Aurat Antara Wanita Islam Dengan Wanita Bukan Islam

by admin on February 1, 2012

Soalan

Saya pelajar sebuah IPT yang menetap di asrama yang bercampur dengan wanita bukan Islam. Menjadi satu bebanan bagi saya dan kawan2 saya untuk memelihara aurat dalam keadaan orang kafir tinggal sebilik dangan kami.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari ustazah tentang hokumnya jika kami mendedahkan aurat zahir kami kerana keadaan terpaksa.

Jawapan

Saya sering ditanyakan masalah ini,terutamanya melibatkan mahasiswa dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam. Kerana ini sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.

Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.

Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini. Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka. Lafaz “nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama’.

Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya :

“Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu zimmah. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.

Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil dengan kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat oleh perempuan Yahudi atau Kristian kerana takut perempuan kafir akan menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka tentang apa yang mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata sahabat) daripada Umar RA yang bermaksud:

Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah: “Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki tempat mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.

Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah (alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’. Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah. Apabila illah/alasan tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut. Namun apabila illah/alasan itu kembali, maka hukum asal digunapakai semula.

Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.

Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka aurat dihadapan wanita bukan Islam diatas keperluan dan syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam (khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.

Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari dari Saudi iaitu Syeikh Ali Al-Shabuni.

Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211 mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain.

Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama, bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Maka sudah semestinya wajib menutup aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.

Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.

Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak. Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki lain. Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka spt lengan,kaki, rambut,leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang sulit-sulit kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita muslimah.

Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.

WALLAHU ‘A’LAM

Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.

 

Sumber: http://johor.ikram.org.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 9 comments… read them below or add one }

Zarifah February 1, 2012 at 1:10 pm

salam.sbb tu la klu kta p plkn agak ssh sbb kita duduk rmai2 sebilik dngan watina bkan islam,perkara nie dh diusulkan tp masih da pihak2 yg masih bt xtahu ja(ustaz&ustazah dh turn naik meeting),sya jga tahu,terpaksa wanita islam pakai tudung.tu pun yg kisah tentang aurat,yg xtahn tu xtau mcm mn ye la xkna dlm bilik pn nk bertudng,ianya amat menyushkan pergerakan sebagai pelatih plkn.sape nk jwb,hrp wanita2 islam yg p plkn mengetahuinya

Reply

zila March 21, 2012 at 9:51 am

salam.bagaimana jika wanita islam melihat aurat wanita yang bukan muslim?sebab kawan2 sy ramai yg bukan muslim kbnyakan drpda mereka adalah seksi..harap penjelasan

Reply

qisya April 1, 2012 at 6:16 am

slm.. cam mna klau terpaksa sebilik dgn bukan muslim?? pas tu sya nk tnya, apa hukum klau kita terdengar lagu2 kerohanian bukan muslim dan hukum klau tgok org bukan muslim mkn mkanan yg xhalal, cth mkn khinzir??? harap dpt memberi penjelasan.. terima ksih..

Reply

man April 13, 2012 at 9:50 pm

Biasanya, soalan yg diajukan tidak akan dijawab oleh penulis / ustaz.Hanya memberi penjelasan tetapi tidak berani hendak memberi jawapan putus kepada persoalan yg dikemukakan.Apa salahnya setelah diberi penjelasan panjang lebar, maka kembali lah kepada persoalan asal dan terus memberi jawapan muktamad .

Reply

hisbur May 14, 2012 at 10:52 am

Bagai mana dengan lelaki?

Reply

fizah May 14, 2012 at 11:14 am

Assalamualaikum Ustazah…

Saya ingin bertanya apakah hukumnya apabila berada diluar kita bertudung tetapi apabila berada dirumah (dalam rumah tinggal bersama abang & adik ipar lelaki, suami mak saudara dan sepupu lelaki) kita (orang perempuan) tidak memakai tudung @ menutup aurat (keluar bilik air dgn berkembannya, pakai baju lengan pendek, pakai seluar pendek, pakai baju sendat dan sebagainya). Kadang kadang kita sebagai orang islam tahu apa itu aurat tetapi tidak mahu memahami apa sebenarnya aurat.

Reply

ana July 27, 2012 at 8:56 pm

saudari fizah..setahu saya walaupom berada dlam rumah..penutupan aurat itu wajib terhadap ahli keluarga spt ibang ipar,…sepupu..bahkan suami kepada ibu saudara kita..xkira berada di luar atau di dalam rumah aurat kita dengan mereka adalah wajib u ditutup..rambut pom aurat seperti mana aurat kita dengan lelaki asing..sebaiknya pakailah baju y sopan yang tidak menampakkan bentuk tubuh..wallahualam

Reply

Nadiah June 5, 2012 at 1:51 pm

erm…….

a’slm..

klu sentuh org kafir tu haram ke?

Reply

Jamilah Ahmad September 24, 2012 at 12:32 pm

Assalamualaikum Ustazah, saya harap sgt secepat mungkin ustazah selesaikan masalah saya ni. Saya mengalami perut yg menggeleber setelah melahirkan 5 org anak. Sekarang saya mendapatkan rawatan sebuah syarikat kecantikan yang bukan muslim (mayfair) sbb rawatan tu tiada di syarikat milik muslim. Saya terpaksa membuka aurat saya di bhgn perut., sedangkan hanya di haruskan oleh Islam pd anngota yg zahir shj. Macamana keadaan sya ustazah? Berdoda? Adakah perlu sya berhenti dr treatmant tu? Tk byk. 2 ustazah.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: