Fadhilat Solat Di awal Waktu

by admin on October 30, 2011

Hadith 1
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah”

(Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

Hadith 2

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”

(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Shahih)

Hadith 3

Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”

(Hadith Shahih riwayat Al-Bukhari)

Hadith 4

Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”

Hadith 5

Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”

(Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

Hadith 6

Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya”

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazhab empat :-

Mazhab Hanafi: Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, kerana bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hambali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Sumber: http://murabbiy.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 10 comments… read them below or add one }

TokIbu Nia November 1, 2011 at 2:41 pm

Memang benar, ketika solat di Mekah tidak pernah satu waktu pun dilengahkan oleh Imamnya. Akan tetapi ketika solat di Madinah waktu subuh ada ketika telah hampir setengah jam berlalu baru mulai Imam memulakan solat.

Reply

Syifa November 13, 2011 at 11:51 am

Salam..macammana tu..ada yang perlu dilambatkan waktu solatnya? bukan afdal semua solat di awal waktu? mohon pencerahan..terima kasih

Reply

Rafi' March 30, 2012 at 3:37 pm

Salam bro, utk tak memeningkan kepala, stick to solat pada awal waktu buat semua solat fardhu dan jgn lupa solat koblia, dgn melakukan solat koblia dan dgn cara tak langsung kamu akan solat pada awal waktu dan melambatkannya jugak. contoh, solat sunnat suboh baca surah panjang dan baca wirit suboh, solat koblia zohor 4 rakaat dan solat sunnat asr 4 rakkat 2 salam dll………….

Reply

rumi hatsari December 19, 2011 at 10:59 am

kelihatannya, yang saya terima selama ini semua sholat wajib sebaikknya di awal waktu

Reply

komo March 20, 2012 at 3:52 pm

Hadith 5

Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”

Untuk hadis ini saya masih bingung. Saya pernah mendengar hadis “Shalat dalam keadaan lapar, sakit perut ataupun lainnya tidak di anjurkan. Karena itu dahulukanlah dulu makan. Tapi keadaan itu jangan di buat – buat.”

Reply

komo March 20, 2012 at 3:52 pm

Tolong jawab via email ya. Saya tunggu.

Reply

aledo March 28, 2012 at 12:45 pm

menurut albani kan hadis kelima itu dhoif,…kenapa bingung

Reply

hensem March 28, 2012 at 12:23 pm

hadis keempat itu diriwayatkan oleh siapa? apakah taraf hadis tersebut?

Reply

cahaya March 28, 2012 at 1:06 pm

komo: mgkn mksudnya kerana mknn itu ialah trlalu kekenyangan hgga malas solat. Sbb itu nabi sarankan berhenti mkn sblm kenyang.

Hensem: saya rasa fadilatnye di sini ialah, jika solat isya’ lmbt, dpt disertai dgn solat2 sunat yg lain. Itulah ibadah di sepertiga mlm. Wallahua’lam. Ini cuma pndgn sy.

Reply

mazhisham muhammad September 16, 2012 at 7:12 pm

Salam…sy nk tanya pasal sholat jama’ qasar.adakah masih boleh dilakukan sekiranya sudah sampai ke tempat asal kita (sudah kembali ke rumah)…tima kasih.
Tolong perjelaskan…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: