Apakah Hukum Merokok?

by admin on October 22, 2011

Soalan

Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-

Jawapan
Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.
Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada “ahl az-zikr” dalam halnya, “ahli az-zikr” dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :
1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok (persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar’ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun (seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta’liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35)

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut “Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut “rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh ” ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346)

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT

” Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman” ( Al-Furqaan : 59 )

Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya :

” Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat” ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

Hadith lain pula menyebut :

” Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia” (Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi’ as-Solat, no 876)

2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)
Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.
Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : “Ad-Darar Yudfa’ Bi Qadaril Imkan” ; ertinya : “Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan” (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992) Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.
b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a’lam.

Zaharuddin Abd Rahman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 23 comments… read them below or add one }

Sabri Ibn Ibrahim October 28, 2011 at 3:13 am

saya dah 5 bulan merokok. saya mesti berhenti!

Reply

Mohf Firdaus Shamsuddin October 29, 2011 at 4:30 pm

Sy dah berhenti selama 22 hari termasuk hari ni..ape hukumnya jikalau sy hisap balik sebatang dua,kadang2.

Reply

kim loy January 19, 2012 at 9:30 am

sye da lame merokok tp blom nk berhnti lagi..mmg btol rokok tu haram..tp tgk arr condisi kita..klu rokok tu haram knp ade kilang rokok..sme gak ngn arak haram gk tp knp perlu ade kilang…

Reply

hamba Allah January 20, 2012 at 11:08 am

Astaghfirullah… Jgn lah saudara menyalahkan kilang sbgai sebab utk saudara terus merokok.

Reply

noname February 8, 2012 at 6:57 pm

adanya sesuatu yg menghasilkn xbermakna benda tu boleh dibuat..

ada industri pelacuran, adakah halal untuk melacur atau dilacur? ada kilang buat weed, halal ke nak hisap weed?

kalau boleh fikir la sebaik2nya dengan akal yang diberi

Reply

hambaMu February 11, 2012 at 12:25 am

Islam mengharamkan perbuatan yg memudharatkan diri. bknkah merokok itu memudharatkan? haram hukumnya.cuma
sbg umat islam yg sejati, kita mestilh cube sedaya upaya utk menjauhkndiri drpd pkara yg haram. walaupun susah utk bhnti rokok.. kalau cinta akn Allah dn Rasulnya.. berubahlah..

Reply

Al-Ashani February 27, 2012 at 10:17 pm

Malaysia adalah negara berbilang agama.. Sikap keterbukaan itu menyebab kerajaan Malaysia benarkan kilang tersebut dibuka untuk faedah non-Muslim.. tapi bagi mereka yang beragama Islam hendaklah menjauhi perkara tersebut..Haram yang ditekankan di sini adalah merujuk kepada hukum dalam Islam.. Sekiranya Malaysia menggunakan dasar penguatkuasaan ketat Islam seperti di Arab Saudi.. Rasanya memang tiada lah kilang arak dan rokok di Malaysia..

Reply

ShadpwChaser3 January 24, 2012 at 4:29 pm

@kim loy, benda tu memang haram, jangan salahkan hukum kalau ada kilang. kilang tu sapa yang buat ? siapa yang bagi lesen ? Semua ni tanggungjawab pemerintah or pemimpin yang tidak bertanggungjawab, mereka yang membenarkan dan mereka juga patut bertanggungjawab.

Reply

otai January 24, 2012 at 8:37 pm

salam ust.saya adalah seorang perokok tegar.buat masa ini blum ada niat nak berenti lg.mcm ust cakap hukumnya haram,tp saya ambil pendapat ulama yg m’gatakan hukumnya makruh.boleh ke mcm tu ust.

Reply

mattamam March 27, 2012 at 11:54 am

Boleh pegang hukum makruh

Reply

fadzil January 25, 2012 at 9:35 am

semua atas diri kita..tak perlu tanye kenapa itu-kenapa ini…

Reply

Fadzli Amin February 8, 2012 at 5:32 pm

saya syukur sangat2x sebab saya tak merokok.. alamdulillah

Reply

fig February 17, 2012 at 3:00 am

sudah 7hari saya tidak merokok..terima kasih niquitin.
Bro,mcm kamu cakap kilang arak ada,kenapa haram.Jangan mempersoalkn hukum allah.janganlah kamu tergolong dlm org2 yg melampaui batas.
Allah cakap babi tu haram.sedangkn ramai org bela babi.adakah anda sanggup makan hidangan itu?ikut kewarasan berfikir yg allah kurniakn sebijaknya bagi anda.

Reply

mama March 16, 2012 at 5:38 pm

semasa mama berkunjung ke salah sebuah masjid di Hong Kong 2010 ada ditampalkan artikel di masjid berkenaan yang mengatakan …… rokok mengandungi bahan daripada “babi”…
astaghfirullah halazim……

Reply

Amer March 18, 2012 at 6:51 pm

aku da 2 taun x pegang rokok.alhamdulillah,.terbakaq duet ng tekak aku..

Reply

amirulhakim March 27, 2012 at 9:04 am

sedia maklom tuhan slalu memberi dugaan kpd umatnye,..smua mnusia tidak boleh lari dr nye.bnyk2 kn la bsyukur dan bersabar dgn ape dugaan yg d beri,..ssungguh nye kite d kurnia kn sifat2 yg cukup hebat dr nye untuk mnghadapi sgala dugaan,.bg perokok2 dn yg pernah merokok,.x usah mnyalah kan mne2 phk,..anggap la rokok adalah 1 dr dgaaan yg d turun kn kpd kite,…slamat beramal.,,,

Reply

yus March 27, 2012 at 9:59 am

Assalam’sy dah berhenti merokok lbh dr 10 thn,alhamdulillah…
Sy dpt tahu merokok haram,jd sy cuba mendakwah kpd rkn2 yg merokok,sy katakan ia haram kerana memudaratkan kesihatan,tp dibalasnya dgn membandingkan merokok dgn gula yg blh mybabkan kencing manis…juga hukum mkn belacan…
Ada juga yg bila sy katakan haram,siap marahkan sy jgn pandai2 klu dgr org yg merokok nahas sy…sampai camtu skali syg nya pd rokok…
Lg satu camna la nak tegur klu ustaz2 guru2 agama sendiri pun merokok…
Maaf hanya luahan hati sy..jika salah harap dibetulkan….

Reply

ongko March 27, 2012 at 10:00 am

kog pusing-pusing gak jelas hukumnya????

Reply

aufa March 29, 2012 at 3:17 pm

kna fikir jgk yg mengeluarkan rokok dan arak tu adlh org jahil dan bukan islam…fhmkn ble bkn islam mna la thu hlal dan hram ..org islam pn lau jahil pn da xreti beza mne baik mne buruk..tujuan dorg mngeluarkn rokok dan arak yg terang2 da haram dlm ISLAM sbnrny adlh utk mjatuhkan Islam tu sendri..jadi fikirkanlah wahai saudara seislam..

Reply

dir86 April 10, 2012 at 6:33 pm

assalammualaikum..
agama Islam merupakan agama yang sangat toleransi.. sehinggakan jatuh nya hukum haram dan makruh itu terletak pada satu2 keadaan.. kita tidak dapat tidak menerima bahawa hukum merokok ini adalah haram, namun dalam masa yang sama jugak kita tidak harus menghukum si perokok itu sebagai pembuat benda-benda yang dilaknat oleh Allah s.w.t.. Mungkin jugak si perokok tadi amat jahil pengetahuannya dalam memahami isu halal dan haram dalam isu rokok.. namun kita semua kita yakin bahawa Allah MAha Pengampun segala dosa-dosa yang besar dan kecil yang dilakukan oleh hamba-hambaNya.. segala yang berlaku diatas muka bumi ini merupakan apa yang telah direncanakan olehNya.. wallahualam..

Reply

Dudi Budiman April 14, 2012 at 2:32 pm

“laa dhororo walaa dhirooro” (dilarang memahorotkan/membahayakan diri sendiri dan memadhorotkan orang lain), meskipun ulama berbeda pendapat tentang dhoror-nya rokok, namun mereka sepakat tentang dhiroor-nya, karena dalam syari’at Islam memadhorotkan/membahayakan orang lain hukumnya haram, wallohu a’lam

Reply

No Name June 18, 2012 at 11:42 am

Saya berumur 19tahun dulu saya perokok tegar sekarang sy sudah berjaya berhenti merokok.
mmg susah untuk perokok terus berhenti kerana sudh menjadi kebiasaan.
tapi andai kita ingin berhenti teruskan usaha pasti kita akan berjaya.

Reply

PeT@K October 16, 2012 at 3:04 pm

Tp kn korang rse masyarakat kita lebih setuju makruh ke haram hukum rokok ni..??

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: