≡ Menu

Hukum Meniup Lilin Hari Lahir

Print Friendly

Soalan:

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?

Jawapannya:

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

 

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 52 comments… add one }
  • hensem April 9, 2012, 10:37 am

    Nabi ajar ke bila sambut hari jadi dengan buat kenduri kesyukuran?? Mana dalil nya? jangan mereka cipta amalan baru dalam Islam,,Islam dah lengkap,,,

    • muallaf April 9, 2012, 11:22 am

      Sdra, bukan semua org sambut harijadi dgn kenduri kesyukuran pun…itu lebih kepada keraian dan niat nak bersedekah..x buat x ngapa, buat pun x salah. Takde apa pun bidaahnya

      • hamba allah June 6, 2012, 2:14 pm

        apa bukti saudara mengatakan bahawa kenduri kesyukuran itu bukan bidaah…nabi pernah buat tak tu benda disertai dgn bacaan2 tertentu…sila perjelaskan.

        • Hamba Allah September 20, 2012, 5:25 pm

          betul kata Muallaf tu, keduri tu klu buat, buat ler, klu tk nk pun tkpe, tk dpaksa pon, cuma nk brsedekah jer. Hari jadi ne, klu nk dsambut biarlah brpda2, klu tk nk smbut pun tkpe~… p pada pndangn saya ada baiknya jika kita buat amalan2 untuk mndekatkn dri kpd Allah, sbgai tnda syukur kita kpda Allah, krna dbrikn nikmat khidupan. amaan2 apa2 pon, jnji tk brtentangn ngan Islam, so ini trmasuklah jugak kenduri kesyukuran, sapa nk buat, buat lh jnji niat ikhlas krna Allah; knpa kendudri kesyukuran? terang2 dh perkataan ‘kesyukuran’, sudah pastilah sebab mensyukuri nikmat Allah~… yg penting kita mesti tahu apa dia ‘kenduri kesyukuran’, apa mksudnya dll. wallahu’alam.

  • j April 9, 2012, 11:00 am

    betul ke Nabi puasa setiap hari Isnin bertujuan memperingati hari kelahiran baginda?
    hadis?

  • tamrin April 9, 2012, 6:44 pm

    Dan Islam tidaklah rigid sehinggakan nak meraikan dan memperingati sesuatu peristiwa itu pun menjadi halangan….Islam lengkap tapi pemikiran umatnya yang tak lengkap lengkap….

  • Mikael Ashraf April 10, 2012, 12:10 pm

    Assalamualaikum,
    memang betul huraian jawapan tadi,
    kalau kita lihat org barat ataupun di kenali sebagai orang kristian, mereka meraikan hari kelahiran mereka dengan meniup lilin diatas kek, dan selepas habis menyanyi lagu selamat hari jadi , mereka akan berdoa untuk sambutan tersebut kepada Jesus Christ, kenapa saya tahu semua nie , kerana saya kristian sebelum nie , saya telah memeluk agam ISLAm sejak empat bulan yang lalu , dan saya belajar banyak perkara, yang berlandaskan Islam dari Kitab suci AL Quran, harap hamba2 Allah yang membaca comment saya nie, akan mula berfikir, dan kalau boleh cari jawapan terus dari Al Quran.
    Allahualam.
    Assalamualaikum.

    Yang Benar
    Mikael Ashraf Bin Abdullah

    • Ezanawie April 11, 2012, 1:35 pm

      Alhamdulillah…jawapan yg bernas..

    • zulfa May 1, 2012, 12:12 pm

      alhamdulillah,,:-)

    • Faizal Tauhir July 12, 2012, 8:11 pm

      Saya sokong jawapan saudara. Kebanyakan orang selalu menyempitkan perkara yang dibenarkan dalam Islam tanpa sebarang dalil yang kukuh. Mengikut budaya kaum lain yang ditegah ialah secara umumnya upacara keagamaan. Jikalau setakat makan kek dan tiup lilin yang tidak melambangkan apa-apa tiada salahnya. Wallahua’lam.

      • Hamba Allah September 20, 2012, 4:01 pm

        saya sokong dengan jawapan Mikael Asyraf.

        meraikan hari jadi sebenarnya bukanlah adat org Arab, ini brdasarkn pengalaman saya sendiri yang mempunyai guru/ustaz yang berasal dari Mesir, beliau mengatakan bhwa dnegara arab memang tidak ada menyambut hari jadi. tpi bgi kita org Melayu (Islam) tk salah untuk menyambutnya tapi biarlah brpada2. tiup lilin pada saya memang sesuatu yg salah, sprti yg telah dterangkn di atas, tapi potong kek memang boleh~… knpa tk boleh nyalakn lilin dan tiup lilin atas kek? Ini krna ianya merupakn prbuatan yg mnyerupai org kafir, tmbahan lagi api/asap merupakan makanan jin (Wallahu’alam)

    • syafiza October 24, 2015, 7:05 pm

      Alhamdulillah

  • anna asyraf April 10, 2012, 7:14 pm

    mengingati hari kelahiran itu tak salah. malah ia menjadi salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan utk kita. iaitu nikmat nyawa..

    tp kita juga harus ingat satu perkara, setiap kali tiba hari kelahiran kita, sebenarnya satu langkah kita telah mendekati hari kematian kita. entah bila kita akan di jemput oleh Allah, kita sendiri xdpt nk pastikan.

    jd, kumpullah sebnyk mgkn bekalan utk hari mendatang. kpd yg bakal menyambut ulang tahun kelahiran, berterima kasihlah kpd ibu kita yg telah melahirkan kita hingga menjadi anak yg berguna. berterima kasihlah kpd ayah kita yg byk berkorban tenaga demi mencari sesuap nasi utk kita..dan yg paling utama, berterima kasihlah kepada Yang Maha Pencipta kerana masih melanjutkan usia kita sampai sekarang…wallahualam..

  • man April 13, 2012, 9:56 pm

    Orang Melayu akan tiru serbi serbi dalam kehidupannya..

  • Ira April 15, 2012, 2:32 am

    Terima Kasih. Mohon dalil kpd komen & soalan2 di atas.

  • akmal April 15, 2012, 8:46 am

    assalamualikum..
    nak tanya…
    tapi macam mane pulak kalau kita buat majlis kesyukuran tu, lepas tu kita ada jugak buat yang tiup lilin tu???

    • eddy April 18, 2012, 10:06 am

      majlis kesyukuran tu teruskan..tiup lilin tu tinggalkan…

  • Lutfi May 1, 2012, 2:10 pm

    o, jdi gtu ya, adikku pernah merayakannya dgn tiup lilin tpi itu jga cman 1x. hmmm alhamdulillah jdi dpt ilmu lgi !!

  • orang Telupid Sabah punya komen May 1, 2012, 2:13 pm

    SBelum b’tanya , sila baca jawapan yang telah d”sdiakan di atas dgn teliti. . .,InsAllah anda akan faham . . . . jgn timbulkan byk p’soalan yg tlh pun t’jwb d atas . .

  • Kusnandar May 1, 2012, 3:29 pm

    Bukanya Rosulullah puasa tiap isnin n kamis karena pada hari itu catatan amal dikirm???

    • norlaila September 13, 2012, 10:52 am

      sya pon berstuju dgn kusnadar…posa isnin khamis passal catatan amal ..tidak pernah pla terbaca o mndengr sempena rasululah mghayati harijdnya..first time la ni..jadi tidakan rasululah mgingati hari hadinya tiap2 bulan ????? amacm ni uatz

  • Amir May 1, 2012, 6:01 pm

    Tapi kalau rumah blackout boleh pasang lilin la..ataupon nak halau serangga hinggap kat kek.. terpulang pada niat

  • Hamba Allah May 2, 2012, 9:47 am

    Bagaimana pulak merayakannya dengan memotong kek sahaja tanpa lilin? adakah itu juga haram?

    • Hamba Allah September 20, 2012, 3:06 pm

      tak haram, bahkan lebih baik dengan dengan cara yang saudara/i lakukan, iaitu memotong kek tanpa lilin 🙂

  • lusriani baharuddin May 3, 2012, 5:03 pm

    alhamdulillah,dpt ilmu lgi……………..

  • hamba yang mencari redha ALLAH May 4, 2012, 9:53 pm

    TERIMA KASIH MAMI
    TERIMA KASIH ABAH
    I LOVE U SO MUCH

    • nur azmina May 30, 2012, 4:51 pm

      mm,,lbih prefer Allah selamatkan kamu,,at least kita mndoakan utk hari jadi seseorang

  • Ism. May 31, 2012, 6:28 am

    Sambutan ulang tahun berunsur dari orang orang kafir sehingga orang Islam terikutan. Zaman datok nenek moyang kita dulu keadaan begini tidak pernah wujud dan tiada sesiapa yang mengingati hari kelahiran sesiapa apalagi untuk menyambut nya. Hanya sesekali jika si anak atau si cucu ingin mengetahui akan umur datok atau nenek mereka, baharulah mereka membongkar almari untuk mencari dokumen kelahiran orang yang terlibat. Amat menghairankan lagi, datok nenek dan ibu bapa kita dahulu sendiri pon tidak mengingati akan hari kelahiran mereka.Inilah bukti nya bahawa datok nenek kita dahulu tidak terikut ikut dengan budaya orang orang kafir. Namun, mereka tetap panjang umur selumayan lapan puloh tahun kerana di berkahi oleh Allah Taala.

    • yuszcool June 6, 2012, 2:12 pm

      Betol tu… Nenek aku pn x ingat sgt besday dia… Sbb dia dh lupa2… Huu.. Not sure org lama x terikut, tp muzik elok je terikut ago go, pakaian sluar kembang bwh.. Rambut afro.. Huu… Malaya mudah dijajah…

  • Maimunah jamil June 7, 2012, 9:04 am

    Rasullullah di lahirkan pd hari Isnin. Baginda menyambut HARI lahirnya bukan tahunnya. Sebab itu Rasulullah saw menyambutnya dgn berpuasa pd hari itu. Wallahualam.

  • azrida azri June 7, 2012, 6:00 pm

    Assalamuaalaikum semua,

    Lebih baik kita berpuasa pada harijadi kita tu dan bersedekah

  • dayang June 9, 2012, 8:41 am

    Berpuasa hari Senin mengingatkan kita pada hari kelahiran Rasulullah saw n bukti kecintaan kita pdnya .Rasulullah saw sentiasa berpuasa mingguan..Isnin (hari kelahirannya) n Khamis utk kerana pd malamnya data laporan dinaikkan ke Luhmahfuz.Bpuasa untuk harilahir sendiri?..ada dalam kategori puasa2 sunat ke? Lapar n dahaga je dapat…jgn buat pkara para sahabat saw n alim ulamak x buat…jamuan untuk kaum kerabat/jiran/sbg perkara yg baik.Tp lebih baik kita sedekah pd org susah..mugkin bganda lg pahala.Wallahualam.

  • INGin TAHu June 16, 2012, 8:40 pm

    macam mana kalu tiru pakaian orang kafir seperti memakai tie…adakah di kira meniru orang kafir..

  • Lieya June 16, 2012, 8:42 pm

    Macamana plk jika kita terpaksa menyambut harijadi bos bukan muslim di office dngn menyanyikan happy birthday dan bos meniup lilin.macamana plk hukum bagi kita yg Islam.

  • muhammad arafa June 17, 2012, 12:47 am

    Sedangkan mualaf pun ble baca dan fahamkan petikan di atas dgn lebih jelas. Ini kan pulak orang yang memang dilahirkan beragama islam…hairan.

  • zainon June 17, 2012, 9:58 am

    best thing : no need to celebrate yr b.day…just remember the date only..habis cerita

  • Suhaidah July 12, 2012, 8:26 am

    Alhamdulillah… nice info… maksudnya sambut besday tu bole kan… potong kek x per tp tak perlu tiup lilin…

    • Hamba Allah September 20, 2012, 3:47 pm

      Ya, betul tu Suhaidah tk perlu nk risau2… takkanlah nk mkan kek tnpa dpotong dlu, comot nanti. lilin tu tk prlu dtaruh atas kek, simpan jer tuk black out nanti 🙂

  • norhaya July 12, 2012, 8:33 am

    mengingati hari lahir dgn bersedekah
    dan mensyukuri nikmat yg Allah SWT
    berikan 😉

  • Dana lestari July 12, 2012, 9:22 am

    alhamdullillah seumur-umur saya blm perna yg namanya merayakan ulang tahunmakasih atas ilmunya wassalam?

  • merong merah July 13, 2012, 12:57 am

    Salam…menghembus atau meniup api langsung guna nafas kita tak baik kan? sy ada trbaca yg perbuatan ini ada kena-mengena dgn sifat syaitan.mohon pencerahan…

  • farid July 13, 2012, 6:34 pm

    ko tak payah sambut hari lahir ko

    • kura-kura kontot July 16, 2012, 5:12 pm

      betul! saya setuju bebenar. tiup lilin salah, tak tiup pun salah. senang tak payah sambut. jimat duit.

  • Raden Syahid September 13, 2012, 8:48 am

    btul btul btul….. alhamdulilah

  • wan November 14, 2012, 4:07 pm

    saya pernah terbaca satu risalah dlm buku-buku yang saya baca…mengatakan bahawa org-org kafir barat bila menyambut harilahir membayangkan bahawa cahaya lilin itu ibarat cahaya kebenaran islam..yang harus dipadamkan dan kek yang dipotong-potong dan di makan itu ialah umat islam..jadi sebagai umat islam mari kita sama-sama renungkan Allahualam.

  • orang orang January 31, 2013, 8:02 pm

    sambut kelahiran dengan sujud syukur lg afdol. tanda kesyukuran kita kepadaNYA dgn solat sunat dan memuji Allah S.W.T

  • Zaenahzein February 1, 2013, 10:23 am

    Sahabat Wan: mohon dan tolong sebutkan judul buku dan pengarangnya yg sdh anda baca itu, boleh…? Saya tertarik untuk membacanya … Trimakasih ya .. 🙂

  • Sandman February 2, 2013, 1:10 pm

    Pada pandangan saya Agama Islam tidak melambangkan budaya Arab atau mana2 budaya pun. Tidak semestinya kita Islam, kita mesti jadi seperti orang Arab. Orang Islam yang berbangsa Arab atau lahir dalam community Arab akan mengamalkan budaya Arab, manakala orang Islam yang lahir dalam community berbilang kaum akan mengamalkan budaya kaum2 yang ada.

  • ummu humaira September 29, 2015, 4:02 pm

    seseorang menggelarkan sy seperti kafir kerana memberi kek sbg tanda hari lahir kpd seorang ank kecil,,

  • cekboy November 5, 2015, 10:00 am

    yang merayakan hari jadi yg tdk sesuai dg syariat,sama halnya org tersebut berbangga dg makin cpt masuk liangkubur.boleh dikatan itu manusia goblok,mau dkt mati kok senang,buatlah hal yg positif dg bersyukur.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: