Berita Di Syria

by admin on February 16, 2012

Sedikit sedutan dan berita di Syria. Sangat jarang kita dengar perkara yang sebenarnya berlaku di sana sekarang. Semoga rakyat Syria yang berjuang syahid di jalan Allah.

Oleh: Muhammad Nur Aufa

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN

Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU.

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 :

“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

 

Sumber: Sham Kamikaze Facebook

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 25 comments… read them below or add one }

Maria March 6, 2012 at 11:12 am

Assalamualaikum.

Subtitle: BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH

Item no 9. sepatutnya ditukar ayat dan bahasanya…bila mana melafazkannya dikhuatiri akan merosakkan syahadah sebagai seorang muslom.

Jika ada kesilapan atas teguran di atas mohon diperbetulkan. Yang baik itu dari Allah SWT dan yg buruk itu dari itu dari kekurangan diri saya sendiri

Reply

sad but true July 23, 2012 at 9:26 am

Item no.9 > ada video menunjukkan ada seorang pejuang yang mengucap dua kalimah syahadah sebelum beliau ditanam hidup-hidup tetapi tentera rejim basar menyuruh pejuang tersebut menukar kalimah kepada tiada tuhan yang disembah melainkan basar..

“nauzu billahi min zalik”

Reply

rahimroda March 10, 2012 at 10:28 am

dunia sudah hampir di penghulung nya,peradapan manusia sudah terhakis,bunuh membunuh jadi mainan untuk berkuasa.

Reply

aizuddin March 22, 2012 at 7:27 pm

pelik tol……..knapa ade fatwa mgatakan……bhawa presiden syria nie perlu dibunuh……..yg kluarkan fatwa tue…..xsalah universiti al-azhar……sy rasa….yg pelik nye knape masa egypt or mesir yg dperintah oleh presiden hosni mubarak…..sblum djatuh kan thun lpas……xde fatwa mgatakn yg presiden ini perlu dbunuh……padahal hosni mubarak ini adlah tali barut israel……..ini adlah fakta yg sy bce….xsalah sy la……sy pelik dgn university al-azhar nie……pdhal…..presiden hosni yg lme mmerintah nie…..buat mcm2 kt palestine…..ikot je tlunjuk israel…….tp knape dier xkluarkan fatwa oleh university al-azhar nie utuk dbunuh….

Reply

Ali Khaibar March 26, 2012 at 3:15 pm

Apabila telah terjadi waktu yg ditentukan maka sekarang ini,tahun ini sudah dijelmakan dajjal , makanya utk memilih yg mana dajjal atau sebaliknya terpulanglah kepada kita utk melihat dgn mata hati yg dikurniakan oleh-Nya, maka lihat lah di Syria terkini yg mana satu dajjal!
Syria kah atau …….Dajjal??

Reply

Norsakinah March 28, 2012 at 11:00 am

mohon share ^_^

Reply

Maisahara April 18, 2012 at 1:09 pm

-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad..

Media negara kita pun begitu…

Reply

firdaus zali April 26, 2012 at 2:47 pm

mohon untuk dihebahkan maklumat ini

Reply

fakhruddin May 26, 2012 at 10:18 pm

PEPECAHAN UMAT ISLAMLAH yg bembuat kan ISRAEL mudah menawan PALESTIN.

BANGKIT ISLAM BANGKIT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Reply

mohd faizal May 29, 2012 at 12:56 pm

Assalamualaikum..tuan admin..adakah operasi ini seperti operasi di Iraq..
yaitu operasi untuk mencari keturunan Rasullah…

Walaupun pelakunya berbeza tetapi tujuan dan dasar nya sama kerana media dan perancang adalah dari pihak yang ingin menubuhkan negara Zion..

Reply

ajemie May 29, 2012 at 10:36 pm

Maria- no 9 memang itu kehendak Basyar Asad dan Muslim sebenarnya tidak terpakai no. 9.
aizuddin- Hosni Mubarak itu berpegang kepada ASWJ (Mesir berpegang kepada ASWJ)
tetapi Basyar Asad menganut ajaran Syiah yang terbukti Kafir Zindig (iaitu tidak mengikuti seruhan syariah Islam)

Reply

norazhair June 13, 2012 at 9:06 am

Banyak yang disembunyikan oleh barat. Dari dulu hinggalah sekarang ni umat islam sedunia sering berpecahbelah dan berperang sesama sendiri. Itulah sebenarnya agenda barat iaitu untuk melihat sesama islam terus bergaduh dan saling bermusuhanan. Mereka akan menyelit di tengah-tengah pertelingkahan itu dan berlagak seperti “polis dunia”.

Reply

muhammad arafa June 15, 2012 at 10:54 pm

Pada pendapat saya, ini merupakan salah satu taktik barat untuk menghancurkan negara2 islam tanpa perlu mengangkat senjata. Mereka cuma perlu memasukkan beberapa parasit berupa manusia dikalangan muslim sendiri yang lemah imannya. Dengan memberi ganjaran yang lumayan. Atau mungkin juga dari kalangan orang2 munafik yang mengaku beriman. Mereka ini lah yang bertanggungjawab dalam menabur fitnah serta cerita2 buruk yang menjurus kepada pembunuhan sesama saudara islam. Apa yang saya dapat lihat, taktik ini semakin berjaya dengan megah nya.

Reply

nor June 29, 2012 at 2:39 pm

ini bukan islam syiah jauh lagi kepada sunnah wal jamaah. ini firaun besar idup zaman sekarang. Dasar2 firaun dilaksanakan di bumi syria. Semacam israel zionis mereka nih. Penghapusan bangsa lain.

Reply

METRIXDAKWAH July 12, 2012 at 12:06 am

Assalamualaikum…
kita adalah satu saudara diikat oleh kalimah yang sama iaitu kalimah
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tuhan yang sama, umat yang sama…
masalah yang berlaku di syria merupakan masalah kita BERSAMA…
ingatlah kejayaan yang hakiki ialah kejayaan dalam agama Allah…
tidak kiralah kita ada ribuan PhD sekalipun, kaya sekalipun tetapi tidak bawa agama dalam hidup kita, dia adalah orang yang gagal selamanya….
SEBAR kan atau ceritakan sendiri kisah yang sebenarnya yang berlaku di syria kini…
DOAKAN LAH UNTUK MEREKA…
SEBARKAN PENDERITAAN YANG MEREKA ALAMI KINI…
BANTULAH DARI SEGI KEWANGAN…
insya Allah, semoga Allah melihat pengorbanan kita…
semoga mereka semua dapat menghadapi bulan ramadhan al-mubarak sebaik-baiknya..Amin..

Reply

juni July 28, 2012 at 11:19 pm

Ya Allah.. Selamatkan lah saudara2 kami yg berjuang mempertahankan agama Mu… Amiinnn…

Reply

najmi aiman July 31, 2012 at 3:41 pm

pelik tol asal zionis serang islam,islam x buat wat benda pon kat diorang .kenapa korang jelous sgnt kat islam,asal kejam sngt tolongla benti serangan keatas agama islam.banyak negara diserang oleh zionis sprt gaza,syria dan bnyk lai.berhenti la zionis blik ke jln asal.

Reply

setia saini August 4, 2012 at 1:01 am

Ali khaibar, sebenarnya syiah itulah dajjal dan dajjal itulah Syiah, di zaman Nabi s.a.w para golongan Munafik yg di ketui oleh Abdullah Ibni Salun dan Abdullah ibni ubai, Abdullah Ibni Saba’ (pengasas Agama Syiah Laknatuullah) mereka juga mengucap kalimah syahadah serta solat berjemaah di belakang Nabi s.a.w tetapi mereka di kenali sebagai golongan Yahudi Munafik, ini bermaknya tidak semestinya seorang yang mengucap dua kalimah shahadah serta mendirikan solat berjamaah di belakang Nabi s.a.w itu seorang yang beriman, oleh itu kamu jangan tertipu oleh Syiah Iran yang berpura2 menentang Israil dan America sedangkan Syiah Iran berada di satu block bersama Israil dan America untuk menghacurkan Umat Islam, di harap sdr tidak tertipu oleh pembohongan Syiah laknatullah alaihim ajmaiin.

Reply

soniya ahmed August 9, 2012 at 9:17 am

الله يحفضهم كلهم ,,,,,امييييييييين

Reply

nasrudin September 16, 2012 at 10:30 am

bila kita ditimpa bencana, ancaman, kita sering akan mencari punca. namun kita tidak perna berkata itu adalah salah kita, ingatlah musu kita juga tidak perna menyalakan diri mereka.mari kita renung doa nabi sewaktu berdakwa, dilimpar dengan batu ;( YA ALLAH KEPADAMU AKU MENGADU KELEMAHANKU ATAS KEKURANGAN YG ADA PADA DIRIKU, AKU MEMOHON KEKUATAN DARIMU, SEKIRANYA IBU BAPA DAN ANAK_ANAK MEREKA TIDAK MENYAHUT SERUANMU MUDA_MUDAHAN CUCU DAN CICIT MEREKA AKAN MENERIMAMU. Allah tidak perlu mengunakan peluru untuk menjatukan kerajaan syria Allah mahu melihat perpaduan Islam

Reply

rudy September 21, 2012 at 11:24 am

korang kena bersyukur pada allah.korang lupa ke negara kita pernah berperang waktu dulu.korang pun kadang-kadang ade melawan ckp ibubapa itu kira dosa besar .so motif aku kat sini jaga lah iman di hati kita dulu sampai benar2 tunduk sujud hanya untuk allah swt……. jgn lupa plak baru 2 kali sujud dah rasa mcm x de dosa plak

Reply

nnidal bin mohd thaib February 1, 2013 at 11:21 pm

bingung tak tahu mana yang benar, kuserahkan saja kepada yang maha mengetahui seluruh persoalan islam yang ada di sryia , doa ku sentiasa kupanjatkan pada yang maha kuasa untuk mendamaikan kedua pihak yang bertikai waqulja alhaqquwazahaqal batil innal bathilaka nazahuuqa

Reply

syamimi June 17, 2013 at 2:43 am

Mohon untuk cek semula bendera d permulaan entry ini..jalur hijau untuk sunni, bintang tiga..manakala jalur merah, bintang dua untuk basyar assad dan rejimnya.

Reply

syamimi June 17, 2013 at 2:49 am

bendera syria bagi pihak FSA warna hijau,manakala bagi rejim bashar adalah merah.

Reply

Mydinali June 17, 2013 at 12:53 pm

The chaos and uncertainty in the Islamic world make them very unpopular. As an Islamic country like Malaysia, we only got the message from mass media, world news. If we look far in Iran , their recent election proof that it’s quite transparent and fair compared to Malaysia. That’s a reason why the Westerners hate them because they follow the Islamic way not like Saudi Arabia, Malaysia where we are under the guidance of US and Europe.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: