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90)

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

“Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?” Nabi membalas : “Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya “

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut “Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis”

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

  1. Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
  2. Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan”
  3. Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
  4. Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN ‘LARD’ ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. Jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

 

Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 8 comments… read them below or add one }

raika April 11, 2012 at 6:01 pm

sya pn rsa mcam 2..tpi tuk lngkah bjga2..baek x pyah pkai bgi sesapa yg ragu2…:)

Reply

syafikah May 1, 2012 at 10:21 pm

Saya menggunakan hujah yang pernah ustaz sy berikan pada saya 5 tahun yang lepas. Alkohol itu adalah haram apabila ia memabukkan, akan tetapi alkohol yang digunakan dalam minyak wangi bukanlah bertujuan untuk memabukkan. so, sembahyang kita tak terjejas. wallahualam…

Reply

jejaka May 1, 2012 at 10:27 pm

yap,btl,kalu syak n ragu2 molek tinggal..

Reply

Pecal May 1, 2012 at 11:28 pm

lagi bagus, pakai minyak atar je kan. Pahala pun insyaAllah dapat =)

Reply

Wang Meleisa May 20, 2012 at 6:11 pm

Ada kesalahan fakta pada artikel ini.

Berkenaan alcohol dalam arak: Alcohol dalam arak dihasilkan melalui proses penapaian. Dalam proses tu, yeast (ragi) akan makan gula dan menukarkannya kepada alcohol. Alcohol dalam arak adalah dari jenis ethanol. Yang jenis-jenis lain tu macam methanol, propanol, dan sebagainya tidak akan dimasukkan ke dalam kandungan arak sebab ia RACUN.

Ethanol secara am-nya ada 2 jenis:
Jenis satu: seperti yang dikatakan di atas, ia berasal dari proses penapaian yang seterusnya menjadi arak. Yang ini memabukkan.

Jenis yang ke-2 adalah yang dihasilkan secara tindak balas kimia dengan campuran bahan kimia itu dan ini. Kemudian, bagi menjaga sifat dan kualiti ethanol, bahan pengawet ditambah ke dalam ethanol jenis ini. Maka, jadilah DENATURED ETHANOL. Haaa… part ni penulis salah. Denatured ethanol adalah RACUN. Tak boleh diminum. Denatured ethanol banyak digunakan dalam industri pembuatan dan juga untuk kegunaan makmal. Saya selalu guna denatured ethanol dalam makmal saya.

Jadi, apakah itu ABSOLUTE ETHANOL? Absolute ethanol juga dihasilkan secara industri. Absolute di sini membawa tafsiran kepekatan tinggi. Kepekatan ethanol jenis ini adalah 99%. Takkan jadi 100% sebab sifat chemical absolute ethanol ni, dia akan menyerap air dalam udara. Konsepnya, jika 500 ml absolute ethanol + 500 ml air kosong = tak jadi absolute ethanol dah. Kita panggil 50% ethanol. Absolute ethanol juga RACUN kerana mengandungi sedikit benzene.

http://en.wikipedia.org/wiki/Denatured_alcohol
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080224164202AAfKp1y

Reply

syuhada July 13, 2012 at 8:11 pm

kalau pakai bedak compact ketika solat .. adakah sah solat kita??

Reply

abj August 18, 2012 at 2:47 am

asal haram tidak akan jadi halal melainkan 4 benda. 1. kulit bangkai yg disamak 2. arak yg jadi cuka dgn sendiri 3. darah kasturi (bahagian organ kasturi) yang jd pewangi 4…. . Alkohol dlm minyak wangi adalah ethanol yakni alkohol yg diperbuat daripada buah atau tumbuhan yakni arak. Maka ia adalah najis. Najis ini tidak boleh hilang najisnya kalau diproses dgn cara apa sekalipun melainkan perkara yg disebut diawal tadi….samada denatured atau lain-lain. Sila awasi ustaz yg terlalu memudahkan kerana kita sendiri akan menjawab diakhirat nanti. Ustaz yang salah cuma akan sama menanggung dosa. nafsi … nafsi

Reply

abf mizan February 12, 2014 at 11:57 pm

boleh pakai, tapi kalau terlampau harum smpai jemaah solat sakit hidung dah mengganggu tu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: