≡ Menu

Fitnah Lelaki Terhadap Wanita

Print Friendly

Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.

Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!

Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.

Apa tujuan semua itu?

Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.

Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambar tu.

Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu.

Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu.

Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.

Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.

Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual).

Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.

Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain.

Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

 

Sumber: Facebook Ustaz Nasir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 16 comments… add one }
  • Ahmadnawar March 14, 2012, 11:08 am

    Salaam, aku insaf setelah membaca artikel ini. Perkara yang tersangat di terlepas pandang.. Memang banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah ‘dikaitkan’ dengan wanita padahal hal yang sama boleh juga ‘dikaitkan’ pada kaum lelaki.. =(

  • Hayati March 14, 2012, 4:33 pm

    mohon share yer…ilmu yg amat berguna

  • tawar March 15, 2012, 10:30 am

    ..pelajar Melayu rata rata lemah dalam matematik, tiada upaya menyelesaikan soalan yg diberikan walaupun telah mempelajari asas ilmu berkenaan ; ramai yg hanya menunggu jawapan yg diberikan oleh guru sebelum mampu menyelesaikan sendiri ;

    dalam kehidupan pun begitu, menuggu orang lain memberi jawapan tanpa mampu berfikir sendiri samada sesutu tindakan yg diambil itu tepat atau tidak ; maka kita lihat umpamanya dalam facebook, ada yang menulis sesuatu hanya untuk mendapat bilangan “like” yg banyak, tanpa memikirkan samada perbuatan tersebut sesuai atau pun tidak

  • ija March 27, 2012, 2:48 pm

    Alhamdulillah..
    sukaaa 🙂

  • along March 27, 2012, 3:49 pm

    camne plak gmbar bdak kcik ek…cm saya slalu add gmbo baby adik saya yg berumur 2 thn sbb sgt suka dgn kaletah dia dan ingin menyimpan memori tersebut dan dikongsi ngan kwn2….slalu dpt komen cm “cutenya…hensem boy…pakwe kcik ni macholh…dan lain2….adakah mndatangkn fitnah gk wlopn saya rasa dia adalh anugerah tuhan yg sgt indah dlm idup sy…

  • umar March 27, 2012, 10:53 pm

    assalamualaikum,,nea ade cdangan untuk tambah baikan,,bleh tak saudra/saudari yang menulis artikel ini menambah kan sedikit dalil dari alquran dan hadith supaya orang bukan islam dapat yakin bahawa ada bukti tentang hal ini,, tidak lah timbul isu hanya berkata2 tanpa bukti ,,,sekian ,,wallahua’lam

  • ummu April 5, 2012, 9:56 am

    salam…betol apa yg dikatakan kerana iaa terjadi kepada suma perempuan.

  • agung April 18, 2012, 8:09 am

    syukron buat ilmunya..

  • qanaahboy April 18, 2012, 8:25 am

    ada pro & kontra brgantung kpd nawaitu seseorg…pandangan yg bernas…

  • yuz May 12, 2012, 9:16 pm

    izin share

  • kamariah deraman May 12, 2012, 9:38 pm

    😀

  • alternatif EM July 27, 2012, 4:54 pm

    Tulisan yg menarik, namun boleh diluaskan lagi skop nya..

  • mr IQ September 1, 2012, 1:32 am

    hahaha, mcm lawak plak baca post ni..

    okay, ini cuma pendapat sy. tidak terikat pada kata2 ulamak atau ustaz2.
    Fitnah yg timbul dari perempuan adalah kerana tidak menutup aurat dan menaikkan syahwat.. lelaki dan perempuan Allah jadikan, sangat lah berbeza..

    lelaki bab nafsu, adalah paling tinggi. manakala perempuan pula lain.. kehenseman sesorg itu tidak mampu membuatkan seorang perempuan merogol lelaki. (sebab dia mmg lemah). Jadi bagaimana plak lelaki yg warak upload gambar, boleh menjadi fitnah kpd wanita. sedangkan kalau hanya tertarik pada kehenseman itu, tidak menjadi fitnah, bahkan fitrah. Lelaki mmg boleh menunjukkan mukanya. takkan lelaki nak kena pakai purdah utk upload gambar?

    bila ada perempuan yg komen, ‘masyaAllah, indahnya ciptaan Allah ini..” itu bukannya masalah lelaki itu. Itu perempuan yg bermasalah tu.. like aja cukuplah.. haha

    kesimpulannya, penulis perlu mengkaji erti perkataan ‘fitnah’ itu sendiri. jika tidak memahami erti, maka artikel boleh tersasar dari kebenaran..
    Wallahua’lam.. ~sekadar pandangan seposen, jgn ada yg kecik hati tau~

  • miss IQ February 2, 2013, 12:32 pm

    to mr iQ, HAHAHA AWAK TERASA KE DENGAN ARTIKEL PENULIS NI?
    saya setuju dengan pandangan penulis, betullah boleh menimbulkan fitnah.
    Sebab: perempuan pun ada nafsu, kot perempuan tu dok berangan je nak laki cmtu.. awak rasa tak berdosa ke? Perempuan yg tak kuat iman tu, boleh jd trangsang syawat mereka dengan hanya memandang lelaki yg indah. tak semestinya perempuan tu nk merogol lelaki. Awak belum memahami sifat perempuan, banyak2 lah belajar ilmu agama ye.
    Penulis tak suruh lelaki berpurdah, awak yg salah faham maksud yang nak disampaikan.
    Janganlah over upload gambar kewarakan sendiri, tak menimbulkan riak ke? warak untuk ALLAH je yg tahu, tak perlulah setiap kali upload mesti bajet gambar megapixel besar2, tayang dia sot=rang je yg baik. Cukuplah Allah je yg nampak, baru ikhlas.

  • Orang Biasa February 2, 2013, 4:12 pm

    lorhhh..yg perempuan tu punnnnn…tak payah la gelenyo sgt nak like nak komen hensem ke,cute ke,
    muslimah kah semacam itu?

  • sssss January 2, 2014, 8:03 pm

    inna a’malu bin niat

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: