≡ Menu

Contoh Taqwa Saiyidina Abu Bakar R.A

Print Friendly

photo by - http://www.flickr.com/photos/chinx786

Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling tinggi martabatnya di kalangan para sahabat .Rasulullah saw sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukkan yang utama di antara para penghuni syurga.

Baginda SAW berkata:

“Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya”.

Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata :

“Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api.”

Kadang-kadang beliau berkata :

“Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan.”

Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya:

“Wahai burung ! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung.”

Rabi’ah Aslami r.a. telah bercerita :

“Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan.Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: “Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas.” Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: “Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW.”Dengan segera aku menyampuk: “Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?” Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:” Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah:”Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar.”

Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia memaksa Rabi’ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dengan harapan Nabi dapat menolongnya.

Bagaimanakah pula perasaan kita,umat Islam kini, selepas melakukan kesalahan seperti itu ? Kita sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.

Sumber: Buku “Kisah-kisah para sahabat jilid 1-2” Karangan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. Penyunting :Ibnu Hussin. Perniagaan Jahabersa, J.B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: