Di Mana Syurgamu Wahai Suami?

by admin on December 8, 2011

Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:

“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.

Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)

Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”

Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.

Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.

Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?

Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?

Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:

“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)

Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.

Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:

“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.

Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

Sumber: http://www.ataphijau.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 36 comments… read them below or add one }

seroja December 8, 2011 at 12:36 pm

semoga sntias ddlm redha Illahi

Reply

selamat December 8, 2011 at 12:53 pm

trimakasih di sampaikan..

Reply

mia caca December 8, 2011 at 1:57 pm

Jika isteri mentaati segala perintah & larangan suami dengan sempurna bahkan si isteri tet, tetapi sebaliknya suami tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya terhadap perintah Allah swt, di mana letaknya keredhaan si suami kepada si isteri tersebut..

Reply

Aku Ssyang Isteriku April 21, 2012 at 1:19 pm

sebagai seorang isteri jaga lah taggungjawab sebagai seorang isteri mengikut syari’atNya, dan jika suami tidak menunaikan perintah Allah SWT maka tggjawab isteri untuk menegur dgn cara yang sesuai…

Reply

cikkiahmenulis August 17, 2012 at 6:48 am

tambahan, kalau permintaan suami itu tidak lari dari kehendak syara’, sebolehnya ditunaikan lah di samping menegur suami dengan cara terbaik.

tanggungjawab ketaatan suami tunaikan lah sebolehnya. pada akhirnya hal amalan suami adalah di antara dia dengan Allah, tugas anda ialah taat selama tidak lari dari kehendak syarak. wallahualam.

Reply

Emmi December 8, 2011 at 3:36 pm

Aslm, Aslm….
My ibrah yg sy hormati,
seperti yg sudah dikatakan mia caca,jika isteri mentaati segala perintah & larangan suami dengan sempurna bahkan si isteri tet, tetapi sebaliknya suami tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya terhadap perintah Allah swt, di mana letaknya keredhaan si suami kepada si isteri tersebut..
dan apakah sang suami ttp pantas mendapat hak yang selayaknya sbg seorang suami, semantara..mli awl menikah sang istrilah yg menjadi tulang punggung keluarga. tanpa dihargai dan dihormati oleh sang suami? skian trima kasih.
Wslm…

Reply

adib August 22, 2012 at 4:25 pm

Asssalammuaalaikum Emmi,
Marah sungguh terhadap sisuami, jika suami tidak menurut perintah allah. perlukah sesorang isteri membedakan amalannya dengan sisuami. memang keduadukan suami sebagai ketua keluarga menjadi contoh kepada isteri dan anak2. Setiap lelaki yang bernama suami ada kelemahannya masing2, tetapi tanggungjawab tetap di tunaikan. Jika si isteri sudah taat pada suami dan menurut perintah Allah, hendaklah si isteri menegur si suami dengan cara yang berhemah. kerana si suami akan mendegar kata-kata si isteri banyak sedikit akan terima juga walau egonya tinggi. Si isteri harus memberi didikan pada anak-anak tampa putus asa dan beri contoh yang baik. Si suami akan nampak dan tersentuh juga hatinya bila si isteri dengan lembut menegur si suami. Jadi Si isteri yang banyak kena bersabar dengan sikap si suami. Kerana si suami ada bermacam ragam, ada yang panas baran marah tak tentu pasal, ada yang penyabar, ada yang pendiam tampa berkata apa jika marah. ada yang suka bermanja-manja. Yang diam waktu marah adalah yang paling bahaya, kerana jenis ini yang akan membuat keputasan tragis keran kemarahannya di pendam sehingga satu dia tak mampu nak memendam lagi dan telepas lah segala-galanya yang boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga. Jadi para isteri kena banyak bersabar dan memahami masalah yang si suami hadapi, jangan di beri tekanan, berikan sokongan dan bermanja-manjalh dengan si suami nescaya si suami akan rasa dihargai.
Insyaallah

Reply

Buzzlair Voufincci December 10, 2011 at 2:09 pm

Benar Emmi. Isteri wajib patuh kepada suami; tidak memberi ‘lesen’ pada suami untuk berbuat sesuatu yang tidak sesuai pada isteri. Ramai golongan lelaki menggunakan konsep ini bagi memberikan mereka kuasa mutlak yang meletakkan toleransi pangkat kedua. Kepentingan sendiri juga yang menjadi raja akhirnya bila undang undang asas psikologi kemanusiaan dibutakan.

Reply

AB December 14, 2011 at 11:23 am

Pesanan untuk diri sendiri dan kpd Semua Suami…

Reply

CACA December 14, 2011 at 12:58 pm

bagaimana klo suami tdk suka dgn keluarga istri?
dan yg mana hrus didahulukan kewajiban segabai istri ato kewajiban sebagai anak kepada ibunya,,, jujur keadaan ini membuatku dilematik suami dan keluarga tdk bsa mbersatu dikarenakan sifat dan sikap suami yg semena2, masa bodoh dan pelit terhadap kebutuhan keluarga…
tlong masukannya…

Reply

@_lonelysoldierbo December 21, 2011 at 5:46 pm

molek ada pic UAI *(^_^)*

Reply

Landon Dunarause December 22, 2011 at 4:25 am

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi orang orang yang mengetahui.

Reply

mama yang December 22, 2011 at 6:59 pm

sedih.. bilakah suamiku akan menyedari bahawa saya ini anugerah buatnya.. bukan hak milik.. dalam keadaan riang hendak menyambutt ulang tahun kesepuluh perkahwinan kami, berita sedih dan amat mengejutkan buatku.. mendapat sms dari seorang wanita mengatakan bahawa dia isteri kepada suamiku dan sudah mempunyai anak seramai 2 orang. Bagai halilintar membelah tubuhku.. segala kepercayaan ku pada suami hancur berkecai.. Tiada pertengkaran, tiada perbalahan, tiada perubahan apa2 yang ku sedari mengapa ini yang terjadi. 2 tahun dia berselindung kurasakan seperti terlalu bodoh diperlakukan. Air mata darah sekalupun tidak akan mengembalikan apa pada ku..
Pegorbananku selama sepuluh tahun membanting tulang men]mbantu mencari rezeki , mencari sesuap nasi untuknya dan anak2 tersa sia-sia..
Yang menjadi tanda tanya kenapa ianya terjadi.. yang pasti setelah ku selidiki sebahagianya suami ku terkena sihir..

Reply

Mechanic January 18, 2012 at 5:35 am

Salam… Percayalah, sesungguhnya sihir itu adalah alasan dari sang suami… awak tau macammana akibat terkena sihir??? Ianya tidak akan hilang selagi tidak diubati… awak kena kaji balik… adakah suami berkahwin dgn awak dahulu akibat awak telah sihirkan dia??? jawapannya mudah sahaja, kerana cinta dan sayang… tapi lama2 jika perasaan itu tidak terus dipupuk, maka ia akan hilang… Saya bkn hendak menyebelahi mana2 pihak, tapi kita hendaklah selalu menkaji antara ALASAN dan KENYATAAN… Semoga anda tabah menghadapi dugaan hidup… salam…

Reply

zahra February 12, 2012 at 1:15 pm

Tiada pertengkaran, tiada perbalahan, tiada perubahan apa2 yang ku sedari = redha la ats apa yg brlaku. andai suami puan adil dlm mmbahagi kasih sayang. buangkan rasa dengki, bahagialah dlm memberi. syurga buatmu andai kau membahagiakannya…
:’)
(masih tetap tersenyum dlm tangisan)

Reply

ana August 4, 2012 at 3:12 pm

Salam..reda dgn ikhlas pasti SYURGA ganjarannya..wallahualam

Reply

mama yang December 22, 2011 at 7:16 pm

Sihir dari perempuan indonesia.. tapi hukum Allah tetap sampai.. orang yang pandai ada bodohnya.. Perempuan itu menghubungi aku kerana suamiku sudah lama tidak balik ke rumahnya. Sihir pada makanan yang diberikan kepada suamiku semakin tidak berkesan akhirnya.. dan suamiku semakin lama semakin sedar perbuatan salahnya.. Ya dia mengaku mengahwini perempuan itu dan mempunyai 2 anak.. tetapi dia hanya mengaku mempunyai seorang dan yang seorang lagi dia tahu isterinya itu berlaku curang dibelakangnya… Bila ku tanya mengapa dia mengahwini perempuan itu dia hanya menjawap tidak tahu.. Yang dia tahu bila perempuan itu mengajanya berkahwin dia hanya menuruti seperti tidak boleh berfikir.

Tetapi yang menjadi persoalannya jika dia bercerai kemana anak2 itu harus diletakkan.. mereka bernikah tanpa bukti surat menyurat, jurunikah pun Indonesian.. anak2 tidak punya pengenalan diri.. apa yang harus dilakukan skg.. untuk ku membuat laporan dipejabat agama dilarang suamiku.. aku jadi buntu.. Perempuan itu sentiasa memujuk suami ku pulang kepadanya dengan alasan anak.. dia sentiasa menghantar sms kepada ku .. tapi tidak ku balas.. kekadang kuat semangat ku pun semakin hilang.. sayang ke pada suami tah pernah luak.. cuma kepercayaan ku semakin hilang.. aku masih disini kerana anak-anak ku yang masih tidak mengerti.. sedih ini kekadang tidak dapat ku tanggung..

Reply

nur January 12, 2012 at 9:45 am

wahai sahabat, aku paham perasaan mu.. dikhianati oleh org yg plg dipercayai dan disayangi.. saya pun mengalaminya, stress smpi kna ambik ubat tidur, berat badan menurun, cuma ambik suppliment.. sekarang cuma Allah yg dicintai..

Reply

Nyj April 13, 2012 at 2:43 am

Hampa apabila suami sentiasa menggunakan kuasa vetonya. Suami saya tidak mahu langsung mendengar pendapat atau nasihat saya. Semua nasihat yang diberikan dikatanya saya memandai-mandai. Jika dia bersalah dan ditegur, dia mula mencari kesalahan saya. Dia sering memberitahu yang dia tak akan berubah. Selama hampir 15 tahun berkahwin, dia sering menyatakan bahawa sayalah yang kena bersabar dan mengalah. Sedih dikala bergaduh, dia sering mengaitkan keluarga saya yang tiada kena mengena. Hampir semua yang saya nasihatkan menjadi kenyataan. Bila dingatkan, dia tak mengakuinya. Suami sering memberitahu tidak akan memaafkan saya kerana menegurnya. Memang saya akui adakala saya terpaksa bertelagah dengannya kerana kedegilannya. Tapi, dikatanya, saya yang degil. Saya keliru, samada saya ini berdosa atau tidak. Bagaimana pula dengan suami saya yang bersikap begitu? Apa patut saya lakukan . Saya amat tertekan sebab saya tinggal bersama ibunya lebih 10 tahun.

Reply

dilla January 17, 2012 at 5:54 pm

bagaimana pula klu si suami slalu mmukul istri..adakah patut si istri minta cerai..susu..pampers n kperluan anak x dberi..dhati tiada lg prasaan cinta apa yg harus dlakukn..

Reply

insan kerdil January 17, 2012 at 7:34 pm

to mama yang..simpati dgn kisah puan..namun apa yg dh brlaku mgkn juga dr izin Allah.jd kmbalikn lah semua nya smula pd Allah..buat apa yg dirasakan klo puan buat Allah redha kn pkra trsebut.mmg grm kat prmpuan indonesia yg dh sihirkn suami puan tu..tp apa yg jadi dh pn jadi..ank2 tu xmungkn dibiarkan bgitu shj.agp lah dia pn mnusia,kdg kita mlakukn silap sbgi mnusia..
kalau sy,akn cuba kemukakan pd pihak yg bwajib sprt jbtn agm,krn mgkn mreka lbh arif situasinya..mgkn nti akn dpt pnyelesaian yg sewajarnya..wallhua’lm..

Reply

wiwit January 18, 2012 at 2:52 pm

ketika suami sihat kerap memaki hamun, mengherdik, menyumpah seranah,isteri sabar. tetapi apabila suami sakit tidak mampu apa2 walaupun untuk mengangkat tangan sendiri, isteri itulah yang menguruskan segala keperluan. namun isteri tetap mendapat cacian, makian dan kadang2 pukulan.
bilakah kesedihan isteri akan berakhir

Reply

wan intan January 18, 2012 at 10:55 pm

sudah lama sy ingin berkongsi masalah ini…sy sudah berkahwin selama hampir 15 tahun,dan selama itu juga sy banyak berkorban kewangan dan sy juga melakukan hampir semua kerja rumah,itupun sy tak berkira sgt.tetapi sejak 2 tahun kebelakangan ini langsung tiada nafkah yg diberikan utk keluarga kerana suami leka dgn ‘phone sex’ serta FB.kami tidak di hiraukan kerana sibuk bercinta dgn isteri org…bila sy tegur di katanya sy cemburu.sudah lama suami tidak solat,sy malu dgn keluarga dan masyarakat keliling.sy mahukan jln penyelesaian,sy buntu apakah sy harus terus bertahan atau mohon fasakh…tolong berikan pandangan…

Reply

zahra February 12, 2012 at 1:24 pm

wan intan, sy sarankan puan tegur suami puan baik2. maniskan muka ketika brhadapan dgn suami. & jgn buat muka bila ditegurnya prkara yg betul. sekurang2nya puan tlh berusaha. dekatkan diri dgn Allah, bertahajjud & istikharah, mohon DIA mudahkan & bantu puan dlm urusan2 dunia & akhirat. UTAMAkan hak Allah, DIA akan mengutamakan hakmu.. cth, solat awal wktu. smoga puan tenang dlm mghadapi ujian dunia. dunia ni xde ape… akhirat nnti kekal slamanya. smoga kita bhgia bertemuNYA.

Reply

el ZaHra February 3, 2012 at 6:19 pm

suami adalah imam kepada isteri dan anak2nya..isteri dan anak2 adalah makmum…
untuk mendidik makmum menjadi solehah dan soleh..imam terlebih dahulu melengkapkan diri agar menjadi contoh pada makmum….suami yang selalu mempersoalkan syurga isteri sebenarnya tanpa mereka sedari merekalah yang menjadikan syurga itu dibawah tanggungjawab mereka….lelaki seringkali ego dengan kelebihan mereka….tanpa menyedari isterilah tulang rusuk mereka…

Reply

adie Rahman February 25, 2012 at 12:38 am

allah maha adil… Tp kta kna ingat jga sebelum kta menjadi isteri orang.. Apakah kta tidak pernah langgar perintah Allah… Cara kita mengenali pasangan.. Adakah kita tidak pernah melanggar hukum allah sebelum jatuh akad nikah… Asalammualaikum..

Reply

adie Rahman February 25, 2012 at 12:44 am

moga kita sentiasa dalam Rahmatnya

Reply

Shah March 7, 2012 at 12:15 am

Assalamualaikum ustaz, saya baru bernikah 5 bulan. Dengan seorg janda. Saya seorg duda dan seorg ahli peniagaan. Sebelum saya bernikah saya membesarkan 2 org anak saya yg berumur 3 dan 4 tahun dgn bantuan pembantu rumah. Kehidupan kami sekeluarga terjejas semenjak kehadiran isteri saya yg baru saya nikah. Mulanya dia fitnah pembantu rumah saya. Atas desakkan dan janji isteri saya utk menjaga sendiri anak2 saya. Saya pun akur. Saya hantar pulang pembantu rumah saya. Selepas sebulan. Isteri saya mula merunggut dan tidak mahu lg menjaga anak2 saya. Alasannya penat. Jd saya hantar anak2 ke taska pd siang hari. Dari 8 pagi sehingga 6 petang. Isteri saya tidak bekerja. Jadi, sepatutnya rumah saya mesti kemas dan bersih. Tp yg berlaku sebaliknya. Dia menghabiskan masa dgn keluar bersiar2 hingga lewat malam bersama kwn2.. Mkn dan minum direstoren mewah. Padahal semasa dia bersama bekas suaminya dulu. Makan pun terpaksa kerumah mertua kerana kesempitan wang. Katanya suaminya dulu kaki perempuan dan kaki botol. Wallahualam.. Pernah beberapa kali dia keluar tanpa kebenaran saya dan tidak pulang kerumah semalaman. Dan sekarang sudah menjadi tabiatnya. Bila saya tegur cara pakaian ataupun dia minta wang lebih utk keluar. Kalau berlaku selisih faham. Dia keluar dan x balik beberapa hari. Paling lama 10 hari. Skrg dia pulang kerumah dan dia bgtau saya dia mengandung. Walaupun saya rasa sangsi tentang status anak itu, sbb saya sudah lama isteri saya x benarkan saya bersama. Tp saya terima dgn hati yg terbuka. Tanpa soalan. Baru baru ini dia lari lagi dari rumah. Dan bila saya jumpa dia. Dia menjerit2 dan memarahi saya. Jd saya hilang sabar.. Saya tampar dia. Dan sekarang dia blk kampung dan mengadu kepada ibu mertua saya. Skrg dia tidak mahu blk kerumah setelah dihasut oleh mertua saya. Mertua saya juga tidak mempunyai akhlak yg baik. Soalan saya
1. Apakah hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami.
2. Apakah hukum seorg ibu mertua menghasut dan melarang anaknya dari pulang ke pangkuan suami?
3.apa yg saya perlu lakukan dari segi perundangan dan hukum syarak jika isteri saya masih tidak kembali taat wlaupun telah dipujuk dgn baik.
4. Sekiranya dia melakukan perkara2 yg dilarang Allah semasa saya tiada seperti tidak menutup aurat. Adakah saya masih menanggung dosanya dan jika sebaliknya jika saya melakukan dosa disebabkan saya tidak mendapat batin dari isteri saya?

Reply

Ummu Zahidah March 17, 2012 at 8:56 pm

Beberapa hari lepas saya bertanya soalan berkenaan kepada beberapa orang Ustaz dan Ustazah. Seorang Ustazah menjawab bahawa suami juga ada nusyuznya. Seorang ustaz juga menjawab bahawa suami berkenaan berlaku zalim terhadap isterinya jika menyakiti hati isteri.

Semalam hadir akad nikah seorang kawan. Antara khutbah nikah yang saya dengar ialah, seorang suami tidak boleh mencederakan ister, neither phisically nor mentally. Seorang suami haruslah berbuat baik kepada keluarga iseri dan menghormati kedua ibubapa seperti ibubapa sendiri

Reply

Lynn Najib March 21, 2012 at 6:02 pm

Assalamualaikum tuan,

Tajuk tuan amat menarik hati saya..sebab nya, suami saya selalu mention yang syurga dia adalah terletak pada ibu nya..di sebabkan ini, ada isu yang saya rasa, dia tidak berlaku adil kepada saya…keadaan nya begini, sebelum berkahwin, dia ada mention yang kami hanya perlu duduk serumah dengan ibunya sementara ayahnya menamatkan kontrak pekerjaannya di luar negara. Mengikut kata suami, tidak lama..mungkin beberapa tahun sahaja…masa yang suami keluarkan statement tu adalah pada tahun 2010. Disebabkan itu, saya bersetuju…setelah berkahwin, suami ada mention lagi..janjinya, 2014 kami keluar untuk berpindah..tapi, jika ayahnya masih tidak pulang ke tanah air, suami masih juga enggan untuk berpindah..katanya, ibunya adalah syurga nya..walhal, pada saya..banyak lagi yang dia bole buat untuk tunaikan tanggungjawabnya…alasannya, takut benda buruk berlaku ke atas ibu nya semasa ketiadaannya di rumah. Even masa ini pun, every weekend, kami akan pulang ke rumah ibu saya…ada juga masa yang ibunya berseorangan. Katanya, ibunya takut tinggal sorang, jadi sebagai anak, dia perlu tunaikan tanggungjawabnya. tapi dalam masa yang sama, dia telah berjanji pada saya.

Dalam konteks ini, di manakah hak saya? adilkah suami saya bila tidak kotakkan janjinya di sebabkan tidak mahu tinggalkan ibu nya berseorangan di rumah? Rumah ibunya di Shah Alm, bukan lah di tengah2 hutan. Kalau kami pindah pun, di Shah Alam juga. Ibu nya sihat, tidak sakit..masih lagi aktif beriadah dan mengikut kelas2 agama di masjid.

Saya betul2 bingung….

Reply

tawar April 11, 2012 at 12:35 pm

Seorang peniaga cina memastikan barangan yang dijual berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan.Tahap perkhidmatan yg diberikan akan sentiasa diperbaiki agar pelanggan nya mendapat melebihi apa yang dijangkakan.Hubungan peribadi dibentuk agar pelanggan tetap setia membeli barangan drpnya dan tidak ragu ragu untuk mencuba barangan baru yg disarankan kepada mereka

Jika ada cemuhan dan kritikan , ianya diambil kira sebagai suatu cara untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan kerana dia percaya seorang pelanggan yg baik akan berbuat demikian manakala yg membisu tidak akan komplen tetapi pasti tidak akan kembali lagi

Dia tidak memikirkan keuntungan tetapi yakin kepuasa pelanggan akan memberi keuntungan dan pulangan yang lumayan

Suami dan isteri perlu kepuasan dalam menjalani hidup berkeluaraga dan syurga akan menanti …

Reply

shairo July 13, 2012 at 3:58 pm

salam.

Saya ada kekeliruan di sini. Untuk makluman, saya baru sahaja bernikah selama dua minggu. Saya bekerja di salah sebuah pejabat Kerajaan. Saya bekerja sebagai seorang setiausaha dan bos saya seorang lelaki berusia awal 50an.

pekerjaan saya memerlukan saya untuk stayback sampai lewat malam dan adakalanya sehingga jam 4pagi. saya keliru, apakah hukumnya bila saya bekerja berdua-duaan di samping bos (lelaki) dan membiarkan suami di rumah. Kami hanya berjumpa sewaktu pergi ke pejabat, selebihnya. Bila saya pulang dari kerja, suami telah pun tidor.

adakah dalam Islam, saya dikira berdosa pada suami? adakah saya dikatakan berdosa kerana berdua-duaan bersama bos walaupun sekadar hanya bekerja mencari rezeki. Untuk pengetahuan lagi, saya tidak dibenarkan bertukar kerana bos tidak membenarkan saya untuk keluar. Saya benar-benar buntu…. saya takut jika hal ini berlanjutan, akan membawa kepada permasalahan rumah tangga saya dan suami.

Reply

kamal July 30, 2012 at 4:10 am

Sedih bila membaca komen pasti yg buruk itu dtgnya pd mslh psngn masing2 tnpa ada akuan kesalahan diri sndiri,adakah pasti yg diri sndiri tidak melakukan kesalahan?si suami itu mngunakn perktaan ketua keluarga hnya ntok memastikan yg si isteri tidak melakukn perkra2 yg tidak sepatutnya di lakukan,pastikah si isteri benar2 tidak melakukan kesalahan sehingga segala keburukkn suami di ceritakkn di sini?pastikah si suami tiada kesalahan sehingga kesalahan isteri di ceritakn di sini..?setiap mslh pasti ada penyebab,kenapa mesti meraih simpati di sini sedangkn diri sndiri bergelumang dgn mslh diri sndiri..?knpa tiada yg meminta pendpt ntok perubahan diri sndiri bg kesalahan diri sndiri..? Sebb diri sndiri tidak merasa bersalah bila mnceritakn kesalahan psngn masing..kesalahan hanya pd psngn bkn diri sndiri..

Reply

Iskandar September 19, 2012 at 1:01 pm

Mohon ijin share ya

Reply

anonymous August 10, 2013 at 1:20 am

Salam,

Artikel ini berkaitan dengan tnaggungjawab seorang isteri terhadap sumai beliau.
Saya nak tanya jikalau apa kah dosanya si suami jikalau si suami seorang yg panas baran, perampus dan tidak menghormati isteri dan selalu memarahi beliau walaupon si isteri merupakan seorang isteri yang solehah yang sentiasa melaksanakan tanggungjwabnya sebagai seorang isteri???

Harap boleh tolong perjelaskan situasi ini..terima kasih

Reply

asnor June 12, 2014 at 10:50 am

assalamu’alaikum,
Barangsiapa yang sabar terhadap akhlak yang jelek dari isteri nya, maka Allah akan memberinya pahala sebagaimana yang diberikan pada Nabi Ayub as. Dan mana-mana isteri yang sabar di atas akhlak suami yang jelek maka akan diberi oleh Allah pahala sebagai mana pahala Siti Asiah isteri Firaun

O you who have believed, persevere and endure and remain stationed and fear Allah that you may be successful. Ali Imran 200

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: