Ayat Seribu Dinar

by admin on October 22, 2011

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Al-Quran itu adalah penawar. Kajilah Mukjizat Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan-kelebihan yang masih belum di terokai.

 

Sumber: http://ibnismail.wordpress.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 9 comments… read them below or add one }

wani October 23, 2011 at 8:47 am

Salam…
saya seorang pelajar yg akn menempuhi peperiksaan semester tidak lama lagi..
disini aya ingin bertsanya tntang ayat2 al-Quran bagi meudahkan saya ketika menjawab peperiksaan nanti..
Terima kasih..

Reply

zul amir March 8, 2012 at 12:43 pm

berusahalah dengan tekun..”barang siapa berusaha dengan bersungguh sungguh/menuntut sesuatu….. nescahya mendapat”….akhiran usaha ialah tawakkal dan berdoa’….serahkan pada yang maha esa..ayat seribu dinar sangat sesuai diamalkan disaat saat genting begini (Sebenarnya sesuai diamalkan setiap masa..jadi kan zikirullah yang meniti dan membasahi bibir kita setiap hari)…fadhilat dan kelebihan yang diberikan olih ALLAH kepada hamba hambanya berbeda…berbeda..namun ALLAH tidak akan menghampakan hamba hambanya yang berusaha, berikhtiar bersungguh sungguh, bertawakkal dan berdoa’…”berdoa’lah apa saja..maka aku perkenankan”..sesungguhnya ALLAH amatlah membenci hambanya yang malas dan malu untuk berdoa;…amalkanlah membaca ”ayat seribu dinar”..disujud akhir dalam sembahyang selepas membaca”subhanallahirrabbul a’la wabihamdih”…insyaALLAH…ALLAH maha pemurah dan maha pemberi..maha pelindung..maha..maha..maha segalanya..ALLAH.MELIPUTI SEGALANYA..AMIN.

Reply

tawar March 24, 2012 at 11:43 am

Suatu waktu dahulu, seorang guru inggeris dari UK menceritakan pengalamannya ketika mengajar di MRSM.Ketika minum petang bersama sama dengan pelajarnya,beliau terlihat beberapa ekor semut di atas muncung beberapa bekas gula.Beliau mengalihkan semut semut tersebut menggunakan jarinya .

Ketika itu juga beliau melihat, salah seorang pelajarnya telah pun siap mengalihkan semut semut berkenaan dengan hanya mengetuk -ngetuk bekas gula tersebut.

Seorang pelajar Malaysia di Arab Saudi pernah ditegur oleh seorang pegawai kerajaan kerana membawa surah yassin yg dibawanya bersama.Pegawai tersebut menasihati supaya ayat – ayat Al Quran tidak diceraikan .

Seminar / Bengkel Skor A SPM ; ceramah motivasi / seminar usahawan internet mendapat sambutan hangat daripada pelajar Melayu / Orang Melayu kerana mereka percaya menghadiri sesi berkenaan yg hanya memkan masa 2- 3 hari itu lebih penting daripada mempelajari keseluruhan ilmu berkaitan

Reply

Jd Lancelot May 22, 2012 at 9:30 pm

Saya tak faham apa kaitan komen-komen saudara dengan diskusi hadis ini…

Reply

Ahmad Tarmizi July 21, 2012 at 6:56 am

betulkan sekiranya saya tersalah.
saya berpendapat mengamalkan ajaran dari alquran adalah lebih penting dari mengamalkan membaca tanpa mengetahui maksudnya. baca beberapa kali selepas solat tujuannya adalah untuk mengingatkan kita supaya menjadi orang bertakwa. bukan sekadar membaca tanpa mengetahui maksud.
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikannya jalan keluar” maka bertakwa lah kepada Allah, bukan sekadar membaca tiga kali selepas solat sahaja. amalkan pengajaran yang kita terima dari Alquran dan Al hadith, bukan sekadar membacanya sahaja.

Reply

Ahmad Tarmizi July 21, 2012 at 7:01 am

kenapa perlu membayar hingga seribu dinar untuk rahmat yang Allah turunkan kepada kita secara percuma melalui rasulnya. adakah saudagar itu membeli ayat yang telah di ‘frame’ kan dengan ukiran emas untuk tujuan perhiasan?

Reply

Nor'aini Jalaludin April 13, 2012 at 2:17 pm

Baru2 ni saya mengikuti usrah di sebuah suaru berdekatan dgn rmh saya di Bangi. Menurut penceramah tersohor ini, adalah salah bg terutamanya org Melayu beramal dgn ayat seribu dinar ini utk keperluan spt yg disebutkan diatas. Para jemaah yg saya yakin sebahagian besar mengamalkannya agak tercengang2. Saya tdk pasti larangan beramal dgn ayat ni tanpa memahami maksudnya atau bgmana. mohon penjelasan ustaz. Syukran.

Reply

Jd Lancelot May 22, 2012 at 9:32 pm

Alangkah baiknya kalau saudari sempat bertanya ketika usrah itu berlangsung :)

Reply

Noordin December 22, 2013 at 9:37 am

Ayat di atas ada kesilapan pada tanda pada “wa man ya ta wakal allillahi ” dan bukan wa man ya ta wak lu allillahi”

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: