≡ Menu

Hukum Memakai Bulu Mata Palsu

Print Friendly

Soalan

Assalamualaikum,

Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t

Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.

Wallahua’lam

 

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 56 comments… add one }
  • megat January 31, 2012, 1:36 pm

    bagaimana jika untuk pemakaian buluh mata yg sementara waktu? yakni untuk beberapa jam seperti semasa bersanding tetapi di buka semulah ketika ingin bersolat..
    adakah penyambungan buluh mata semntara juga dianggap haram?

    • lun November 20, 2013, 6:57 pm

      sama hukumnya. haram

  • mahar February 3, 2012, 6:05 am

    hal bulu mata palsu lebih baik dielakkan. lebih baik bersyukur dengan bulu mata yang Allah telah kurniakan, Yang palsu tiada cantiknya pada pandangan Allah. Manusia saja yang mengada-adakan memakai bulu mata palsu nampak cantik.Semua itu perasaan si pemakai bulu mata palsu.

    • aniey April 1, 2012, 10:25 pm

      saya sokong itu….

      • s.farah May 3, 2012, 8:37 am

        sokong..-___-“

  • Zarifah February 6, 2012, 1:23 pm

    masyallah sya bru thu tq

  • Fazila February 10, 2012, 11:11 am

    Bagaimana pulak dg n trend skarang yg suka membuat extension (pnyambungan) pada bulu mata

  • nshy February 13, 2012, 10:38 pm

    sy bersyukur ade bulu mata.. alhamdulillah

  • leen February 14, 2012, 2:35 pm

    send info ni kat rozita cik wan..

    • lola April 23, 2012, 11:23 am

      heheh taw takpa :DD

  • Nurul February 15, 2012, 1:23 pm

    Assalamualaikum wrh. wbrth..

    klu hukum pakai bulu mata palsu adalah haram… Bagaimana pula dengan yang menanam bulu mata… Apakah hukumnya????

    • cikMerah May 25, 2016, 12:52 pm

      Dah pakai bulu mata palsu pun haram.Tanam lagi ler haram cik kak oi.Pakai bulu mata palsu kan mengubah ciptaan Allah.Agak2 ko tanam bulu mata tu tak ubah ke ciptaan Allah?Apa sahaja yg mengubah ciptaan Allah adalah haram.

  • kartikel.com February 15, 2012, 9:44 pm

    info baru juga ni.
    tq

  • xarina February 16, 2012, 7:20 pm

    salam. sy tau pakai bulu mata palsu adalah HARAM. Sy sorg guru. Sblum ini penampilan diri sy sgt tdk menonjol dan sy tdk pernah memakai alat solek. Anak2 murid sy tdk ambil endah ttg diri sy dan seolh2 sy x wujud. Bila sy memakainya (bersolek ala kadar dan memakai bulu mata), anak2 murid suka berdamping dgn sy, siap membuat kerja skolah, dan byk perkara baik berlaku. Namun, tujuan sy memakainya (solek dan pakai bulu mata) utk kepuasan diri. bila sy puas dgn penampilan sy, sy rasa seronok. bkn utk menunjuk2. byk perubahan yg membuatkan sy lbh bersemangat. Namun, sy sentiasa ingat akan hukum itu. Maka, sy berhenti memakainya dan sy rasa kurang bersemangat. Apa pendapat ustaz?

    • fatimah February 21, 2012, 2:02 pm

      bersolek ala kadar, tak perlu pakai bulu mata palsu…kan..

    • cikMerah May 25, 2016, 12:53 pm

      Haran tetap haram.Nk sgt dpt perhatian manusia knpe?Xnk dpt perhatian Allah ke kak?

  • insyirah March 2, 2012, 11:21 pm

    dear xarina,
    seeloknya pakai maskara saja sudah cukup rasanya… xpakai bulu mata bukan alasan hilang semangat. confidence datang dari dalam diri masing-masing. anda seorang guru, anda pasti lebih tahu… saya cadangkan awak pakai maskara yang xkalis air, pastu letak celak ikut kat alis mata… cantik saya rasa, bagi pandangan saya. Sebab time saya bertunang dulu pon xpakai bulu mata, tapi tetap puas hati.. 🙂

  • niealya March 5, 2012, 11:52 am

    assalamualaikum.. pemakaian bulu mata palsu bukan satu alasan yang baik untuk mengatakan ianya menjdikan kita lebih confident~ sekadar memakai maskara pom x pe.. benda tu akan memanjangkan bulu mata saudari..

    saya pelik mak andam cakap yang memakai bulu mata palsu semasa kahwin dibolehkan.. entah ajaran mana dibawa saya tidak pasti.. cukup sahaja kita mancalit sedikit maskara pada wajah diri kita~ yang mahu melihat keindahan kita adalah seorang lelaki bergelar suami bukanlah orang lain..

    sekian..

  • syaz March 11, 2012, 3:27 pm

    syukran

  • Y4nt1 March 11, 2012, 3:31 pm

    Oooh!.,
    😮

  • Nadiya March 11, 2012, 4:33 pm

    Yang natural itu tetap cantik!!

  • nola March 11, 2012, 8:18 pm

    salam,

    saye tau hukum pakai bulu mata palsu haram.
    adakah kalo saye memuji org yg kelihatan cantik kerana memakai bulu mata palsu jgk haram?adakah dikira sy menyokong pemakaiannya?

  • misszaa March 12, 2012, 7:16 am

    assalam,sy seorang mak andam.sy dah lama tau..sy agak serba salah stiap kali sy memakai kn pelanggan sy bulu mata palsu,begitu juga dgn cukur kening.sblm sy mula sy tanya dulu pelanggan samada nak buat /x nak..sy ada anak,dan gaji suami x ckp utk menampung perbelanjaan kami sekeluarga d samping keluarganya.duit hasil mengandam ni sdikit sbyk membantu.kebanyakan pelanggan skrg ingin mengikuti trend semasa,yg mana memakai bulu mata&bercukur kening..dgn persaingan yg byk,sy memenuhi permintaan pelanggan utk menarik lebih ramai pelanggan lg..utk pengetahuan wpun sy mak andam,tp sy sendiri tidak gemar berhias.hingga kan rakan2 menegur muka terlalu pucat,tanpa bercukur kening apatah lg memakai bulu mata..persoalan sy:bagaimana jika niat sy semata2 bekerja?..dan, betul kah pekerjaan mak andam ini haram? *minta komen yg ikhlas yea,terima kasih 🙂

    • hamba Allah April 20, 2012, 9:31 pm

      kata seorg wali Allah,Rabiatul Adawiyyah tatkala ayahnya bertanya:”wahai anakku, apakah keadaan haram itu kekal sekiranya pada waktu itu hanya yang haram mampu diperoleh?”
      jawab Rabiatul Adawiyyah:”Apakah ujian kecil yg boleh diatasi dgn kesabaran di dunia ini tidak berbaloi berbanding terlepasnya kita daripada azab di ahirat kelak?”
      (zahiruddin zabidi,Rabiatul Adawiyyah:perindu cinta abadi)

    • azlan April 21, 2012, 2:28 pm

      “perkerjaan sebagai mak andam tidaklah haram secara totalnya…sekiranya mak andam …mengandam pelanggan dengan berpandukan batas-batas syariat maka tiada masalah….yang menjadi haram bilamana sekiranya seorang mak andam melakukan perkara yang ditegah oleh syariat agama seperti menyambung rambut,rambut palsu,make up secara berlebihan hingga para lelaki terpesona dengan pengantin serta menaikkan nafsu…menjadi mak andam harus jika bertepatan dengan lunas2 agama….sekian.maaf jika tersalah.wallahu a’lam.

    • cikMerah May 25, 2016, 12:57 pm

      Sama jugak kak tanggung dosa diorg.Sbb kak tahu hukum tapi kak still biar kan kaum sendiri tanggung dosa haram tu

  • patin March 12, 2012, 3:28 pm

    Lega sbb saya di kurniakan bulu mata yang panjang..hihihi..bulu mata palsu pun kalah dgn saya..hikhik

    • aniey April 1, 2012, 10:29 pm

      wah ciuk nya … dapat bulu mata yg panjang ….xperlu susah kan diri nak guna bulu mata palsu kn2….

  • fadhil hanif March 15, 2012, 12:27 pm

    dalam hal ini memang haram kalau kita memakainy. maskara pulak tidak sah untuk membuat ibadah dan boleh mengambil perhatian kaum lelaki. ingat!!!! jangan memakainya

  • wan March 28, 2012, 5:58 pm

    Bagi Tau La Kepade Orang2 Yg Belom Tau ye…
    🙂

  • aniey April 1, 2012, 10:26 pm

    saya sokong itu……

  • mira April 19, 2012, 8:50 pm

    brtuahnya dgr ada pndgn mak andam mcmtu..tp sy xniat nk komen..biarlah yg lbh arif yg komen..
    cuma yg sy nk ckp,mak andam yg slu kita jmpe xmcm ni..mken dia yg nk mandai2 buat sume tu..nk nmpk pngntin yg disoleknya nmpk cntk..nti bykla customer terpikat kt khdmt dia..sy yg berusaha ckp kt dia nk solek simple2 pn ntah cmna jd dgr je plk ckp mak andam tu..lgpn dia mak andam org tua/org lama..so mls nk byk bunyi..nti dgn org tua kita plk yg mslh..

  • Nazatul Shima April 21, 2012, 2:43 pm

    Sy suka pkai maskara je selama ny. Xpna pn pkai bulu mata palsu. Lps tawu hukumnye haram, mkin x brminat utk cuba bulu mata palsu.

  • Lyza April 21, 2012, 3:07 pm

    Apa hukum nya kalau tanam gigi. Sekarang gigi palsu pun ada opsyen jugak selain gigi palsu yg biasa tu sekarang trend gigi palsu main tanam kat gusi

  • nana May 13, 2012, 10:52 pm

    alhamdulillah..terima kasih untuk maklumat ini

  • abdul rahman mustafa June 1, 2012, 10:38 pm

    maaf, saya kurang setuju. Hukum haram jatuh pada “perbuatan” bukan benda atau sesuatu. Daging babi tak haram, haram jatuh pada perbuatan memakannya. Jatuhnya hukum pada “perbuatan” adalh bergantung pada “niat”, atau ” sebab kita melakukan perbuatan. Oleh itu ” memakan ” (perbuatan) daging babi adalh diharuskan sekiranya tidak ada makanan lain yg mana kalau tidak makan kita akan mati kebuluran. Islam itu indah. Islam itu mudah, tapi jgn dipermudah-mudahkan. Memakai bulu mata palsu, kalau suami izinkan kerana dia suka kita memakainya adalah diharuskan. Memakai hijab penuh ( nampak mata sahaja) kalau suami tidak suka, maka perbuatan isteri memakainya jatuh haram, kerana hijab penuh tidak wajib (aurat adalah muka dan tapak tangan utk wanita).

    • sagacious November 21, 2013, 10:47 pm

      hukum membuat extension pd mn2 rambut yg ad di bdn kite,ap jns rmbut,adalah dilaknat…so,bile dilaknat jdi hukum haram..so,wlaupn suami kite suka kite pkai bulu mata palsu sekalipun,ianya tetap haram..satu lagi,ad byk lagi teknik solekan yg boleh membuatkn mata kita nmpk cntik drp duk pakai bulu mata palsu..sekian drp sya.mnx maaf,klu ad terasa.
      salam alaikum.

    • Hamba Yg Lemah March 25, 2016, 2:56 am

      Saya setuju dgn Abdul Rahman Mustafa.. Semua bergantung pada perbuatan dan niat. Hanya die dan Allah saje yg tahu ape tujuan die berbuat demikian. Allahuaklam..

  • eina zaqyah July 2, 2012, 3:17 pm

    assalammualaikum..

    terima kasih share info ni…sbelum ni ada jge hasrat nk pkai..sje2..tp sy terbaca kt akbar tmpatan (dah lupe nma akbar tu)..ada mnyatakan pemakaian bulu mta palsu adalah haram..kerana dia perbuat dr rambut mnusia yg kta x tahu mana asal usul nye..begitu jge rmbut palsu….

  • tie-tie July 6, 2012, 11:23 am

    salam..nk tye …mcm mna klu kita sj2 main mekup2..(ilangkan bosan kt umah) mekup dlm umah je ngn kwn..x kuar umah pon..pkai blu mata palsu..pastu siap mekup kami cabut balik…ape hukum nye?

    • sagacious November 21, 2013, 10:52 pm

      sama jugak..tetap x boleh..sb perkara meyambung rmbut ni,mmg perkara yg Allah laknat..actually,ad tips tw utk kasi bulu mata mcm pkai bulu mata palsu.. 😀

  • naz July 17, 2012, 9:20 am

    Apakah yang akan terjadi apabila bulu mata seseorang itu tiada atau tidak kelihatan pada seseorang secara neutral, ade termasuk dalam hukum ke?

  • teha zorroe August 11, 2012, 4:33 pm

    assalammualaikum, saya nak tanya maskara ada campuran babi ke? dan maskara yang macam mane elok digunakan…..wasalam….

  • atika August 12, 2012, 1:08 pm

    Assalamualaikum….

    Apakah hukum mencukur bulu kaki bagi kaum wanita?Adakah ianya haram?

    • cikMerah May 25, 2016, 1:07 pm

      Cukur mmg haram tapi cukur la kalau dh menyerupai lelaki.Dh cukur jgn pulak p pakai seluar pendek nk tunjuk kaki tu licin.Itu yg jadi haram sbb takut ad yg dengki ataupun tergoda.Perasan tak hukum2 Allah semua terbaik untuk jaga diri sendiri?Bertapa Allah syg dan jaga diri kita ni.Haram pakai bulu mata sbb nanti lelaki senang tergoda.Mmg la lawa tapi yg lawa tu la Allah xnk sbb Allah tahu hati ciptaan Dia ni mcm mne.Laki nafsu kuat.Bile tergoda kemungkinan akn ad rogol dan sebagainy.Allah nk kita prmpn lindung diri kita sbb Allah syg kn kita.Kalau xnampak lagi aku xthu la nk ckp ap.

  • bayu August 28, 2012, 8:05 pm

    pertama tentang bulu mata.. bulu mata itu Allah swt jadikan dengan tujuan memelihara mata dari habuk.. andai kata seseorang itu mengalami kecederaan sehingga gugur atau hilang semua bulu matanya dan menggunakan bulu mata palsu untuk memelihara matanya.. adakah itu haram? bulu mata bukaaurat seperti rambut.. rambut wajib ditutup didepan lelaki ajnabi.. andai kata bulu mata juga aurat bermakna bulu mata juga perlu ditutup juga la depan lelaki ajnabi.. masalah la kalau macam tu……

    • cikMerah May 25, 2016, 1:13 pm

      Kenape awk nk susah kan benda senang ni?Dh kalau xd bulu mata so pakai la yg palsu tapi nk pkai pun pakai la yg biase yg xnmpk ketara.Pakai yg normal.Bukan yg besar dan melentik macam kbnykn org tu.Tapi setahu aku,aku xjmpa lagi org yg mmg xd lansung bulu mata ni.Satu lagi.Sape pulak kata bulu mata aurat?First time aku dgr

  • Oxer August 29, 2012, 1:52 pm

    Konsepnya sama seperti menyambung rambut, walaupun utk ditatap oleh suami atau golongan wanita sahaja. Kalau menyambung rambut x boleh, apa bezanya dengan bulu mata palsu atau eyelash extension? Secara logik dan terang kita dapat melihat hubungkait kedua-dua perkara.

    Apa yang Allah s.w.t haramkan ada sebab musabab dan faedahnya, dan sebagai umat Islam tidak sentiasa perlukan bukti utk sesuatu hukum yang telah difirmankan. Setiap amalan perlu beserta ikhlas lillahi ta’ala.

    Mungkin ada ruhsah bagi golongan tertentu, tetapi berapa banyak sgt kah mereka yang datang dari golongan tersebut? fikir-fikirkan.

  • Lenggang Kangkung October 5, 2012, 10:05 am

    gigi palsu ?

    • cikMerah May 25, 2016, 1:15 pm

      Xharam kalau tujuan bukan untuk kecantikan.Dh xkn nk biar kan manusia xd gigi kan?Kesian ler.Islam ni mudah.Islam bukan ny nk seksa org.

  • aishah October 20, 2012, 1:26 pm

    patut pun sya x suka pkai bulu mata palsu..

  • dafit December 18, 2012, 8:41 am

    Bagaimana hukumnya untuk karyawan yang membuat bulu mata palsu?

  • zidan.zaien December 20, 2012, 12:32 am

    makasih atas semua infonya

  • ddunke January 29, 2013, 8:46 am

    my-shit-ah cakap boleh ritu lam paper….

    • cikMerah May 25, 2016, 1:17 pm

      Sape suruh your-shit-ah tgk paper? Tgk la al-Quran. Cuba bnyk2 bace al-Quran berbanding paper tu. Islam ni ikut paper ke ikut al-Quran?

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: