≡ Menu

Hukum Ibadah Aqiqah

Print Friendly

Soalan

Apakah hukum melakukan Ibadah Aqiqah dalam Islam ?

Jawapan

Hukum membuat ‘kenduri’ bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :

Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi)

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

 

Sumber: http://www.jais.gov.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 11 comments… add one }
  • Sharifah January 2, 2012, 8:25 pm

    Assalam mualaykom, Saya ada seorang adik prempuan yg besuami orang french yg sudah menganut ugama islam sebelum bernikah dgn nya. Adik saya akan pegi France tiap2 tahun pada hujung tahun dan tinggal di rumah ibu bapa suami nya yg bukan islam.
    Mereka ada 2 ekor anjing yg besar, adik saya dan suami nya memegang dan membelai anjing2 itu dan juga berjalan dgn memegang tali anjing itu kalu bersiar-siar. Bapa mentua nya pula akan memasak kan mereka makanan dan mereka akan makan juga. Pada dia tidak ada babi atau alkohol boleh, dan memegang anjing2 itu ,mereka bole sertu bila2 saja.
    Saya telah nasihati nya tapi dia ada saja jawapan nya. Tolong terang kan lebih jelas supaya saya dapat hantar kan jawapan anda pada dia, trima kasih.

    • lyn January 4, 2012, 3:06 pm

      alangkah bagus kalau ade yang menjawab persoalan Sharifah ni…. sy pun inginkan jawapan akan soalan tersebut di atas….

    • awim April 25, 2012, 2:17 pm

      As salam Sharifah….

      Saya rasa adalah lebih baik saudari mengajukan soalan saudari ke website JAKIM. Mereka selalunya dapat menjawab segala permasalahan kita dengan kadar segera.

  • Lai Liza Ag Damit February 26, 2012, 12:36 pm

    1. Apakah hukumnya bagi ibu tunggal yang ingin membuat ibadah aqiqah untuk anak lelaki yang telah baligh tetapi belum mampu untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri?

    2. Anak lelaki disembelihkan 2 ekor kambing.Bolehkah jika kambing ditukarkan kepada lembu dan jika boleh, berapa bahagiankah lembu untuk seorang anak lelaki?

  • nor zie March 18, 2012, 10:55 am

    Assalamualaikum,saya ada anak perempuan,tetapi tidak sah dan akan berkahwin dengan bapa kepada anak saya.tolong jelaskan lebih lanjut mengenai aqiqah anak tidak sah?bolehkan bapa anak tersebut melakukan aqiqah untuk anaknya?sehingga sekarang saya belum melakukan aqiqah kerana keliru dengan aqiqah anak sah dan anak tidak sah..

  • suzana April 21, 2012, 9:41 pm

    Saya ingin bertanya ada kah sah jika seorg yg mengaqiqah kan anak saya?

  • suzana April 21, 2012, 9:46 pm

    Saya ingin bertanya ada kah sah jika seorg datuk mengaqiqah kan cucu nya?
    Harus kah suami saya mengaqiqah dia sekali lagi jika dia berkemampuan?

  • Effe cayank April 21, 2012, 10:48 pm

    Baru2 ne sy dpt ank prempuan lalu suami
    Niat kn klu sy slamat mlahirkn akn potong
    Seekor lembu jd apakh wajib kt tunaikn
    Niar tsb,n ap hukumya klu kt tdk tunaikn
    Atau kt lambat tuk menunaikn nya.
    Mohon penjelasan nya…

  • ahmad May 8, 2012, 11:28 am

    Assalamualaikum…Aqiqah disunatkan hanyala sekali,tidak kiralah sape2 yang membuat yang penting diniatkan kepada si bayi tersebut sekiranya keluarga tersebut tidak mampu…mengenai niat unutk seokor lembu tu kenalah tengok niat atau nazar yang diucapkan suami,kadang2 niat ni cakap kosong aje,kalu nazar wajib ditunaikan…mengenai anjing tu plak,bg pandang yang kurang ni takde masalah untuk pegang anjing tapi kenala samak,cuma masalah babi dan alcohol haram yang nyata…mengenai bahagia lembu unutk aqiqah,kalu mazhab syafie 1/7 bermakna lembu ada 7 bahagian,satu bahagian bersamaan seekor kambing.

  • hartini amin August 29, 2012, 8:52 am

    kenduri akikah ngan kenduri kawen ble dijalankan sekali bersama??

  • zahari October 18, 2013, 5:25 pm

    hadis nabi mengaqiqah dirinya sendiri adalah hadis dhaif jiddan(sgt lemah menghampiri palsu) Al-imam annawawi mengatakan hadis ni bathil. al-baihaqqy menilai mungkar. ada masalah pada perawi bernama Abdullah bin Al-Muharror. tidak boleh dijadikan hujjah dlm hukum fiqh.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: