Hubungan Antara Ibu Suami Dengan Anak Lelaki Tiri Suami

by admin on September 21, 2012

Soalan:

Assalamualaikum ustaz yang saya kasihi..saya ada satu soalan yang memerlukan huraian jawapan dari ustaz..mudah-mudahan ustaz sudi memberi pencerahan tentang masalah ini. Saya bernikah dengan janda anak satu..anak janda tu lelaki..soalan saya ialah adakah anak isteri saya dgn suaminya dulu tu mahram dgn ibu saya?

Jawapan:

Tidak ada ikatan mahram antara ibu suami dengan anak lelaki isteri (yakni antara nenek tiri dan cucu tiri), sebagaimana juga tidak ada ikatan mahram antara anak lelaki suami dengan ibu isteri. Oleh itu, tidak harus antara mereka untuk bersalaman, berduaan dan mendedah aurat.

Hubungan mahram wujud dengan tiga faktor/sebab:

  1. Faktor nasab (keturunan)
  2. Faktor perkahwinan
  3. Faktor penyusuan

Orang-orang yang menjadi mahram dengan sebab/faktor perkahwinan terdiri dari empat golongan:

  1. Usul (asal-usul) suami, iaitu bapa suami, datuk suami dan ke atas; mereka adalah mahram kepada isteri.
  2. Furu’ (cabang, zuriat) suami, iaitu anak-anak beliau, cucu-cucunya serta cicitnya. Mereka adalah mahram kepada isteri.
  3. Usul (asal-usul) isteri, iaitu ibunya, neneknya serta ke atas. Mereka adalah mahram kepada suami.
    (*Tiga kelompok di atas menjadi mahram dengan semata-mata berlakunya akad nikah)
  4. Furu’ (cabang, zuriat) isteri, iaitu anak-anaknya, cucu-cucunya dan cicitnya. Mereka adalah mahram kepada suami. (*Kelompok ini tidak menjadi mahram dengan akad sahaja, tetapi dengan akad dan juga persetubuhan, yakni; anak perempuan isteri atau cucu perempuannya hanya menjadi mahram kepada suami apabila ibunya (yakni isteri) disetubuhi setelah berlakunya akad. Kesimpulannya, apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia telah mensetubuhinya, maka dengan berlakunya persetubuhan itu, haram ke atasnya mengahwini anak atau cucu wanita tersebut untuk selamanya sama ada anak sebelum perkahwinan dengannya atau anak selepas perkahwinan dengannya).

Hanya kelompok-kelompok itu sahaja yang menjadi mahram kerana faktor perkahwinan. Dari itu, jelas kepada kita bahawa tidak ada ikatan mahram antara usul dan furu’ suami dengan usul dan furu’ iateri. Oleh demikian, ibu kepada suami tidaklah menjadi mahram kepada anak lelaki isteri, begitu juga ibu isteri tidak menjadi mahram kepada anak lelaki suami.

Wallahu a’lam

Rujukan;

1. Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com), no. 112170.
2. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyah (http://www.islamweb.net), no. 23943.

 

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 5 comments… read them below or add one }

siti September 21, 2012 at 10:49 pm

salam..saya inginkan kpastian…mak mertua sy telah kematian suami kemudian dia telah berkahwin lagi.macamana batas aurat sy dengan bapa mertua baru sy itu.adakah dia mahram sy atau sebaliknya.mohon penjelasan.sekian..wslm

Reply

syera September 1, 2013 at 11:46 am

la ngan bapa mertua pon haram… dah tentulah bapa mertua yg baru tu pon haram…

Reply

imam kabir February 11, 2014 at 12:32 am

Syera dgn bapa mertua dia ,bapa suami nya tiada haram .yang haram dgn bapa mertua tiri nya yang baru di nikahi ibu mertua ya

Reply

Tok Aki September 24, 2012 at 10:36 am

Bagaimana pula ikatam mahram antara ibu tiri dengan menantu tiri?

Reply

suri December 3, 2012 at 9:00 pm

Assalam..saya juga ada kemusykilan…apakah batas bapak mertua saya dgn saya sedangkan suami saya hanyalah anak tiri pada nya?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: