Haram Rebonding

by admin on January 19, 2012

Assalammualaikum Ustaz.

Saya keliru dengan hukum yang menyatakan bahawa menggunakan teknik rebonding pada rambut adalah haram hukumnya. Saya telah melakukanya tetapi pada waktu tersebut saya tidak mengetahui tentang hukumnya. Adakah saya berdosa kerana telah melakukannya?

Dan betulkah hukum melakukannya adalah haram di sisi agama Islam?

- Nurul

Wa’alaikumsalam Warahmatullah.

Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum sebenar bagi teknik rebonding ini sama ada untuk meluruskan rambut atau mengkerintingkannya. Ini kerana tidak terdapat dalil yang khusus melarang atau mengharuskan perkara ini secara jelas. Dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak lebih bersifat umum sahaja. Disebabkan itulah berlaku perselisihan di kalangan ulama kepada dua pandangan iaitu mengharamkan dan mengharuskan.

Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa harus pada sesetengah keadaan bagi seseorang perempuan itu membuat teknik rebonding di atas sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi jika isteri membuat teknik ini semata-mata untuk memperagakan di hadapan suaminya sahaja. Begitulah kesimpulan daripada pandangan Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-Tolibin dan pendapat Imam Ramli di dalam kitabnya Nihayah al-Mujtahid.

Selain itu, perkara yang perlu diteliti juga berkaitan dengan teknik rebonding ini ialah:

1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?

Sekadar peringatan: Syukurilah nikmat Allah SWT yang sedia ada. Allah Taala tidak akan menzalimi hambaNya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya. (Riwayat Abu Daud)

Wallahualam.

 

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 30 comments… read them below or add one }

miera January 20, 2012 at 6:03 pm

salam ustaz,saya ingin tahu apa hukum dan dosa jika kita makan daging tidak halal….daging khinzir maksud saya…saya hnya mahu tahu apa hukumnya…adkah Allah masih mahu menerima kita?bagaimmn pulak jika org itu sudah bertaubat??harap sgt..setelah sekian lama saya menahan kebuntuan ini….

Reply

Sharifah intan January 30, 2012 at 5:47 pm

hukum nya sudah jelas haram. kalau dah insaf, perlulah bertaubat. Allah menerima taubat orang2 yang ikhlas ingin bertaubat dan pintu taubat masih terbuka selagi nyawa tidak berada di hujung kerongkong. wallahualam.

Reply

Munsyi April 17, 2012 at 12:21 pm

Allah S.W.T itu Al-Rahman Al- Rahim, Maha Pengasih, Maha Penyayang, bertaubatlah seikhlasnya Insyallah Allah S.W.T itu Maha Pengampun..

Reply

Wan April 26, 2012 at 2:15 pm

miera, hukum memakan daging khinzir tu hukumnya adalah haram…Allah masih mahu menerima kita asalkan kita bertaubat semahunya…

Reply

AzamAzid August 11, 2012 at 11:31 pm

Makan saki-baki riba lagi haram dan jijik

Reply

amee January 23, 2012 at 3:26 pm

Assalamu’alaikum…..info ini sangat jelas dan mudah difahami….tapi….saya nak kongsi sedikit mengenai rebornding…..tahun lepas….saya ada bertanya pada seorang ustaz…..dan saya menerangkan situasi saya kenapa buat rebording…..dan ustaz itu cakap,tidap mengapa….ia dikategorikan untuk kesihatan……untuk pengetahun yang membaca….saya membuat rebornding atas sebar rambut saya rosak…..saya sayang untuk memendekkannya….

Reply

aida February 7, 2012 at 5:36 pm

rosak, maksud awak rambut kerinting ker? sbb setahu sy buat rebonding akan merosakkan rmbut, bukan memulihkan rambut..mngkin maksud awak memulihkan rmbut kerinting?

Reply

ain mustika hana January 30, 2012 at 8:52 am

salam..sy telah melakukan rebonding atas sbb mudah utk diuruskan brbanding rmbut asal yg agak kusut dan rosak..sy melakuknny setelah mndengar bbrapa pndpat dari ustazah dlm ceramah di tv yg mngatakan hukumnya harus…dan bkn btjuan utk menunjuk2 kpd yg bkn muhrim…

Reply

alin awang February 22, 2012 at 2:39 pm

saya pun melakukan rebonding sebab rambut saya nampak tidak kemas dan terurus…bukan untuk menunjuk-nunjuk, walaupun saya bertudung tetapi rambut saya lebih mudah di urus.

Reply

faris March 4, 2012 at 10:35 am

assalamualaikum…rambut saye dulu lurus…ntah mcam mne tibe2 rambut saye jadi kerinting sdikit…klau saye wat rebonding untuk jadi lurus balik ia menjadi haram atau x

Reply

whenmenask March 8, 2012 at 5:43 pm

salam..macam mana kalau lelaki buat rebonding jika niatnya untuk kemas dan mudah di urus? adakah dihukum harus juga?

Reply

mohamad March 8, 2012 at 6:47 pm

salam, saya ingin menjawab soalan yang diaju, akan tetapi jika ada pihak yang lebih mengetahui diharap meneger saya jika ada tersilap kata. seperti yang mana kita tahu yang Allah meyuruh kita memakan makanan yang halal, dan mengharamkan makanan seperti bangkai, darah, daging babi, dan sembelihan bukan atas nama Allah, ia ada didalam surah al-baqorah ayat : 173. hukum memakan daging babi itu adalah dosa (HARAM) akan tetapi jika darurat ia diharuskan mengikut 4 mazhab, apa yang diharuskan mengikut mazhab syafie ialah jika kamu terkandas atau pon berlaku bencana dan tidak ada pon sesuatu mknan sama ada haiwan atau tumbuhan dan hanya ada babi maka kamu boleh mkn akan tetapi hanya mengikut kadar sedikt sahaja, sekadar mengalas perut. kenapa boleh tau diharuskan kerana jikalau tidak makan kamu mati dan kematian itu adalah dianggap bunuh diri bukannya mati yang asal yang ditakdirkan. Allah menerima semua umatnya yang bertaubat, sekiranya sudah bertaubat i.Allah allah akan menerimanya keran Allah segala-galanya yang mencipta langit dan bumi.. Allah maha pengampun dan pengasihi sekelian alam.
saya harap dengan sedikit penerangan ini dapat menyelesaikan kebuntuan saudari.. jazakumullah khoiron kasiro..

Reply

hasnee April 1, 2012 at 12:52 am

salam ustaz, sy nak bertanya mengenai teknik rebonding tu? haram ke atau tidak sekiranya suami yang request tuk luruskan rambut. dgn alasan tuk menjaga penampilan diri. utk pengetahuan ustaz, sy bertudung sekiranya keluar dr rumah. mohon penjelasan dr ustaz. terima kasih

Reply

Hamba Allah August 26, 2012 at 4:06 pm

tak haram pun, harus hukumnya, lagipun untuk suami dan bukan untuk org lain~ wallahu’alam…

Reply

lynnyana April 17, 2012 at 11:29 am

baca..la…kat..ats..nu…soalan..sume..same..je..maksud..die…adeh..dh..terang2..tulis..kat..ats..2..

Reply

aim April 17, 2012 at 1:28 pm

Assalamu’alaikum..

kalau perempuan kita tahu boleh rebonding tetapi untuk suami, bagaimana pula kalau lelaki yang rebondingkan rambutnya? tujuan :

1. untuk menampakkan dia kacak (senang kata.. nak memikat perempuan le)

2. saja suka-suka.

3. sebab tak tahan bila rambut kerinting jadi kusut masai dan orang tengok tidak kemas.

sekain terima kasih

Reply

qaseh May 18, 2012 at 9:17 am

apakah hukumnya solat pada akhir waktu solat? contoh: solat zuhur pukul 4.oo pm..

Reply

wawan May 20, 2012 at 8:26 pm

rebonding tak salah kot kalau atas niat…tapi orang zaman sekarang ni kebanyakannya niat untuk cantik dan diperagakan di hadapan orang
…jadi baik perbetulkan niat dulu sebelum melakukan rebonding…

Reply

Zulfadli May 20, 2012 at 9:14 pm

Aslkm. Janganlah kita letak hukum Haram walhal mengikut Ustaz Kazim Elias dan tulisan post ni kan dah diletakkan hukumnya HARUS kalau rebonding untuk si suami seorang tengok dan bukannya di pertontonkan kepada orang awam. Yang haram tu bila dia rebonding bagi semua jantan tengok. Itu baru haram coz yang tak pakai tudung pun berdosa an.

Reply

muslimah June 14, 2012 at 1:40 pm

ya betul.
muslimah recently posted..Hukum Memakai “Braces”My Profile

Reply

hamba Allah June 5, 2012 at 2:04 am

salam ustat..apakah hukum nya seorg menantu (isteri)melawan kepada mertua nya??wajar kah dia di ceraikan sekira nya die biadap kepada mak saya..

Reply

Hamba Allah August 26, 2012 at 4:20 pm

cerai merupakan satu perbuatan yg dibenci Allah, walaupun ianya suatu yang dbolehkn dalam Islam. bagi pndpat sya saudara prlulah menasihati Isteri saudara dan berdoa bnyak2 supaya si isteri berubah kepada yg lebih baik. cuba bwa brbincang kpda si Isteri knpa dia sanggup biadap trhdap mertua sndri. dan saudara juga boleh mmberi peringatan kpda c Isteri mngikut cara Islam, sbgai cntoh mngasingkn tmpat tidur, pukul dngan pukulan yg ringan dngan mnggunakn brg yg tidak keras seprti lidi, untuk mlihatkn bhwa saudara tidak brstuju dngn prbuatn c Isteri. ada bnyak lgi cra2 yg telah digariskn dalm Islam untuk mendidik c Isteri kpda yg lebih baik.

wallahu’alam~

hnya sekadar pndapat seorang insan yg lemah

Reply

Rina August 27, 2012 at 11:50 am

Cerai adalah jalan terakhir. Islam bagi banyak cara, berbincang berdua, minta tolong orang tua untuk bercakap dengannya. Kalau tak makan saman jugak, pisahkan tempat tido, ketuk2 manja tubuh isteri.

Mesti ada sebab kenapa dia kurang ajar, cuba tanyakan. Kadang2 spesis mak2 mertua nih boleh tahan juga kelaseran mulutnya. Kalau dah asyik kena perli, anak singa pun boleh mengamuk.

Lelaki diberi 9 akal, walhal wanita cuma diberikan 1 akal aje. Gunakanlah akal itu untuk mencari punca dan selesaikan.

Unless la mu mmg gatal nak kawen lain dan saja carik alasan nak ceraikan bini mu itu….

Reply

CattyFrance June 23, 2012 at 11:10 pm

sye pernah buat rebonding tahun lepas….. rambut semula jadi mmg kerinting…
so rase teringin nk ade rambut lurus….tak sampai seminggu rambut dah jd kering dan mgembang bila kne air..MAKLUM LA sbb nk mndi wajib mesti kne basahkan seluruh anggota bdn kalo x mcm mne ibadat nak sah….. Lbih2 lg sy bertudung…baru ikat rambut dan msukan dlm skaf..bila bukak tudung…berlekuk yg amat….dah la mcm 2…pastu lpas mndi kalo nk sikat rambut ade la segenggam rambut yg gugur setiap hari dan kulit kepala rasa gatal disebabkan kekeringan…. SO sya mgambil iktibar ini…..bersyukurlah dgn Allah kurniakan kpd kita….ciptaan Allah tidak ada yg kurangnya….ALLAHUAKBAR!!!

Reply

fadil June 25, 2012 at 2:50 pm

kalau nak tanya macam mana caranya?

Reply

Nasir August 26, 2012 at 3:20 pm

Salam…

Saya juga ingin bertanya tentang hukum rebonding-kan rambut bagi pihak lelaki. Setahu saya, ianya tidak jatuh ke dalam hukum HARAM disebabkan ianya tidak kekal pada asalnya(tidak mengubah fitrah asal manusia). Teknik rebonding tidak akan menjadikan rambut seseorang itu lurus selamanya sekiranya rambut asalnya kerinting. Saya meluruskan(rebonding) rambut disebabkan ianya mudah diuruskan disamping penampilan diri yang lagi bagus. Adakah ianya salah?

P/S: Rasa kurang berkeyakinan bila rambut berserabut yang menampakkan penampilan kurang kemas. =(

Reply

J September 4, 2012 at 2:32 pm

Salam,
Saya mahukan kepastian pasal rebonding ni, saya pernah bertanye dengan tuan punyer salon rambut berkenaan proses robonding…katanyer proses rebonding tu adalah proses dimane rambut tu di salut dengan plastik supaye nampak lurus dan kemas (correct me if im wrong) Jika di salut bagi wanita, apabila mandi wajib mesti air tu x kene sepenuhnya pada rambut….untuk info saye juga nak buat rebonding memandangkan rambut saye ni kerinting ..sukar nak diurus…dek kerana penerangan tuan punyer salon tuh terbantutlah hasrat nak luruskan rambut tadi….

Reply

Joy September 29, 2012 at 8:24 pm

Nk tnya ape hukum laki2 lau buat rebonding rambut ngn niat nk nmpk penampilan diri lebih segak?m0h0n tunjuk ajar ny ustas

Reply

Gea November 5, 2012 at 3:54 pm

Asslmulaikum wr.wb…
Sya bru sja mempunyai keingInan untUk meluruskn rambuT sya, tp sya ragu sbnarnya hal itU B0leh atw tdak dlm islam,, sbnarnya rambuT Sya sudah lurus hanya saja kurang rapi, jd sya brmaksud hanya untuk merapikn,a sja, bukan untuk gya2an…

Reply

saya hamba Allah February 16, 2013 at 1:41 pm

assalamualaikum , saya telah memotong bulu kening saya tanpa mengetahui hukumnya. kini , saya tahu ianya adalah haram kerana telah mengubah anugerah Allah kepada saya. adakah saya berdosa ?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: