10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

by admin on October 9, 2011

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

 

Sumber: www.ustazazhar.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 11 comments… read them below or add one }

zaki suseno October 9, 2011 at 2:49 pm

jazakallah akhi atas ilmu yg bermanfaat ini..
salam kenal ya akhi..
wassalamualaikum..

Reply

ninie samat October 13, 2011 at 6:19 am

Astargfirullah .. smoga Allah sentiasa melindungi kami dari melakukan sifat2 yg dicela oleh Nya.. Amin

Reply

Ridhwanullah December 29, 2011 at 12:19 am

syukran atas perkongsiaan..mohon kongsi teks admin.

Reply

hamba yang mncri keredhaan ALLAH January 26, 2012 at 11:59 pm

ya Allah..jauhilh kami dr sifat keji ini
lindungilh kami ya Allah
trima ksh ats prkongsian ilmu ini..
tq2..;)

Reply

mazni March 14, 2012 at 9:06 pm

saye perlu mmbaiki diri saya………….subhanallah

Reply

aminah March 26, 2012 at 11:37 pm

ya Allah kite mmg trlalu bnyak mlakukn kesilapn,smoga kite tidak trus dlm mlakukn kesilapn lgi……ya Allah bantu la kami……’Aku tidak layak msuk ke syurgaMu tpi aku tidak mahu ke nerakaMu…oleh itu ampunkn aku…..Astghfirullah(100x)’

Reply

norlela March 26, 2012 at 11:53 pm

Ya allah jauhi kami dr sifat takbur dn mungkar…

Reply

mizz umie@me myself n i March 27, 2012 at 9:55 am

Masyallah..kekadang kita manusia ini mudah lupa dengan perumpaan nasihat2 yang baik seperti ini bukanlah mudah untuk pembentukan sahsiah muslim muslimat yang berakhlak mulia nama pun manusia tidakla sempurna malah kita digalakkan ingat mengingati..semoga dakwah seperti ini membuka mata hati untuk menuju ke jalan yang kekal abadi amin….

Reply

termizi April 25, 2012 at 5:28 pm

Paling aku takut menduakan allah
Melakukan dosa diatas bumi allah
memfitnah sesama manusia
menderhaka kedua ibubapa

Reply

Zein May 29, 2012 at 10:56 pm

Syukron ats artikelnya..

Semoga qt semua senantiasa mendapat perlindungan dr Allah sub’hanah watallah agar terhindar dari perkara/sikap buruk trsbt.
amin.

Reply

Näzrí Nét January 29, 2013 at 10:39 am

Subahanallah . .

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: