Adakah benar Jack Sparrow itu Panglima Awang Hitam ?

by admin on June 6, 2012

By: Asyraf Farique

“Wei betul ke Jack Sparrow tu orang Islam? “

“So what if he is a muslim? Ohh he MUST be a nasty or a bad man!” ( Top Commenter 9 Gag)

“Umut Yılmaz Did I say that? I simply said that there was no proof that the character Jack Sparrow had any relation to Islam.” ( Commenter 9 Gag)

“isn’t that a cross tattooed on jack’s face :O he’s a Christian! lol no offence Kustabh is right, does it even matter? haha “ ( Commenter 9 Gag)

Saya tertawa membaca komen-komen di atas. Pada masa yang sama, berasa sedikit bangga. Sekurang-kurangnya barat sedar dan harus akui bahawa orang Islam mampu berjaya.

Berjaya di sini bukanlah berjaya menjadi lanun seperti Jack Sparrow yang gah dipotretkan barat melalui filem Pirates of Caribbean mereka. Tetapi berjaya yang dimaksudkan di sini adalah seperti apa yang dipotretkan Imam Suhaib Web dalam kajiannya mengenai asal usul Jack Sparrow ini. Katanya ;

And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man.

Atau terjemahannya secara ringkas :

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Tujuan penulisan saya pada hari ini, tidaklah bermaksud ingin mencari serta mengukuhkan lagi hujah-hujah samada memang benar Jack Sparrow itu Yusuf Reis, ataupun Panglima Awang Hitam. Saya tidak punya fakta. Dan memang benar sejarah boleh direka-reka.

Anda bayangkan jika saya yang berkuasa penuh ke atas dunia pada ketika ini. Tidak mustahil dengan kuasa yang ada, saya boleh memanipulasikan sejarah keseluruhannya. Dan, sudah tentulah saya akan memenangkan pihak saya.

Sebagai contoh jika yang berkuasa itu adalah orang kristian Sepanyol. Tidak mustahillah sejarah ini boleh dimanipulasikan oleh merekal untuk menutup aib bahawa mereka bangsa yang tidak tahu suatu ketika dahulu.

Bagi saya, cukup aiblah jika mereka hendak memberitahu pada dunia, akulah bangsa paling berkuasa ketika itu ! Tetapi aku diajar ilmu pelayaran oleh orang Islam !

Maka

Ingat kata-kata ini ;

‎”History is what the winners want us to read and believe. Only the winners win the history “

 

Antara semalam dan hari ini

Negara Islam merasa selesa dan alpa di bawah naungan kerajaan Othmaniah dan sultan-sultan Othmaniah hingga terleka dengan apa yang berlaku sekeliling mereka. Dalam masa yang sama, Eropah yang pernah mengecapi sinaran Islam di Barat melalui Andalus dan Timur melalui angkatan salib tidak pernah mensia-siakan peluang ini.

Mereka, mula mempertingkatkan kekuatannya dan bergabung dengan Bangsa Frank di Portugal untuk menakluk Sepanyol. Mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Islam di Barat. Mereka berjaya menimbulkan pergesaran di kalangan umat Islam di Andalus. Kesannya akhirnya umat Islam di Andalus diusir ke negara-negara jajahan Inggeris dan Perancis (Imam Hassan Al Banna)

Anda tahu mengapa Hassan Al Banna menulis risalah Antara Semalam dan Hari Ini ? Tidak lain tidak adalah untuk membangkitkan kesedaran umat Islam bahawa mereka adalah bangsa yang ditindas melalui aspek penceritaan sejarah.

Melalui sejarah, tahulah kita bahawa umat Islam sebenarnya sedang berada dalam satu zaman yang membutuhkan kebangkitan. Bagaimana, dimana , dan siapa pendokongnya ? Jawapan atau formula itu juga terkandung dalam sejarah.

Segalanya boleh dipelajari melalui sejarah. Perubatan, kewangan, kejuruteraan, sebut sahaja bidang apa. Tanpa sejarah tiada kejayaan yang mampu tercipta. Kerana kegagalan pada suatu masa dahulu juga adalah satu sejarah.

“Kata sejarah secara harafiah berasal dari kata Arab (شجرة: šajaratun) yang artinya pohon. Dalam bahasa Arab sendiri, sejarah disebuttarikh (تاريخ ). Adapun kata tarikh dalam bahasa Indonesia artinya kurang lebih adalah waktu atau penanggalan. Kata Sejarah lebih dekat pada bahasa Yunani yaitu historia yang berarti ilmu atau orang pandai. Kemudian dalam bahasa Inggris menjadi history, yang berarti masa lalu manusia. Kata lain yang mendekati acuan tersebut adalah Geschichte yang berarti sudah terjadi “

Al Quran selaku kalam Allah juga banyak mengajar manusia melalui sejarah. Sejarah kaum Nabi Luth, kaum Nabi Salleh dan kaum-kaum yang dibinasakan pada suatu ketika dahulu.

Jadi, salahkah jika ingin mengkaji sejarah ?

Apakah benar Panglima Awang Hitam itu murtad ?

Universiti Kebangsaan Malaysia telah berminat untuk mengkaji asal usul Panglima Awang atau Enrique of Melaka ini.

Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :

  1. Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu Islam pertama berjaya dimurtadkan ?
  2. Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina ?
  3. Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu ?
  4. Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black ?
  5. Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina ?

Seperti yang dinyatakan di atas, siapalah saya ingin mengatakan bahawa Panglima Awang Hitam itu sudahpun murtad. Sekali lagi ditekankan, saya tiada apa-apa hujah yang mahu dipertahankan.

Jika beliau adalah seorang Kristian, cukup kadar kita menolak dia. Tetapi jika beliau adalah seorang Muslim, maka kisah kejayaannya mengelilingi dunia itu, harus dijadikan contoh dan iktibar. Kerana salasilah dirinya yang dekat dengan kita iaitu seorang Muslim dan berbangsa Melayu, maka tidak mustahillah untuk kita bawa kisah kejayaanya agar dibanggakan oleh segenap lapisan masyakat Melayu Muslim di Malaysia.

Salah ke ?

Saya rasa tidak salah. Seperti mana masyarakat Cina Muslim berbangga dengan laksamana Cheng Ho, seperti itu jugalah kita mahu berbangga terhadap Panglima Awang Hitam.

Dan

Seperti mana masyarakat Turki berbangga dengan Sultan Muhammad Al Fateh, seperti itu jugalah kita mahu berbangga terhadap Panglima Awang Hitam. Walaupun Islam pada hakikatnya tidak diamalkan sepenuhnya di Turki, mereka tetap berbangga dengan Sultan Muhammad Al Fateh, baik sekular Islam mahupun Islamis.

Hasan Al-Banna berkata :

“Apabila orang-orang yang selalu mengagung-agungkan prinsip qaumiyah (kesukuan/perkauman) ini memahami sebagai sikap yang mengharapkan agar generasi sekarang mengikuti jalan nenek moyangnya iaitu generasi yang beriman kepada Allah sebagai Tuhannya, percaya kepada agama Islam sebagai agamanya, percaya kepada Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasulnya, menyebarkan agama Islam sebagai aqidah, syariah dan sistem kehidupan, mengatur umat manusia dengan keadilan Islam, menyinari akal manusia dengan cahaya iman, maka makna qaumiyah seperti ini adalah makna yang sangat mulia, pengeritan yang sangat baik dan indah. Islam sangat mendukung dan mengakui makna kesukuan seperti ini. (Kitab Fiqh Siyasi Hasan Al-Banna, Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris)”

Akhirnya nanti, saya pasti berbangga dengan mana-mana tokoh Islam yang di highlight kan. Tidak kiralah dia Laksamana Cheng Ho, Sultan Muhammad Al Fateh, Salahuddin Al Ayubi, mahupun Panglima Awang Hitam sekalipun. Sekurang-kurangnya akan bertambahlah seorang idol baru umat Islam dalam bidang pelayaran.

Tidaklah nanti bila disebut pelayaran, nama Christopher Columbus sahaja yang meniti dibibir. Kita juga mahukan orang Islam ! Orientalis barat , sungguh bias !

p/s : Cuba anda baca artikel Imam Suhaibb Web dan risalah Imam Hassan Al Banna. Anda akan jumpai satu fakta di situ.

“Kesannya akhirnya umat Islam di Andalus diusir ke negara-negara jajahan Inggeris dan Perancis ” (Imam Hassan Al Banna)

“Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion”

Kebetulan bukan ? Maaf, saya tiada hujah. Mungkin silap. Wallahualam.

 

Sumber : http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/#identifier_12_17787

Sumber : http://9gag.com/gag/4324127

Sumber : http://bumimelaka.blogspot.com/2011/05/panglima-awang-pertama-mengelilingi.html

Sumber : ‘Himpunan Risalah Imam Hassan Al Banna ‘ Antara Semalam dan Hari ini’

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

Oxer June 6, 2012 at 1:02 pm

Ada satu lagi, catatan kisahnya lebih menarik, orang pertama yang menerokai benua Afrika dan memberikan fakta yang tepat, sehingga diakui oleh kaum Afrika dan pihak Barat. Juga berkelana hampir seluruh dunia dan merakamkan setiap perjalanan, budaya dan keadaan sekeliling. Catatannya itu menjadi sumber rujukan, dan dia dikenali sebagai antara penjelajah terhebat sepanjang zaman.

Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibnu Abdullah Al-Lawati Al-Tanji.

Beliaulah “Ibnu Battuta” dengan karya agungnya “Ar-Rihlah”.

Reply

AripSon June 6, 2012 at 1:22 pm

Yg penting Panglima Awang atau Enrique de Malacca adalah seorang Melayu! Seorang Panglima Melayu…
Tak mungkin dia telah, atau dimurtadkan…
Ilmu yg diajar oleh mahagurunya (read: Laksamana Hang Tuah) adalah ilmu raja laut; yg kena berzikir memuji Allah SWT…

Reply

azh June 8, 2012 at 5:29 pm

penulis ni kuat berimaginasi ye

Reply

aby haniev isann June 11, 2012 at 8:38 am

Perlu kajian yang lebih mendalam, juga dilengkapi dengan literatur yang terjamin kebenarannya. Sehingga hasil analisis juga benar adanya….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: