≡ Menu

Betapa Malunya Kita Apabila..

Print Friendly

Betapa Malunya Kita Apabila….

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yan bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagi memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum…

….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan teresa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barankali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yan tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

Baginda tentu tetap tersenyum…

……

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.

Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?

…….

Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluara kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjunan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu…

…………..

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….

Oh betapanya malunyahidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…
Fikirkanlah…

 

Sumber: http://ubs-pmram.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 24 comments… add one }
  • masyan thalib February 20, 2012, 7:28 pm

    subhanallah…

  • Mohd Aidil February 20, 2012, 10:42 pm

    exagarraggeted

    • HambaAllah February 23, 2012, 10:54 pm

      betulkan ejaan sendiri dulu….

    • Cekiprit May 11, 2012, 11:18 pm

      ngomong apa dikau? -_-“

  • Romzi February 21, 2012, 7:38 am

    Tersenyum malu..

  • hafifi February 22, 2012, 9:50 am

    thanks admin..sy insaf..

  • auntie zah February 24, 2012, 10:40 am

    Hanya org yg mengenali dan mengetahui sirah junjungan kita Muhammad saw saja yg akan malu.. Semoga kita menginsafi.. Amin..

  • William February 25, 2012, 9:45 pm

    Hanya mampu berharap dapat mengerjakan solat berimamkan Rasulullah di Syurga 🙂

  • anis March 20, 2012, 8:13 am

    rsa sbak..btapa bnyak nya kpincngan yg kta bt..mhsabbah dri..

  • Maryanto March 20, 2012, 8:15 am

    Sem0ga kta mendapat syafa’atnya d yaumul qiyamah nanti,amiien…

  • Atik Avianti March 20, 2012, 8:20 am

    Astagfirrullah…
    sedih nian bacanya…
    syukron share nya 🙂

  • fatihah March 20, 2012, 9:28 pm

    sangat baik dan menginsafkan. tetapi biarpun baik cerita ini berunsurkan atau menuju kearah syirik kepada Allah, kerana kita lebih malu kepada sesama hambaNya biarpun hamba berkenaan adalah seorang rasul yang mulia. kenapa kita tidak ada rasa malu kepada Allah sedangkan Allah sentiasa memerhatikan kita, sentiasa mengetahui semua perbuatan kita tanpa perlu datang berkunjung kerumah kita?
    Rasulullah ada berpesan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Umar ibn Khattab; jangan memujiku secara keterlaluan seperti mana orang kristian memuji Isa ibn Maryam, sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba, jadi panggillah aku sebagai hamba Allah dan pesuruh Allah. (sahih al-Bukhari dan Muslim). Wallahu Alam.
    in english : Do not praised me excessively as the cristians did to Eesaa ibn Maryam,
    verily I m only a slave, so called me instead the slave of Allah and His messenger.

  • inggit March 31, 2012, 10:42 pm

    Astagfirullah, sedih bacanya
    y Baginda Rasulullah, maafkanlah umat mu ats kelalaiannya..

  • dhea May 11, 2012, 11:02 pm

    Rinduku padaMu ya Rasul rindu tiada terperi……

  • aikaa May 11, 2012, 11:03 pm

    subhanallah..betapa malunye kite kpd bginda rasulullah s.a.w…ya rasulullah..ya habbibullah…kami rindu padamu…

  • munah bte osman May 11, 2012, 11:12 pm

    ya!ALLAH mudah mudahan umat nabi muhammad mendapat safaat dunia akhir zaman amin amin amin:

  • Cekiprit May 11, 2012, 11:20 pm

    Astagfirullah…pingin banget berubah..
    akan tetapi perubahan pesat itu sulit…tapi coba yg kecil2 dlo 😀

  • shuib May 12, 2012, 2:12 am

    Subhanallah..Membuka minda untuk berfikir lebih dalam.. Bagaimana kita nak mengadap Rasulullah nanti.

  • Rosly Abdullah May 12, 2012, 4:44 am

    Allahuakhbar..

  • Afif_Hilmi May 12, 2012, 7:48 am

    subhanallah … sedihnya ketika membaca artikel ini ….. thanks for sharing ya … jadi tau nih … makasih banget :))

    • Afif_Hilmi May 12, 2012, 7:50 am

      pengen berubah ..

  • dewita May 12, 2012, 6:56 pm

    Astagfirullah… ya mungkin kita akan bingung banget agar kita tidak malu…

  • Ella Barack November 10, 2015, 7:24 am

    Yaa Allah… Terasa sakiiitt dada ini ktika membcanya.
    Yaa Allah tak kan pernah ku dustakan sgala Nikmat-Mu.
    Maha Suci Allah atas segala Firman-Nya.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: