≡ Menu

12 Barisan Di Akhirat

Print Friendly

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam

 

Sumber: http://www.murabbiy.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 30 comments… add one }
  • AYATUL HUSNA January 28, 2012, 2:07 pm

    YA ALLAH…… JAUHKANLAH HAMBAMU INI DARI SIKSA API NERAKA……..
    AMIN3X YA RABBALALAMIN………

  • Alief Iskandar January 30, 2012, 5:17 pm

    assalamualaikum admin. nk tanya ni. ni 12 barisan di akhirat ka pdg masyar? tq. 🙂

  • harry aslipunya petter February 1, 2012, 6:10 pm

    subhanallah

  • leeza February 7, 2012, 10:44 pm

    Ya Allah.. jadikan aku dan kelurgaku tergolong dlm barisan ke 12. Amiin2 Ya Rabbal Aa’lamin

  • nur February 16, 2012, 10:03 am

    semoga aq tergolong bersama2 mereka yang berada dbarisan k 12….iinsyaallah…

  • Noormilah February 16, 2012, 10:06 am

    Ya allah ampunila dosa besar dan dosa kcil sumur hdupku, masukkn la aku dlm12 belas brisan itu..amin

  • ayubkhan February 16, 2012, 1:33 pm

    ya, allah tempat lah dibarisan 12…………. semoga aku harap setiap tingkahlaku diberi petunjuk…amin

  • NORZELINA RAHMAN February 21, 2012, 10:41 pm

    SUBHANALLAH

  • li mi February 23, 2012, 3:55 pm

    SUBHANALLAH…semoga kita di jauhkan perkara yg buruk….

  • mario March 13, 2012, 9:04 pm

    ya Allah….tempatkan aku dan seluruh keluargaku d barisan yg ke-12..amin ya Allah…..

  • endang F March 13, 2012, 9:14 pm

    Ya Alloh ya Tuhanku, ampunilah dosa2 ku. Dan izinkan aku untuk menghuni surgaMU ya Alloh. AMIN. Dan semoga aku termasuk Golongan Orang2 yang beruntung baik di dunia maupun akhirat.

  • faizal omar March 13, 2012, 9:42 pm

    Moga Allah melindungi kita dari tergolong dlm amalan mereka yg dimurkai Allah. Ameen… La hau la wala quwwata illa billa hil ‘aliyyil ‘aziim…

  • anuar March 13, 2012, 10:05 pm

    gambar jambatan itu merosakkan aqidah,menggambarkan sirat

  • maria April 4, 2012, 12:26 am

    allahhuakbar 3x.. ampuni dosaku ampuni dosa kedua ibubapa ku..ampuni dosa seluruh ahli keluarga seislam ku..sesungguhnya kami ingin menghuni syurga mu.. berikan kami petunjuk dan hidayah mu.. letakkan kami dlm golongan barisan ke 12.. amin.. ya robbal alamin..

  • Nurman Taufiq April 4, 2012, 12:41 am

    Mohon disertai dengan dalil Al Qur’annya, surah dan ayat berapa? Terimakasih Tausiyahnya.

  • Hamba Allah April 4, 2012, 12:42 am

    The Legacy Epi 14 (The End Of Times)
    http://www.youtube.com/watch?v=tmh2qIjcVQQ

  • Nurman Taufiq April 4, 2012, 12:49 am

    Mohon untuk tiap barisan disertai dalil Al Qur’annya, surah dan ayat berapa? Thank’s tausiyahnya.

  • ira April 4, 2012, 1:15 am

    Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah

  • Ranti April 4, 2012, 6:08 am

    Boleh minta text haditsnya dalam bhasa arab?

  • danis April 4, 2012, 8:06 am

    Ya Allah masukkan kami kedua orang tua kami suami kami anak-anak kami keluaga kami dlm golongan 12 (hamba-hambamu yg sholeh) amin

  • siti nurwanis April 4, 2012, 9:46 am

    ya…..ALLAH…..bimbingla hamba mu yg hina ini u/k menjadi golongan baarisan ke 12,dn semoga doa dn sembayang hambamu yg x sempurnah ini ENGKAU terima…..amien3………yarobalalamin…….

  • sya May 27, 2012, 1:13 am

    semoga kite dijauhi perkare yg buruk . . . . . .

  • siti khadijah June 5, 2012, 4:10 am

    semoga Allah menerima taubatku, kerana aku sgt tkut dgn azabnya…..Aminn…….

  • Muhamad sahlan June 17, 2012, 2:11 pm

    Subbahanallah..aq bkn la hmba mu yg smpurna dan telah melakukan bnyk dosa.mohon petunjuk drimu ya allah

  • rogaya June 17, 2012, 2:41 pm

    YYa Alloh, Ampuni segala dosa2 hamba dan Ampuni segala dosa orang tua Hamba dan saudara saudara Hamba serta anak2 Hamba dan msukanlah Hamba dan keluarga Hamba termasuk golongan yg ke 12 ​​​آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

  • putri nur July 7, 2012, 12:11 am

    Ya ALLAH semoga Engkau terima taubat hamba mu ini ya ALLAH…SEMOGA SELURUH HAMBA2 ISLAM DI SISI-MU DI MUKa BUMI INI TERGOLONG DAMLM BARISAN KE -12 ITU…AMIN…SUBHANALLAH..

  • tantri lestari July 7, 2012, 1:57 pm

    Naudzubillahimindzalik, tergolong orang yang sebelas barisan tersebut. Sungguh mengerikan.
    Semoga kita tergolong orang-orang yang kedua belas. Orang yang dapat masuk syurga, dan berada di tempat yang sungguh sempurna di sisi-Nya. Amin.

  • Deni Irawan March 14, 2013, 4:44 pm

    سُبْحَانَ اللّهُ
    Mudah2an kita dijauhkan dari apapun yg membawa kita terdorong. Kedalam api Neraka
    Dan Mudah2an. Allah SWT Slalu menuntun dan Membimbing kita. Ke arah Yg Membawa kita Ke Barisan Yg Ke 12 dan Menuju Syurga nya
    آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

  • khalifa April 20, 2013, 8:57 pm

    Subhanallah..ampunilah dosa2 kami,dosa anak2kami, ibubapa kami,keluarga kami serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.Semuga Allah SWT memberi kita petunjuk dan hidayah dalam mencari kebenaran.

  • sayangselamanya November 22, 2013, 12:52 pm

    Ya Allah, aku juga ingin berada dalam barisan yang ke-12, begitu juga dengan seluruh keluargaku dan muslimin dan muslimat. Amin Ampunilah segala dosa2 yang telah kami lakukan.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: