≡ Menu

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Print Friendly

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

 

Sumber: http://www.soleh.net/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
{ 26 comments… add one }
  • hanizah December 20, 2011, 5:08 pm

    alhamdulillah ………kanda ku rated 10/10 ….sayang kanda 4 ever….

  • Saehoni December 20, 2011, 5:43 pm

    Mari kita belajar 10 sifat suami idaman ,ya allah bantulah kami ke jalan yang benar ,jalan yang engkau ridoi ,sebagai mana menjadi haba yang soleh.

  • Nurl Moon December 20, 2011, 5:56 pm

    moga Allah kurnia yang terbaik…Insya’Allah

  • Rossidah Sidah December 20, 2011, 8:06 pm

    Doaku agar suami ku terus bersifat begini … AMIN

  • iqa December 24, 2011, 12:25 pm

    selama 19 tahun aq hidup..hanya seorang lelaki yang memiliki 10 perkara di atas..muhammad arif muhammad nor..ya ALLAH kau redhai lah hubungan kami..

  • ana December 24, 2011, 1:34 pm

    gi mna klu org yg cinta kita tu guna ilmu pengasih.dr sudut hukum gimna ya.

  • dienda fitdien December 25, 2011, 11:58 am

    InsyaALLAH, calon suamiku memenuhi kriteria di atas.. Alhamdulillah

  • rahma December 27, 2011, 7:05 pm

    hurm… mcm mna nak cari mcm ni?? sifat wanita pun kena jaga… klu wanita solehah hanya untuk lelaki yang soleh…

  • nadia December 28, 2011, 12:47 pm

    moga dipertemukan jodoh yang baik…amin..

  • sha January 12, 2012, 9:20 am

    moge2,, ak dpt calon suami yg.. mempunyai 10 sifat yang dikateriakan.. insyaallah.. amin..:)

  • guest January 12, 2012, 9:23 am

    ade satu lagi tambahan bahagian kuat amalan agamanya termasuklah rajin membaca al quran :)

  • fiZA January 12, 2012, 10:40 am

    saya ada jumpa lelaki yang mempunyai 10 sifat calon suami yang baik..tapi masih x pasti adakah dia untuk saya..

  • Myra January 12, 2012, 5:09 pm

    Sy da jmpe llaki mcm ni..dan insyaAllah akn mndrikn rumahtga dgn si dia..tp dri ini rse xlyk dan ssah utk brubah..smoga dgn prkhwinan ini bleh mrubah driku..amin..

  • himpass January 12, 2012, 11:40 pm

    kriteria yang dibuatkan hanya menjdikan para istri menjadi durhaka kepada suami.. padahal ini hanyalah sebuah harapan yang ingin memenuhi hawa nafsu… jadikanlah al quran sebagai imam////

    Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.

    Al Hijr:89 ﴿
    Dan katakanlah: “Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan”.
    ﴾ Al Hijr:90 ﴿
    Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan), Kami telah menurunkan (azab) kepada orang-orang yang membagi-bagi (Kitab Allah),
    ﴾ Al Hijr:91 ﴿
    (yaitu) orang-orang yang telah menjadikan Al Quran itu terbagi-bagi.

  • hamba yang mncri keredhaan ALLAH January 26, 2012, 11:54 pm

    hmmm… bestnya klu dpt suami yg mmenuhi 10 ciri trsbut..
    tp skrg ssh sikit nk cri suami idaman trutama untk mmnuhi sifat yg ke-6 itu..
    kna cari btl2 la..hehehe :)

  • suami soleh January 29, 2012, 12:13 am

    hehehe aku akan menggunakan 10 sifat ini untuk memperdayakan mereka yang yang mudah mempercayainya hehehe mereka akan fikir aku seorang yang baik, walhal hanya ‘berlakon’ di hadapan mereka supaya sayangkan aku dan dengar cakap aku. hahaha. tak salah kan, sebab polis tak tangkap pun kalau aku menyalahgunakan 10 sifat baik ini. hehehe. perempuan kalau nampak je terus percaya senang diperdaya, dah kawin 10 tahun lebih baru nyesal nampak ‘belang’ laki hehehe

  • azizah sidek February 5, 2012, 10:09 pm

    mudah mudahan saya memperoleh lelaki yang memiliki ciri2 seperti dia atas..
    amin…insya Allah..

  • Dewi Anjar Wati February 7, 2012, 3:46 pm

    Ya Alloh semoga putraku dan calon menantuku akan bisa memliliki sifat seperti ini Ameen .semua ini atas’ IJINMU ‘pula ..

  • irham March 20, 2012, 4:32 pm

    betapa sempurnya manusia yang memiliki kesemuanya… kunci utamanya adalah gimana sholat lima waktunya… yang lainnya saya rasa akan menyusul….

  • Joñh April 19, 2012, 5:19 pm

    yg aq cari ppuan yg tkda 10sft kh atas 2

  • luna November 27, 2012, 6:09 am

    untung lah badan dpt calon suami yg ada 10 sifat tu

  • fia December 19, 2012, 8:42 pm

    Suami sy semua ade alhamdulilah :)

  • abdul rojak December 19, 2012, 8:46 pm

    wah semga sja itu smua kreteria ada sma sya hehehehe……..!!!!!

  • hasna azya December 27, 2012, 3:38 pm

    amien

  • fadzilah October 15, 2015, 2:30 pm

    itu luaran.
    org munafik pun boleh buat semua tu.. tak pecaya, tgk je seorg kepala munafik yg diberi keistimewaan ada slot sendiri bbrp hari seminggu di tv alhijrah..

    itulah sebabnya kita perlu melihat dgn pandangan rohani..

    • Nz October 19, 2015, 11:05 pm

      Siapakah gerangan tersebut?

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: