Akibat Meninggalkan Solat

by admin on March 11, 2012

Di riwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Sumber: Facebook revolusi anak muda malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 17 comments… read them below or add one }

Fauzi Abdullah March 11, 2012 at 5:33 pm

Mohon disertakan jika ada sumber cerita ini. Jika hadis, siapa perawinya dan hadis yg ke berapa.. dsbnya

Reply

mohd April 4, 2012 at 9:56 pm

mohon tuliskan sumber dari mana hadis @ cerita ini…

Reply

Ana muslim March 11, 2012 at 7:06 pm

Ayah sy x mgrjakan solat 5 wktu..Bgmana prnanan sy sbg ank ingn mngur beliau..

Reply

Ruslee March 12, 2012 at 7:22 am

Ana muslim: cuba buat begini:
1. Jangan putus asa – berdoa minta pertolongan dari Allah agar lembut kan hati ayah
2. Solat hajat
3. Buat kan air yasin dan bagi ayah minum
4. Solat depan dia – lagi baik kalau solat berjemaah dengan adik beradik yg lain
5. Serah pada Allah kerana hidayah itu Allah yg punya
Tapi ingat, jangan sesekali berkasar dgn org tua kita, riak dan takabur dengan hidayah yg Ana muslim ada sekarang ini. Wallahualam.

Reply

jejaka March 11, 2012 at 9:37 pm

wal’iyazubillah..berilah aku kekuatan utk beramal kpdMu.. Ameen.

Reply

Uzair March 11, 2012 at 9:39 pm

bilalah nak solat ni..LALAInya aku ni,tak sembah Tuhan yang menciptakan aku.

Reply

ros March 12, 2012 at 11:54 am

Subhanallah besar kuasa Allah.Ini semua adalah pengajaran untuk kita smua.Auzubillah min zalik.Allah Hu Akbar..

Reply

hambaNya March 13, 2012 at 2:09 am

mengapa diriku terlalu lalai….Ya Allah berilah aku petunjuk mu ya rabb

Reply

star sugus March 22, 2012 at 8:18 pm

m0ga Allah memberi keupayaan sentisa amalkn apa sje y dprintahNya……Amin..

Reply

hensem March 22, 2012 at 10:23 pm

facebook pun boleh jadi sumber hukum? siapa periwayat hadis ni?

Reply

TariKmn March 22, 2012 at 10:52 pm

Ashhadu An La Ilaha Illallah.Wa Ashhadu Anna Muhammadan Rasulullah.

Allahu robbi.La Ushriku birobbi Ahada.
Wa sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad.Wa ‘ala ali sayyidina Muhammad.
Kama sollaita ‘ala sayyidina Ibrahim.Wa ‘ala ali sayyidina Ibrahim.
Wabarik ‘ala sayyidina Muhammad.Wa ‘ala ali sayyidina Muhammad.
Kama barokta ‘ala Sayyidina Ibrahim. Wa ‘ala ali sayyidina Ibrahim.

Fil ‘Alamin.Innaka l-Hamidu l-Majid.

Reply

siti nurwanis April 4, 2012 at 10:05 am

subahanallah…….y ALLAH………bimbing la hambamu yg hina ini agar selalu mendekatkan diri pdMU………amien…….

Reply

nurjannah May 16, 2012 at 11:47 am

ya allah kuat kn lh iman di dlm dri ku ini….aku insan y begitu lemah………..

Reply

najahnisa September 14, 2012 at 11:11 pm

mge allah menunjuki kte sume selalu’istiqamah.

Reply

cahaya hidup October 26, 2012 at 3:11 pm

mohon share

Reply

Hafiz June 11, 2013 at 11:20 am

mohon penulis sertakan sumber hadis supaya selamat untuk orang lain share. mohon ambil serius soal sumber dalam penulisan.

Reply

LuT( ASY'AR) November 9, 2013 at 3:29 am

Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran…dan jgn sesekali mengkritik bende yang boleh mngubah seseorang…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: