≡ Menu

Hukum Membuat Baju Mendedahkan Aurat

Print Friendly

aurat

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Di sini saya ada satu masalah yang ingin saya utarakan. Saya seorang tukang jahit menjahit pakaian biasanya pakaian wanita yang mendedahkan aurat ataupun menampakan bentuk badan. Apakah hukumnya? Saya pernah tanya seorang ustaz dan jawapannya harus. Tetapi saya masih ragu-ragu. Di harap Ustaz dapat menyelesaikan masalah saya. Sekian.

Jawapan:

Pekerjaan menjual pakaian dan mengambil upah menjahit pakaian adalah pekerjaan yg HARUS pada asasnya dan pendapatan yg diperolehi darinya adalah HALAL. Mana-mana usahawan Muslim atau Muslimah yang menceburkan diri dalam industri pakaian dan jahitan, hendaklah pakaian yang di jahit dan di jual berunsurkan penutupan aurat.

Di dalam al-Quran, Allah melarang kita membantu perkara dosa di mana Ia berfirman:

“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” [Al-Ma’idah 5:2]

Sumber: https://almanhaj.or.id/2038-antara-taawun-syari-dan-hizbi.html ” (al-Quran).
Jika dia melibatkan diri dalam industri yang mendedahkan aurat, maka hal ini adalah suatu dosa dan perlanggaran hukum Allah.

Dalilnya seperti di bawah:

“Janganlah kamu saling bantu-membantu dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Al-maidah,02)

” …barangsiapa yg membiasakan suatu ‘sunnah’ yg buruk dalam Islam, ia akan mendapat dosa atas perbuatannya itu dan dosa dari perbuatan orang yang melakukan keburukan yang sama setelahnya dengan dosa yang sama sekali tidak lebih kecil dari dosa-dosa yang ditimpakan bagi orang2 yang mengikuti perbuatannya itu” (HR Muslim)

Oleh itu, seorang muslim tidak boleh berterusan membiarkan diri berada dalam dosa dan bergelumang dengan yang haram. Oleh demikian, ia hendaklah berhenti segera dari menjual pakaian yg mendedahkan aurat itu, bertaubat kepada Allah dan berpada dengan yang halal dalam mencari rezki Allah.

Wallahu A’lam

Sumber: Soal Jawab Wanita Dan Keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: