≡ Menu

Dosa ‘PIJAK’ Al-Quran

Print Friendly
Ihsan http://www.shnews.co/

Ihsan http://www.shnews.co/

DOSA ‘PIJAK’ AL-QURAN
By: Muhammad Azhari

PENDAHULUAN

Al-quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. Al-Quran diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw.

Firman Allah swt:

Alif, Laam, Miim. (1) Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (2) Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik,(3) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. (4) Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5) Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.(6) Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.(7) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,(8) – (Surah Luqman: 1-8)

Di dalam ayat tersebut Allah menjelaskan kepada kita tentang tujuan al-quran itu diturunkan.Sesungguhnya al-quran itu diturunkan sebagai panduan dan rahmat buat seluruh alam.

Sebagai umat Islam kita perlu beriman dengan al-Quran kerana tanpa al-quran kita ibarat manusia yang mati.

Pada ayat terakhir Allah menyebut tentang orang-orang yang memperlekehkan agama Islam, dan akibatnya sesudah mati. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

Persoalannya ialah siapakah golongan yang selalu ‘memijak’ al-quran? Kenapa mereka ‘memijak’ al-quran?Dan sebagainya.

 

GOLONGAN ‘MEMIJAK” AL-QURAN

Pada masa kini, kita boleh lihat ramai manusia yang suka ‘memijak’ al-quran. Apa sindiran yang ingin disampaikan? Yang dimaksudkan sebagai ‘memijak’ al-quran itu ialah orang yang mengaku Islam akan tetapi memilih untuk hidup bertentangan dengan ajaran Islam sedangkan al-quran telah menyediakan panduan hidup bersyariat yang bersesuaian dengan kondisi seorang hamba dan khalifah.

Sebagai contoh apabila seseorang itu hanya melaksanakan sebahagian sahaja hukum Islam dan menolak sebahagian yang lain.

Selain itu, orang Islam yang suka ‘memijak’ al-quran ini kehidupannya kita boleh lihat penuh dengan pancaroba dan dukacita.

Orang yang menolak ayat-ayat Allah, Allah akan menanam kebencian pada hati orang sekelilingnya terhadap pada dirinya.

Contoh orang yang memakai jubah tetapi pergi ke kelab malam untuk bermaksiat.Ia menggambarkan seorang muslim yang mempersendakan agama.

 

SANGGUP ‘PIJAK’ AL-QURAN KERANA KEPENTINGAN PERIBADI

Janganlah kita menjadi orang Islam yang suka ‘memijak’ al-quran. Kebanyakan mereka yang menentang ayat-ayat Allah adalah kerana kepentingan diri. Oleh kerana terdapat ayat-ayat Allah yang bertentangan dengan prinsip hidup baratnya, maka dia memilih untuk ‘memijak’ al-quran tersebut.

Hak Allah sebagai Tuhan yang Menciptakan perlulah dijaga. Tidaklah Allah turunkan al-Quran itu melainkan sebagai panduan buat jalan hamba-hambaNya yang bertaqwa.

 

‘JUNJUNG’ AL-QURAN

Marilah kita menjadi golongan yang sentiasa menjunjung al-quran dan sentiasa membawa roh al-quran dimana sahaja.

Yang dikatakan sebagai roh al-quran itu ialah apabila kita mempraktikkan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.

Kita juga sebagai orang beriman sudah semestinya akan terkilan jika al-quran itu tidak diletakkan ditempat yang tinggi. Kemuliaan al-quran kita sanjung hinggakan kita mengajar anak-anak kita untuk menghormati al-quran untuk menempatkan al-quran tersebut ditempat yang tinggi serta bersih.

‘Junjung’ al-quran bukan sekadar menjunjungnya secara lahiriah tetapi secara batiniah. Kita terapkan prinsip-prinsip Islam yang terkandung di dalam al-quran untuk diaplikasikan didalam rumah kita dan tempat kerja kita.

 

PINTU TAUBAT LUAS

Ketahuilah, sesungguhnya hati kita ini teringin sekali bertaubat pada Allah. Kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana nak bermula.

Maka mulakanlah dengan perbanyakkan istighfar. Sampai bila nak beristighfar? Sampai kaki kita melangkah masuk ke syurga.

Kerana hidup kita hanya sekali sahaja. Penuhilah hidup kita ini dengan istighfar. Jangan malu jangan segan, itu semua cubaan.

Marilah kita sama-sama meletakkan al-quran dihati kita dengan sentiasa banyak membacanya.

Fahamilah segala mkasud yang ingin disampaikan. Sesungguhnya di dalam ayat-ayat Allah itu terdapat pengjaran-pengajaran yang berguna buat orang-orang yang beriman.

 

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil ialah:

1.      Jangan menjadi golongan yang menolak ayat-ayat Allah kerana azab neraka sangat pedih.

2.      Tinggalkanlah budaya barat atau konvensional kerana mudharatnya lebih besar dari maslahah.

3.      Lengkapilah kehidupan kita dengan prinsip-prinsip Islam dan terapkan aspek syariah dalam sistem kehidupan kita termasuklah dalam kerjaya kita.

 

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: